Untitled design (16)

Lebah, antara makhluk ciptaan Allah yang tubuh badannya kecil namun menghasilkan manfaat yang cukup besar bagi manusia dan juga alam. Ini kerana madu yang dihasilkan secara semulajadi, tanda kebesaran Illahi dan ia mempunyai 1001 kebaikan buat seluruh alam.

Allah SWT berfirman,

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia.” Surah Al-Naml ayat 68.

Di dalam surah an-Nahl, ayat 69 pula, Allah menceritakan tentang manfaat cairan (madu) yang terhasil dari perut lebah. Firman Allah SWT:-

“Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat, yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Surah an-Nahl, ayat 69).

Dek kerana khasiatnya itulah ramai “terpedaya”dengan sandiwara dunia apabila madu-madu tiruan mula menguasai pasaran termasuk sarangnya bagi memenuhi permintaan  mereka yang mengamalkan manisan semulajadi ini untuk kesihatan tubuh badan mereka.

Dalam satu perkongsian oleh seorang doktor, Doktor Bazrul Bahaman yang pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI melalui akaun Tiktoknya, @drbazrul berkata, lebih 80 peratus madu dan sarang yang dijual di pasaran adalah tiruan (kajian ini dilakukan oleh Fakulti Perubatan UM mendapati lebih 80% madu di pasaran palsu).

“Sarang Lebah Asli Tidak Boleh Dikunyah. Kalau Boleh Makan Itu Tiruan”, Doktor Kongsi Tips Kenal Pasti Madu Asli & TiruanBagaimana kita nak pastikan sarang atau madu kita makan itu tulen?

IKLAN

Kata Dr Bazrul, ia sangat mudah dikenal pasti. Sarang madu asli tidak boleh dimakan, selepas madunya dihisap, hampasnya dibuang. Tapi kalau sarang madu tiruan yang dicetak menggunakan mesin berteknologi tinggi, lebah-lebah diberi minum air gula untuk menghasilkan “madu asli tiruan” dan kemudian dijual di pasaran dengan harga tidak masuk akal.

“Sarang ini biasanya boleh dikunyah dan kesan kalau pengambilan kerap,  ia boleh merosakkan organ dalaman tubuh.

Berikut perkongsiannya apa kesan kalau kita minum madu yang palsu.

Apakah kesan jika kita meminum madu yang palsu?

IKLAN

Jawapan:-

Kesan buruk apa bila meminum madu palsu adalah berbeza mengikut ramuan atau bahan terlarang yang terkandung didalamnya.

Kesan buruk jika anda terbeli madu palsu:-

1. Anda berisiko minum bahan bahan yang haram seperti arak, tuak, todi dan lain lain.

IKLAN

2. Anda berisiko minum bahan bahan yg sangat membahayakan kesihatan seperti formalin (pengawet mayat), steroied dan viagra.

3. Gula anda akan naik mendadak tanpa kawal jika madu itu menggunakan gula pasir (sukros) dan lebih membahayakan. Jika madu itu dibuat menggunkan gula kimia seperti sakarin dan sebagainya.

4. Sebenarnya ramai orang yang mengalami, sakit seperti buah pinggang, hati, jantung, *stroke* dan lain lain kerana minum madu palsu, tapi mereka tak sedar kerana ia kesan ini berlaku dalam tempoh 5-10 tahun kemudian.

5. Bagi mereka yang lemah iman dan yang kurang ilmunya – masyarakat dikhuatiri boleh rosak kerana bila mereka minum madu yang palsu, sakit mereka tak berubah atau kesihatan mereka bertambah buruk, tambahan pula jika penyakit lain pula datang maka mereka mungkin akan mengatakan madu bukan ubat sedangkan Al Quran menyatakan madu adalah ubat. Ini secara halus dikhuatiri memungkinkan mereka telah ragu dgn firman Allah.

Nota:-
Justeru itu perlu diingatkan bahawa penyakit dan penyembuhan datang dari Allah SWT maka berusaha dan berikhtiarlah cari yang ASLI dan yakinlah sepenuhnya dengan sebenar benar yaqin kita atas firman Allah dan sabdaan Rasul-Nya SAW akan penyembuhan dari Nya.

Selebih itu kita berserah, tawakal dan redha atas ujian NYA.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI