Kalau ingin anak sayang dan kenal Rasulullah SAW, kita boleh mulakan dahulu dengan perkenalkan lima nama Rasulullah junjungan kita ini.
Jangan kita biarkan mereka lebih kenal artis K-Pop berbanding nama Rasulullah SAW kesayangan kita ini. Kenalkan nama Rasulullah SAW sejak mereka kecil lagi agar mereka berasa dekat dan sayang kepada baginda.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Aku mempunyai banyak nama: Aku adalah Muhammad, aku juga Ahmad, aku juga al-Mahi insan yang Allah hadirkan untuk melenyapkan ketidakpercayaan, Hashir; yang menghimpunkan umat dan aku lah juga ‘Aqib (tiada lagi pengganti selepas aku) dan Allah telah menamakanNya sebagai Pengampun dan Penyayang” (sahih Muslim)
Nama Muhammad “Insan yang terpuji”
Merujuk kepada betapa Rasulullah SAW sebagai insan yang mendapat setinggi-tinggi pujian kerana karakter dan kualiti yang ada padanya.
Baginda juga dipuji oleh Allah SWT dan para malaikatNya. Yang nyata baginda adalah insan yang terpuji. Allah juga menyebut agar semua umat manusia memberikan segala pujian kepada Rasulullah SAW di dalam Al Quran.
Adam Corrie berkahwin 10 tahun tiada zuriat. ‘Usaha dulu cari jalan, kalau gagal minta petunjuk Allah.’ Setiap pasangan ujiannya tidak sama dalam mendapatkan zuriat.
Ada yang berkahwin sebulan, dua sudah dikurniakan zuriat namun ada juga bertahun-tahun masih belum menimang cahaya mata. Adam Corrie dan pasangannya adalah antara insan yang diuji Allah lambat dikurniakan anak.
Namun begitu, menurut perkongsiannya dia reda dengan Ketentuan Allah dan berusaha bermacam cara untuk mendapatkan sepanjang 10 tahun pertama perkahwinannya.
Hendak kahwin lagi sebab tidak ada anak? Sudah usaha pergi jumpa doktor check suami isteri?
Kadang-kadang suami yang ada masalah bukan isteri. Kalau suami ada masalah pun, boleh berubat. Begitu juga kalau isteri ada masalah, tetap boleh berubat..
Ini pengalaman saya. Usaha dulu, positif… bukan nak perli sesiapa. Ambil yang positif ya!
Usaha dahulu, cari jalan sama-sama. Usaha itu kena sungguh-sungguh. Ia bukan esok lusa boleh dapat anak, makan masa.
Ada cepat dan ada yang makan tahun. Dalam dunia perubatan sekarang dah canggih, macam-macam cara boleh buat dengan mengikut syariat.
Jika dah usaha semuanya dan gagal. Cuba lagi, jika gagal juga, berdoalah kepada Allah SWT sekali lagi.
Minta petunjuk..
Adakah dengan adanya zuriat itu membuatkan aku, isteri aku bahagia bahagia berikanlah petunjuk..
Boleh ambil anak angkat jika berkemampuan, tapi jika nak ada zuriat sendiri dengan berkahwin lain… adakah perkahwinan itu akan membahagiakan isteri kita sekarang dengan harapan perkahwinan lagi boleh dapat zuriat?
Jika hendak juga kahwin, itu pilihan hidup masing-masing. Tepuk dada tanya iman..
Kita hendak bahagia sekeluarga, qanaah, asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah.
Nasihat untuk diri sendiri
Pengalaman sendiri, tiada zuriat selama 10 tahun. Sekarang sudah 15 tahun usia perkahwinan kami. Dapat zuriat ketika saya 50 tahun. Isteri 40tahun. Sekarang Fateh sudah 5 tahun. Alhamdullilah
Poligami adalah halal di sisi agama Islam. Kebahagian di tangan masing-masing.
Posting saya tentang zuriat. Bukan halang orang lain orang berpoligami dan peril-perli orang.
Situasi ini ramai orang lalui. Bukan dituju khas kepada orang tertentu sahaja. TTC , sudah kahwin lama tapi tiada zuriat.
Pada akhir zaman ini terdapat penindasan berlaku di mana-mana sahaja termasuklah sesama umat Islam sendiri kerana sifat tamak dalam diri manusia.
Jutaan saudara kita ditindas dengan pelbagai cara seperti wanita dirogol dan dibunuh dan kanak-kanak dibunuh, tanah dan rumah mereka dirampas, dibakar, dihalau dari kampung halaman, hatta dihalau dari negara asal masing-masing.
Kita dapat lihat keadaan ini berlaku di merata dunia seperti kepada umat Islam Rohingya di Myanmar, penduduk asal Islam di Palestin, Ahli Sunnah di Syria, bangsa Islam Ughyur di China, bangsa Moro Islam di Selatan Filipina, penduduk Islam di selatan Thai, muslim di Bosnia dan muslim di Iraq.
Kalau kita teliti beberapa hadis Nabi Muhammad SAW, Nabi SAW sudah menceritakan keadaan yang berlaku sekarang ini dan kenapa ia berlaku kepada umat Islam atau apa salah dan dosa umat Islam diperlakukan dan dihina sehina-hinanya?
Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka.”
Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.”
Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” [HR Abu Dawud].
Ternyata daripada hadis di atas Rasulullah SAW pernah menyatakan berlakunya keadaan ini kerana kesalahan umat akhir zaman ini yang mempunyai antaranya dua penyakit yang amat kronik, walaupun jumlah umat Islam dalam dunia sekarang adalah lebih I.8 billion (setakat 2012).
Dua penyakit dikatakan itu ialah;
Pertama: Cintakan dunia sehingga memperhambakan diri dan seluruh kehidupan kepada dunia. Apa-apa sahaja yang ditawarkan dunia akan disentap dengan rakusnya sehinggakan mereka lupa halal haram dan dosa pahala, lupa kita akan mati dan akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan di dunia.
Kedua: Takutkan mati. Akhirnya kerana terlampau cintakan dunia dengan segala kemewahan dan kenikmatannya menyebabkan mereka takutkan kematian, nak buat kerja agama takut diancam dan dibunuh sedangkan umat terdahulu sanggup bergolok gadai hatta terbunuh di medan peperangan demi mewariskan Islam kepada kita hari ini.
Malangnya umat Islam akhir zaman takutkan kematian sebab itulah kata Nabi SAW kita dikerumuni seperti makanan dikerumuni.
Ada penyakit lain lagi tak disebut oleh Nabi SAW yang menjadi sebab keadaan ini berlaku?
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”
Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah [HR Hakim]:
1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu mewah 3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin 4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia 5. Saling memarahi 6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain
MasyaAllah, kalau kita perhatikan masyarakat kita hari ni betapa penyakit yang Rasulullah SAW sebutkan dalam hadis ini telah menular seperti wabak yang sangat bahaya dan tidak dapat dibendung penularannya dan menjadi penyakit kronik.
Dunia Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan memuaskan hawa nafsu serakah.
Akibat turutkan hawa nafsu, tentunya segala cara akan digunakan termasuk segala tipu muslihat tidak mengira halal haram dan dosa pahala.
Ketika itu lenyaplah nilai-nilai akhlak yang murni dan tinggallah kecurangan, khianat-mengkhianati, dengki mendengki dan zalim menzalimi… Nauzubillah.
Apa ubatnya untuk menyembuhkan penyakit-penyakit ini?
Beberapa ubat dan vaksin kepada penyakit kronik akhir zaman ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang mencipta kita dan baginda Nabi SAW adalah seperti berikut:
Firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Agama Islam) [Ali Imran:103].
Rasulullah SAW berpesan kepada kita: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: al-Quran dan sunnahku.”
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda: “Semua umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan.”
Sahabat berasa kehairanan lalu bertanya; “Ya Rasulullah! Siapa yang tidak mahu masuk syurga?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk syurga dan siapa yang menyalahi ajaranku maka itulah yang tidak mahu masuk syurga – [Riwayat Bukhari].
Maka marilah kita kembali ke pangkal agama Islam kita dan berpegang kuat kepada ajaran-ajarannya, insya-Allah kita akan diselamatkan oleh Allah di dunia dan akhirat.
Semoga sama-sama kita sebarkan perkongsian ini dan menjadi sebahagian dari amal jariah kita, insyaAllah.
*** Ustaz Shams ialah pensyarah di sebuah universiti
Penyanyi dan ahli politik Indonesia, Mulan Jameela mendedahkan bahawa penghijrahannya menutup aurat tidak disambut baik oleh peminat dan pengikutnya.
Rupa-rupanya menurut Mulan, dia mengambil keputusan untuk menutup aurat bukan kerana sudah menjadi bergelar seorang isteri dan juga ibu. Sebaliknya ada peristiwa yang menghantuinya.
‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami’
Sesungguhnya selebriti ini mengakui bahawa terdapat peristiwa yang membuatkan penyanyi berasal dari Bandung itu nekad untuk berubah seterusnya berhijrah dengan menutup aurat dengan sempurna.
“Saya menemukan kejadian yang membuatkan saya semakin yakin untuk cepat-cepat berubah dan salah satunya adalah kematian.
‘Kematian itu adalah pasti dan tidak boleh ditolak. Siapa saja yang boleh tolak kematian? Kita tak boleh nego atau minta, ‘ya Allah saya nak meninggal pada tarikh ini,’ luahnya.
Biarpun Mulan didakwa benar-benar ingin berubah sehingga mengalirkan air mata.
Tetapi netizen mendakwa rasa takut yang dialami oleh pelantun lagu Mahkluk Tuhan Paling Seksi itu adalah disebabkan kesalahannya pada masa lalu antara dirinya dengan Ahmad Dhani dan Maia Estianty.
Sebaiknya, kita sebagai manusia biasa seharusnya bersangka baik dengan perubahan yang dilalui Mulan Jameela, apatah lagi dia berubah menjadi lebih baik.
Kisah Nabi Musa pada Hari Asyura mengajar erti tawakal, harapan dan kekuatan untuk bangkit daripada trauma serta putus asa menurut perspektif Islam dan psikologi.