Ujian hidup adakalanya dilalui berbeza-beza mengikut sekuat mana kita menghadapinya. Ada orang diuji dengan kesenangan hidup. Ada diuji dengan rezeki yang sempit. Ada yang diuji dengan keluarga yang begitu ambil berat, saling menyayangi dan tegur menegur tapi ada juga diuji dengan keluarga yang langsung tak ambil peduli. Sama ada ada kita sihat atau tidak, sudah makan atau belum atau mahu bergurau senda, sebaliknya hanya berbual ketika perlu.
Ada kalanya sebagai anak, duit itu tidak penting tapi adalah kasih sayang yang ibu bapa dan adik beradik tunjukkan dengan bertanya kabar, sudah makan atau belum dan sebagainya.
Dalam agama Islam, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan.)” (Hadis Riwayat Muslim). Masa yang sama, kita diminta menyantuni adik beradik dengan sebaik mungkin dan tidak menyayangi adik beradik berdasarkan harta bersandarkan satu potongan ayat Al-Quran dalam surah Al-Kahfi ayat 46.
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan yang baik kekal lagi salih adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Surah al-Kahfi: 46)
Ads
Jika kita hanya menyantuni hanya kerana harta, sikap berlemah lembut, saling menasihati dan menjaga perasaan tidak akan hadir sebaliknya akan retak, saling tak menghormati dan hanya kerana duit semata.
Apa pun, zaman ini ramai ibu bapa yang masih materialistik di mana akan hubungi anak semata-mata kerana duit sahaja dan bukannya kerana mahu bertanya khabar atau bermesra dengan anak-anak sebaliknya hanya tahu tanya duit semata-mata.
Ads
Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama gtn2_yuhdi981 lelaki ini dilihat menitiskan air mata. Coretannya menulis keluarga menelefon hanya tanya wang sahaja, bukan sebab lain walau dirinya berada di perantauan.Momen paling menyedihkan bagi aku. Ada wang baru ada keluarga.
Mungkinkah ada kalangan kita yang alami begini? Keluarga hanya telefon mahukan duit, bukan tanya kabar dan sebagainya..Ermm, adakan alami perasaan sebegini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Saat menerima berita kematian melibatkan ahli keluarga terutama mak atau ayah yang melahir dan membesarkan kita, perasaan sedih pasti tidak dapat dibendung. Rasa kehilangan itu hanya mereka yang pernah teruji sahaja mampu berkongsi cerita.
Namun di sebalik kesedihan yang kita rasai itu, ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang terutama dalam bab memandikan jenazah ibu atau bapa. Ramai di antara kita hanya menyerahkan urusan memandikan jenazah kepada pengurus jenazah kerana beranggapan mereka lebih faham dan sudah menjadi tugas mereka.
Masa yang sama, pasti timbul di fikiran kita bolehkah anak perempuan memandikan jenazah ayahnya atau anak lelaki memandikan jenazah ibunya sebagaimana yang bermain di fikiran ramai anak muda. Bagaimana dengan aurat dengan arwah, bolehkah kita sebagai anak memandikan jenazah berlainan jantina?
Menurut Pengurus Jenazah Masjid Ikhlasiah, Bukit C2 Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Ustaz Hamdan Haji Yusof yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan jenazah, anak perempuan dituntut bersama-sama memandikan jenazah ayah mereka kerana itulah bakti terakhir seorang anak buat ayah dikasihinya.
Saat ditanya bolehkah berbuat demikian, ini jawapannya.
Menurut Ustaz Hamdan, tiada masalah untuk anak perempuan memandikan jenazah ayahnya kerana itulah bakti akhir seorang anak terhadap ayah yang menjaganya dari lahir hingga besar. Masa yang sama, ayah dan ibu adalah muhrim kepada anak-anaknya. Dalam Islam digalakkan untuk membantu menguruskan jenazah ibu dan ayahnya sendiri berbanding dilakukan orang luar dari ahli keluarga itu sendiri.
“Hal ini diharuskan kerana adalah lebih afdal anak-anak memandikan jenazah ibu atau bapa mereka. Masa yang sama anak-anak boleh menyimpan rahsia “cela” pada arwah andai ada kerana sebagai anak, tak mungkin kita membuka aib orang yang menjaga dan membesarkan kita,” katanya lagi.
Bagaimana dengan aurat? Menurut Ustaz Hamdan, dalam pengurusan memandikan jenazah, aib sentiasa dijaga kerana ia dituntut.
“Ada kain yang menutupi bahagian kemaluan jenazah ayah atau ibu kita. Peranan kita sebagai anak hanyalah membantu pengurus jenazah seperti menggosok tubuh, lengan, kaki dan sebagainya. Tapi dalam bahagian istinjak, biasanya dilakukan oleh pengurus jenazah itu sendiri. Rugi sebenarnya kalau kita sebagai anak membiarkan orang lain melakukan itu semua kerana itulah bakti akhir kita kepada orang yang melahir dan membesarkan kita di dunia ini.
Ruginya Anak Perempuan Tak Mandikan Jenazah Ayah, Ia Bakti Akhir Kita
Ramai anak-anak perempuan beranggapan mereka tidak boleh memandikan jenazah bapa kerana soal aurat sedangkan dalam pengurusan jenazah, aurat si mati begitu dijaga.
Berdasarkan pengalaman, anak lelaki atau anak perempuan yang selalu memandikan jenazah berlainan jantina ini? Jelas Ustaz Hamdan, sepanjang penglibatannya dalam bab pengurusan jenazah, dirinya melihat lebih ramai anak lelaki menguruskan jenazah ibu mereka berbanding anak perempuan melakukannya kepada arwah bapa. Mungkin anak-anak perempuan lebih takut dan tidak ada keberanian memandikan jenazah. Mungkin juga terfikir tentang aurat dan sebagainya.
“Kita kena ambil peluang ini kerana rugi sebenarnya jika tak berbuat demikian. Tidak timbul soal aurat kerana sebagai pengurus jenazah pun saya sendiri tidak melihat aurat si mati. Kita ada kain menutup jenazah kerana walau si mati sudah meninggal dunia, aibnya masih perlu kita pelihara baik-baik. Saya sarankan anak-anak muda bersama-samalah kita memberi bakti akhir pada ibu bapa kerana peluang ini hanya hadir seumur hidup sahaja,” katanya memaklumkan, suami atau isteri juga diharuskan bersama-sama memandikan jenazah pasangan masing-masing kerana ianya lebih afdal.
“Bila ahli keluarga sendiri yang terlibat, kita boleh tutup aib jenazah kalau ada. Tapi itu juga bakti akhir kita untuk orang yang kita sayang semasa di dunia ini,” katanya yang mengajak anak-anak belajar ilmu pengurusan jenazah ini kerana ia bukan saja berguna untuk ahli keluarga tetapi juga kepada masyarakat suatu hari kelak,” katanya mengakhiri perbualan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Balik beraya, nak jumpa orang tua. ‘Bila kita buat baik dengan ibu, insyallah ada rezeki datang tanpa disangka-sangka. Balik kampung bukan selalu, jadi ambillah kesempatan untuk ziarah ibu bapa.
Tidak dinafikan, tidak semua bernasib baik dapat membeli pakaian baru, biskut raya dan balik kampung ke kampung tanpa sebarang bebanan.
Tidak punya wang untuk balik kampung. Duit betul-betul cukup untuk isi minyak kereta pergi balik dan makan tengah jalan serta belanja di kampung.
Dalam RM700 macam itu (kampung saya di Kelantan). Itupun duit “advance” gaji bulan depan yang saya pinjam dari tempat kerja.
Tapi saya balik juga. Orang tak tahu saya sedang sangat susah. Raya macam biasa. Cuma tak ada baju raya untuk saya.
Hanya sepasang seorang baju yang saya mampu beli untuk anak-anak. Tak ada duit raya. Tak ada biskut raya. Betul-betul tak ada…
Saya selalu set dalam kepala, balik dulu sebab tahun depan mungkin ada ahli keluarga yang kurang. Atau nanti tahun depan kita sudah tidak ada nanti.
Balik juga sebab nak berikan suasana raya kepada anak-anak. Saya tak mahu mereka terbiasa dari kecil beraya di rumah sendiri sahaja tanpa saya menziarahi orang tua dan sanak saudara di kampung.
Pagi pergi masjid, balik rumah makan apa yang ada, lepas tu terbaring depan TV tonton program raya. Anak-anak masih kecil waktu itu. Saya takut mereka jadi terfikir yang itulah cara beraya…
Saya pernah hanya dapat beri RM50.00 sahaja untuk arwah ibu saya. Kita buat sehabis baik walau kita tak ada.
Bila pulang ke KL, saya gadaikan barang kemas saya. Cara saya mungkin tidak ekonomikal atau kurang praktikal.
Tetapi saya suka fikirkan satu perkara pada satu masa. Jadi kurang tekanan.
Waktu hari raya kita beraya dulu. Nanti kita fikir yang lepas raya pula. Tapi belanja kena beringat. Kena ikut kemampuan diri.
Saya lihat banyak orang berhabis wang untuk berbelanja di hari raya. Tidak mahu kalah membeli. Padahal itu tidak perlu.
Kita balik kampung untuk jumpa orang tua di kampung. Bila kita buat baik dengan ibu, ada je rezeki kita. Teringin nak makan pengat pisang, tiba-tiba jiran hantar.
Nak bayar yuran anak, tiba-tiba dapat wang yang tidak kita sangka. Kereta rosak, tahu-tahu ada jualan lebih dan dapatlah duit dari berniaga.
Rezeki ini luas. Kadang-kadang, rezeki tidak datang dengan cara kita berfikir…. Rezeki juga tidak habis dengan cara kita berfikir. Allah memberi tidak sama dengan apa yang kita jangka.
Allah amat menyukai hambaNya yang suka bersedekah. Besar ganjaran pahala bakal kita peroleh daripada amalan bersedekah. Tidak kira lah sebesar mana pun sedekah yang dihulurkan.
Kuantiti dan saiz bukan ukuran, namun keikhlasan kerana mengerjakan amalan mulia kerana Allah Ta’ala yang lebih utama. Bersedekah ini sebenarnya lambang hati budi kita yang ingin membantu orang lain yang dalam kesusahan serta lambang kasih sayang sesama manusia.
Alhamdulillah kepada yang sudah banyak bersedekah semoga sahaja ganjaran pahalanya kita peroleh sehingga hari akhirat. Namun, ada perkara tertentu yang akan menyebabkan pahala sedekah kita itu hilang atau terbatal di sisi Allah?
Apakah perkara tersebut dan bagaimana kita boleh menyelamatkan pahala itu?
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.
“Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.”
Atas sikap cuai kita, dengan merasakan diri telah banyak berbuat jasa kepada penerima sedekah maka ia akan menghilangkan pahala sedekah kita.
Ada tak rasa seperti ini semasa atau selepas bersedekah?
Kita rasa dengan kerana sedekah kita itu orang yang kita bantu dapat nikmatnya. Seolah-olah kita sudah banyak berjasa kepada mereka. Kemudian, tanpa kita sedar, kita sebenarnya telah menyakiti atau mengguris perasaan penerima sedekah itu.
Selalu kita lihat, yang memberi sedekah menyebut akan sedekahnya di hadapan khalayak ramai sehingga perasaan si penerima tersakiti.
Jadi ketika kita memberi kepada orang miskin, kita jangan sampai menyebut-nyebut sedekah sehingga menyebabkan penerima berasa sakit hati.
Dari Umar bin Khattab radhiyallahu’anhu dia berkata,
“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya setiap amal disertai niat, dan seseorang itu hanya akan mendapatkan apa yang diniatkannya.'” (HR Bukhari dan Muslim)
Allah Ta’ala itu Maha Baik, tidak menerima kecuali yang baik. Allah Ta’ala berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan dari padanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Surah al-Baqarah : ayat 267)
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali Imran : ayat 92)
Allah Ta’ala berfirman : وَلَاتَمْنُنتَسْتَكْثِرُ
“Dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.” (Surah al-Muddatstsir :6)
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Surah al-Baqarah: 271) Namun, dalam kontek kehodupan masa kini, kita seringkali lihat video pemberian sedekah oleh pihak tertentu. Sedekah yang ditunjukkan perlu ada niat pemberinya untuk memberikan contoh teladan kepada orang lain selain untuk menyuntik keinsafan.