Tuntut nafkah selepas cerai di mahkamah syariah sememangnya satu kerja yang memeritkan bagi seorang wanita yang diceraikan. Manakan tidak, nak upah peguam sahaja sudah melibatkan kos tinggi ditambah pula episod turun naik mahkamah yang tidak tahu kesudahannya.

Urusan seperti ini bukan boleh selesai sekelip mata. Terlalu banyak proses yang perlu dilalui; buang banyak masa dan tenaga. Dalam erti kata lain, hati kena kental.

Artikel berkaitan: Rupanya Lepas Kematian Suami, Tanggungjawab Cari Nafkah Anak-Anak Jatuh Pada Datuk Atau Pakcik, Bukan Ibu

Artikel berkaitan: Jangan Malu Isteri Dulu Mintak Nafkah Batin Dari Suami, Banyak Fadhilatnya Yang Ramai Tak Tahu

Memang benar, proses perbicaraan di mahkamah syariah akan mengambil masa lama berikutan penangguhan kes dan kelewatan menyelesaikan kes seperti perceraian serta tuntutan nafkah. Keadaan ini mengakibatkan tekanan perasaan dan menyebabkan wanita yang teraniaya menjadi marah, beremosi dan kecewa.

Walaupun Gaji Kecil Janda Enggan Tuntut Nafkah, “Allah Maha Kaya, Tuntut Sahaja DenganNya”

Mungkin disebabkan itu lah, ada wanita seakan malas menuntut nafkah. Ini sebagaimana yang dicatatkan oleh Kaunselor Berlesen, Normaliza Mahadi dari HR Capital Sdn Bhd menerusi entri dalam akaun facebooknya yang boleh kita jadikan iktibar akan pergantungan bulat kepada Allah SWT.

Dalam catatannya, Normaliza ingin berkongsi kisah menarik, yang mungkin ramai juga mengambil pendekatan serupa klien beliau ini. Ia berkenaan seorang wanita yang diceraikan tetapi enggan tuntutan nafkahnya.

IKLAN

“Klien saya ni bekerja dengan gaji yang tak berapa cukup jika bekas suami tak bagi nafkah. Ada anak 3 orang dan tinggal di rumah sewa,” ujarnya

“Lepas sahaja sah bercerai di mahkamah, dia diminta oleh saudara mara, rakan taulan, jiran tetangga dan semua yang berkaitan untuk menuntut nafkah,”

Namun, jawapan kepada desakan mereka itu dijawab dengan penuh yakin dan bersahaja. “Puan ini dengan selambanya bagitahu yang nafkah ni tak payah dituntut. Bapak mesti tahu yang anaknya kena makan pergi sekolah dan perlukan rumah serta pakaian,” ceritanya lanjut.

Mungkin tidak mahu membebani fikiran dengan urusan yang renyah dalam tuntutan nafkah, maka wanita yang diceraikan ini amat yakin akan ada pertolongan dari Allah.

“Jadi klien saya bagitahu kalau bekas suami nak bagi, no akaun dia tahu. Kalau tak nak bagi, itu urusan dia dengan Allah di akhirat nanti. Orang kat akhirat nanti ramai, katanya. Carilah dia dan anak-anak,” jelasnya

IKLAN

Islam memang mewajibkan suami untuk bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak, walaupun bekas isterinya sudah berkahwin lain. Tanggungjawab seorang bapa tetap seperti biasa. Hanya tidak tinggal sebumbung lagi bersama isteri.

“Maka puan ini meneruskan hidup dengan anak-anak. Klien saya beritahu sesuatu yang saya rasa penting untuk difikirkan. Bekas suami saya tu bukanlah ada apa sangat. Yang lebih kaya adalah Allah. Saya minta aje daripada Allah dan pasti dapat lagi banyak. Buat apa minta dengan bekas suami yang paling banyak boleh bagi RM500 aje. Itupun dia kena ikat perut agaknya,”

Ternyata apa yang diungkapkan oleh kliennya adalah benar belaka. “Kepercayaan puan ini kepada Allah tidak berbelah bagi. Allah cukupkan gajinya yang selalunya tak cukup tu. Ada aje rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka,” ulasnya lanjut.

Hanya tuan punya badan tahu apa yang dilakukannya adakah baik atau buruk untuk dia dan anak-anak. Walaupun ada desakan supaya dia tuntut nafkah, namun kliennya tetap dengan pendirian awalnya.

Jawapan kliennya memberi respon terhadap desakan orang sekelingnya sangat bersahaja tetapi semuanya benar. “Saya mudah aje, tuntut dengan Allah lagi mudah. Tak payah naik turun mahkamah. Tak payah cuti kerja. Tak payah bentang kes. Tak payah bukti itu dan ini. Tak payah juga sakit hati”

Bagi Normaliza, bukan semua wanita berfikiran dan berani ambil tindakan begini. “Ini klien saya lah. Mungkin ada orang yang ada pendapat lain,” ulasnya mengakhiri catatan.

IKLAN

 

Walaupun Gaji Kecil Janda Enggan Tuntut Nafkah, “Allah Maha Kaya, Tuntut Sahaja DenganNya”

Kashoorga: Diceraikan, bergaji kecil dan menanggung tiga orang anak tetapi tidak mahu tuntut nafkah daripada suami. Ini memang satu ujian dan pengorbanan besar. Bergantung bulat-bulat bantuan Allah, dan yakin akan memperolehinya. Tak semua bersetuju dan mahu untuk tidak tuntut nafkah. Namun, kes ini adalah bukti kebesaran Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Syekh Wahbah Az Zuhaili, di dalam Kitab Fiqhul Islam wa Adillatuhu juz 10 mengatakan bahawa memberi nafkah kepada anak hukumnya adalah wajib. Pengajar ilmu Fikih dan Ushul Fikih di Universitas Damaskus ini mengatakan, hal itu sebagaimana firman Allah SWT dalam Surat Al Baqarah ayat 233:

وَٱلْوَٰلِدَٰتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَٰدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى ٱلْمَوْلُودِ لَهُۥ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةٌۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦ ۚ وَعَلَى ٱلْوَارِثِ مِثْلُ ذَٰلِكَ ۗ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا ۗ وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُوٓا۟ أَوْلَٰدَكُمْ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآ ءَاتَيْتُم بِٱلْمَعْرُوفِ ۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Ertinya: Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi nafkah dan pakaian mereka dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan warispun berkewajiban demikian.

Apabila keduanya ingin berpisah (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI