‘Alhamdulillah rezeki.’ Hargai jasa 27 tahun setia berkhidmat majikan ini taja staf tunai umrah. Benarlah bila kita percaya rezeki itu daripada Allah, kita pasti tidak akan berkira-kira dalam melakukan kebaikan.

Sepertimana yang dilakukan majikan ini, dia tak berkira dalam memberi penghargaan kepada stafnya, iaitu kepada Pak Cik Yusuf, kerana sudah tentu Allah akan membalas lebih banyak nikmat daripada kebaikan yang satu ini. Subhanallah!

Artikel Berkaitan

“Bukan Seorang, Tapi 120 Orang.’ Bawa Staf Tunai Umrah, Majikan Kena Mampu Bukan Sekadar Marketing

Alhamdulillah Rezeki

Tempoh 27 tahun bukan satu jangka masa yang singkat, kesetiaan pekerja ini wajar dicontohi orang lain. Dan pengorbanannya selama ini terbalas apabila terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun depan.

Beberapa hari lalu, tular video yang dimuatnaik Siti Nur Ahmad tular dan mendapat perhatian warganet.

@siti5874 Pakej Umrah untuk Yusuf yg telah berkhidmat 27tahun di Petronas Pendang🙏 #fy #seo #fypp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #foryou ♬ tak akan pernah jauh – bigboss

IKLAN

Hargai Jasa 27 Tahun Setia Berkhidmat

Rata-rata memuji tindakan pemilik stesen Petronas Pendang, Kedah dalam menghargai stafnya. Dalam masa yang sama ada di kalangan mereka mengucapkan tahniah buat Pak Cik Yusuf.

@lamahaliqa
Betul laaa orang kata pergi ke Mekah ini bukan bila kaya tapi kalau Allah dah buka kan rezeki dia untuk ke sana walau cara apa pun Allah akan mudah kan. Terima kasih puan.

T
Saya doakan owner yang sponsor ni tak kan miskin dan boleh bawa lebih ramai orang lain jadi tetamu Allah.

Majikan Ini Taja Staf Tunai Umrah

Afiqzikrisan
Ya Allah. Aku tak kenal siapa majikan pakcik ni. Tapi aku doakan, kalau dia ditimpa musibah, hati dia sentiasa kuat dan tabah mengharungi ujian mu ya Allah. Senang jalan hidup dia.

Carburator25
Majikan contoh, moga tuan dimurah rezeki dan dipermudahkan urusan.

Di samping itu di ruangan komen, anak Yusof iaitu Sabri turut mengucapkan tahniah buat ayah tercinta. Tulisnya,

Tahniah ayah. Tidak sia-sia ayah kerja sana lama. Sama umur abang ayah berkhidmat. Alhamdulillah rezeki ayah.”

Sebelum itu, Petronas Pendang menjadi sebutan kerana keunikan stesennya yang luas dan menjual pelbagai barangan hinggalah ke barang basah. Pemiliknya yang mesra juga membuatkan ramai pelanggan selesa berurus niaga di stesen minyak ini.

IKLAN
@siti5874 Tahniah kepada semua pemenang👏👏👏 #fy #fypp #tiktok #awards #2022 #bonus #pakejumrah ♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna

Baca Di Sini

Wanita Kongsi Travel Umrah Secara Solo. Bab Duit No 2, Pertama Keyakinan Pada Allah Kena Tinggi

IKLAN

‘Mutawwif Ini Nyaris Terlepas Flight, Gara-Gara Passport Nak Mati Lagi 3 Bulan.’ Check Betul-Betul Sebelum Tunai Umrah!

Kashoorga : Alhamdulillah dan tahniah Pak Cik Yusuf dan pemilik Petronas Pendang. Salute!

Sumber : TikTok @Siti5874

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI