Bersedekah antara amalan mulia. Banyak kelebihan bagi orang yang suka sedekah antaranya rezeki akan bertambah. Lebih banyak yang kita beri, lebih banyak pintu rezeki diberi oleh Allah.
Bukan itu saja, sedekah juga dapat melindungi kita dari bahaya iaitu melindung kita dari kejahatan dan musiba. Rasulullah SAW bersabda,
“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.” Ternyata, amalan ini boleh menjadi penolak bala untuk kita dan boleh membantu kita hidup dalam keadaan yang selesa dan tenang.
Ads
Dan asbab suka bersedekah dan tidak mengira keuntungan, Allah memperlihatkan kepada kita kelebihan orang suka bersedekah.
Dalam satu kejadian kebakaran besar berlaku di Pasar Kroya, Daerah Kroya di Cilacap Jawa Tengah beberapa hari lalu (24/12/2021) menyaksikan keajaiban apabila semua kios musnah dan hanya satu yang langsung tidak diusik api besar.
Ads
Dari perkongsian di fb Zhiahazzahra itu menyaksikan tiada satu pun barangan dagangan pemiliknya disentuh api biarpun kedainya terletak di tengah-tengah barisan kedai yang yang musnah dalam kebakaran besar itu.
Ads
Dalam kejadian video itu, kedai yang terletak di tingkat dua pasar Kroya ini masih kekal berdiri sekaligus membuatkan warganet heboh. Dikatakan pemilik kedai ini suka bersedekah kepada orang yang membeli barangan di kedainya. Saat diuji itu, Allah memperlihatkan kuasanya kerana kedai ini langsung tidak disentuh api. Sumber : Liputan6
‘Setiap negeri, miliki resipi bubur asyura yang berbeza.’ Betul ke asal-usulnya daripada kisah Nabi Nuh AS. Boleh dikatakan setiap negeri ada resipi dan rasa yang berbeza bubur asyuranya.
Adakah amalam memasak memasak bubur asyura di bulan Muharam hanyalah sekadar adat atau budaya? Atau adakah ia bertentangan dengan syariat Islam. Kongsi Dr Abdel Rahmanov:
1. Apabila masuk sahaja bulan Muharam, amalan masyarakat Melayu ialah masak Bubur Asyura. Orang Kelantan memanggilnya Bubur Sugho. Benarkah asal-usul Bubur Asyura daripada kisah Nabi Nuh AS?
2. Setiap negeri mempunyai resepi Bubur Asyura yang berbeza-beza. Bubur Asyura di Kodiang tidak sama dengan bubur Asyura di Kota Bharu.
3. Bubur Asyura dikaitkan dengan kisah bahtera Nabi Nuh AS yang berlabuh di atas Bukit Judiy pada Hari Asyura’. Maka berkata Nabi Nuh AS kepada kaumnya:
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”
4. Maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas (macam kacang dhal), Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh jenis biji-bijian yang dimasak.
5. Kemudian Nabi Nuh AS berkata, “Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.
6. Kisah ini diriwayatkan dalam kitab Nihayatuz Zain karangan Syeikh Nawawi Al-Bantani, kitab Nuzhatul Majalis karangan Syeikh Abdul Rahman Al-Ushfuri dan kitab Jam’ul Fawaid karangan Syeikh Daud Al-Fathani.
Syeikh Nawawi Al-Bantani dan Syeikh Daud Al-Fathani adalah ulama Nusantara yang terkenal dan masyhur pada masa dahulu.
7. Kisah di atas diriwayatkan tanpa rantaian sanad. Dengan itu, kisah Nabi Nuh AS ini berstatus kisah atau cerita dan tidak boleh dijadikan sandaran hukum. Bubur Asyura juga tidak sepatutnya dikaitkan dengan kisah Nabi Nuh AS Walaupun kisah itu yang popular dalam masyarakat.
8. Bubur Asyura juga dikaitkan dengan hadith Nabi SAW daripada Abu hurairah RA dan Abu Said Al- Khudri RA seperti berikut:
مَنْ وَسَّعَ عَلَى أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ
“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.
“Memberi keluasan” dalam hadith ini ialah Tausi’ah iaitu bersedekah atau berbelanja. Masak Bubur Asyura termasuk dalam pengertian Tausi’ah.
10. Ulama menjelaskan darjat hadith ini iaitu palsu atau dhaif sebagaimana disebut oleh Ibnu Jauzi, Ibnu Qayyim dan Imam Al-Syaukani.
10. Walaubagaimanapun Imam Baihaqi menyebut, “Sanad-sanad hadith ini meskipun lemah namun jika digabungkan menjadi kuat.” Mulla Al-Qari dan Hafiz Al-Iraqi turut berpandangan demikian.
10. Mungkin sebab itu, Majoriti ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali dan sepakat mengatakan bahawa disunatkan Tausi’ah pada Hari Asyura. Sila rujuk kitab Al-Mausu’ah Al-Fiqhiah Al-Kuwaitiah.
11. Pada hemat saya, masak Bubur Asyura boleh dilakukan dengan syarat dan pemahaman seperti berikut:
13. Kita perlu fahami bahawa Bubur Asyura tiada kaitan dengan kisah Nabi Nuh AS. Bubur Asyura bukan perkara wajib. Ia adalah amalan budaya masyarakat Melayu dan mungkin masyarakat lain dalam bulan Muharram yang dianggap sebagai bulan yang mulia dalam Islam.
14. Masak Bubur Asyura tidak semestinya dalam bulan Muharram.Bahkan dalam bulan lain pun boleh masak Bubur Asyura. Sebab itu, kita dapat melihat program “Kacau Bubur Sugho” dilakukan dalam bulan lain.
15. Masak Bubur Asyura dilihat sebagai program kemasyarakatan yang mengeratkan hubungan persaudaraan.
16. Di Kelantan, biasanya Bubur Asyura yang telah siap dimasak akan dipotong bentuk empat segi dan ditutup dengan daun pisang. Kemudian Bubur Asyura berkenaan akan diberi kepada jiran-jiran dan rakan taulan. Ini adalah tanda bersyukur kepada Allah atas nikmat-Nya.
17. Jika ada orang mendakwa Bubur Asyura ada kaitan dengan Syiah. Sebenarnya amalan masyarakat Melayu berbeza dengan orang Syiah yang meratapi dan menyiksa diri kerana memperingati kematian Saidina Husain RA.
18. Adapun masyarakat Melayu masak Bubur Asyura kerana gembira dengan kedatangan bulan Muharram dan peristiwa Hijrah.
19. Justeru, masak Bubur Asyura adalah amalan orang Melayu yang tidak bertentangan dengan agama. Bahkan ada pandangan dalam fiqh empat mazhab. Salam hormat.
Perkahwinan itu memanglah dikatakan penyatuan dua jiwa. Berkongsi apa saja dengan yang tersayang termasuklah harta benda. Namun tidak bermakna sang suami boleh berhutang nafkah dengan isteri.
Pemberian nafkah itu wajib buat isteri. Walaupun nilainya sedikit tetapi apa yang penting dapat melunaskan tanggungjawab kepada isteri.
Jangan nanti rezeki asyik tak cukup disebabkan berhutang nafkah dengan isteri.
Benda paling suami terlepas pandang. HUTANG NAFKAH. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?
Hati kusut. Tanya isteri anda, tanya dari hati ke hati. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri. Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah, isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati. Kedua sebab nak elakkan pergaduhan. JANGAN KEDEKUT dengan isteri.
Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri. Perasan tak?? Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.
Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga. Bukan kamu kerah tenaga dia macam BABU. Bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat.
Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2.
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..
Sumber : Khairul Johari
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Walaupun kita dalam fasa Perintah Kawalan Peregerakan Bersyarat (PKPB), namun tidak membataskan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga.
Jika sebelum ini ada yang menggunakan cara kaedah online untuk majlis akad nikah terutama untuk pasangan di Lembah Klang.
Dan terbaru pasangan yang berada di Negeri Kedah juga diberi kelonggaran untuk tidak menghadiri kursus perkahwinan. Sebaliknya hanya dikehendaki menghadiri temuduga ringkas.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata temu duga ringkas selama kira-kira 15 minit itu dijalankan oleh pegawai pejabat agama daerah dan pasangan tidak dikenakan sebarang bayaran.
“Kelonggaran yang diberikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) itu mampu menjadi alternatif terbaik menyelesaikan masalah pasangan yang mahu berkahwin disebabkan kursus praperkahwinan tidak dapat diadakan buat masa ini.
“Sesi ini akan berlangsung pada hari akad nikah di pejabat agama daerah. Jadi maksudnya, mereka boleh bernikah walaupun tiada sijil (kursus praperkahwinan),” katanya di sini.
Jadi kepada pasangan menetap di negeri Jelapang Padi ini boleh mengambil kesempatan berbuat demikian dan hanya menjalankan acara wajib sahaja seperti akad nikah.