
Ramai ibu bapa mungkin tidak yakin kemampuan anak-anak untuk berkahwin di usia muda, tambah lagi baru habis sekolah. Namun aturan Allah itu sangat adil buat hamba-hamba-Nya yang redha dengan semua ujian dan berusaha memperbaiki diri.
Satu perkongsian dari leader terbesar Boonga Skin Solution, Nurul Aliaa di fbnya mengenai “perjalanan” berkahwin di usia muda boleh dijadikan panduan kerana bila meletakkan Allah di hadapan dalam semua tujuan, Allah akan memudahkan semua urusan hidup kita.
Ini perkongsiannya :-
Betul lah orang kata di awal perkahwinan ni kita akan diuji dengan masalah kewangan dan masalah keserasian. Lagi-lagi kalau kahwin di usia 18 tahun dan 21 tahun macam kami. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun usia perkahwinan kami.
Awal-awal kahwin banyak benda kita kena hadam sebab kita dari latar keluarga berbeza yang cuba membina sebuah keluarga yang baru. Cara potong bawang pun dah berbeza, inikan pula benda-benda lain.
Bab kewangan pun mencabar juga tau. Bayangkan kami berdua pernah ada RM16 je duit dalam akaun tapi berpura-pura okey depan orang lain. Ye la pandai-pandai nak kahwin muda jadi pandai-pandai lah nak hidup. Pernah la beli nasi goreng RM5, kongsi dua orang makan dalam kereta. Mahal sungguh kenangan tu.
Tips kami tak banyak pun. Yang pertama, jaga solat kerana solat itu tiang agama. Masa mula-mula kahwin dulu sebelum ada anak, kami wajibkan diri untuk solat berjemaah setiap hari. Kita sujud bersama dan tadah tangan bersama. Mungkin sebab tu tu Allah pelihara hubungan kami.
Tips kedua, bila bergaduh jangan mengadu kepada manusia lain especially orang tua mu. Kamu mungkin boleh maafkan suami mu tapi tidak orang tua mu. Jangan juga mengadu kepada orang lain kerana secara tak langsung kamu dah buka peluang untuk syaitan menjadi orang ketiga.
Last but not least, jangan buat status atau story sindir-sindir suami sendiri apabila bergaduh. Ya status boleh dipadam bila dah berbaik, tapi aib suami dah tersebar. Tak berbaloi nak sindir-sindir di status sampai terbuka aib kerana akhirnya kamu tertidur berbantalkan lengan dia juga.
Disclaimer:
Kami tak galakkan korang kahwin muda tapi kami tak juga melarang. Kena terima juga qada dan qadar bahawa jodoh kita pun telah ditetapkan masa kita di dalam kandungan ibu kita lagi. Kalau ikutkan kami masih terlalu muda untuk berkongsi tips tapi boleh la sekadar berkongsi. Doakan hubungan yang kami bina ini kekal sampai ke syurga ya.
Bahagia Till Jannah, Kena Faham Betul-betul Apa Maksudnya Yang Sebenar

Ramai pasangan kekasih muda-mudi pada hari ini menggunakan perkataan ‘till jannah’ untuk merujuk kepada pengharapan perhubungan mereka. Apabila bergambar berdua dan kemudian memuat naik ke laman sosial, ramai yang mendoakan supaya hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
Memang betul kita perlu mendoakan yang baik-baik untuk orang lain. Semoga dengan doa kita itu nanti dapat mendorong perhubungan pasangan itu ke peringkat seterusnya. Pun begitu, untuk mendapat hubungan ‘till jannah’ ini perlulah diambil kira beberapa perkara.
1)FAHAMI TANGGUNGJAWAB
Sebelum menjadi suami isteri, fahami tanggungjawab anda. Ambil tahu apa tanggungjawab suami. Ambil tahu juga tanggungjawab isteri. Jika masing-masing faham tanggungjawab sendiri maka pasti tidak akan timbul masalah kemudian hari. Barulah boleh menuju ke syurga bersama pasangan.
2)KUATKAN IMAN
Anda perlu kuatkan iman. Dugaan dalam rumahtangga bukanlah semudah yang disangka. Apabila sudah berkahwin pasti ada hasutan syaitan. Melihat orang lain lebih segalanya daripada pasangan sendiri. Anda perlu memupuk iman supaya tebal di dada. Insya-ALLAH terhindar daripada cela dan noda.
3)DIDIK PASANGAN
Untuk mendorong ke syurga, didiklah pasangan anda. Ajari dia menutup aurat dengan sempurna. Perbetul bacaan dalam solat. Jadilah pasangan yang baik. Sama-sama belajar untuk jadi Muslim sejati.
4)DOA ZURIAT YANG BAIK
Zuriat ialah pewaris generasi kita pada hari akan datang. Justeru perlu kita didik zuriat menjadi manusia berguna. Zuriat ialah amanah daripada ALLAH. Semoga kita sekeluarga dapat menjadi ahli syurga.
5)AMAL JARIAH
Amal jariah ialah amalan yang banyak membantu kita di akhirat kelak. Perbanyakkan bersedekah. Kuasa sedekah amat kuat kerana itu Islam menggalakkan umatnya membantu antara satu sama lain.
Jodoh Adalah Ketentuan Allah. “Jika Mampu Dipilih, Tiada Isteri Mahukan Suami Berperangai Buruk.’

Jodoh adalah Ketentuan Allah. “Jika mampu dipilih, tiada isteri mahukan suami berperangai buruk.’ Tentu saja wanita-wanita di luar sana memilih suami yang baik, alim dan sempurna serba serbi.
Jangan dihina wanita yang tersalah pilih suami kerana ketahuilah jika diberi pilihan, mereka juga tak mahu nasib malang menimpa mereka setelah mendirikan rumah tangga.
Ikuti kemusykilan wanita ini dan fahami jawapan yan dikon gsikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Artikel Berkaitan:
Jodoh Adalah Ketentuan Allah
Soalan:
Assalamualaikum ustaz, benarkah wanita yang malang adalah wanita yang salah pilih suami? Sedangkan tidak ada orang yang nak suami yang berperangai buruk. Mohon pencerahan.
Jawapan:
Jodoh merupakan sebahagian ketentuan Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya. Pada masa yang sama, kita diajar supaya sentiasa berdoa dan berusaha mencari pasangan yang baik akhlaknya, bertanggungjawab dan mentaati perintah Allah.
Nabi s.a.w memberi garis panduan yang jelas dalam memilih pasangan sama ada di pihak suami mahupun isteri. Isteri yang baik untuk lelaki yang baik, manakala isteri yang tidak baik untuk lelaki yang tidak baik.
Islam melihat sifat malang itu dari sudut kebaikan di sisi Allah SWT. Secara asasnya, Islam telah meletakkan dasar pegangan yang kuat bahawa segala sial, malang, mudarat dan manfaat adalah milik Allah SWT.
Namun, Islam mendidik umatnya memperbaiki diri, reda dengan ketentuan Allah. Ini kerana pada hakikatnya sama ada kesenangan dan kesusahan yang menimpa hidup kita kesemuanya adalah ujian dari Allah SWT.
Dalam konteks perkahwinan itu sendiri, Islam juga telah menyediakan solusi yang baik jika pasangan tidak mampu meneruskan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.
Jodoh merupakan perkara yang terdapat di dalam ilmu Allah SWT, sebuah ketetapan dan ketentuan-Nya, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Mas’ud R.A bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ
Maksudnya:
“Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah dalam tempoh yang sama, kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama, kemudian diutuskan kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan ruh dan dia diperintahkan (malaikat tersebut) untuk menetapkan empat perkara.
Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada kecelakaan atau kebahagiaan..”- Riwayat Muslim (2643)
Jika Mampu Dipilih
Syarak memandang bahawa perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang sangat penting. Oleh hal yang demikian, syarak sangat menitikberatkan soal pemilihan pasangan yang tepat.
Meskipun manusia ada kecenderungan pada kecantikan, harta dan keturunan dalam memilih pasangan, namun pemilihan pasangan berpandukan agama dan akhlaknya yang baik lebih menjaminkan kebahagiaan hidup berumahtangga.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda:
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Maksudnya: “Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya (status), kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya beruntunglah kamu.”- Riwayat Al-Bukhari (5090)
Islam mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dan berusaha mencari pasangan yang baik akhlaknya dan memiliki agama serta bertanggungjawab.
Antara nasihat Nabi SAW dalam urusan mencari jodoh sebagaimana sabda Nabi SAW dalam sebuah hadis:
إِذَا أَتَاكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ، إِلا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ
Maksudnya :”Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu reda akan agama dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia. Jika kamu tidak melakukannya maka ia akan menjadi fitnah di bumi dan juga akan berlaku keburukan.” – Riwayat al-Tabarani (280)
Baca Di Sini:
Ustazah Asmak Husin Buat Plan Pikat Suami. ‘Saya Yang Cari Dan Approach, Tak Tunggu Jodoh Datang.’
Doa Dipertemukan Jodoh Lelaki & Perempuan Yang Baik
Allah SWT juga ada menyatakan bahawa, wanita yang baik akan memiliki suami yang baik, wanita yang tidak baik akhlaknya akan memiliki suami yang tidak baik, namun perkara ini sama sekali tidak menafikan usaha untuk mencari pasangan yang terbaik, bukan hanya menyerah kepada takdir. Firman Allah SWT:
ٱلۡخَبِيثَٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَٰتِۖ وَٱلطَّيِّبَٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَٰتِۚ أُوْلَٰٓئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٞ وَرِزۡقٞ كَرِيمٞ
Maksudnya: “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”- Surah an-Nur (26).
Tiada Isteri
Imam Ibnu ‘Asimin memberi penjelasan di dalam tafsirnya tentang ayat ini bahawa di antara hikmah Allah SWT adalah menjadikan setiap pasangan itu dalam keadaan yang serasi dan sesuai antara satu sama yang lain, bahkan setiap perkara tersebut diserasikan oleh Allah SWT ketika di dunia dan di akhirat.
(Rujuk: Tafsir Ibnu ‘Asimin, hlm 143)
Allah SWT menghimpunkan dalam kalangan mereka bukan hanya di dunia, bahkan juga di akhirat seperti mana firman Allah SWT:
۞ٱحۡشُرُواْ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ وَأَزۡوَٰجَهُمۡ وَمَا كَانُواْ يَعۡبُدُونَ
Maksudnya: (Allah berfirman kepada malaikat):” Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah.’-Surah al-Saffat (22)
Mahukan Suami
Di samping itu, Islam melihat sifat malang itu dari sudut kebaikan di sisi Allah SWT. Secara dasarnya, Islam telah meletakkan sandaran pegangan yang kuat bahawa segala sial, malang, mudarat dan manfaat adalah dari Allah SWT.
وَإِن يَمۡسَسۡكَ ٱللَّهُ بِضُرّٖ فَلَا كَاشِفَ لَهُۥٓ إِلَّا هُوَۖ وَإِن يُرِدۡكَ بِخَيۡرٖ فَلَا رَآدَّ لِفَضۡلِهِۦۚ يُصِيبُ بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦۚ وَهُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ
Maksudnya: “Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya.
Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”- Surah Yunus (107)
Imam Fakhruddin al-Razi menjelaskan ayat di atas bahawa jika seseorang itu ditimpa keadaan yang malang, sial, mudarat dan seumpamanya, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghilangkannya melainkan Allah SWT, dan jika seseorang mendapat kebaikan, manfaat, kesenangan dan seumpamanya , maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaan-Nya itu secara serta merta.
(Rujuk: Tafsir al-Razi, 17/310)
Berperangai Buruk
KESIMPULAN:
Islam melihat sifat malang itu dari sudut kebaikan di sisi Allah SWT. Secara asasnya, Islam telah meletakkan dasar pegangan yang kukuh bahawa segala sial, malang, mudarat dan manfaat adalah dari Allah SWT.
Namun, Islam mendidik umatnya memperbaiki diri, reda dengan ketentuan Allah, sabar menghadapi cabaran kehidupan, berusaha ke arah kebaikan dan meyakini setiap aturan Allah SWT itu mempunyai ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Bahkan, dalam perkahwinan Islam menyediakan solusi yang baik jika pasangan tersebut tidak mampu meneruskan kehidupan mereka. والله أعلم
Kashoorga : Jika anda dan pasangan tidak sehaluan, carilah jalan penyelesaian agar tiada hati yang tersakiti.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Untungnya Bila Isteri Rajin Solat Dhuha & Suka Bersedekah, Rezeki Yang Datang Berlipat Ganda

Saat paling indah apabila kita bergelar isteri kepada insan yang paling dicintai. Sebaik sah detik ijab kabul, pasti kita berjanji untuk menjadi isteri yang solehah buat Imam tercinta.
Dan sebagai isteri kita juga boleh membantu kepada pembaza rezeki buat suami. Tidak perlu bekerja, tetapi ada antara amalan yang boleh menjadi punca kepada pembawa rezeki.
Ingatan kepada kaum suami, jangan sesekali menganiaya isteri kerana doa insan ini sangat makbul di sisi Allah SWT.

Jagailah hati dan perasaan seorang isteri yang juga ibu, kerana syurga setiap anak itu berada di bawah telapak kaki mereka.
Ini antara sikap atau amalan isteri yang dikatakan boleh membawa rezeki berlipat ganda pada suaminya.
1. Isteri Yang Pandai Bersyukur
Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
2. Isteri Bertawakal Kepada Allah
Di saat seseorang bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).
Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak semestinya Allah memberikan rezeki secara terus kepada si isteri. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.
3. Isteri Yang Baik Agamanya
Rasulullah menjelaskan bahwa wanita dinikahi karena empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya.
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.
Cuba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah kemudian mereka mati kelaparan. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat kepada Allah tetapi rezekinya lancar?
Boleh jadi Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah kemudian mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.

4. Isteri Yang Banyak Beristighfar
Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surat Nuh ayat 10 hingga 12. Bahwa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).
5. Isteri Yang Gemar Silaturahim
Istri yang gemar menyambung silaturahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak saudaranya, dan saudari-saudari seaqidah, pada hakikatnya ia sedang membantu suaminya memperlancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
6. Isteri Yang Suka Bersedekah
Istri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al Baqarah, akan dilipat gandakan Allah hingga 700 kali ganda.
Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebagiannya ia gunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).
7. Isteri Yang Bertaqwa
Orang yang bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan ia akan mendapatkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq: 2-3).
8. Isteri Yang Selalu Mendoakan Suaminya
Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Ia tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Maka jangan hanya mengharapkan usaha semata-mata namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).

9. Isteri Yang Gemar Solat Dhuha
Solat dhuha merupakan solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Solat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah kepada setiap sendi badan kita. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.
“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).
10. Isteri Yang Taat Dan Melayani Suaminya
Salah satu kewajiban isteri kepada suami adalah mentaatinya. Sepanjang perintah suami dia taatinya.
Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang istri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia boleh berfikir lebih baik dan kreativiti dalam pemikiran juga muncul. Semangat kerjanya pun menggebu. Ibadah juga lebih tenang, rezeki mengalir lancar.