Sedekah itu pembuka rezeki. Semakin banyak kita memberi, ganjarannya sangat besar. Jangan pernah takut bersedekah, bimbang kalau harta kita semakin kurang kerana sebenarnya dengan bersedekahlah rezeki bertambah-tambah.
Ini diakui oleh Man Raja Lawak yang mengakui selepas bersedekah RM50,000 hasil kemenangannya dalam Program Maharaja Lawak Mega pada 2019, rezeki dirinya sentiasa ada.
Menurut Man, adakala dirinya tidak tahu rezeki itu datang dari mana tapi ia sentiasa mencukupi buat dirinya menampung isteri dan dua anak-anaknya yang meningkat remaja.
Menceritakan kelebihan rezeki diberi Allah, pemilik nama sebenar Abdul Rahman bin Kassim ini mengakui, jika diukur pada kedudukan kewangannya, dirinya tidaklah mempunyai wang yang banyak.
Ads
“Tapi lepas menang program itu bersama Kumpulan Puteh, saya nekad untuk sedekah sebahagian wang kemenangan iaitu RM50,000 tambahan ketika itu kita semua dalam kesusahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ads
“Alhamdulillah, bila kita tulus lakukan, Allah beri ganjaran yang luar biasa hebatnya.Saya kongsi sedikit kisah bulan puasa yang dah berlalu baru ini. Mestilah kita nak rebut buat pahala banyak-banyak. Jamu orang makan dan buat kebaikan lain. Ikhlas saya cakap, boleh dikatakan saya sering keluarkan belanja orang makan. Banyak juga tapi Allah ganti dengan lebih banyak. Tak tahu duit tu datang dari mana, ada saja marinya.
Ads
Man Raja Lawak bersama artis undangan lain iaitu Mamak Puteh dan Wahid Senario akan muncul dalam Program Tahu Ke Tidok Edisi Pafa. Memang kelakar tengok dia orang nieTak kering gusi menyaksikan gelagat CIk Man melayan karenah artis-artis jemputan seperti Bell Ngasri yang menjawap semua persoalan mengenai fardu ain
“Bahkan boleh saya katakan, banyak juga job saya dapat. Kadang sampai satu masa serentak datangnya. Sampai terpaksa tolak sebab bertembung. Kalau time tak ada job, tak ada langsung tapi saya masih rasa rilek. Tapi bila Allah gantikan rezeki, datang sekali banyak dengan jumlah yang kita boleh buat simpanan untuk keluarga dan masa depan,” katanya berkongsi asbab suka bersedekahnya saat ditemui di rakaman program Tahu Ke Tidok : Edisi PAFA di hoskan oleh PU Azman@ Cik Man yang akan bersiaran di Astro Oasis pada 11 Julai, Isnin jam 10-11 pagi.
Dalam pada itu, dirinya mengakui sebagai hamba Allah, dia masih memperbaiki semua kekurangan dirinya dan berharap hatinya terus istiqomah dengan melakukan kebaikan dan taat pada suruhanNya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pelbagai cara untuk mengumpul harta sebagai bekalan masa depan dengan cara yang betul dan diredai di jalan Allah.
Buat masa sekarang ramai yang mula menyimpan emas berbanding duit. Ini kerana nilai emas yang sangat tinggi sekarang dan tidak mustahil nilainya akan jadi lebih berganda di masa akan datang.
Bagi yang baru berjinak-jinak untuk mengumpul harta melalui emas, bolehlah berkongsi cara lelaki ini Akhtar Syamir yang menyimpan duit di bank untuk membeli emas.
Dah lama nak simpan duit untuk beli emas kan? Cuma selalu tak disiplin dalam menyimpan atau selalu terlupa.
Apabila dah beberapa kali terlupa, motivasi pun hilang. Masa itulah ada keperluan lain dan sebagainya.
Untuk elakkan benda sebegitu terjadi, di sini saya tunjukkan salah satu cara untuk menyimpan secara automatik menggunakan maybank2u. Sasaran kita ialah RM550, lebih kurang 2 gram emas. Tempoh masa simpanan ialah selama 6 bulan.
Amaun, tempoh masa dan simpanan bulanan boleh anda ubah ikut sasaran dan kemampuan. Saya set untuk 2 gram emas supaya kita boleh nampak dengan jelas arah tuju kita.
Goal boleh mula pada bila-bila masa dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa. Duit yang disimpan itu hanya diasingkan sahaja dan akan terus dikembalikan ke dalam akaun utama apabila sasaran sudah dicapai atau goal ditamatkan.
Jim kita mula sekarang. Biar maybank2u yang simpankan duit untuk emas kita atau isteri kita. Ikut sahaja langkah yang saya paparkan di bawah.
Kongsikan cara ini supaya lebih ramai orang dapat menyimpan untuk membeli emas.
Cara ini juga boleh digunakan untuk beli benda lain, tak semestinya emas. Simpan untuk beli telefon ke, sports rim ke, balik raya ke, duit perbelanjaan sekolah bukak ke dan macam-macam lagi. Bagus kan?
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Ke tepikan permulaan cerita yang dilalui kerana yang didambakan akhirnya adalah pengakhiran sempurna. Tidak ada insan yang sempurna.
Seperti pemuda ini, Muhammad Syafiq Yunus. Anak bongsu daripada empat orang adik beradik, kesemuanya lelaki. Siapa sangka, pemuda berusia 23 tahun ini dahulunya pernah melalui episod kehidupan kelam. Dia yang dulu bukanlah yang sekarang.
Berasal dari Kuala Lumpur, pemuda ini berpindah ke kampung di Alor Gajah, Melaka sejak usianya 10 tahun. Arwah ayahnya mendapat sebuah rumah mesra rakyat di sana. Dalam usia itu jugalah dia telah kehilangan kasih sayang seorang insan bergelar ayah akibat penyakit jantung berlubang. Maka tinggallah dia bersama arwah ibunya di kampung.
Kisah bermula apabila dia terjebak dengan kawan-kawan di ibu kota seawal usianya 14 tahun (2009). Dalam usia yang terlalu muda, dia sudah bertindik dikening, dalam hidung, lidah dan bibir. Disebabkan terjebak bertindik, dia bergaduh dengan adik beradiknya. Kemuncak drama pergaduhan itu, dia keluar dari rumah meninggalkan arwah ibunya kerana adik beradik yang dianggap mengongkong. Lokasi yang ditujunya ialah Kuala Lumpur.
INI PERKONGSIAN MUHAMMAD SYAFIQ YUNUS. MOGA KISAH PEMUDA INI DAPAT DIJADIKAN INSPIRASI UNTUK KITA TERUS ISTIQOMAH MENJADI LEBIH BAIK
Semasa sampai di Kuala Lumpur, saya tidur di tepi tangga, makan bundle (makan sisa-sisa makanan orang). Dalam seminggu saya di sini, saya melihat budak-budak busking dekat depan bangunan Maybank lama di Bukit Bintang. Habis busking, budak-budak busking tersebut menegur saya dan mereka menawarkan saya ke rumah mereka (rumah bujang) di Hang Tuah, flat Sri Sarawak.
Dari situlah bermula kehidupan saya menjadi manusia yang rasanya hina. Setiap hari sarapan saya air arak, tengahari dadah sampailah ke malam. Selepas dua bulan, saya mendapat kerja di Sungai Wang di salah sebuah butik pakaian.
Dapat gaji, pergi buat tatu. Kerja pun tak menentu. Kejap kerja, kejap tidak disebabkan minum arak dan ambil dadah. Setiap hari Sabtu, keluar dengan kawan-kawan pergi enjoy, mabuk, pergi samun bangla. Sampailah umur saya 18 tahun, saya mula berhijrah (2013).
MACAM MANA BOLEH BERUBAH
Satu hari tu arwah mak saya call, tanya khabar dan tanya saya, “Bila nak balik kampung. Mak rindu Syafiq”. Lima tahun saya tak menangis disebabkan manusia, tiba tiba arwah mak saya call dan kata begitu, Allah jentik hati saya jadi sebak menangis tak henti-henti. Lepas arwah mak saya call, selang beberapa hari saya balik ke kampung.
Sampai je di kampung, ketuk pintu rumah, arwah mak buka pintu dan saya terus peluk arwah mak dan memohon ampun darinya. Arwah mak saya kata sambil menangis “Mak dah maafkan kau nak. Lima tahun dah mak dah maafkan.” Saya menangis dan terus menangis sampai tiada air mata.
Sejak balik kampung, saya buka buku baru, niat nak berubah kerana Allah. Start dari situ, saya cari kerja di kampung dan alhamdulillah Allah bagi saya kerja. Saya dapat tawaran kerja di sebuah kilang di simpang empat berdekatan dengan rumah.
Selepas sebulan saya bekerja di kilang tersebut, masa saya baru balik kerja dan mandi, saya terdengar suara laungan azan. Suara azan itu (jam 10.00 malam) sangat-sangat merdu sampai saya terkaku, terpegun mendengarnya.
Pada mulanya saya ingat mungkin khayalan saya sebab ye lah balik kerja tentulah penatkan. Saya cuba bersangka yang baik-baik. Pada keesokan harinya saya balik kerja jam 10.00 malam, balik kerja saya mandi dan saya terdengar suara yang sama, laungan azan tersebut di dalam bilik air. Saya tanya arwah mak, tapi arwah mak tak dengar apa-apa.
Dari situ saya tertanya-tanya kenapa saya sorang je yang dengar suara azan. Saya cuba dan cuba cari jawapan sampai satu hari tu saya ke masjid berdekatan dengan rumah, saya tanya seorang imam. “Kenapa saya dengar suara laungan azan di dalam bilik air? Dia hanya kata “Kamu sudah berapa lama tak solat? Saya kata pada imam tersebut “Lima tahun dah saya tak solat, jangan katakan solat mengaji pun tidak.” Imam tu pesan pada saya “Solatlah walaupun kita bukan orang baik, dan katanya lagi “Cuba solat, pasti Allah bagi jawapan.”
Selang dua hari selepas jumpa imam tersebut saya cuba buat solat taubat dan hajat. Saya menangis sampai tidak terkata. Saya menangis sebab saya banyak buat salah pada Allah. Dan paling saya suka masa tu sebab bila saya solat, saya rasa ‘tenang’. Tenang sangat-sangat dan seumur hidup, saya tak pernah rasa tenang sebegitu.
Lama-kelamaan saya belajar balik solat. Belajar perlahan-lahan mengaji walaupun merangkak, Alhamdulillah Allah mudahkan urusan saya. Dan baru saya sedar, Allah bagi hidayah tanpa saya sedar. Kawan-kawan banyak bagi semangat pada saya dan arwah mak.
PERNAH TAK RASA KESAL DENGAN KEHIDUPAN MASA LALU
Kesal sangat. Kalaulah boleh putarkan masa, saya nak balik dilahirkan semula.
NASIHAT KEPADA GOLONGAN MUDA-MUDI YANG INGIN BERUBAH
Kita hidup jangan harapkan Allah je bagi hidayah. Sebenarnya hidayah Allah tu kita sendiri yang kena cari, barulah Allah akan bantu. Dalam hidup kita, kena pegang LIMA perkara :-
*Usaha
*Tawakal
*Doa
*Reda
*Ikhlas
In sha Allah bila kita belajar lima perkara tersebut, kita akan berjaya. Bila nak berubah tu, orang-orang sekeliling akan berkata pada kita macam-macam, tapi jangan mengalah. Teruskan melangkah mencari hidayah Allah dan istiqomah. Niat dalam hati, kita hidup bukan nak puaskan hati manusia. Kita hidup nak kenal diri kita, ingin kenal Allah dan cari reda Allah bukan reda manusia.
SEMOGA KISAH SYAFIQ YUNUS INI MENJADI TELADAN BUAT SEMUA.
Sumber kredit: Dai’e Syafiq Yunus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bagi setiap umat Islam, menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah menjadi impian yang tersimpan rapi di dalam hati. Ada yang menabung bertahun-tahun lamanya, malah tidak kurang juga ada yang menunggu saat paling tepat untuk menyahut panggilan menjadi tetamu Allah SWT.
Tidak kiralah bagaimana perjalanan rohani ini bermula, dalam merealisasikan perjalanan penuh bermakna, pemilihan agensi pengurusan Umrah yang dipercayai menjadi antara perkara paling penting bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa sebarang masalah.
Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang tidak masuk akal serta harga yang terlalu murah dan digabungkan pula dengan teknik pemasaran viral. Sebaliknya pilih agensi yang memiliki rekod yang baik dalam menguruskan jemaah umrah.
Andalusia Jadi Pilihan Ramai Jemaah Malaysia
Atas sebab itulah Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. terus menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia yang ingin menunaikan Umrah dan Haji dengan lebih selesa, teratur dan diyakini.
Sebagai agensi pengendali Umrah dan Haji yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta mendapat akreditasi Tabung Haji, Andalusia bukan sahaja menawarkan pakej perjalanan lengkap, malah turut dikenali kerana komitmen mereka dalam menjaga kebajikan serta keselesaan para jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.
Dengan pengalaman luas mengendalikan ribuan jemaah Malaysia saban tahun, Andalusia menawarkan pelbagai pilihan pakej yang memenuhi keperluan berbeza termasuk pakej Economy, Standard dan juga VIP/Premium.
Menariknya, setiap pakej dirancang secara menyeluruh merangkumi tiket penerbangan, penginapan berhampiran Masjidil Haram, pengangkutan darat, urusan visa, sajian makanan serta khidmat mutawwif berpengalaman yang sentiasa bersedia membimbing jemaah dari aspek ibadah.
Selain itu, Andalusia juga memberi perhatian terhadap keselesaan dan ketenangan jemaah sepanjang perjalanan berlangsung. Bermula daripada sesi persediaan awal sebelum berlepas sehinggalah selesai ibadah di Tanah Suci, setiap urusan disusun secara sistematik bagi memastikan jemaah dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap ibadah tanpa perlu terbeban dengan urusan logistik.
Pendekatan inilah yang membuatkan ramai jemaah memilih untuk kembali menggunakan khidmat Andalusia bagi perjalanan ibadah seterusnya.
Pengalaman Ibadah Lebih Tenang & Tersusun
Bukan sekadar sebuah agensi, Andalusia turut memberi penekanan terhadap pengalaman rohani yang lebih mendalam buat setiap jemaah. Kehadiran mutawwif berpengalaman membantu perjalanan ibadah menjadi lebih lancar dan teratur, khususnya buat mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi suci.
Dari sesi penerangan awal sehinggalah selesai ibadah, setiap perjalanan disusun dengan teliti agar jemaah dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap ibadah tanpa perlu terlalu memikirkan soal logistik dan pengurusan.
Tidak hairanlah Andalusia terus mendapat kepercayaan ramai sehingga berjaya menguruskan hampir sejuta jemaah dari Malaysia sepanjang penubuhannya sejak tahun 2002. Reputasi yang dibina selama bertahun-tahun menjadikan jenama ini antara nama paling dikenali dalam industri pengendalian Umrah dan Haji tempatan.
Mulakan Perjalanan Rohani Bersama Andalusia
Buat anda yang sedang merancang perjalanan Umrah bersama insan tersayang, mungkin inilah masa terbaik untuk merealisasikan impian tersebut bersama Andalusia Travel & Tours. Untuk maklumat lanjut atau konsultasi percuma, anda boleh mengunjungi ibu pejabat Andalusia di Desa Pandan, Kuala Lumpur atau mana-mana cawangan berhampiran anda di seluruh Malaysia.
Untuk sebarang pertanyaan:
Berita baik untuk anda, Andalusia Travel & Tours turut memperkenalkan kempen istimewa JIMBA: Jelajah Impian & Mimpi Bersama Andalusia Edisi 2026 yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan bernilai sehingga RM1 juta kepada pelanggan bertuah.
Menerusi kempen ini, pelanggan yang membeli pakej Andalusia serendah RM500 berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk Perodua Myvi, Proton Saga MC3, Perodua Bezza serta pakej Umrah Ziarah dan barangan elektronik.
Lebih menarik, pembelian pakej bernilai minimum RM5,000 pula melayakkan peserta merebut hadiah utama berupa Honda HR-V 1.5L S dan Toyota Vios. Kempen yang berlangsung bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2026 ini sekali gus menjadi antara inisiatif penghargaan terbesar Andalusia buat para pelanggan mereka.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.