Kejadian penyiksaan yang dilakukan oleh dua orang lelaki ke atas seekor kucing menimbulkan kemarahan netizen. Ramai yang berasa sedih dengan kejadian itu yang dianggap langsung tidak berperikemanusiaan.

Kejadian yang tular di media sosial ini juga turut mendapart reaksi daripada Adam Corrie seperti yang ‘tertulis’ di laman instagramnya.


Saya dan bidadari sy pencinta kucing, smlm Isteri saya tak boleh tidur malam menangis serta trauma tertengok video kucing bunting kena seksa di letakkan di dlm dryer dobi.

Emosinya sgt terganggu.
Kita atas dunia ni, bkn kita manusia sahaja yang tinggal dan hidup..
Ada makhluk lain lagi yang hidup bersama-sama kita. .
Semoga kita semua tanamkan sifat kasih sayang sesama kita manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan mahupon yang bukan bernyawa seperti harta benda.

IKLAN

INFO KEJADIAN:

IKLAN

Menerusi rakaman 2 minit 50 saat itu, salah seorang dari dua lelaki yang juga pelanggan kedai dobi di Taman Gombak Ria itu dilihat memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering. Mereka kemudiannya, berlalu pergi namun datang semula setelah beberapa saat kemudian dan bertindak memasukkan duit syiling ke dalam mesin pengering itu.

Kedua-duanya meninggalkan kedai dobi itu sebaik menekan butang ‘mula’ pada mesin pengering yang mengandungi kucing betina berkenaan. Bangkai kucing dikatakan ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada keesokan harinya oleh pelanggan yang mahu menggunakan mesin pengering berkenaan.

IKLAN

Kejadian dipercayai berlaku pada waktu tengah malam itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai dobi berkenaan dan tular di Facebook sehingga mengundang kemarahan netizen.

Difahamkan satu laporan polis telah dibuat susulan aduan yang dibuat oleh pemilik dobi berkenaan kepada salah sebuah pertubuhan haiwan. Moga tindakan segera diambil ke atas si pelaku. Walaupun hanya melibatkan seekor kucing namun ia melibatkan nyawa dan penyiksaan.

Sumber: Sinar Harian