Di saat kesedihan masih bersisa pemergian adik Rayan yang tidak mampu bertahan selepas lima hari terperangkap selepas terjatuh dalam perigi di Maghribi, hari ini hal yang sama berlaku pada adik Haider, 9 tahun juga sudah menemui Pencipta-Nya sebentar tadi.

Di saat dunia berdoa agar dirinya dapat diselamatkan selepas terjatuh dua hari lalu pada kedalaman perigi 10 meter ( 33 kaki) di Wilayah Zabul, Selatan Afghanistan, anak kecil ini masih sempat berbual dengan ayahnya pada awal kejadian mengatakan keadaannya okay. Dan Allah lebih sayang, di hari Jumaat yang mulia ini, Allah menjemputnya pergi dalam keadaan suci.

Allah Lebih Sayang, Haider Disahkan Meninggal Selepas Berjaya Dikeluarkan Dari Perigi Pada Kedalaman 10 MeterSebelum ini tular di media sosial rakaman videonya berbual dengan bapanya di mana dirinya berjanji akan terus “berbual” dengan bapanya.

“Adakah kamu okey, anakku?

IKLAN

“Berbual dengan ayah dan jangan menangis. Kami akan membawa kamu keluar,” kata bapanya.

“Baiklah, saya akan terus bercakap,” jawab Haider dengan tenang dari bahagian dalam telaga.

IKLAN

Allah Lebih Sayang, Haider Disahkan Meninggal Selepas Berjaya Dikeluarkan Dari Perigi Pada Kedalaman 10 Meter
.Sama seperti kes Rayan, di mana penggalian dilakukan untuk mengelak tanah runtuh, hal sama dilakukan pada kes adik Haider dan pasukan penyelamat turut membekalkannya makanan, minuman serta oksigen.

IKLAN

Usaha menyelamatkannya dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan sejak jatuh pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, sebentar tadi, Setiausaha Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Azzam, Haidar dalam tweetnya memaklumkan anak kecil itu sudah meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.

Allah Lebih Sayang, Haider Disahkan Meninggal Selepas Berjaya Dikeluarkan Dari Perigi Pada Kedalaman 10 Meter
Menurut laporan lalu, mangsa terperangkap sedalam 10 meter (33 kaki) di dalam perigi di Wilayah Zabul, Selatan Afganistan. Anak kecil ini tersangkut ke bawah batu dan usaha mengeluarkan dijalankan sehingga berjaya keluarkan kanak-kanak tersebut hari ini.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI