Kelahiran Nabi Muhammad yang juga kekasih Allah membawa makna yang cukup besar dalam kehidupan kita serta seluruh alam.
Ini jelas melalui firman ALLAH SWT: “Tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam.” (al-Anbiya’, 107).
Dalam satu perkongsian di instagramnya, @yatthamzah_suci, dirinya yang kini berada di Tanah Suci Makkah menunaikan umrah berkongsi momen yang cukup menusuk ke hati.
Ads
Akui ingin berada dekat dengan Rasulullah bersama seisi keluarganya di bumi baroqah ini, Yatt Hamzah akui tidak kisah untuk menjadi tukang cuci asalkan dirinya mampu berada dekat dengan Nabi. Bahkan kongsinya lagi, kalau boleh dirinya ingin meninggal di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi yang menempatkan para syuhada. Baca perkongsian dari Yatt tentang niat sucinya ini.
Ya Allah, aku sangat teringin membawa keluargaku untuk menetap di Madinah agar berada dekat dengan Nabi ku. Aku sangat teringin anak-anak ku bersekolah di Madinah, membesar di Madinah dan aku amat teringin untuk mati di sini agar dapat disemadikan di perkuburan Baqi’. Jika pada perkiraanMU, salah satu cara untuk berada di sini adalah dengan menjadi seorang cleaner di sini, aku amat berbesar hati YA Allah. Aku amat amat bangga andai dapat berkhidmat di sini buat Rasulullah ku SAW. Kau MAKBULKANLAH doa2 Bonda ini Wahai Tuhan yg MAHA MEMAQBULKAN DOA.
Ads
Dan lebih menarik, Yatt turut berkongsi videonya membersihkan Masjid Nabawi walau hanya seketika.
Ads
Semalam lepas Asar Bonda ini dapat peluang bersihkan Masjid Nabi SAW. Perasaannya luar biasa MashaAllah walaupun hanya sekejap. Memang dah lama teringin nak membantu pekerja-pekerja kebersihan di dalam Masjid Nabawi sebab Bonda ni memang suka sangat-sangat membersihkan rumah. Tak suka nampak kotor. Alhamdulillah direzekikan dapat merasa menjadi cleaner Masjid Nabawi walaupun hanya sebentar.. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH YA ALLAH. Sumber : IG @yatthamzah_suci.
Mati itu sudah pasti dan sudah tertulis di luh mahfuz. Cuma sebagai hambaNya kita tidak tahu bilakah masanya itu akan tiba. Oleh sebab itu kita perlu sentiasa bersedia penuhkan diri dengan amal ibadah mencukupi sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak.
Dan kematian yang sangat dimuliakan oleh Allah memang akan dicemburui setiap insan yang masih hidup.
Itu yang berlaku ke atas Allahyarham Mohd Rawi Ismail, 61 tahun apabild disahkan meninggal dunia ketika mengimamkan solat Subuh di Masjid Sultan Abu Bakar di Raub, kelmarin.
Perginya insan mulia ini meninggalkan segala amalan baik yang telah dilakukannya sebelum ini. Ketika hayatnya, arwah sering menasihati isteri serta anak-anaknya supaya membaca dan menghafal surah Al-Mulk setiap kali sebelum tidur.
Menurut isterinya, Mek Nab Che Sof, arwah suaminya itu tidak pernah lupa membaca surah berkenaan sebelum tidur dan juga kadang-kadang selepas solat.
Bukan itu sahaja, arwah juga dikatakan seorang yang sangat pemurah dan suka bersedekah kepada kanak-kanak, saudara dan sahabatnya terutamanya memberi buah hasil cucuk tanaman diusahakannya.
Malah setiap tetamu yang datang berkunjung ke rumah pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong. Arwah juga bekas pembantu pertanian dan pernah melakukan pembedahan pintasan jantung 13 tahun lalu.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.10 pagi itu apabila Allahyarhan menjadi imam ganti selepas imam bertugas dikatakan terlewat tiba ke masjid.
Melalui artikel di Harian Metro, menurut sahabat baik arwah yang juga menjadi makmum solat Subuh berkenaan, tidak melihat sebarang tanda sakit pada diri Mohd Rawi sebelum diminta mengimamkan solat.
“Selepas membaca surah Fatihah beliau membaca ayat lazim, cuma tersekat-sekat kerana tidak cukup nafas. Selepas rukuk, dia bangun dan nampak terhuyung-hayang hendak rebah ke belakang dan saya pun sambut dia.
“Saya baringkan dia dan dia tidak berkata apa tetapi nadi dia masih ada dan saya terus mengajar mengucap kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Dalam pada itu, warganet juga turut bersimpati dengan kematian insan mulia ini. Rata-rata menzahirkan simpati dan menyifatkan pengkahiranya yan sangat indah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
SATU surah di dalam al-Quran sekiranya ia diamalkan, maka orang yang membacanya, apatah lagi dapat menghafaznya akan terlepas daripada azab kubur.
Ia adalah Surah Al-Mulk yang mengandungi 30 ayat. Surah itu juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci.
Sebab itu, Nabi SAW menyarankan umatnya supaya tidak meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap hari.
Hati orang yang membaca al-Quran akan sentiasa tenang, dijauhi daripada bisikan syaitan serta dirinya turut dihormati.
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)
Antara azab kubur itu, didatangkan kepada manusia dua malaikat yang sangat bengis iaitu Munkar dan Nakir.
Sekiranya manusia melihat wajah malaikat azab itu, mereka akan pengsan. Di tangannya ada besi penukul dan apabila dihayun tukul itu, nescaya akan hancur semua gunung yang ada di atas muka bumi ini.
Bagaimanapun, bagi mereka yang menjadikan Surah Al-Mulk sebagai bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalnya daripada diseksa.
Di dalam kubur, orang yang meninggal dunia akan didatangi malaikat azab bermula di kakinya untuk memberi hukuman.
Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”
Sekiranya seseorang itu selamat daripada seksaan di alam barzakh, dia juga selamat untuk menghadapi permulaan akhirat yang lebih besar dan dahsyat.
Jika seseorang itu sudah menerima seksaan di alam barzakh, maka sudah pasti dia juga tidak akan selamat menghadapi kecelakaan lebih besar menunggunya selepas itu.
Maka, Nabi SAW mengajarkan kita beberapa cara untuk selamat dan selesa ketika berada di alam barzakh, antaranya membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam.
Sebelum tidur, pastikan kita ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk. Dengan harapan apabila biasa melazimi bacaan Surah Al-Mulk dan ditakdirkan kita meninggal dunia, Allah SWT akan mengampuni segala dosa serta mengharumkan perkuburan kita menjadi sebahagian taman daripada taman syurga.
Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah. (Ahmad, Tirmizi dan Darimi)
Setiap orang beriman tidak boleh memandang ringan perihal di alam barzakh yang bakal mereka lalui satu masa nanti.
Persediaan itu wajib dilakukan. Jaga setiap tingkah laku serta pertuturan seharian kita supaya terhindar daripada mendapat pengakhiran yang buruk.
Abu Darda berkata, “Tiga perkara yang membuat aku ketawa dan menyebabkan aku menangis. Tiga perkara itu ialah orang yang mengejar dunia padahal kematian sedang mengejarnya, individu yang ketawa terbahak-bahak, tetapi dia tidak tahu adakah Tuhannya reda kepada-nya atau memurkainya dan individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya.”
Rasulullah SAW juga mengajar untuk mengamalkan satu doa bagi memohon perlindungan dan azab kubur iaitu “Allahumma inni a’uzu bika minal ‘ajzi wal kasali wal jubni wal harami wal bukhli, wa’auzu bika min ‘azabil qabri wa ‘auzu bika minfitnatil mahya walmamati” bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kelemahan, malas, penakut, pelupa, bakhil dan aku berlindung dengan-Mu daripada seksa kubur dan fitnah hidup dan mati.”(Hadis Riwayat Muslim)
Dalam kehidupan berumah tangga menjaga hubungan dengan mentua menjadi antara tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri.
Islam sendiri turut menyarankan kita agar menghormati dan menyayangi mentua seperti ibu bapa kandung.
Bagi sesetengah orang, ibu mentua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumah tangga. Kata orang tidak kenal maka tak cinta. Jadi, ayuh selami hati budi ibu mentuamu.
Berusahalah untuk membentuk hubungan yang harmoni antara dua belah pihak. Kenali dahulu peribadi ibu mentua anda. Ketahui minatnya, sikapnya, harapannya mengenai perkahwinan anda. Dapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai iaitu suami anda sendiri. Mintalah suami untuk bercerita tentang ibunya dengan jujur dan berbekalkan info tersebut lebih mudah untuk anda membina hubungan yang baik.
Sebagai menantu yang baik, anda perlu tahu bagaimana ingin mengambil hatinya. Ada baiknya sekali sekala dihadiahkan sesuatu yang digemari atau pun kirimkan buah tangan dan sebagainya untuk mengambil hatinya.
Sebagai seorang yang berusia, biasanya ibu mentua sering berasa kesepian dan inginkan perhatian. Oleh itu digalakkan anda dan suami untuk meluangkan masa bersamanya. Lakukan kegiatan bersama-sama untuk mengisi kekosongan hati yang dirasainya. Sesekali ajak ibu mentua makan di restoran, jalan-jalan di taman dan sebagainya.
Walau terjadi konflik anda dan ibu mentua, jangan sesekali memburukkan mentua kepada keluarga anda. Cukup sekadar anda kongsikan masalah tersebut dengan suami anda sahaja. Jangan luahkan keluhan tersebut berkali-kali di hadapan suami. Seboleh mungkin cari dan lihat sisi positif yang ada pada ibu mertua anda.
Sebagai menantu, pasti anda pernah menerima kritikan daripada ibu mentua. Daripada anda memendam rasa sakit hati berpanjangan, lebih baik anda bersikap terbuka. Apatah lagi jika apa yang dikritik oleh ibu mertua anda itu ada kebaikannya.
Kasihi keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga anda sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
SOALAN: Adakah tersenyum ketika mengerjakan solat itu boleh membatalkan solat?
JAWAPAN
Tersenyum ketika menunaikan solat itu tidak termasuk perkara yang membatalkan solat disisi jumhur ulamak.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:
Telah berkata Imam Ibnu Al-Munzir : Telah ijmak oleh ulamak selain Ibnu Sirrin atas bahwasanya tersenyum di dalam solat itu tidak membatalkan solat.
Dan telah berkata Imam Ibnu Qudamah : Dan majoriti ulamak berjalan atas bahawasanya tersenyum itu tidak membatalkan solat.
Dan berkata Imam Nawawi : Telah berkata jumhur ulamak tiada mengapa dengan tersenyum (dalam solat).”
Dan telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya :
Tersenyum itu tidak memutuskan solat.”
Kesimpulan
Tersenyum tidak membatalkan solat kerana sedikit perbuatannya bersalahan ketawa dari kerana ketawa itu perbuatan yang banyak maka ia membatalkan solat.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?