
Gambar Hiasan Janaan AI
Wanita berzumba di khalayak ramai, mungkin biasa kita lihat ketika hujung minggu di taman rekreasi ataupun dalam acara sukan.
Namun sebagai Muslimah, aktiviti zumba yang dilakukan di tempat terbuka seperti ini perlu dielakkan. Ini kerana hukum wanita berzumba di khalayak ramai adalah haram.
Perkara ini dijelaskan oleh Ustazah Asma’ Harun dalam satu perkongsian beliau akaun laman sosial beliau baru-baru ini.
Ujarnya walaupun ia dilakukan dengan tujuan untuk sihat, dan berpakaian longgar serta labuh namun niat yang baik tidak menghalalkan cara yang bercanggah dengan syariat.
“Aktiviti yang membuka ruang pandangan ajnabi, gerakan menggoda dan rentak muzik berlebihan tetap berada dalam sempadan larangan syarak.
“Isu utama bukan hanya pada pakaian semata-mata, tetapi juga pada pergerakan badan yang menyerupai tarian, rentak muzik yang RANCAK dan dilakukan pula di hadapan umum.
“Zumba adalah senaman berasaskan tarian moden yang sememangnya menarik perhatian, lebih-lebih lagi jika diperhatikan oleh lelaki ajnabi. Dalam keadaan seperti itu, ia tidak lagi sekadar senaman, tetapi boleh menjadi ruang kepada fitnah dan pintu maksiat,”jelasnya.
Katanya joget atau menari dalam istilah Fiqh disebut ar-Raqshu, dalam kamus Mu’jam al-Wasith menyebutkan, ar-Raqshu adalah seseorang berpindah-pindah posisi dan menggerak-gerakkan badannya sesuai irama muzik atau nyanyian.
Manakala, para ulama dalam al-Lajnah ad-Daimah Lil Buhus Wal Ifta’ menyebutkan:
“Wajib juga bagi mereka untuk menjauhi sebab-sebab fitnah (godaan). Dan di antara godaan yang paling besar adalah joget/menarinya mereka di depan lelaki yang bukan mahram. Ini hukumnya HARAM, TIDAK DIBOLEHKAN.
Walaupun tiada interaksi fizikal antara lelaki dan wanita, pandangan mata yang tidak dijaga sudah cukup untuk mengundang dosa.
Suasana terbuka menjadikan wanita mudah diperhatikan, dirakam, bahkan mungkin dikongsi ke media sosial TANPA IZIN. Sedangkan Islam sangat menjaga maruah wanita dan setiap langkah keluar wanita dari rumah perlu disertai dengan rasa takut kepada fitnah dan kehinaan.
Rasulullah SAW bersabda:
المَرْأَةُ عَوْرَةٌ، فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ
Maksudnya: “Wanita itu aurat. Apabila dia keluar dari rumahnya, syaitan akan datang kepadanya untuk menghiasinya.” (HR al-Tirmizi, hadis hasan sahih gharib)
Dalam pada itu beliau menasihatkan Muslima yang ini kekal sihat boleh memilih cara yang lebih selamat dan patuh syariah. Antaranya melakukan Zumba di tempat tertutup, khusus untuk wanita sahaja, selain tidak berkongsi gambar tersebut di media social.
Selain itu boleh saja bersenam dan berzumba di rumah saja, di hadapan suami, ia lebih berpahala.
Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun
Baca Lagi: Senaman Yoga Adalah Ritual Dari Agama Hindu. Umat Islam Haram Sertai Yoga!