‘Bapa dapat hidayah, bimbing anak-anak sekali.’ Kevin Zahri sebenarnya mualaf, dalami islam pada usia 12 tahun.
Benarlah hidayah itu milik Allah, Kevin Zahri antara insan yang terpilih. Dibesarkan dalam agama Kristian, kemudian sekembalinya ke tanahair diminta untuk mengikuti ajaran secara tiba-tiba sudah tentu bukan sesuatu yang mudah.
Tetapi dirinya tak melatah apabila diajukan soalan berkaitan dengan isu ini, sebaliknya menjelaskan perkara ini dan tenang apa yan berlaku dalam hidupnya sejak kecil.
Kevin Zahri yang merupakan jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan kerap kali muncul di laman sosial TikTok berkongsi tentang tip kesihatan dan gaya hidup sihat.
Baru-baru ini, dia menjawab persoalan yang diajukan warganet termasuk berhubung agama dan mendedahkan dirinya adalah saudara baru atau mualaf.
Kevin yang dibesarkan di luar negara mengakui mendalami agama Islam sekembalinya ke Malaysia.
“Nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar tetapi Kevin Nicolai Christopher Zahri (ketika itu).
“Bapa saya seorang Muslim dan berbangsa Melayu manakala ibu pula beragama Kristian berasal dari Jerman. Ibu saya yang mengajarkan kami tentang agama.
Ads
‘Kami ke gereja, saya menyertai koir dan membaca buku seperti Injil ketika kecil,” tuturnya menyentuh tentang kehidupan pada masa lalu.
Kevin Zahri Sebenarnya Mualaf
Namun ternyata hidayah itu milik Allah. Segala berubah selepas beliau mengikuti bapanya pulang ke Malaysia pada tahun 1991. Ketika itu Kevin baharu berusia 12 tahun.
“Ketika itu bapa saya mendapat hidayah tentang keagamaan sendiri dan wujud rasa tanggungjawab untuk memimpin anak-anak.
“Bapa cuba mendedahkan kepada kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz,” kata Kevin.
Lelaki yang turut dikenali dengan nama Cikgu Fitness Malaysia itu mendedahkan dia pada peringkat awalnya sukar menerima perubahan berkaitan agama Islam.
“Saya tidak menerimanya pada hari yang pertama dan mengambil masa mempersoalkan tentang agama A dan agama B.
“Diharapkan dalam video yang lain saya akan kongsikan tentang penghijrahan sebagai seorang mualaf. Apa pun alhamdulilah saya seorang muslim kini,” katanya.
Pada Usia 12 Tahun
Pendedahan jurulatih berusia 43 tahun itu menerima reaksi positif daripada warganet. Rata-rata mereka memberikan sokongan dan mengucapkan kesyukuran dan memuji tindakan dirinya menjawab pertanyaan yang diajuka oleh peminatnya.
Ujar mereka:
-“Masya-allah, Tabarakallah, bapa coach mendapat hidayah dan membimbing anak-anak, Alhamdulillah.”
Ads
-“Suka cara dan penerangan coach, terperinci dan tenang walaupun soalan agak sensitif.”
-“Pernah tengok Coach Kevin khatam al-Quran.”
-“Alhamdulillah. Moga terus berjuang sampai syurga tuan Kevin!”
-“Alhamdulillah, sebaik-baiknya begitulah perjalanan hidup seseorang mualaf.”
-“Syukur ayah Coach sedar kesilapan dan berusaha untuk betulkan apa yang salah.”
Kevin berkahwin dengan Rio Elani pada tahun 2010 dan perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Kashoorga : Biar lambat tapi kita tahu dan mahu berubah kepada kebaikan serta kembali kepada Allah SWT.
Atta Halilintar personaliti media sosial yang terkenal di Indonesia malah di Malaysia, meluahkan rasa syukur apabila membina masjid kelima tercapai.
Masjid Suffah yang terletak di Purwakarta, Jawa Barat Indonesia dirasmikan oleh beliau baru-baru ini.
Ujar You Tuber popular ini ia merupakan antara perkara baik yang berlaku pada dirinya dalam bulan Ramadan ini.
“Alhamdulillah, hati ini rasa sangat gembira, semoga pelancaran dalam bulan penuh keberkatan ini menjadi satu nilai yang baik di sisi Tuhan,” ujar Atta.
Ujar Atta beliau mempunyai matlamat hidup untuk menyebarkan kebaikan dan memberi manfaat kepada ramai orang. Salah satu caranya adalah dengan membina masjid supaya masyarakat setempat dapat beribadah dengan selesa.
“Saya mempunyai sasaran sendiri sepanjang hidup ini untuk meninggalkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai. Mungkin sebelum ini bermula dengan masjid pertama dan kini sudah mencapai masjid kelima,” kata Atta.
Dalam pada itu kata Atta beliau terus konsisten dalam membina masjid dan berharap dapat membina masjid keenam pada tahun hadapan.
“Semoga usaha ini berterusan, dan semoga tahun depan saya dapat membina lagi. Doakan saya terus istiqamah. Ada juga yang berkata masjid sahaja tidak mencukupi untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Namun, bagi saya, masjid adalah tempat yang paling ramai orang kunjungi dan berdoa,” kata Atta.
“Insya-Allah tahun depan. Jika semuanya berjalan lancar, menjelang tahun 2027, saya berharap dapat melancarkan satu lagi masjid pada tahun 2026 sambil mencari tanah baru dan rezeki untuk pembinaan seterusnya.
Doakan agar perjalanan ini dipermudahkan dan saya dapat terus membina masjid sepanjang hayat saya,” tambah Atta.
Selain Masjid Suffah, beliau sebelum ini membina Masjid Ar Rahmat AHHA, Masjid Pesantren AHHA Binaumma Tebuireng, Masjid Al Furqon selain satu lagi masjid dalam proses pembinaan.
Adakah wajib haji bagi seorang wanita yang menunaikan haji secara bersendirian. Secara umumnya seorang wanita adalah diwajibkan untuk menunaikan fardhu haji sekiranya dia berkemampuan.
Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali Imran: 97)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melakukan perjalanan jauh (safar) sejauh perjalanan sehari semalam tanpa bersamanya mahram” Riwayat Bukhari (1088)
Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat halangan-halangan yang membawa kepada keadaan tidak berkemampuan terhadap seseorang, maka gugurlah kewajipan tersebut ke atasnya.
Berdasarkan persoalan di atas, tidak wajib bagi wanita tersebut untuk menunaikan haji dan dia disyaratkan pergi bersama-sama dengan suami atau mahramnya atau perempuan yang tsiqah iaitu yang dipercayai sekurang-kurangnya dua orang.
Akan tetapi harus baginya pergi dengan seorang perempuan tsiqah atau seorang diri sekiranya dia yakin terjamin keselamatan dirinya.
Bagi mereka yang belum diberi peluang untuk menunaikan haji, boleh merasai pengalaman menunaikan umrah terlebih dahulu dengan menunaikan beberapa rukun ketika mengerjakannya.
Buat masa ini ramai yang mengambil kesempatan menunaikan ibadah umrah sementelah belum tiba musim haji.
Dan kebiasaannya mereka menggunakan khidmat travel agensi dengan kos agak tinggi untuk menyempunakan ibadah di sana.
Namun baru-baru ini seorang gadis telah berkongsi pengalamannya mengerjakan umrah secara DIY dengan kos hanya bawah RM5,000 ribu sahaja.
Dan paling menarik, gadis ini juga telah pergi ke Tanah Suci tanpa membawa mahram lelaki.
Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, gadis ini Haany Harraz telah menceritakan pengalamannya dan tip menunaikan ibadah umrah secara sendiri dan DIY bersama kakaknya hanya dengan menggunakan visa pelancong.
Haany yang berada di sana untuk tempoh tertentu turut berkongsi itinerari penuh disertai sekali dengan kos sepanjang perjalanan umrahnya.
Malah dia dan kakanya juga berkesempatanmelawat ke negara Turki, iaitu sekitar Istanbul dan Ankara sebaik selesai mengerjakan ibadah umrah.
Ayuh ikuti perkongsiannya dan boleh dijadikan panduan kepada mana-mana gadis yang mahu ke sana dengan kos bajet memandangkan kini tiada lagi larangan pergi dengan mahram.
My Umrah Stories
Alhamdulillah, saya telah selamat menunaikan Umrah minggu lepas. Harini baru ada kelapangan untuk menulis sikit sekadar berkongsi. Umrah kedua kali ni saya pergi kakak saya, hanya berdua tanpa mengikut mana mana travel agency. Semuanya kami atur dan bergerak sendiri. Mudah dan ringkas sebenarnya pergi sendiri ni. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami .
Sebelum tu, saya sendiri memang sejenis suka kepada cabaran dan suka merenung setiap kejadian dari perjalanan yang saya lakukan .
Alhamdulillah Allah telah menjemput saya dan kakak sy menjadi tetamuNya. Sebelum pergi tu, betulkan niat iaitu untuk beribadah mengabdikan diri kita di sana..
Pertama skali, perlu ikuti kursus umrah,.saya mengikuti kursus percuma yg berdekatan dgn tempat saya. ,saya juga banyak belajar cara mengerjakan Umrah, tgk di youtube, buat research accommodation, transportation dll. Jgn lupa perbykkan solat hajat, supaya Allah lancarkan perjalanan UMRAH kita dan diberikan kesihatan yang baik.
Saya ringkaskan saja tips perjalanan sepanjang 8 hari berada di tanah suci Madinah dan Makkah. Saya berada 3 malam di Madinah – 4 malam di Makkah – dan selepas itu menziarahi Turkey selama 4 malam sebelum berangkat pulang.
1. Tiket Penerbangan Saya menempah tiket flight melalui Skyscanner. Untuk trip Umrah saya tempoh hari saya naik Saudi Airlines, dan tiketnya tak murah dan tak terlalu mahal. Tiket saya KUL-MED, JED-IST, ANKARA-KUL , berjumlah RM2600 untuk return.
2. Accommodation -Untuk cari penginapan boleh search di Booking.com, Airbnb dll. Untuk di Madinah saya menginap Hotel ( Al-Mukhtara Golden). Hotel ni sgt dekat dengan masjid, tetapi jauh juga berjalan ke pintu masuk solat perempuan ( 8minit berjalan). Di Makkah saya menginap di Hotel NAWAZI AJYAD yang hanya berjalan 5minit shj ke masjid.. hotel ni boleh tidur untuk 4org, kami hny berdua.. sgt puas hati… total hotel MADINAH dan MAKKAH RM1000++ utk duaa orang.
3. Ground Transportation – Setelah membuat sedikit kajian tentang ground transport, banyak cabang transport di Madinah dan Makkah. Saya lebih mudah dan selesa menggunakan Careem(Uber versi Arab). Careem di tanah suci sangat meluas, lebih jimat dan tak perlu bargain macam taxi. Cuma ketika berada di Makkah, kawasan radius sekitar Masjidil Haram, Uber dan Careem tidak dibenarkan.
Cuma kalau nak naik juga perlu berjalan keluar dari kawasan radius tersebut. Pernah juga saya menaiki TEKSI UJRAH yang sgt banyak di sana. Saya juga minta diskaun harga pada pemandu teksi ujrah, setelah buat perbandingan harga Careem. Manakala, perjalanan kami dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan Umrah, kami menaiki bas Saptco VIP. Perjalanan lebih kurang 5jam 30minit. Bas yang selesa dan efisien dari segi masa., minum dan snek disediakan, . Sangat recommended. Boleh online booking di website saptco.com.sa
Total perjalanan Madinah-Makkah RM128
4. Visa – Sekitar September 2019, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan Tourist Visa untuk beberapa negara dan Malaysia antara salah satu yang tersenarai. Tourist visa berlaku untuk memasuki negara Arab Saudi untuk tujuan Holiday mahupun Umrah. Dibenarkan untuk tinggal tidak melebihi 90 hari di Arab Saudi dan tempoh valid visa berlaku selama setahun. Ya, bermakna rakyat Malaysia tidak perlu lagi menggunakan Visa Umrah untuk masuk ke Arab Saudi untuk mengerjakan Umrah.
Visa boleh apply di laman web rasmi kerajaan Arab Saudi di sini visa.visitsaudi.com. Yang bestnya, setelah selesai membuat pembayaran visa, visa dicetak dalam masa 3-5min dan terus dihantar ke email kita. gambar passport visa kami hny snap guna fon dan gunakan software gambar visa umrah shj, tidak perlu untuk ke kedai gambar.. Bayaran visa : RM490.
5. Travel Insurance – Sebelum ke luar negara, belilah travel insurance dari mana mana insurance agency. Kita tak tahu bila mana kemalangan mahupun ajal akan berlaku. Sediakan insurance cover sebelum kemalangan berlaku. Sy seringkali gunakan Etiqa Trip Care 360 Platinum untuk single trip. RM110.00
6. Ziarah Luar Kota Suci – Yang ni boleh search sendiri di Google tempat-tempat ziarah sekitar Madinah dan Makkah. Tergantung kepada masing masing selera mahupun kelapangan. Yang ni boleh plan sendiri..di sana boleh naik Uber atau Careem untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Dan kalau boleh janganlah lepas peluang ke tempat tempat bersejarah disana. Rezeki kami, Di Madinah dan Makkah kami ditawarkan oleh Group leader dgn menumpang bas mereka untuk ziarah, Alhmdulillah,.
7. Souvenir , Air zam2, Makan2 Byk blh dpt keychain semurah 2 riyal. Yg pntg pndai cari. Air zam zam kai beli kt airport/ 7.5 riyal utk 5 liter. Kami beli selepas pulang dari Ankara semasa transit di Jeddah. Satu org satu botol jer. Kbykn airlines akan bg free luggage khas utk air zam-zam.
Di sana saya dan kakak lebih banyak masak sendiri.. kami bwk periuk nasi kecik untuk masak nasi.. dan bawak makanan sndri.. ada juga kadang2 kami try makanan di sana,. boleh berkongsi makanan untuk makan dua orang, sbb byk..
8. Time Flexibility – Ini yang saya impikan dari setiap perjalanan musafir saya. Tidak terikat dengan waktu. Tak kira ke mana, saya sukakan time freedom. Ada waktu untuk ke sini dan kesana mengikut kemahuan diri. Tukar plan last minute, tambah plan last minute. Ada waktu untuk mendalami, mengagumi, merenungi dari setiap tempat saya lawati.
Disini saya juga ingin sertakan itinerary Umrah DIY dan Ziarah Istanbul/Ankara
HARI 1: 31/1/2020
• Lapor diri KB-KUL ( 9.30PG) KL – -MADINAH (1.40PTG) • Check-in bagasi, serahan passport / boarding pass/visa. • Transit RIYADH; 1 jam 25minit sebelum berlepas ke Airport Madinah. • Tiba di Madinah daftar masuk hotel dan berehat. Madinah airport ( 7.00 malam), Check in Hotel ( Al-Mukhtara Golden) . – Naik Uber/ Kareem 20-30minit ; SAR 30-60 / Bus SAPTCO SAR 10-12 – Beli Simkad CELCOM XPAX , beli di Malaysia dalam RM68..
*Notes Lepas berehat di hotel, turun masjid terus solat isyak dan masuk RAUDAH ( Rumah Nabi serta makam baginda) Nabi bersabda, ‘kalau kita datang buat umrah, tdak dtg umahku, dikira ummat yg tidak mencintaiku)
HARI 2 & 3 : 1-2/2/2020 MADINAH
• Ziarah Dalam – Lagi ke Maqam Rasulullah SAW dan sahabat, (Raudhah) dan Perkuburan Baqi’(solat jenazah – Jenazah terdiri drpd y. Aishah, Fatimah, Zainab, cucu Nabi) semoga mereka dirahmati Allah- boleh byk pahala- • Ziarah Luar – Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh), Jabal Uhud, Pasar Kurma/ Ladang Kurma (Join naik bus leader group umrah, atau naik bus or uber )
HARI 4: 3/2/2020 MADINAH – MAKKAH
MADINAH • Ziarah Wida’ – 1) solat sunat 2 rakaat ( RAUDHAH) or masjid nabawi, 2) mengucapkan salam perpisahan kpd Baginda ( assalamualayka ya Rasulullah) dgn penuh kerendahan hati dan sedih menginggalkan baginda, 3) berdoa dgn bertawassul dgn baginda( Selamat tinggal ya Rasullulah, Salam perpisahan wahai Nabi Allah.. Kami akan dtg lagi menziarahimu ya Habiballah …) 4) Mengalir air mata keikhlasan sedih perpisahan dgn kekasih Allah// 5) bersedekah pada org2 berada sekita masjid nabawi. .
• Mandi sunat Ihram, Memakai pakaian ihram umrah. . Check out hotel Madinah ; pukul 12 .30 tghhri . Menaiki SAPTCO BUS VIP 2.30 ptg ( Pejalanan 5jam), naik di CROWNE PLAZA HOTEL. • Bertolak ke Makkah –bermiqat di Masjid Bir Ali ( Solat SUnat 2 rakaat sebelum niat IHRAM) – -UMRAH PERTAMA- . Bus berhenti di AJYAD STATION, sebelah HOTEL MASHAER AJYAD HOTEL TH . – 250m ke Al Haram. Dari SAPTCO AJyad, 15minit to Hotel NAWAZI AJYAD ( naik uber SAR15). MAKKAH • Tiba di Makkah, mengerjakan tawaf & saie, bertahallul serta solat wajib dan sunat . Pahala bersamaan 100,000 kali ganda.
*notes Semasa perjalanan menuju ke Makkah, bayangkan bagaimana susah payah Rasulullah dan Sahabat Abu Bakar berhijrah dari Makkah ke Madinah, mengharungi bukit bukau, bersembunyi GUA Thur, dihambat Surraqah(perang Badar). Banyakkan Bertalbiah, dan selawat sepanjang perjalanan.
HARI 5 : 4/ 2/ 2020 MAKKAH
• Bermula selepas solat subuh/dhuha hingga sebelum Zohor; Ziarah Luar – Jabal Thur (15minit) bergmbr dan boleh hiking, Jabal Nur – blh hiking untuk melihat Gua Hera’, bergambar dan hayati sirah, kemudian Arafah (sekadar stop/ tidak di masjid Namira), Muzdalifah, Mina dan otw ke Jabal Rahmah ( hanya melintasi & memandang dari dalam bas ), Masjid Ja’ranah & miqat (UMRAH KEDUA) – Solat Zohor di Masjid, buat tawaf dan Saie.
HARI 6 : 5/2/2020 • Umrah Tana’im – miqat untuk umrah (UMRAH KETIGA)
*Notes Masa buat umrah, masuk Al Hara di King Fahd Gate. – Pintu 79( buat tawaf sunat) – pintu 66 ‘ . – ada toilet dan tempat berwudhu’ – free al quran sebelah pintu 79 cari 884 -kedai foodcourt ( Al khalid Courtyard) – kedai jus ( berhampiran kedai rambut) , – Hilton suite ( ada mall, food curt, KFC, al Baik,Al Tazaj)
HARI 7 : 6/2/2020 • Ziarah Pilihan Taif ( tempat peranginan) – bertolak selepas subuh- naik bus dari Hotel Safwah ke Station Cable ( sejam) , terletak di theme park. – Nek cable car selama 15-20minit – Cdgn lawatan; 1) shubra palce, 2) fruits market, 3)crose factory, 4) addas farm and mosque, 6) fruits market – Bertolak ke Makakh( djangka tiba di Makkah sblm magrib)
HARI 8 : (7 / 2 / 2020) MAKKAH – AIRPORT JEDDAH • Mandi, bersiap brg, letak barang di lobi sebelum subuh, – Tawaf Wida’ pukul 3 pagi. – Akan berangkat ke Airport Jeddah pkul 4 pagi ( uber or kareem – SAR 120 – 150), subuh di airport atau perjalann, penerbangan ke Istanbul 9.50 pagi .
ISTANBUL – AIRPORT • Tiba di Airport Istanbul pada 1.45 petang. Perjalan ke Hoetel Istanbul ( Stone Home Appartment at SUltanahmet) – Naik bus Havaist – berdekatan terminal building Arrival) hrga 16TL – Jangka check in hotel pukul 6ptg – Malam berjalan di sekitar Hotel berdekatan
HARI 9 ( 8 / 2 / 2020)
-Lawatan – 1) Blue Mosque , 2) Muzium Hagia Sophia, 3) Istanbul Topkapi( Masjid Kediaman Pemerintahan Uthmaniah, dibina oleh Sultan Al Fated, near Masjid Sya Sophia, 4) Galata Tower, 5)Hippodrome & 6) Grand Bazaar( pintu luar nama old book Bazar, near trem Beyazit – tempat shopim murah- 7) Cruise Bosporus( Meyusuli Selat Bosphorus yang sempadan Asia dan Eropah), 8) Taksim square( tempat shopim, sgt bestt)
*notes Tempat shopping ( kadikoy Sali pazari ( kedai2 dan tenpat makan murah)
HARI 10 ( 9/2/2020) – Check out hotel pukul 11 pagi – Naik train ke airport SAW, flight pukul 3. 40 ptg ke ANKARA.
Di ANKARA airport – Sampai di airport pada 5 ptg dan disambut oleh kawan kami yg kebetulan bekerja Embassy of Malaysia di sana.
HARI 11 ( 10/2/2020) – Visit Anitkabir Mausoleum ( muzium dan tempat permadian pemerintahan. – Bermain Salji di Elmadag Ankara
Notes *Harga stu malam penginapan di Turkey dlm lingkungn rm80/mlm. *transportation utk bergerak ke mn2 shj, pn sgt2 murah.. *kami naik bus, metro, or trem di sana. *makanan pn murah, kami prefer masak di sana.
HARI 12 ( 11/2/2020) -Bertolak ke airport ANKARA pada pukul 11pg. flight pukul 1.40 ptang. – transit 9jam di Jeddah, ( berjalan2 sekitar Jeddah)
12/2/2020
Sampai KUL 3.00 petang KUL ke KB pukul 8.35 malam, dijangka sampai 9.35 malam
** SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH **
Total Budget per head (MADINAH>MAKKAH> ISTANBUL>ANKARA) – Flight ticket : RM2600 – Accommodation : RM800 – Ground transportation : RM250 – Transport Med-Makkah- : RM128 -Flght tiket IST-Ankara : RM70 – Visa : RM490 – Travel Insurance : RM110 – Makan/miscellaneous : RM300 Total : RM4784
Ingatlah yang perjalanan kita mengerjakan Umrah ini bukan macam perjalanan lain, ia adalah perjalanan ibadah ke Rumah Allah dan menemui Nabi kita SAW. Jagalah tertib dan betulkan niat InsyaAllah segalanya akan dimudahkan. Inilah sedikit perkongsian bagaimana perjalanan saya bersama kakak tempoh hari. Semoga ada manfaat buat semua kenalan FB
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...