Yatt Hamzah Beri Kesedaran Kongsi Video Jenazah Mangsa COVID-19 Hanya Ditayammum & Tidak Dimandikan. Subhanallah!

Share

Seperti yang kita maklum, jenazah bagi pesakit yang meninggal dunia tidak dimandikan, sebaliknya hanya ditayammum di atas beg plastik sahaja sebelum dikebumikan.

Memang itu adalah prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan. Malah sanak saudara juga tidak dibenarkan mendekati jenazah hinggalah selepas selesai pengebumian mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Mangsa COVID-19 Hanya Ditayammum Atas Beg

Dalam satu perkongsian di laman Instagram Yatt Hamzah, beliau muat naik dengan stu video cara bagaimana jenazah mangsa COVID-19 disempurnakan.

Menurutnya memang sangat sedih apabila di saat terakhir, tidak ada seorang pun ahli keluarga boleh melihat dan beri penghormatan terakhir. Malah tidak boleh juga diadakan majlis tahlil dalam tempoh Perintak Kawalan Pergerakan ini.

Apa yang boleh dilakukan oleh waris adalah membaca Yasin dan ayat-ayat suci Al-Quran di rumah.

Jadi dia meminta kita mengambil ikhtibar dengan video berkenaan dengan bersama-sama putuskan rantaian jangkitan wabak ini dengan mengikut saranan kerajaan melaksanakan PKP ini.

Jenazah mangsa Covid 19 yg ditayamum krn tdk dapat dimandikan.
Allahu akhbar  .

Ya Allah…Sedihnya bila saat terakhir kita, seorang ahli keluarga pun tak boleh tengok dan beri penghormatan terakhir.. Tak boleh juga majlis tahlil dalam tempoh begini. Hanya bacaan Yasin dan ayat2 Suci Al Quran lain di rumah 😭


.
PLEASE MALAYSIA Kita bersama putuskan RANTAIAN JANGKITAN COVID-19 ini.. Kita boleh In shaa Allah..
.
#yattmengayat#darihatiseoragllngmujahidah#fromtheheartofamujahidah#bondaYHshareú #bondaYattshare
#PlsStayAtHome

Ternyata perkongsian ini mendapat respon daripada warganet. Rata-rata bersedih dengan situasi berkenaan dan mengharapkan wabak ini akan berakhir serta keadaan menjadi seperti sediakala.

nura_jaz Smoga wabak ni brakhir allahu ni sume tanda Allah mnguji hamba2nya
siti_hajarrrrrrr Allahuakbar sedih myee
lynz_ibrahim Kami pendosa ya allah.. Ampunkan la kami
IKLAN