Sebentar tadi kita telah mendengar perutusan khas yang dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perkembangan terbaru COVID-19 yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Dalam ucapannya, PM mengucapkan terima kasih semua pihak yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu.
Begitu juga dengan semua petugas terutama barisan hadapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertungkus-lumus bekerja tanpa henti.
Dan bagi memastikan rakyat semua selamat dari ancaman wabak penyakit yang masih sukar dicari penawarnya, PM menambah PKP selama dua minggu lagi hingga 14 April 2020 ini.
Banyak pesanan yang disampaikan dan paling membuatkan rakyat Malaysia sebak apabila di akhir ucapan beliau menitipkan doa bagi memohon perlindungan negara daripada wabak koronavirus (Covid-19).
Ads
Semasa memimpin bacaan doa itu, Muhyiddin memulakannya dengan surah al-Fatihah disusuli doa memohon kepada ALLAH SWT agar mengampuni dosa umat manusia serta melindungi mereka daripada penyakit dan wabak berbahaya.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau ampunilah dosa-dosa kami. Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hambaMU yang kerdil ini dari segala musibah. Va. Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk.
Ads
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaanMU yang berat ini. Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami. Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami, Ya ALLAH, tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMU,” kata Muhyiddin dalam doanya.
Perdana Menteri turut berdoa memohon agar ALLAH SWT memberi kesembuhan kepada mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 sambil memuji kekuasaan ALLAH SWT terhadap hambaNYA.
Ads
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Syaafi. Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak koronavirus walau di mana sahaja mereka berada. Sesungguhnya, tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya ALLAH.
“Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya ALLAH. Kami bermohon kepadaMU Ya ALLAH Lindungilah kami. Selamatkanlah kami. Sejahterakanlah hidup kami,” kata Muhyddin dalam doa beliau.
Perdana Menteri kemudian mengakhiri doa dan Perutusan Khas itu dengan sebaris doa pelindung yang bermaksud:
“Dengan nama ALLAH yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi atau di langit. Dan, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Dia kerja, tak perlulah aku bagi duit.’ Nafkah isteri mesti suami tunaikan walau pendapatan dia lebih tinggi suami. Nafkah memang menjadi tanggungjawab suami, jadi jangan lari dari tanggungjawab.
Isteri bekerja kerana ingin kurangkan beban suami dan membantu apa yang patut. Jadi janganlah mengambil kesempatan.
Masa kini ramai isteri bekerja dengan niat ringankan beban suami. Pun begitu keperluan memberi nafkah tetap menjadi tanggungjawab suami. Masa nikah memang digalakkan dipermudahkan. Tapi itu bukan maksudnya soal nafkah pun kita nak pandang enteng jugak.
Kita tak boleh kata, “Owh isteri aku ada kerja. So, tak perlu lah aku bagi duit bulan-bulan. You, you dan I, I”
Nafkah mereka sebagai isteri mesti ditunaikan walau pendapatan mereka lebih tinggi dari kita.
Ada isteri yang tidak diberi nafkah langsung oleh suami disebabkan:
1) suami beranggapan tidak perlu bagi nafkah kerana isterinya berkerja dan punyai wang sendiri.
2) suami beranggapan tidak perlu bagi nafkah kerana isterinya bergaji lebih besar.
3) suami perlu tanggung keluarganya sendiri (ibu bapa, adik beradik), jadi wang gajinya tidak cukup untuk diberikan kepada isteri.
4) tidak ada ilmu tentang rumah tangga dan tidak mahu belajar tentangnya. Take for granted.
Ini silap besar sahabatku.
Wahai para suami, bacakan ini. Ada 7 jenis nafkah yang wajib kita beri kepada isteri iaitu:
1. Menyediakan rumah dan keperluan rumah.
Tak kira lah rumah sewa atau beli sendiri, asalkan mengikut kemampuan suami. Kalau suami mampu beli rumah teres sahaja untuk isteri, ia jauh lebih baik dari rumah banglo atas bukit yang dibeli isteri.
2. Makan Minum
Ramai isteri yang berkerja membeli barang makanan minuman dengan duit gajinya sendiri. Puan, gunakan duit belanja dapur yang diberikan suami.
Jika tak cukup, barulah top up dengan duit gaji puan. Jangan ambil hak suami iaitu hak untuk dia bagi nafkah makan minum.
Kalau suami puan mampu beli kangkung dan ikan kembung, makanlah itu. Berkat insyaAllah.
Suami beri nafkah wang walaupun sedikit untuk makan minum isteri, anak setiap bulan. Kalau mampu RM100 pun, itulah yang perlu diberikan.
Beritahu pada isteri, “Ini yang abang mampu, kalau ada rezeki lebih, abang akan tambah.” Isteri, hargailah keikhlasan suamimu itu.
3. Pakaian
Wajib beli 2 persalinan setiap tahun. Belilah jubah longgar dan pakaian menutup aurat kepada isteri. Kita dapat pahala sebab sediakan pakaian ikut syariat. Isteri pun dapat kebaikan sebab jaga aurat ikut syariat.
Suami dipertanggungjawabkan atas dosa yang mereka lakukan di dunia ini. Isteri, kena faham dan tahu. Kami bukan hanya pikul tanggungjawab nafkah zahir tapi dosa kamu juga kami pikul.
Ini perkara paling sweet yang banyak isteri lupa.
Justeru, tanam azam dalam diri untuk ikut suruhan dan tinggalkan perkara dilarang oleh baginda Rasulullah saw. Bukan pasal ikhlas atau tak ikhlas.
Masa dicabut nyawa tak ada tanya ikhlas tak nak mati. Hehe!
4. Perubatan
Kalau isteri sakit, suami perlu bawa isteri jumpa doktor dan biayai perbelanjaan ini. Kalau zaman sekarang, takaful untuk isteri dan anak-anak perlu disediakan oleh suami.
5. Perhiasan
Wanita memang tidak asing dengan perhiasan. Suami perlu menyediakan perhiasan untuk isteri.
Encik A selalu beli perhiasan untuk isterinya. Dia belikan mengikut taste nya.
Katanya, “Isteri ini adalah perhiasan untuk suami. Mestilah saya beli perhiasan mengikut taste saya supaya menyejukkan mata dan hati saya. Barulah isteri saya dapat pahala, saya pun dapat pahala.”
Isteri pula, kalau suami mampu beli Zhulian, pakailah. Jangan minta diluar kemampuan suami pula.
6. Pembantu
Kalau isteri biasa ada pembantu rumah sebelum berkahwin, suami mesti menyediakan pembantu untuknya selepas berkahwin.
Zaman sekarang ini kalau suami tak mampu, cukuplah sediakan wang untuk penjagaan anak dan paling penting sekali pembantu semasa isteri berpantang selepas melahirkan anak.
7. Peralatan mandian
Jangan gelak! Iya, sabun mandi dan syampu rambut itu termasuk dalam nafkah ye. Jangan ambil ringan!
Wahai suami isteri sekalian, suami wajib bagi nafkah pada isteri dan anak anak. Ini adalah ajaran Islam dan kita patut mengikutnya. Sebab apa?
Supaya ada keberkatan dalam rumah tangga. Bila ada keberkatan, harmoni dan sejahteralah rumah tangga itu. Begitulah.
Ilmu agama dan dunia juga sebenarnya tanggungjawab suami. Ramai terlepas pandang.
Kalau isteri nak belajar mengaji al-Quran, belajar memasak jangan dihalang. Kita sokong dan belikan buku untuk mereka.
Saya doakan agar diri saya dapat memenuhi keperluan keluarga dan anda yang membacanya sehingga ke ayat ini beroleh kebaikan yang sama. Aamin!
Allah SWT telah merakamkan kisah orang-orang kafir yang berbangga dengan banyak harta benda dan ramai anak pinak.
Pada zaman itu mana-mana puak atau kumpulan tidak ramai anak, mereka akan mengambil anak-anak angkat untuk meramaikan bilangan pengikut yang menjadikan mereka kuat.
Pada zaman permulaan Islam, berlaku pengambilan anak angkat di mana masyarakat telah tersalah sangka hingga melibatkan Rasulullah SAW sendiri dengan anak angkatnya bernama Zaid Bin Harithah.
Peristiwa itu dirakamkan oleh Alquran dalam surah Al Ahzab ayat 4-5.
ANAK ANGKAT DALAM KELUARGA ISLAM Penjagaan anak angkat dalam keluarga Islam hendaklah mencerminkan unsur-unsur Islam. Ia sama sekali tidak boleh dirahsiakan kerana langkah itu bertentangan dengan syariat Islam. Perkara-perkara yang wajib diberi perhatian semasa mengambil anak angkat ialah:
1. NASAB atau KETURUNAN Allah SWT menggariskan bahawa taraf anak angkat tidak seimbang dengan anak kandung dan bagi menjaga kesucian keturunannya maka dilarang daripada dinamakan dengan “bin” atau “binti” kepada ayah angkat.
Semasa mengiktiraf pengangkatan anak angkat hendaklah dibin atau dibintikan kepada bapa kandung atau kepada asma’ Allah seperti “Abdullah” dan lain-lain (jika bapa kandung tidak diketahui).
Anak angkat dianggap hanya sebagai saudara seagama atau “maula” kepada bapa angkat dan boleh juga dipanggil secara ringkas dalam hidup seharian sebagai “maula” (L) atau “maulad” (P) kepada bapa angkat.
2. WALI Bapa angkat tidak boleh menjadi wali kepada anak angkat perempuan semasa perkahwinan. Walinya yang sah adalah bapa kandung atau ahli keluarganya yang asal mengikut tertib kewalian atau Wali Hakim. Mahkamah Syariah mempunyai prosedur yang tertentu sebelum melantik Wali Hakim.
3. WARISAN HARTA PUSAKA Anak angkat tiada hak mewarisi harta pusaka ibu bapa angkat. Hubungannya dengan ibu bapa kandung tidak boleh diputuskan kerana dia masih berhak mendapatkan bahagiannya daripada kedua ibu bapa kandung.
Namun begitu, ibu bapa angkat digalakkan memberi ‘hadiah’ kepada anak angkat semasa hayat sebagai usaha mengelakkan sebarang kesulitan sepeninggalan mereka.
4. PERGAULAN DALAM KELUARGA Ibu bapa angkat bertanggungjawab memberi kesedaran kepada anak angkat mengenai tarafnya dalam keluarga supaya dia tidak menganggap bapa angkat dan saudara-saudara angkat yang berlainan jantina sebagai mahramnya. Dengan cara itu dapatlah dielakkan pergaulan yang terlalu bebas dalam keluarganya.
Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 memberi kemudahan kepada ibu bapa angkat Islam mengesahkan hak jagaan ke atas anak angkat. Melaluinya juga mereka boleh memelihara nasab keturunan dan warisan anak angkat seperti yang ditetapkan dalam Islam.
Tetapi akta itu tidak melarang ibu bapa angkat yang hidup membujang memelihara anak angkat yang berlainan jantina daripadanya.
Oleh itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak menggalak bakal ibu/bapa angkat berugama Islam yang hidup membujang memelihara anak angkat berlainan jantina kerana keadaan itu menimbulkan kerumitan setelah anak angkat meningkat dewasa.
Suami isteri adalah partner dalam kehidupan. Keberadaan masing-masing haruslah saling menguatkan, memotivasi, mengingatkan dan menjaga. Perkahwinan adalah umpama bahtera yang harus dilalui bersama. Setiap gelombang harus dilalui dan diselesaikan bersama.
Bagi menghangatkan kebahagiaan rumah tangga, komunikasi dan sentuhan amat penting antara suami isteri. Hubungan yang romantis menjadikan kasih sayang suami isteri kekal mekar bak bunga yang sedang berkembang.
Seperti pasangan Mustapha Kamal dan Susan Menon. Pasangan selebriti ini kelihatan cukup mesra dan bahagia.
Berikut perkongsian Mustapha Kamal seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya.
Romantiskanlah diri kita bersama pasangan … tidak semestinya hanya ketika hendak bersama pasangan suami atau isteri baru kita perlu romantis, setiap masa kita memerlukan pasangan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Romantiskanlah dirimu wahai suami ketika berdoa dengan doa yang indah-indah dan di dengari oleh isteri ketika berjemaah.
Ya Allah… kau permudahkanlan kehidupan kami semua, jangan dipersulitkan , dan disudahi dengan kebaikan …Aamiin..
Kebanyakan isteri tak mintak lebih. Minta kita sayangkan, jaga dan berikan perhatian pada dia saja.
Bersyukurlah Allah kurniakan kita isteri sebagai peneman hidup. Ada orang yang masih menanti jodoh yang belum kunjung tiba hingga ke saat ini.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...