‘Baru pulang umrah, pergi dalam keadaan sedang berkhidmat untuk suami’. Mati syahid atau tidak, hanya Allah tentukan.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan tempatkan allahyarham Nurul Nazihah di kalangan orang beriman.

Ramai yang tersentuh hati bila melihat video saat suaminya menyeru isterinya dan berjanji tak akan tinggalkan isteri yang terperangkap di dalam kereta. Namun kuasa Allah mengatasi kerana telah tiba masanya isteri “pergi’ buat selamanya. Innalilllahiwainalillahirojiun!

Artikel Berkaitan: ‘Ini Bukan Kerja Saya, Tapi Allah Izinkan.’ Hafiz Mahamad Buat Kejutan, Bawa 120 Staf Tunai Umrah

Baru Pulang Umrah

Ikuti perkongsian Ustazah Asma’ binti Harun dan ketahui mengapa kita dilarang sama sekali menentukan kesyahidan seseorang seperti mana kes ini. Kongsinya:

 Sayang, saya tak tinggal awak…sumpah saya tak tinggalkan!”

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.”

Takziah buat suami dan keluarga allahyarhamah Nurul Nazihah binti Kamalul Ariffin.

Pergi Dalam Keadaan

Ramai yang mengalirkan air mata saat mendengar rintihan kuat suami arwah Nurul Nazihah ketika api sedang marak sewaktu kejadian kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sebelum simpang Sedenak, Kulai Johor.

Lagi menyayat hati pasangan ini baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada hari Rabu yang lalu dan ketika kejadian, arwah sedang menemani suaminya pulang dari urusan kerja. Allahuakbar, beliau pergi dalam keadaan sedang berkhidmat untuk suami.

Baca Di Sini:

“Tak Sempat Konvo, Mati Syahid Ketika Bersalin.” Bayi 4 Bulan Naik Pentas, Terima Ijazah Arwah Ibu

Penghafaz Quran Antara 5 Korban Rentung Di Terowong Menora, Mati Terbakar Adalah Syahid Akhirat

Sedang Berkhidmat Untuk Suami

Tak dapat dibayangkan situasi isterinya yang tersepit di dalam kereta selepas dilanggar oleh sebuah lori yang melibatkan tiga buah kenderaan lain.

Suaminya bergegas cuba untuk menyelamatkan namun arwah berpesan, “Abang keluar dulu” supaya suaminya mencari bantuan. Tetapi tidak lama selepas itu kereta terbakar rentung di depan matanya.

IKLAN

Daripada Jabir bin ‘Atiq r.a., Rasulullah SAW bersabda:

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِى يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ

Maksudnya:

“Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid: mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.”

(HR Abu Daud, hadis sahih)

Mati Syahid Atau Tidak

Bagaimana mengkhususkan ‘syahid’ kepada seseorang?

Hukum menentukan kesyahidan kepada individu tertentu memiliki dua sudut:

Penyaksian Umum:

Kita menentukan kesyahidan berdasarkan keadaan atau sifat yang diiktiraf dalam al-Quran atau Hadis Rasulullah SAW.

Contohnya seperti hadis Jabir r.a. di atas. Maka hukumnya adalah diharuskan bahkan wajib untuk membenarkannya, kerana kita menyaksikannya berdasarkan sifat yang dikhabarkan oleh Baginda s.a.w.

Penyaksian Khusus:

Kita mengucapkan seseorang itu syahid pada orang tertentu seperti kita berkata: “Orang itu syahid.” Maka hal ini tidak dibenarkan melainkan individu tersebut disaksikan syahid oleh Rasulullah s.a.w atau kesepakatan umat Islam.

Oleh sebab itu, Imam al-Bukhari membuat bab khas dalam kitab Sahih al-Bukhari: “Larangan mengatakan seseorang itu syahid.”

IKLAN

Larangan Tentukan Syahid Seseorang

Menurut Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, “Larangan itu bermaksud atas jalan yang pasti. Ini kerana kepastian hanyalah boleh diterima berdasarkan kenyataan wahyu.

Jemput baca artikel penuh dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan untuk penerangan yang lebih jelas :

https://muftiwp.gov.my/…/665-bayan-linnas-siri-ke-115…

Mari sama-sama kita doakan Allahyarhamah Nurul Nazihah mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT dengan doa berikut:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan dan ampunkanlah dia.”

وَاَكْرِمْ نُزُلَهَا وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ

Maksudnya: “Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran.”

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ قُبْرَهَا رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الجِنَانِ، وَلَا تَجْعَلْ قُبْرَهَا حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النِّيْرَانِ

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kuburnya salah satu daripada taman-taman syurga.”

Hanya Allah Tentukan

Semoga suami allahyarhamah Nurul Nazihah dan keluarga terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT.

IKLAN

Walaupun berpisah di dunia, namun mudah-mudahan bersatu kembali di Syurga Allah SWT. Allahumma ameen.

Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan

#UAHSahabatDuniaAkhirat

Kashoorga : Semoga Allah menempatkan arwah Nurul Naziha di kalangan orang beriman dan mengampunkan segala dosa-dosanya.

 Sumber: Ustazah Asma’ binti Harun

 

 

 

 

 

 

 

+3

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI