Solat merupakan satu suruhan dari Allah yang diwajibkan bagi setiap Muslim. Ia wajib dilakukan tidak kira di mana atau dalam apa jua situasi.
Tiada alasan untuk kita tidak mendirikannya lagi-lagi jika keadaan fizikal dan mental
sempurna dia tiada cacat celanya.
Semalam viral menerusi satu perkongsian video diperoleh dari Instagram Ilmfeed memaparkan situasi di mana seorang lelaki yang sedang solat berdiri menggunakan kaki palsu hingga mencuri tumpuan warganet.
Dalam situasi ini, jemaah OKU ini turut bersembahyang berjemaah bersama jemaah normal lain dalam satu saf solat.
Ads
Ternyata amalan solat yang dilakukan walaupun menggunakan kaki palsu tetap disempurnakan dengan sebaiknya dan tidak ada alasan untuk meninggalkan suruhan yang satu ini.
Biarpun video itu dirakamkan di luar negara, tetapi telah memberi kesedaran kepada netizen betapa kukuh iman seseorang itu untuk berusaha beribadah walaupun diri serba kekurangan.
Ads
Malah kapsyen ditulis juga cukup menyentuh hati apabila mengingatkan kita supaya
menunaikan solat tanpa alasan dan bersyukur kerana dikurniakan tubuh yang sihat
dan memudahkan urusan untuk mengerjakan ibadah.
Video berdurasi 1 minit ini nyata mengundang sebak netizen dan rata-rata memberikan komen yang positif.
Ads
fatin.zil Subhanallah. Hope this can motivate us to perfom a better salah
syaefulrizal Mashaa Allah karena selama kita hidup, tidak ada alasan bagi kita untuk meninggalkan Sholat hingga ajal menjemput.
Setiap kali melihat iklan ditayangkan dalam satu program di kaca televisyen, hati tertanya-tanya siapakah pemilik jenama susu ini. Popularitinya menjadi semakin naik sejak menjadi penaja bagi rancangan berkenaan.
Malah dalam satu segmen, jenama susu terkenal ini juga turut berkongsi rezeki dengan insan yang lebih memerlukan.
Ternyata biarpun sudah popular dan menempa kejayaan berganda, tetapi jenama susu ini tidak lokek untuk berkongsi rezeki bersama orang lain.
Menyingkap sejarah pembabitan jenama susu ini, rupanya ada kisah di sebalik kenapa mereka tidak lokek untuk berkongsi rezeki.
Dikenali dengan panggil ‘Bos Susu’, Encik Azmi Zainal yan juga merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) berkongsi kenapa mereka bermurah hati menyumbang sejumlah wang kepada insan lain yang memerlukan.
Menurutnya sebelum jenama ini mendapat pengiktiran senagai jenama no 1 susu segar di Malaysia, syarikat ini juga pernah diduga dengan pelbagai kepahitan.
Memulakan syarikat dengan kecil-kecilan dan mendaki tangga sedikit demi sedikit sebelum berada di tahap sekarang.
Tambahnya ketika mahu memperkenalkan jenama ini kepada pengguna mereka mengunakan medium menjual di pasar malam dan pasar tani terlebih dahulu.
Malah menghantar stok susu berkenaan dengan menggunakan khidmat bas ekspres memandangkan tiada pengangkutan lori yang besar.
Bukan itu sahaja, mereka juga turut disindir oleh pesaing melihat kegigihan untuk memasarkan produk ini di pasaraya besar.
Namun lali dengan cemuhan, mereka terus berusaha dan kekal berdoa agar jenama susu akan dikenali dan menjadi produk nombor 1 di Malaysia satu hari nanti.
Buktinya kini, produk jenama susu mereka iaitu Farm Fresh begitu digemari ramai. Oleh sebab tahu asal usul zaman keperitan sebelum ini menyebabkan mereka terpanggil untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan bersama projek CSR ini.
Ramai mengenali kami dgn jenama kami Farm Fresh… jenama no 1 susu segar d malaysia… jualan ratusan juta setahun… ada beribu ekar ladang d Malaysian dan Australia, punya kilang tercantik, tercanggih dan terakhir ini menaja GEGAR VAGANZA dgn jutaan ringgit dan bagi sumbangan RM 10 000 pada artis yg kurang bernasib baik
maruah juga di injak2kami tidak pernah kenal erti tewas… ramai yg mentertawakan kami… malah kompetitor kami kata pada buyer supermaket…”biar lah itu company kecik… kita x payah usik… nanti dia sendiri mati maaaa”… kami simpan itu sebagai semangat dan dgn dendam kesumat… bila nak cari promoter pulak, ramai promoter2 yg ketawakan brader…”betul ke kau blh byr gaji ni… kau pun pakai selipar je”… kami telan semua itu… kami terus berusaha dan berdoa….
Tunggukan artis CSR kita mlm ni… kasi surprise sikit… ramai yg merinduinya, dan jangan luoa juga tunggu apa brader nak cakap mlm ni.. sekarang ni d tangga eskalator pun orang ajak selfie… kita jumpa mlm Astro Ria 104 jam 9mlm.
Suami sekarang tak mampu solat dan belajar agama di masjid, akibatnya anak isteri tidak memahami agama sehingga hilang suasana ‘madrasah’ dalam rumah.
Jika dahulu, para suami mencari masa untuk solat berjemaah dan mendalami agama di masjid tapi sekarang jarang sekali. Tidak dinafikan kesibukan membataskan segalanya.
Hingga tanpa sedar, rumah tangga yang kita idamkan bertukar suasana. Rumah yang sepatutnya dihiasi dengan bacaan Al-Quran kita hanya ada muzik yang kuat lagi melalaikan.
Ikuti perkongsian Ustaz Khann Da’ie Khann dan hadam baik-baik apa yang dimaksudkan dengan suasana “madrasah’.
Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah ‘tiga suasana’ di rumah-rumah di seluruh dunia:
1) Suasana ‘pawagam’
TV dan audio yang besar-besar, karaoke, video games. Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di televiyen.
Menangis bila tengok drama-drama, ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak-anak terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas-pentas.
2) Suasana ‘hotel’
Rumah yang dihias mewah-mewah seperti hotel, berhawa dingin. Sentiasa tukar sofa baru, tilam-tilam mewah, bilik air mewah sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.
3) Suasana ‘restoran’
Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran mewah setiap saat dalam kekenyangan.
Fikiran hanya fikir makan dan minum saja, fikir untuk penuhkan perut, peti ais penuh dengan makanan, aiskrim dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak.
Kita perlu berubah kepada ‘kefahaman agama’ agar suasana rumah berubah.
Suasana rumah seperti rumah baginda Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabatnya di Madinah tidak wujud lagi iaitu suasana rumah seperti madrasah.
Hidupkan suasana bacaan al-Quran dan hadis di rumah.
Kemudian, hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran Allah dan suasana ilmu di rumah.
Hidupkan suasana zikir dan solat-solat sunat di rumah. Rumah penuh dengan Nur al-Quran-Hadis, maka Allah turunkan rahmat, keberkatan dan sakinah. Keluarga hidup bahagia.
Lahirkan anak-anak alim-alimah, hafiz-hafizah dan daie- daieyah yang memperjuangkan Islam di seluruh alam.
Suasana ini yang perlu kita wujudkan dalam rumah kita. Hari ini anak-anak kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis serta macam-macam lagi tapi pencapaian exam tak cemerlang.
Belajar tak pandai-pandai, rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak-anak gelap sebab tak dengar hadis.
Wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca hadis-hadis Nabi dan baca kisah-kisah para sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak-anak kita mengenali kehidupan para sahabat dan insan-insan yang telah berjaya.
Barulah ahli keluarga hidup secara sederhana dan tak berhajat kepada mewah-mewah sehingga kadang kala melebihi kemampuan bapa/suami*
Semoga kita semua berazam untuk hidupkan suasana rumah seperti madrasah di rumah, insyallah.
Ada orang dimudahkan rezeki nya dan ada pula sebaliknya. Memang benar, rezeki hak Allah, namun ia tidak akan diperoleh tanpa usaha, doa dan tawakal kepada Allah.
Rezeki hadir dengan usaha.Selagi kita bernyawa, teruskan lah beramal walau dengan sekecil-kecil perbuatan pun.
Kita tak tahu, mungkin amalan kita yang sebesar zarah itu lah yang menyebabkan pintu rezeki kita dibuka luas oleh Allah.
Datang mencurah-curah sampai kita pun boleh terkedu dan tertanya “Apa lah amalan yang aku dah buat sehingga begini murah rezeki aku?” Seronok kan apabila ini terjadi.
Ia bukan sesuatu yang mustahil; kerana Allah tidak memungkiri janjinya untuk memberi rezeki kepada hambanya yang banyak lakukan amalan baik.
Bercerita tentang rezeki dan amalan sebesar zarah, kita ikuti perkongsian ustaz Ebit Lew, berkenaan perkara ini.
Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.
“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya. “Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya. “Tak pernah ustaz,” jawabnya.
“Abang pernah menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama. “Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah.
Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali apatah lagi suami menyuap isteri dan anak-anak. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan rancangan televisyen. Ya Allah. “Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita menyuap isteri makanan kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah
“Juga makanlah dalam satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak menyuap makanan ke mulut mak dan ayahnya sekali sekala.
“Cuba abang amalkan menyuap isteri dan anak-anak. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.
“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya. Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.