Hati ibu mana tidak risau bila anak-anak sakit. Lebih merisaukan apabila bukan seorang tapi empat orang kesemuanya.
Inilah kerisauan dirasai oleh Yatt Hamzah apabila berkongsi masalah kesihatan anak-anaknya, iaitu Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha yang kesemuanya mengalami simptom sama iaitu muntah-muntah, demam, batuk dan selesema (tapi bukan disebabkan keracunan makanan) dan bayi kecilnya, Sayf Mohammed Zubayr yang mengalami demam, batuk dan selesema tapi tiada muntah-muntah seperti kakak-kakaknya.
Dalam perkongsian di IGnya, Yatt Hamzah memaklumkan, sedang anak ketiganya, Suci Hayfa Medina dirawat di hospital akibat Pneumonia di mana dalam paru-paru kanannya ada jangkitan kuman, dua lagi anaknya muntah-muntah hingga tubuh jadi lembik di rumah sampai dikejarkan ke hospital.
Jelasnya, kesemuanya alami simptom yang sama di mana muntah tanpa henti.
“Ia bukan keracunan makanan tapi penyakit lain,” kongsinya sambil memohon kepada mana-mana sahabat dan pengikutnya yang berada di Makkah atau Madinah untuk mendoakan keselamatan dan kesembuhan anak-anaknya.
Ads
Tulisnya:-
4 oran jatuh sakit serentak. Yang baby, #Sayfmohammedzubayr masih demam, batuk, selesema tapi tiada muntah-muntah setakat ini. Minta-mintalah tak berjangkit pada dia Ya Allah. Tinggal Kak Nia seorang yang sihat, alhamdulillah. Mohon semua doakan anak-anak Bonda, Bonda mohon sangat-sangat,” kongsinya.
Sebelum ini, Yatt Hamzah ada menulis coretan mengenai anak ketiganya, Suci Hayfa Medina yang mendapat Pneumonia.
Ads
“Dalam paru-paru kanannya ada jangkitan kuman. 1st time anak Bonda dapat ni.Kesian dia tak boleh makan minum apa pun. Masuk je makanan dan minuman habis keluar balik.
“Minum air kosong pun dimuntahkan balik. Tak sampai hati tengok dia kerap sangat muntah dah berbelas kali. Semalam je hampir 10 kali muntah sampai lemah lembik badannya. So Doktor puasakan dia dan 24 hours on monitoring and treatment.
Bonda ni paling lemah bila anak-anak sakit. Tak tahan sebak tengok dorang tapi depan dorang tak boleh menangis kena kuat. Masa berseorangan terus meraung memohon Allah kasihankan mereka.
Ads
“Mak-mak memang macam ni, tak mampu nak tengok anak2 sakit lebih-lebih lagi kalau kalau sampai 3-4 orang berjemaah sakit serentak akibat berjangkit. Kalau boleh biarlah transfer rasa sakit tu pada mak-mak, janganlah anak-anak yang sakitkan. Tapi mak-mak kena kuat dan sentiasa sihat untuk tabah jaga anak-anak siang malam.
“Bonda doakan ibu-ibu lain yang diuji ada anak-anak yang turut sakit dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan. Ameen YA Rabb. Memang sekarang musim budak-budak mudah jatuh sakitkan.
“Bertabahlah wahai Bonda bila anak-anak sakit berjemaah ni. Lekas sembuh ya anak-anak Bonda.Semoga anak-anak yang lain di luar sana sentiasa dilindungi dan lekas sembuh jika sakit juga ya. Ameen.
Semoga ada doa-doa di luar sana didengari oleh Allah untuk memberikan kesembuhan buat anak-anak Yatt Hamzah. Sumber IG : Yatt Hamzah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kesibukan kita dengan urusan kerja seharian menyebabkan ada kalanya kita terleka untuk pengisian rohani bagi mengumpul bekalan di akhirat.
Kebiasaannya jika kedua-dua suami isteri bekerja dan pulang lewat menyebabkan tiada masa untuk melakukan amalan ibadah lain selain solat yang memang jadi kewajipan.
Namun ketahuilah jika kita suami isteri dapat sama-sama belajar mengaji ilmu agama dan kemudiannya merasai kemanisan selepas itu. Nikmatnya hanya kita yang melalui dapat merasakannya.
Walau bagaimanapun dalam bab ini, kedua-duanya perlu saling memberi semangat dan sokongan antara satu sama lain agar perjalanan akan dipermudahkan.
Baru-baru ini dalam satu posting di laman sosial Facebook Majlis Ilmu memaparkan gambar pasangan diraja, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang kita sayangi sama-sama mengaji ilmu agama.
Apa yang mencuit hati warganet adalah apabila selesai mengaji ilmu agama, Baginda berdua telah singgah untuk ‘mengeteh’ bersama di warong berhampiran.
Ternyata Baginda berdua menjadi contoh terbaik kepada rakyat. Ini kerana tidak semua orang dituntut menjadi pemimpin, tetapi semua dituntut mengaji ilmu agama.
Bestnya kalau suami isteri dapat bersama mengaji ilmu agama. Balik mengaji singgah warong ngeteh bersama.
Isteri kena bagi semangat kepada suami untuk mengaji. Suami jangan lupakan isteri bila mengaji.
Tak semua orang dituntut menjadi pemimpin. Tetapi semua orang dituntut mengaji ilmu agama.
Walhasil, pergilah mengaji. Tuanku dan Permaisurinya telah mencontohkan kepada kita tentang tujuan hidup dan kebahagiaan hati.
Gambar ini mendapat perhatian warganet yang suka melihat keperibadian Baginda Tuanku berdua yang menunjukkan contoh kepada rakyat.
Mereka juga turut mendoakan Baginda berdua diberi kesihatan yang baik dan setiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Sheikh Edday Sheikh OmarAlhamdulillah.. Terbaik Tuanku Dan Permaisuri semoga Tuanku Dan Permaisuri Sentiasa Di Berikan Kesihatan Yg Baik Dan Sentiasa Dlm Lindungan Allah s.w.t. Aamiin..
Surayah Hj TahirAlhamdulillah.Raja dan Permaisuri Yang berjiwa rakyat Semoga ALLAH swt melindungi banginda berdua sihat walafiat Amiin ya rabbal Alamin.Daulat Tuanku
Shahrul NizamAlhamdulillah DAULAT tuhanku… Contoh pemimpin yg sngt2 baik… Dan beraklak mulia… Syukur Alhamdulillah
Aminah IsmailAllahuakhbar!!! Syukurr,suka,seronok,sejuknya hati semuanya ada bila melihat Tuanku telah menunjukkn contoh yg baik kpd rakyat….Alhamdulillah ..
Suaina Mohdalhamdulillah..wajar dicontohi…doa kan tuanku berdua sihat dan sentiasa dlm rahmatNya..
Sejak dulu lagi, seakan sudah menjadi budaya, tugas memasak, mengemas rumah, mengasuh anak diserahkan kepada isteri kerana tugas suami adalah mencari nafkah. Namun di zaman moden ini, baik suami atau isteri sudah sama-sama bekerja mencari rezeki untuk mencukupkan keperluan rumahtangga yang serba serbi mencabar.
Bagai sudah menjadi budaya, sebaik balik ke rumah, isteri akan menyingsing lengan memasak di dapur, mengemas dan menguruskan anak sedangkan banyak suami yang hanya pandang dan berehat sahaja. Sikap tidak bertolaransi ini adakalanya membawa kepada pergaduhan.
KASHOORGA kongsikan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan dalam isu menguruskan rumahtangga ini. Adakah tugas mengemas rumah dan memasak itu menjadi tanggungjawab suami atau isteri?
Semoga para suami lebih muhasabah diri dan memahami apa dituntutkan oleh Islam.
Dalam membina rumah tangga, kesepaduan antara dua belah pihak. yakni suami dan isteri, adalah amat penting. Perkara yang pertama perlu diwujudkan adalah melaksanakan tanggungjawab, kewajipan dan hak masing-masing. Dalam masa yang sama, perkara yang tidak kurang pentingnya bahkan itulah yang menjadikan rumahtangga sebagai baiti jannati adalah pengorbanan.
Para suami berkorban untuk isterinya dan para isteri berkorban untuk suaminya. Dengan sebab itu, akan lahirlah kasih sayang seperti yang termaktub dalam Surah al-Rum. Natijah daripada perkahwinan adalah mendapat ketenangan, mahabbah (kasih sayang) dan juga rahmah yang melahirkan cinta dan kebahagiaan.
Al-Qur’an sendiri telah mengajar suami supaya bergaul dengan isteri dengan cara yang baik samada daripada sudut adat dan yang lebih penting lagi berlandaskan syariat. Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” (Surah al-Nisa’: 19)
Jumhur ulama’ berpendapat wajib atas suami berkhidmat kepada isterinya yang tidak mampu dan tidak layak untuk dia menguruskan dirinya sendiri. Ini kerana ia seolah-olah sebahagian daripada nafkah isteri ke atas suami dan ulama sepakat jika sekiranya isterinya sakit atau ditimpa keuzuran sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri untuk suami berkhidmat kepada isterinya.
Walaupun begitu, dalam mazhab Maliki wajib bagi suami menolong isterinya dalam berkhidmat jika suaminya kaya dan isterinya mempunyai kedudukan yang tidak sesuai melaksanakan tugas tersebut kerana dengan pelaksanaan tersebut akan mengurangkan darjat kedudukan isterinya itu. Lihat al-Syarh al-Kabirdan Hasyiah al-Dusuki (2/510).
Sedangkan mazhab Hanafi pula berpendapat jika isteri enggan mengisar tepung atau menguli roti di mana beliau tidak sesuai untuk tugasan itu atau kerana sakit, maka hendaklah suami menyediakan makanan yang sudah siap. Sebaliknya jika mampu, maka hendaklah isteri melaksanakan tugas tersebut dan tidak wajib atas suaminya. Hujahnya adalah Rasulullah SAW membahagikan tugasan Ali dan Fatimah di mana Ali bertugas di luar rumah sedangkan dalam rumah di tugaskan kepada Fatimah. Lihat Fath al-Bari (9/507).
Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa Mu’asirah (terj.) 3/144 menyebut, “Perkhidmatan khadam merupakan salah satu bentuk pergaulan yang baik (kepada isteri). Tidak wajib mendapatkan khadam lebih daripada satu kerana haknya adalah khidmat dirinya sendiri.”
Berdasarkan kepada banyak nas dan juga nasihat salafussoleh, jelas menunjukkan para isteri amat perlu berkorban dalam ruang lingkup kerumahan sehingga dialah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah. Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah.
Saidina Umar RA ketika menasihatkan Aqil RA berkenaan kedudukan isteri telah mengalasankan dengan banyaknya tugas isteri di rumah seperti mengasuh, memasak dan seumpamanya. Inilah juga yang dilakukan Asma’ binti Abu Bakr dalam membantu suami, al-Zubair Ibn al-Awwam. Hal ini tidak pelik dalam tradisi semua bangsa termasuklah sejarah Fatimah al-Zahra’ yang membantu suaminya Ali bin Abi Talib RA dengan mengisar gandum dan sebagainya. Begitu juga apa yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang berkorban untuk para suami dan keluarga mereka.
Dalam Raudhah al-Nadiyyah oleh Sayyid Siddiq Hasan Khan menyebut: “Ia berbeza mengikut tempat dan masa, keadaan seseorang individu. Nafkah di masa mewah dengan cara baik dan di waktu ekonomi meleset dengan cara yang sepatutnya.”
Walaupun begitu, suami yang berkemampuan sebaiknya hendaklah meringankan bebanan isteri seperti mengupah orang gaji atau membeli beberapa peralatan bagi memudahkan urusan isteri masing-masing seperti mesin basuh, alat memasak yang moden seperti periuk nasi dan lain-lain yang sudah barang tentu akan meringankan dan menyenangkan isteri.
Justeru, kami katakan bahawa dengan memahami tugas dan tanggungjawab serta realiti sebuah kehidupan dalam mengasuh mendidik anak bangsa generasi seterusnya, persefahaman dan pelaksanaan tugas serta sikap toleransi, bantu-membantu antara suami isteri boleh menatijahkan kebahagiaan sehingga terjadilah baiti jannati. Isteri dan anak-anak menjadi qurratul ain kepada suami masing-masing. Akhir kalam kami berdoa kepada Allah sebagaimana dinyatakan
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” Wallahua'lam
Gambar : Paulus Rusyanto | Dreamstime.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Innalilahi Wainna Ilaihi Rojiun. Salam takziah buat Myra Jijie dan 15 ahli keluarga yang lain akibat dijangkiti Covid-19 baru-baru ini. Tambah perit apabila ibu tercinta menyahut panggilan Illahi lantaran tidak dapat bertahan melawan virus yang menyerang.
Akhirnya ibu menghembus nafas terakhir tanpa seorang pun ahli keluarga di sisi berikutan semuanya sedang dirawat dan dikuarantin. Sedih dan pilu hanya Allah sahaja yang tahu.
