Setiap manusia tentu tak pernah lepas dari rasa amarah. Marah merupakan satu bentuk emosi yang lumrah ada pada setiap orang. Rasa marah wujud kalau ada yang mula mencetusnya.
Sayangnya, apabila rasa marah berlebihan akan membuatkan seseorang hilang pertimbangan. Bahkan ia biasa merugikan diri sendiri selain kesannya amat buruk.
Pada saat marah, ia boleh melukai banyak hati khususnya kalau orang dewasa marah-marah. Bagi kanak-kanak yang mengamuk (tantrum), ramai ibu bapa yang mungkin akan membiarkan anak mengamuk hingga reda sendiri tapi sebenarnya ada doa diajarkan oleh Rasulullah untuk meredakan marah seseorang.
Menurut Ray Levy, seorang pakar psikologi klinikal dan pengarang buku menjelaskan,
Ads
“Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan umur setahun hingga 4 tahun, akan sering mengamuk kerana mereka masih dalam proses mempelajari kemahiran menyelesaikan masalah.
Namun tahukah, Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya untuk menahan marah ketika hati sedang bergejolak. Bahkan Rasulullah SAW juga mengajarkan sebuah doa yang mampu menahan amarah seseorang:
“Allaahummaghfirlii dzanbii, wa adzhib ghaizha qalbii, wa ajirnii minas syaithaani.”
Ads
Ertinya:-
” Tuhanku, ampunilah dosaku, redamlah murka hatiku, dan lindungilah diriku dari pengaruh syaitan.”
Ads
Bacalah doa tersebut ketika kalian merasa sedang marah agar tak hilang kendali dan menjauhkan diri dari hal-hal yang tak diinginkan.
Masa yang sama, ibu bapa boleh bacakan surah Toha ayat 1-5 di ubun-ubun anak saat memeluknya kerana ia mampu melembutkan hatinya yang sedang keras.
Taa’ Haa. (1)
Ma anzalna AAalayka alqur-analitashqa (2)
Illa tathkiratan liman yakhsha (3)
Tanzeelan mimman khalaqa al-arda wassamawatialAAula (4)
Arrahmanu AAalaalAAarshi istawa (5)
Maksudnya:-
1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam di atas ‘Arasy.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Agungnya kasih seorang ayah. ‘Saya berkebun sebelah kubur kerana mahu dekat dengan arwah anak.’ Begitulah betapa kasihnya seorang ayah kepada anak bongsu yang telah pergi sebelumnya.
Biarpun sedih dengan pemergian dengan anak tercinta, namun apa yang dilakukan lelaki ini memberi impak dan manfaat kepada orang sekeliling.
“Saya berkebun setiap hari dari pagi hingga ke petang sejak enam tahun lalu kerana mahu sentiasa ‘dekat’ dengan anak yang kuburnya hanya di sebelah kebun ini saja.
Setakat ini, saya menanam 450 pokok buah-buahan yang hasilnya diberi kepada orang ramai khasnya sukarelawan yang membantu saya,” kata warga emas, Yen Maseri Idris, 67.
Memetik laporan Harian Metro, kebun bandar yang letaknya berdekatan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur ini diusahakannya selepas setahun pemergian anak bongsu Yen Maseri, yang meninggal dunia di United Kingdom (UK) dan dikebumikan di tanah perkuburan itu.
Sebenarnya, mungkin disebabkan kepesatan kawasan itu, tiada siapa yang perasan kewujudan kebun bandar di atas tanah rizab terbiar milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 600 meter itu, melainkan ia kelihatan seperti kawasan hutan kecil seperti kawasan lain di sekitar ibu kota.
Jelas Yen Maseri, kematian anaknya pada 2016 yang ketika itu pelajar di London, memberi kesan sangat mendalam sehingga beliau berhenti kerja selepas 32 tahun berkhidmat di Unit Sumber Manusia sebuah syarikat dengan menghabiskan masa melawat kubur anaknya.
“Semua rasa kegembiraan hilang selepas anak meninggal dunia. Setiap hari saya berkunjung ke kuburnya dan sanggup berkhidmat sebagai penggali kubur selama setahun di situ semata-mata mahu sentiasa dekat dengannya.
