Tiada apa lebih menyedihkan saat diuji dengan kehilangan orang tersayang. Apatah lagi pemergian yang tiada gantinya.
Jika majlis perkahwinan dianggap hari membahagiakan, takdir telah tertulis buat arwah Muhammad Syafiq apabila majlis bahagianya bertukar menjadi tragedi. Arwah dipercayai lemas dalam banjir yang melanda kawasan ibu kota selepas cuba mengambil baju pengantinnya di rumah.
Dikongsikan oleh sepupunya, Ayumi Bruce di fb, wanita ini berkata, sepatutnya semalam adalah majlis persandingan adik sepupunya itu di Negeri Sembilan. Tapi Allah menakdirkan sesuatu yang menjadi tragedi yang akan diingati seumur hidup oleh ibu dan ayah saudaranya.
Arwah baru seminggu bernikah dan ketika kejadian difahamkan cuba menyelamatkan baju sandingnya untuk majlis di Negeri Sembilan
Semoga Allah mengangkat darjatmu & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Menggigil rasanya nak menaip posting nie. Perasaan yang ditahan dari semalam. Sepatutnya semalam kami semua ke majlis persandingan arwah di Negeri Sembilan. Tapi arwah dipercayai lemas semasa ingin pulang mengambil baju pengantinnya di rumah.
Ads
Jasadnya dijumpai pagi tadi setelah air mulai surut. Arwah baru minggu lepas bernikah dan semalam adalah majlis persandingan dirumah pengantin perempuan.
Kuat sungguh dugaan untuk Pak Su Deen Damak Dan Mak Su Kak Tim kerana arwah adalah satu-satunya anak lelaki sulung mereka.
Ads
Semoga Allah juga turut menaikkan darjat mereka dan menggantikan dengan pelbagai hikmah. Hanya mampu berdoa untuk Pak Su dan Mak Su dan isteri serta adik-adik arwah yang lain. Semoga terus tabah dan kuat menerima Qada & Qadar Allah. Aamiin,kongsinya.
Arwah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan baru seminggu mendirikan rumahtangga sebelum dijemput Illahi.Kepada Allah, kita datang dan kepada Allah kita kembali. Arwah Muhammad Syafiq
Dalam pada itu di page KLIA United melaporkan, orang ramai menjumpai mayat seorang lelaki di Sungai Labu dipercayai penduduk Kampung Baharu Lanjut, Sepang.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Muhammad Syafiq dikhuatiri lemas ketika air semakin menaik dan deras di Sungai Labu pada 18 Disember lepas. Orang ramai diminta berwaspada dan memerhatikan keadaan sekeliling dan menjaga antara satu sama lain.
Mangsa juga baru melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember lalu. Semoga pasangan dan keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sweet betul kisah seoang guru ini menceritakan kisahnya ketika praktikal di sebuah sekolah yang membantu seorang pelajar Cina pendiam dan selalu tenung meja hingga terpaksa diabaikan oleh guru lain yang berputus asa dengannya.
Walaupun dia hanya guru praktikal ketika itu, tetapi usaha murninya melayan dan mencari punca kenapa murid ini berkelakan begini memang patut dipuji.
Malah siapa sangka murid itu akhirnya mampu tersenyum dan berinteraksi dengannya sebelum dia menamatkan latihan mengajarnya di situ.
Malah kisahnya yang begitu memberi insipirasi ini membuatkan ramai netizen terharu dan menangis.
Rata-rata bangga dengan usaha yang dilakukan oleh cikgu ini yang berusaha untuk membentu sikap pelajar berkenaan.
Perkongsiannya di laman twitternya menggunakan akaun @amymistika ini mendapat lebih 60 ribu retweet dan 47 ribu like. Malah komen yang diberikan cukup positif.
Bukan itu sahaja ada juga yang mahu menjadikan kerjaya guru sebagai profesionnya untuk masa depan setelah membaca perkongsian cikgu ini.
Ada juga yang berharap agar semua guru di Malaysia bersikap seperti dirinya dan ia boleh menarik minat pelajar yang dikategorikan tidak berminat belajar untuk datang ke sekolah.
Baca perkongsiannya yang begitu panjang lebar.
Aku ada seorang student Cina yang pendiam dan pemalu sangat. Nak dengar suara dia, susah sangat. Nama dia Yip Kah Shzen.