Sesungguhnya Allah akan menguji hambaNya sekadar yang termampu olehnya dan ujian itu adalah satu cubaan yang benar.
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Anbiya’, ayat 35 yang bermaksud:
“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (al-Anbiya’: Ayat 35)
Terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan detik dikesan positif Covid-19, Myra Jijie telah memuat naik di akaun facebooknya kronologi bagaimana dia sekeluarga diuji dengan ujian berat seperti ini.
Boleh share sy izinkan utk create awareness Covid fighter 1 family 16 org positif 1 meninggal (mak) Kluster permatang
Maaf banyak gambar di hospital mira dah padam.
Assalamualaikum semua, hari ni genap 20 hari mira di hospital sebab covid, mira da janji dengan semua nak cerita semua kan..ya mira tepati hari ni…harap boleh ambil iktibar dan pengajaran.maaf jika penulisan mira kacau bilau..mira cuba..
22/10/2020 Mak masuk icu Sebab kaki mak bengkak teruk,overload fluid doc kata
23/10/2020 Katanya mak kena kuarantin sbb ada kes..xpasti buat swab test result negatif.
26/10/2020 Besday mak,aku sambut beli bouquet,beli rantai emas kat mak,sebab kali terakhir mak datang ipoh,mak cakap mak teringin nak rantai emas,sedih sgt mak tak sempat pun pakai,malam.tu mak nak fries mcd..mak mkn skit ja,mak kata teringin..tapi mak makan 2-3 fries saja
27/10/2020 Mak masuk icu balik sebab pnafasan mak xok,mak kt icu tp mak nak mee sotong plak,abg beli mee sotong,kak ipar suapkan mak,kmi kena gilir2 naik sbb plawat hanya 2 jam bole jumpa 2 org skli.kami ank2 kena jumpa doc2 mak,sakit mak kami terpaksa rahsiakan p&c
29/10/2020 Mak dah intubate,atas keizinan kami semua,sempat aku cium mak sblm intubate,mintak ampun dengan mak..belai2 mak. rupanya tu kali terakhir dpt syg mak.cium.makk.
30/10/2020 Mak dah koma,keadaan mak dah kritikal,doc mintak kami skeluarga redha jika sesuatu terjadi dengan mak. Balik tu semua dalam keadaan letih,masa ni aku dgn abg lg sorg dah ada simptom batuk dan demam.
31/10/2020 Abang aku pagi2 dah call,bgtaw mak positif covid utk swab test ke2,hanya Allah saja tahu perasaan aku,meraung nangis2,aku taw dgn keadaan mak yg kritikal,hrpn mak nak baik sgt2 tipis, mak kena transfer ke icu gh penang,makanya tercetus la kluster permatang dari mak aku,sbnrnya kmi pn xthu dtg dri mana,ssungguhnya soalan ni xmmpu aku jwb,sbb covid tu kta xnmpk…klu nmpk snang aku bgtaw dtg dri sapa..
Kak ipar aku org 1st swab mmandangkan dia mmg keja hosp.jd dia pling pantas swab sbb mmg dia tgh kerja time tu,kami plak kena swab 2/11..kak ipar dapat result hari yang sama jgk,sbb contact rapat,jd positif dan ambulan pun dtg ambil.
Time ni org kata dia pncetus..ksian dia..dia pn xtaw apa2..kmi pn xthu dri sapa kmi dpt..covid ni merata ada dlm komuniti kta skrg.asbab mak aku positif smua buat cerita bukan2..xapala..kmi redha..ni ujian buat kmi
1/11/2020 Abg aku no 3 pegi swab test,sbb simptom dia smkin trok..kmi plak kkm mtk swab test 2/11..utk depa prepare kmi kluarga bsr utk swab test.. Abg aku pn positif mlm tu jgk ambulance dtg ambil..
2/11 1 family aku ke kk kulim utk swab test Simptom aku pling trok Batuk,demam on off,muntah,sakit dada macam kena tumbuk,nafas xlepas,aku xtggu result dah,mlm tu jgk aku serah diri kt hospital kulim sbb aku xleh bnafas,dlm brapa jam.hosp kulim transfer aku ke hosp sultanah bahiyah alor star
3/11/2020-5/11/2020 Suhu aku 39,oxygen aku xcntik.kena tambah darah sbb hb jd 7,kena pakai gas,malam tu jugak aku kena transfer icu HSB baru,oxygen aku drop trok.malam tu jgk doc buat penerangan nak intubate aku.dia mtk no suami aku utk inform smua in detail..aku dah ngis2 merayu kt doc..xnk kna intubate mcm mak,aku msih bole lawan.aku nk cuba lawan..
6/11/2020 Abg aku plak ke icu,sama stuasi mcm aku,oxygen drop,ssungguhnya covid ni sgt jahat,mcm2 dia serang aku n abg aku..sementara tu family aku skit demi skit kena hntr ke HSB lama sbb positif..baby 4 bln ank kakak aku pn positif
8/11/2020 9.13 pagi,mak dah meninggalkan kami untuk selamanya,mak dah lawan 8 hari,mak dah xmmpu,..mak dah penat,pling sedih buat keluarga aku,kmi sorg pn xbole blek tgk mak,smua kt hosp sbb covid.
Tggl suami dgn ank2 buah 3 org ja ngatif,tp xbole kluar sbb kuarantin,sedih sgt.pakai wakil buat pngecaman jenazah mak,kubur pn xbole tgk.smoga mak tenang dsana..Al-fatihah
Dan aku di icu selama 2 mggu,berperang dengan sakit,kena isolate sorg2 dlm blik,sdgkan org lain kt icu dduk luar katil bnyk2.boleh kata cond aku sgt2 x ok. Bole refer post2 di gambar..penat 2 mggu tu Allah sja thu..hri2 aku bperang sgn sakit.
16/11/2020 Alhamdulillah akhirnya aku recover,dah kena transfer ke hsb lama..wad biasa,skarang dlm proses recover,dpt dduk sblh suami..dia positif swab test ke2 hri ke 14..ank2 buah 3 org tu power..smpai skrg ngatif..immune pling power
21/11/2020 Hri ke 20,doc cakap klu 21 hari aku bole.balik dh,mudah2an amin,1 je nk pesan buat org dluar sana..bila ada teman2 sdara mara kena c0vid,shrusnya kita support emosi diorg,bukan kta tokok tambah cerita,buat fitnah yg xbtl psl org positif,nk thu dgn skit je cerita tmbh2 ni bole buat emosi psakit down,sbb tu psakit covid jika ada fmly depa bg dok 1 fmly utk support emosi sesama kmi..
Alhamdulillah family aku skrg smua dh ngatif Abg aku,kak ipar discaj esok..aku n suami maybe ahad ni. Lain2 smua awl lg dh discaj..recover cepat.covid ni xda ubat pn bg yg xda simptom..bg aku yg dok icu..ada ubat2 yg aku dpt..xbole bg information p&c.
Aku hrp kwn2 kt luar sana,follow lah sop,tak penting xperlu keluar,aku xcerita detail sgt spnjg aku sakit,p&c..apa aku ckp..covid ni real..mmg sakit sgt,xbole nk ucap perasaan sakit tu mcm mana.
Allah maha mengetahui, stop spreading false news, stop la fitnah pesakit2 covid, selagi kta x kena, kta x rasa siksa tu macam mana..jd tlg la bg moral support kt mereka..itu shj dh ckup.
Tlg pakai mask,cuci tgn dgn kerap,kekalkan jarak 1 meter,dan jaga sop… Skian karangan dari pesakit covid
Terima kasih buat smua staff nurse/doktor2 icu hospital sultanah bahiyah yang menjaga aku dengan baik skli, mndikan aku,urut aku, sikat rmbut aku,ikat rmbut aku.. Ya Allah baik sgt depa, kalah hosp swasta taw.
Terima kasih staff nurse dan doktor hspital sultanah bahiyah lama sbb jaga aku sepanjang kat wad biasa..alhamdulillah depa smua ikhlas buat kerja depa. Aku hrp aku mmpu tlg depa dgn bg awareness kt smua org psl covid.
Family is everything bila jd cmni kmi sling mnyayangi,saling support sesama kami,mgkin ksih syg mak buat kami adik bradik rpt mcm ni..
Al-fatihah mak rogayah bt md desa Sehingga hari ni msih blm tgk kubur mak Rindu yang tak terucap…
Kashoorga :Pihak portal tidak melakukan sebarang suntingan maklumat pada nota yang dimuat naik oleh Myra Jijie. Sekian harap maklum.
Kredit foto : Myra Jijie Facebook
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.