“Selepas setahun, saya melihat ada kawasan tanah rizab terbiar di belakang tanah perkuburan itu yang penuh semak samun dan menjadi kawasan pembiakan nyamuk.
“Jadi timbul idea untuk membersihkan kawasan itu dan menanam pokok yang dapat memberi manfaat kepada setiap orang kerana saya faham ini tanah rizab, cuma saya ingin mentransformasi serta menjadikan kawasan itu tidak terbazir begitu saja.
“Pada masa sama, kegiatan saya ini masih membolehkan saya ‘dekat’ dengan arwah anak kerana setiap hari tetap datang melawat kuburnya,” katanya yang berulang alik sejauh 10 kilometer dari rumahnya di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Betul Ke Haram Bunuh Semut:
Di samping itu, jelas Yen Maseri, dia tidak pernah terfikir menjadi seorang pekebun dan sejak mengusahakan kebun bandar itu selama enam tahun, hampir 450 batang pokok daripada 30 jenis pokok buah-buahan ditanamnya termasuk ciku hibrid, avacado, nangka, mangga harum manis, durian musang king dan rambutan.
“Banyak hasil sudah diperoleh dan ia tidak pernah dijual, sebaliknya berkongsi dengan kira-kira 150 ahli sukarela yang terbabit dalam projek kebun ini bagi memastikan usaha menghijaukan kawasan terbiar dengan sesuatu yang bermanfaat dapat diteruskan.
“Malah saya juga menjaga dan memberi makan ikan talapia bunga yang ada dalam longkang di sini yang dibersihkan sehingga jernih hingga boleh dilihat ikan berenang.
“Ikan talapia bunga ini sangat banyak dan seekor ikan dewasa dianggarkan seberat satu kilogram. Saya mengutip lebihan makanan di medan selera berdekatan dan memberikan daun pandan yang ditanam di sini kepada peniaga terbabit,” katanya yang setiap hari berada di kebun itu bermula 7.30 pagi hingga 7 petang.
Tambah Yen Maseri, tidak dinafikan sejak mengusahakan tanah ini daripada semak samun kepada satu ‘permata’ bernilai yang boleh dinikmati orang ramai secara terbuka, banyak cabaran dihadapinya termasuk sering diadu mengenai aktiviti perkebunannya kepada pihak berkuasa, selain dicerobohi orang luar.
“Saya faham ini tanah rizab dan mengalu-alukan sukarelawan berganding bahu menjadikan kawasan terbiar ini satu lokasi bermanfaat dan berkongsi ilmu kerana saya tiada pengalaman bertani sebelum ini.
“Malah saya juga berhubung dan memaklumkan aktiviti perkebunan di tanah milik JPS ini melakukan tindakan susulan lain untuk memastikan ia sentiasa dikemaskini kepada pihak berwajib.
“Bagi saya, setiap tumbuhan ditanam ini, jika hasilnya dikongsi bersama, buahnya juga akan sentiasa lebat dan sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya yang turut membaja pokok ini tiga bulan sekali dengan modal sendiri sekurang-kurangnya RM400.
Malah menurut bapa kepada empat cahaya mata ini, anaknya turut memberi sokongan terhadap usahanya, malah anak perempuannya turut membantu menyiapkan kandungan media sosial perkembangan terkini kebun bandar untuk tatapan orang ramai.
“Kebun bandar menerima sumbangan, contohnya jika memerlukan sesuatu seperti memasang pagar dan sebagainya. Jadi saya perlu sentiasa mengemaskini perkembangannya supaya penyumbang tahu walaupun mereka tidak turun padang.
“Saya berharap usaha ini memberikan satu nilai positif, malah saya sedang mengusahakan satu laluan khas sepanjang 250 meter untuk dijadikan denai bagi memudahkan orang ramai datang ke sini untuk menikmati suasana kebun dalam bandar,” katanya.
Jika zaman dahulu, untuk bergurau dengan mak ayah ada batasannya. Kita jarang mengangkat muka atau bergurau lebih-lebih tambah-tambah lagi dengan ayah kerana sifat garang mereka.
Tapi hari ini, ditambah pemikiran ibu bapa yang begitu terbuka kerana memahami “parenting skill”, di mana kita harus menjadikan anak-anak sebagai kawan untuk memahami diri anak-anak, gurauan di kongsi di media sosial antara ibu dan anak, ayah dan anak dilihat menerima tanda suka dari orang ramai. Adakalanya ramai mengusik nostalgia dan momen sebegitu kerana mereka jarang dapat bergurau dengan ibu bapa sendiri.
Di aplikasi Tik Tok, perkongsian anak kepada seorang penceramah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi yang mengusik ayahnya yang sedang leka menatap telefon bimbit mencatat tontonan 1.7 juta. Semua terhibur melihat Ustaz Abdullah di prank anak sendiri angkara leka menatap telefon bimbit.
Mana tidaknya kerana terlalu leka menatap telefon, saat disuruh merasa makanan, tanpa menoleh Ustaz Abdullah Khairi dilihat sudah membuka mulutnya sebelum menyedari ia bukan makanan sebaliknya penutup botol sos. Ustaz kemudianya dilihat menjerit “woi tudung nie pun suap aku ka” sambil diikuti ketawa anaknya.
Dari perkongsian @asfaajla atau nama sebenarnya Ihfazillah, anak ini dilihat sering bergurau dengan ayahnya. Mengakui semasa kecil agak rapat dengan umminya tetapi semakin meniti usia remaja, dirinya lebih rapat dengan ayahnya yang sangat sporting. Dapat dilihat hubungan keduanya agak rapat dan sering bergurau senda.
Mengambil ibrah dari kisah Nabi Yusuf, Allah menceritakan hubungan anak dan ayah sudah wujud sejak 1400 tahun dahulu.
Dalam kisah Nabi Yusuf, Allah menggambarkan betapa akrabnya hubungan beliau dengan ayahnya Nabi Ya’qub sehingga Yusuf sudi untuk menceritakan perkara peribadi dan meminta pandangan ayah beliau tentang mimpi yang di alaminya.
Manakala dalam kisah Nabi Ibrahim, si ayah pula yang sudi berkongsi mimpi beliau kepada anaknya Ismail. Kedua kisah ini menggambarkan keakraban hubungan ayah dan anak.
Sepanjang bulan ini kita menyaksikan pusat pengajian tinggi mengadakan majlis konvokesyen bagi meraikan kecemerlangan pelajar dalam setiap bidang yang diambil.
Dan pastinya kemeriahannya lebih terasa dengan kehadiran kedua ibu bapa yang menjadi penyokong kuat selama menimba ilmu di menara gading.
Namun bagaimana perasaannya jika bukan empunya diri yang tampil menerima skrol tetapi, ibu bapa sebagai pengganti diri kita menerima sekeping sijil yang sangat berharga ini.
Seperti perkongsian di laman sosial twitter yang tular apabila kakak kepada seorang graduan Aina Fatin Najwa, muat naik video bapanya yang naik pentas konvokesyen untuk menerima skrol adiknya yang telah meninggal dunia tahun lalu.
Dia memberitahu yang bapanya berusaha untuk jadi kuat menghadapi detik berkenaan dan hanya dalam hati tahu apa sebenar dirasai.
Malah ayahnya juga menangis sepanjang dalam perjalanan ke UiTM hingga majlis berlangsung.
Dalam posting berkenaan juga kakak allahyarham, Dzarah Nafisah Mazlan juga turut menyatakan rasa rindu dan bangga dengan pencapaian adiknya itu.
Allahyarham Aina Fatin Ajwa telah berjaya menghabiskan pelajaran di peringkat Diploma dalam jurusan Pengurusan Pelancongan di Universiti Teknologi mara (UiTM) Lendu Melaka sebelum meninggal dunia tahun lepas.
Sebaik menonton video berdurasi 31 saat itu dengan iringan lagu Salam Terakhir dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, rata-rata mengundang sedih warganet.
Masing-masing mengakui sebak melihat ketabahan seorang bapa yang mengambil skrol anaknya di pentas konvokesyen.
Malah dapat melihat betapa erat bapanya mendakap skrol berkenaan seperti mendakap allahyarham anaknya itu yang meninggal akibat denggi berdarah.
Rata-rata mendokan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarga reda atas diugaan yang diberikan oleh Allah ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Benarkah barang akan dihisab jika tidak digunakan selama 40 hari? Ketahui penjelasan sebenar menurut Islam serta penerangan Ustaz Azhar Idrus tentang mitos yang tular di media sosial.