Selagi belum mendirikan rumahtangga, pastinya seseorang itu tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan dengan jodoh yang baik dan Imam soleh.
Maklumlah kita akan melayari kehidupan bersamanya sehingga ke akhir hayat. Bimbang nanti kalau tersalah pilih dan akan berlaku perceraian yang sangat menakutkan.
Jadi sebagai usaha untuk yang masih single dan bujang, tidak salah mengamalkan doa tertentu supaya dikurniakan dengan jodoh yang baik. Sangat digalakkan untuk diamalkan setiap kali usai solat dan mintalah dengan seikhklas hati.
Ads
Namun sangat digalakkan untuk berdoa dari sekarang, bukan ketika mahu berkahwin nanti barulah minta dijodohkan dengan insan yang baik.
Semoga jodoh yang datang nanti akan sangat menyayangi anda sebagai seorang isteri. Bukannya memperlakukan pasangannya seperti orang suruhan.
Derita yang terpaksa ditanggung apabila suami isteri terpaksa berpisah dipercayai akibat perbuatan sihir sesungguhnya amat menyiksakan.
Walaupun jauh di sudut hati wujud rasa kasih, namun hanya perpisahan jalan terbaik kerana setiap kali bertentang mata pasti akan timbul rasa benci.
Setiap hari hidup diselubungi pergaduhan antara suami isteri, malah nikmat perkahwinan tidak lagi dirasai apatah lagi untuk melakukan hubungan kelamin. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Walaupun melangkah ke dunia moden yang serba canggih, namun tidak dinafikan perbuatan sihir dan khurafat masih berlaku dalam kalangan segelintir individu yang menyimpan dendam terutama membabitkan hal rumahtangga.
Sihir pemisah dan pembenci ini akan membuatkan pasangan suami isteri tidak lagi dapat bersama dan tiada jalan penyelesaian melainkan perpisahan. Kadangkala perasaan hasad terhadap kebahagiaan orang lain mendorong perbuatan ini dilakukan demi mencapai kepuasan hati untuk melihat orang lain menderita.
Amalan sihir ini adalah haram kerana menggunakan unsur syirik iaitu amalan atau ritual menerusi perantara seperti jin atau syaitan dan selain daripada Allah.
Sihir ini juga tidak tertumpu kepada pasangan suami isteri tetapi juga pasangan yang baru bertunang, hubungan di antara ibu/ayah dengan anak, hubungan di antara sahabat dan lain-lain.
Ingatlah bahawa sihir tidak hanya berlaku apabila kita ada musuh sahaja. Sihir sebenarnya berlaku adalah disebabkan adanya perasaan dengki, iri hati, dendam dan sebagainya. Jalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah sentiasa amalkan zikir-zikir pendinding dan doa-doa pelindung.
Berikut dikongsikan sembilan tanda yang menunjukkan kemungkinan pasangan suami isteri dan isteri telah terkena sihir pemisah.
2. Suami atau isteri akan berasa rimas, sangat tidak tenang, dan panas bila apabila berada di dalam rumah tetapi apabila berada di luar rumah perasaan itu akan hilang serta-merta.
3. Suami atau isteri akan mula rasa tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
4. Suami atau isteri akan melihat pasangannya dalam bentuk yang hodoh, buruk dan menakutkan.
5. Suami atau isteri akan mudah marah dan melenting sehingga menimbulkan kemarahan pergaduhan yang kadang-kadang membawa kepada penceraian walaupun pergaduhan itu hanya berpunca perkara yang kecil.
6. Suami sangat ringan mulut (mudah hilang sabar) untuk melafazkan cerai manakala isteri pula sangat ringan mulut untuk meminta cerai daripada suami apabila berlakunya pergaduhan kecil.
7. Suami atau pun isteri akan mula sering mengalami mimpi-mimpi yang buruk dan menakutkan.
8. Suami atau isteri akan selalu melihat adanya kelibat yang melintas atau berkeliaran sama ada di dalam rumah atau pun di luar kawasan rumah.
9. Suami atau isteri akan sering mengalami masalah kesihatan yang tidak diketahui punca-puncanya seperti sakit kepala yang teramat sangat, sakit di perut, tangan kaki atau pun di bahagian anggota-anggota tubuh yang lain.
Jika ada tanda-tanda berikut, jangalah bertangguh. Lagi lama bertangguh, lagi cepat kesna buruk yang akan berlaku. Segeralah untuk mendapatkan rawatan daripada perawat perubatan Islam untuk dipastikan adalah benar disihir dan segera dapat diubati.
Semoga Allah melindungi kita daripada kejahatan-kejahatan sihir.
Sumber Kredit: Perawatislam.com
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Lebah, antara makhluk ciptaan Allah yang tubuh badannya kecil namun menghasilkan manfaat yang cukup besar bagi manusia dan juga alam. Ini kerana madu yang dihasilkan secara semulajadi, tanda kebesaran Illahi dan ia mempunyai 1001 kebaikan buat seluruh alam.
Allah SWT berfirman,
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia.” Surah Al-Naml ayat 68.
Di dalam surah an-Nahl, ayat 69 pula, Allah menceritakan tentang manfaat cairan (madu) yang terhasil dari perut lebah. Firman Allah SWT:-
“Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat, yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Surah an-Nahl, ayat 69).
Dek kerana khasiatnya itulah ramai “terpedaya”dengan sandiwara dunia apabila madu-madu tiruan mula menguasai pasaran termasuk sarangnya bagi memenuhi permintaan mereka yang mengamalkan manisan semulajadi ini untuk kesihatan tubuh badan mereka.
Dalam satu perkongsian oleh seorang doktor, Doktor Bazrul Bahaman yang pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI melalui akaun Tiktoknya, @drbazrul berkata, lebih 80 peratus madu dan sarang yang dijual di pasaran adalah tiruan (kajian ini dilakukan oleh Fakulti Perubatan UM mendapati lebih 80% madu di pasaran palsu).
Bagaimana kita nak pastikan sarang atau madu kita makan itu tulen?
Kata Dr Bazrul, ia sangat mudah dikenal pasti. Sarang madu asli tidak boleh dimakan, selepas madunya dihisap, hampasnya dibuang. Tapi kalau sarang madu tiruan yang dicetak menggunakan mesin berteknologi tinggi, lebah-lebah diberi minum air gula untuk menghasilkan “madu asli tiruan” dan kemudian dijual di pasaran dengan harga tidak masuk akal.
“Sarang ini biasanya boleh dikunyah dan kesan kalau pengambilan kerap, ia boleh merosakkan organ dalaman tubuh.
Berikut perkongsiannya apa kesan kalau kita minum madu yang palsu.
Apakah kesan jika kita meminum madu yang palsu?
Jawapan:-
Kesan buruk apa bila meminum madu palsu adalah berbeza mengikut ramuan atau bahan terlarang yang terkandung didalamnya.
Kesan buruk jika anda terbeli madu palsu:-
1. Anda berisiko minum bahan bahan yang haram seperti arak, tuak, todi dan lain lain.
2. Anda berisiko minum bahan bahan yg sangat membahayakan kesihatan seperti formalin (pengawet mayat), steroied dan viagra.
3. Gula anda akan naik mendadak tanpa kawal jika madu itu menggunakan gula pasir (sukros) dan lebih membahayakan. Jika madu itu dibuat menggunkan gula kimia seperti sakarin dan sebagainya.
4. Sebenarnya ramai orang yang mengalami, sakit seperti buah pinggang, hati, jantung, *stroke* dan lain lain kerana minum madu palsu, tapi mereka tak sedar kerana ia kesan ini berlaku dalam tempoh 5-10 tahun kemudian.
5. Bagi mereka yang lemah iman dan yang kurang ilmunya – masyarakat dikhuatiri boleh rosak kerana bila mereka minum madu yang palsu, sakit mereka tak berubah atau kesihatan mereka bertambah buruk, tambahan pula jika penyakit lain pula datang maka mereka mungkin akan mengatakan madu bukan ubat sedangkan Al Quran menyatakan madu adalah ubat. Ini secara halus dikhuatiri memungkinkan mereka telah ragu dgn firman Allah.
Nota:- Justeru itu perlu diingatkan bahawa penyakit dan penyembuhan datang dari Allah SWT maka berusaha dan berikhtiarlah cari yang ASLI dan yakinlah sepenuhnya dengan sebenar benar yaqin kita atas firman Allah dan sabdaan Rasul-Nya SAW akan penyembuhan dari Nya.
Selebih itu kita berserah, tawakal dan redha atas ujian NYA.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Dianggap putuskan saf dan kurangkan pahala jemaah.’ Begini kedudukan kanak-kanak lelaki dalam saf solat berjemaah.
Menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita, kanak-kanak sedari kecil dibawa ke masjid untuk menyemai dalam diri mereka rasa cintakan masjid dan solat berjemaah selain mengimarahkan masjid.
Tetapi timbul beberapa persoalan dan tanggapan bahawa kanak-kanak yang berada dalam saf orang dewasa ketika solat jemaah dianggap telah memutuskan saf dan mengurangkan pahala jemaah.
Sebenarnya bagaimana kedudukan terbaik bagi kanak-kanak lelaki ketika solat berjemaah. Ikuti perkongsian Dr Syed Shahridzan Ben-Agil ini baik-baik iya.
Soalan:
Saya ada kemusykilan tentang perincian saf kanak-kanak bersama orang dewasa. Semua sedia maklum dalam Mazhab Syafie, bila kanak-kanak mendahului orang dewasa di saf hadapan, orang dewasa tidak boleh tarik keluar kanak-kanak dari saf.
Soalan saya apakah yang dimaksudkan kanak-kanak dalam isu ini menurut Mazhab Syafie? Adakah semua peringkat kanak-kanak walaupun belum mumayyiz?
Jawapan:
Memang benar di sisi mazhab Syafie, kanak-kanak yang mendahului golongan dewasa yang lewat memenuhi ruang saf di hadapan tidak boleh dikeluarkan daripada saf dan dipindahkan ke saf yang belakang.
Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mughni al-Muhtaj:
لو سبق الصبيان بالحضور لم يؤخروا للرجال اللاحقين كما لو سبقوا إلى الصف الأول فإنهم أحق به على الصحيحء.
Maksudnya:
“Jika kanak-kanak lelaki hadir dahulu, maka kanak-kanak tersebut tidak diundurkan ke belakang untuk (memberi laluan) lelaki-lelaki baligh, sepertimana jika kanak-kanak lelaki mendahului pada saf yang pertama maka mereka berhak (untuk tetap pada saf tersebut) menurut pandangan yang sahih”.
Namun begitu, seorang kanak-kanak yang mendahului orang dewasa disunatkan beri keutamaan kepada golongan dewasa untuk mengisi ruang saf hadapan.
Ini dijelaskan di dalam rujukan yang sama:
)ويقف) إذا اجتمع الرجال وغيرهم (خلفه الرجال) أي خلف الإمام لفضلهم (ثم الصبيان) لأنهم من جنس الرجال.
Maksudnya:
“Apabila bertembung antara golongan lelaki dewasa dengan selain mereka(seperti kanak²), hendaklah lelaki dewasa berdiri di belakangnya, iaitu imam kerana kelebihan mereka, kemudian disusuli oleh kanak² kerana mereka termasuk dalam golongan lelaki.”
Menurut kitab Bushra al-Karim, disunatkan mengikut susunan tertib yang telah dinyatakan oleh Rasulullah ﷺ, iaitu di belakang imam ialah golongan dewasa kemudian disusuli dengan kanak-kanak jika golongan dewasa tidak lewat.
Namun jika tidak selari dengan susunan ini maka hukumnya makruh yang boleh meluputkan sebahagian fadilat berjemaah:
وذلك لخبر مسلم: “ليليني منكم أولو الأحلام والنهي” أي: البالغون العاقلون، ثم الذين يلونهم ثلاثا، ومتى خولف الترتيب المذكور كره، وكذا كل مندوب يتعلق بالموقف وتفوت به فضيلة الجماعة.
Maksudnya:
“Ini(susunan saf) berdasarkan hadis riwayat Muslim: “Orang yang dewasa dan berakal dalam kalangan kamu hendaklah berada berhampiran di belakangku”, iaitu orang yang sudah baligh dan berakal “kemudian barisan saf yang berikutnya”, Baginda ﷺ menyebutnya sebanyak 3 kali.”
Apabila susunan yang dinyatakan ini diselisihi (daripada susunan yang sebenar) maka hukumnya makruh, begitu juga setiap perkara sunat yang berkaitan dengan kedudukan saf dan fadilat berjemaah luput disebabkannya(perbuatan makruh).”
Berbalik kepada soalan di atas, kanak-kanak yang layak mengisi ruang saf sebaris dengan dewasa di sisi ulama Syafi’iyyah ialah kanak-kanak yang sudah mencapai peringkat mumaiyiz.
Ini kerana menurut fuqaha kanak-kanak yang belum mumaiyiz makruh dibawa masuk ke dalam masjid. Perkara ini dinyatakan oleh Sheikhul Islam Zakaria al-Ansari di dalam kitab Asna al-Matolib:
والقول بكراهة دخول الصبيان المسجد ليس على إطلاقه بل يختص بمن لا تمييز له وبحاله لا طاعة فيها ولا حاجة إليها
Maksudnya:
“Kenyataan yang menyebut makruh membawa masuk kanak-kanak di dalam masjid bukanlah secara mutlak, bahkan khusus kanak-kanak yang belum mumaiyiz dengan keadaannya yang tidak sah ketaatan (ibadatnya) serta tiada keperluan(hajat).”
Kitab al-Nukat ‘ala al-Mukhtasarat al-Thalath karya Sheikh al-Iraqi menjelaskan kedudukan lagi bahawa haram membawa masuk kanak-kanak yang menanggung najis yang dikhuatiri mengotori masjid.
Namun jika tidak dikhuatiri mencemarkan masjid hukumnya makruh (ويؤيده أن إدخال الصبيان المسجد حرام مع غلبة التنجيس، ومكروه مع عدمها).
Kesimpulan, kanak-kanak mumaiyiz disunatkan beri keutamaan kepada orang dewasa untuk mengisi ruang saf di hadapan. Jika ada kekosongan di ruang hadapan maka kanak-kanak mumaiyiz berhak mengisinya sebaris dengan golongan dewasa.
Selain itu jika golongan dewasa lewat, maka kanak-kanak dibolehkan mengisi ruang kekosongan di saf hadapan dan orang dewasa tidak berhak menarik mereka keluar ke saf belakang. Makruh membawa masuk kanak-kanak yang belum mumaiyiz ke dalam masjid.
Kashoorga: Keutamaan saf hadapan tetap kepada lelaki dewasa, tetapi andaian bahawa kanak-kanak memutuskan saf dan mengurangkan pahala jemaah adalah tidak benar.