Tengok muka dia dalam gambar ini pun boleh bayangkan dia jenis macam mana, kan? Haha! First masuk kelas 4Einstein, memang tak perasan langsung pelajar ini sebab dia sangat pendiam dan kelas dia pula huru-hara bising gila.
Then bila aku mula nak tanya nama seorang demi seorang dan sampai giliran dia, dia senyap, duduk dan pandang meja. Tak bergerak langsung. Tanya berkali-kali, tak jawab.
Kawan dia kata, “Cikgu, dia memang macam tu. Pemalu.”
Okey. Tak apalah. Aku tanya kawan dia, nama dia siapa.
Next class, masa aku mengajar, memang kelas itu huru hara. Nak semak satu-satu memang tak sempat. Cuma yang aku perasa, Kah Shzen ini tak bergerak dan cuma tenung meja. Selepas aku ambillangkah untuk mengubah kedudukan kelas dan susunan meja, aku letakkan Kah Shzen di depan, senang nak pantau.
Semenjak itu, aku buat denda tabung untuk siapa yang tak bawa buku dan kalkulator. Setiap kali kelas, aku periksa setiap seorang. Sampai giliran Kah Shzen, dia masih tenung meja. Aku tanya, dia senyap. Aku tanya kawan sebelah dia, selalu macam mana cikgu lain ajar dia.
“Cikgu lain biarkan saja sebab memang dia takkan bercakap. Dia tenung meja saja,” kata rakannya.
Balik ke bilik guru, aku berfikir apa yang perlu aku buat. Aku berjumpa dengan guru kelas dia, a.k.a cikgu matematik dia sebelum ini. Cikgu itu cuma cakap, “Dia memang dah tak boleh buat apa. Biar je, terpaksa abaikan”.
Aku rasa macam tak adil buat begitu. Aku ambil langkah tutur dalam bahasa Cina, mungkin dia tak faham bahasa Melayu. Aku tanya mana buku dan kalkulator. Dia menggeleng kepala. Aku tanya, tak bawa ke memang tak ada? Dia jawab perlahan saja dan sepatah, “Tak ada”.
Mungkin dia orang susah. Aku nak denda pun tak sampai hati. Tapi kalau tak denda, jadi tak adil pula. Aku pun pergi berjumpa panitia maths. Pinjam buku lebih dan pinjamkan kepada Kah Shzen. Bagi pinjam kalkulator setiap kali kelas.
Aku mengajar seperti biasa. Dalam masa yang sama aku cuba memantau dan cuba bercakap dengan dia. Setiap kali kelas, aku cuba mendekati dia.
Satu hari itu, aku semak buku dia. Rupa-rupanya selama ini dia tulis dan salin setiap calit marker yang aku tulis di whiteboard. Setiap benda. Allah. Semenjak ada buku, homework dia hantar. Apa yang aku suruh, dia buat. Kiranya selama ini bukan dia tak nak buat apa-apa, tetapi dia tak ada bahan.
Sejujurnya kelas dia memang hyper. Kalau kelas lain aku boleh ajar empat perkara dalam satu masa. Tetapi kelas dia, cuma sempat satu sahaja.
Walau bagaimanapun, aku cuba juga mencuri sedikit masa untuk pergi pada dia seorang. Tidak lama selepas itu, bila aku ajar sambil tanya dia, 80% dia boleh jawab dengan betul. Maksudnya dia bukan dung, cuma dia perlukan perhatian lebih dan aku pun teruskan beri perhatian pada dia.
Setiap apa yang aku cakap di dalam kelas, aku akan cakap semula pada dia secara peribadi agar dia tak terlepas.
Satu hari, aku borak dengan guru seni dia. Aku tanya cikgu itu, bagaimana Kah Shzen dalam kelas?
“Oh, dia tu selalu tunduk tenung meja saja dalam kelas. Saya selalu panggil dia tak ada kepala. Tak boleh buat apa dah dia tu,” katanya.
Aku pun tunjukkanlah buku latihan Kah Shzen kepada cikgu itu. Dia terdiam bila tengok buku Kah Shzen yang penuh dengan latihan.
Kah Shzen mula berani nak berinteraksi dengan aku. Dia WhatsApp aku dan tanya tentang pembaris. Terkejut jugalah, tetapi aku happy gila.
Tak kisahlah Google Translate pun, asalkan aku nampak usaha dia. Dia bukan useless.
Aku selalu buat note kat buku latihan dia. Suruh dia senyum sebab memang susah nak tengok dia buka mulut dan senyum. Tapi aku teruskan.
Minggu last aku, kitorang plan nak buat farewell party. Kelas 4 Einstein ini memang banyak sangat beri pengajaran dan pengalaman pada aku. Jadi aku berharap sangat mereka semua datang dan berjumpa buat kali terakhir. Aku pun pergi pada setiap seorang dan tanya mereka datang atau tak.
Sampai giliran Kah Shzen, aku kata, “Saya harap awak datang,” sebab dia adalah pelajar yang mengajar aku erti kesabaran dalam mendidik.
Sebelum aku keluar kelas masa tu, kawan dia bagi sehelai kertas dan katanya Kah Shzen yang beri. Aku pun pandang Kah Shzen dan kata ‘Xie xie’ (Terima kasih). Dia terus tunduk.
Aku buka kertas itu. Dia cuma tulis satu ayat, “Thank you, teacher”. Allahu, walaupun nampak ayat itu simple tetapi bagi aku besar maknanya.
Then pada hari jamuan itu, aku dapat rasa yang dia tak datang. Sebab pelajar chinese kan, susah sikit nak approach. Tapi tiba-tiba dia WhatsApp. Happy sangat.
Dan masa seisi bergambar, aku minta dia senyum sebab aku cakap, “Ini last day saya, please give me a smile” and he was trying.
Aku minta setiap seorang bagi ucapan. Sampai turn dia, dia malu-malu. Tetapi dia bercakap!
Okay last, masa nak balik, kawan dia ada buat lawak. Then aku ternampak dia senyum. Aku suruh kawan dia ulang semula. Then dia bagi senyuman yang paling manis. Walaupun dia tak cakap senyum itu untuk aku, tapi aku rasa dah reward diri sendiri sebab tak pernah putus asa.
Thank you Yip Kah Shzen and 4 Einstein sebab bagi saya pengalaman dan pengajaran yang bermakna dalam hidup saya! Will miss you all so much.
Yang baik jadikan pengajaran, yang tak baik jadikan sempadan. Sekian. Lot of love.
Namun begitu tindakannya yang memuat turun status dilaman sosial seakan tidak menghormati dan seperti merendah-rendahkan usaha guru lain di sekolah berkenaan. Ada yang kurang senang catatan yang dimuat turut di laman twitternya itu.
ASSALAMUALAIKUM
Saya minta maaf banyak-banyak jika ada yang terasa hati atau tersalah faham dengan cerita saya. Saya tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Saya cuma nak berkongsi pengalaman saya pada laman Twitter saya sendiri. Tidak lebih dari itu.
Ya, saya guru praktikal yang hanya mengajar selama empat bulan sahaja di sekolah tersebut. Saya menganggap setiap insan yang ada di sekolah itu banyak berjasa pada saya dalam mempelajari menjadi seorang guru. Jadi, sikit pun saya tidak berniat untuk menjatuhkan air muka sesiapa.
Saya mengaku silap saya, terlalu seronok bercerita sehingga terlepas pandang dengan ayat saya berkenaan dengan ‘cikgu…’ itu. Saya memang bersalah, maafkan saya.
Di sini, saya ingin menjelaskan semula agar tiada yang salah faham.
Dia memang dah tak boleh buat apa. Biar je. TERPAKSA abaikan”
Saya tahu cikgu itu sudah cuba pelbagai inisiatif. Cuma Kah Shzen tetap sama. Tambahan, Guru Tetap mengajar jauh lebih banyak kelas dan waktu berbanding guru praktikal, jadi itu adalah kekangannya.
Guru Tetap juga mostly dah berkahwin. Mereka perlu uruskan rumahtangga dan anak-anak juga. Jadi, saya rasa tidak adil kalau saya yang lebih banyak masa terluang ini tak gunakan masa tersebut untuk membantu pelajar yang terlepas.
Tambahan, saya pernah belajar bahasa mandarin. Jadi saya gunakan peluang ini untuk mendekati pelajar cina, memupuk minat belajar maths sebelum saya habis praktikal. Sebab kebanyakkan mereka lemah sebab tidak faham Bahasa Melayu. Bukannya cikgu mengajar tak bagus.
Untuk yang ini pula,
“Ohh, dia tu selalu tunduk tenung meja je dalam class. Saya selalu panggil dia takde kepala. Tak boleh buat apa dah dia tu”
Tentang tak ada kepala itu sebenarnya, cikgu itu buat lawak saja sebab dia memang jenis yang kelakar. Sama seperti semua cikgu, dia sudah berusaha untuk mendekati setiap pelajar termasuk Kah Shzen. Tetapi mungkin Kah Shzen tidak faham Bahasa Melayu, jadi kekangan buat cikgu berkenaan.
Saya highlightskan kata-kata cikgu tersebut sebab saya rasa ayat mereka inilah yang menjadi cabaran untuk saya ubah Kah Shzen.
“Kalau mereka dah tak boleh buat, apa salahnya saya cuba buat”
Itu maksud saya. Cuma silap saya sebab saya cuma highlightskan kata-kata mereka, tapi tak menjelaskan dengan lebih terperinci sehingga ada yang salah faham.
Seikhlasnya, saya tiada niat nak menjatuhkan mana-mana pihak. Saya minta maaf.
Pelajar berkenaan juga sudah saya maklumkan yang saya cerita tentangnya. Dia tiada masalah tentang apa yang saya ceritakan.
Dan sejujurnya saya seronok berpraktikal di sekolah tersebut sebab semua kakitnagan, pentadbir dan guru sangat-sangat banyak membantu saya. Jauh di sudut hati saya nak menjatuhkan mereka. Tapi saya dah buat silap dalam penulisan ayat sehingga ada yang salah faham. Saya mohon maaf.
Dengarkan juga perkongsian menarik daripada Dato’ Dr. Hussamuddin Haji Yaacub yang juga merupakan Pengasas Warisan Ummah Ikhlas bercerita mengenai apa yang perlu difahami tentang nikmat berkasih sayang walaupun kita hidup dalam bangsa, budaya serta agama berbeza.
Pesannya untuk terus menikmatik kemakmuran yang dirasai selama ini, semua rakyat di negara ini perlu saling menghormati bagi mengelak berlakunya sebarang persengketaan sesama kita.
Kala ini satu dunia diuji dengan musibah COVID-19. Jumlah jangkitan mencecah jutaan orang dengan kadar kematian yang tinggi. Ia jelas satu angka cukup menakutkan di mana dunia diuji dengan virus ini.
Di saat dunia masih bergelut dengan pandemic ini selain isu vaksin, kajian terbaru dibuat oleh beberapa doktor pakar mendapati penghisap vape yang dijangkiti Covid-19 berupaya menjangkiti individu lain yang sihat melalui hembusan asap vape.
Astro Awani dalam laporan berita berkata, satu kajian terbaharu mendapati pengguna vape yang dijangkiti COVID-19 lebih mudah menyebarkan virus itu kepada orang sekeliling dengan cara hembusan.
Portal Daily Mail UK yang memetik kajian oleh pakar dari Mexico, Itali dan New Zealand dipetik sebagai berkata hembusan asap vape boleh menyebarkan ribuan partikel virus ke arah individu berhampiran.
Ia juga mampu menyebarkan virus COVID-19 sehingga 2 meter jaraknya, melepasi peraturan penjarakan fizikal United Kingdom (UK) iaitu 1 meter.
“Pakar tersebut menggesa pengguna vape agar tidak melakukan aktiviti berkenaan ketika beratur, di perhentian bas, atau mana-mana kawasan awam yang orang ramai mempunyai risiko berada dalam kepulan asap alat berkenaan.
“Mereka berkata walaupun sukar menghentikan aktiviti itu di rumah, tetapi ia sesuatu yang masuk akal untuk melarang penggunaan alat berkenaan di tempat-tempat awam,” menurut portal itu lagi.
Kajian tersebut telah dimuat naik di portal kesihatan MedRxiv, tetapi masih belum dikaji semula dan disahkan oleh saintis lain.
Bagaimanapun kajian Kesihatan Awam Ontario mendapati individu yang menggunakan vape mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap COVID-19.
Menurut kajian mereka, bukti sebelum ini telah menunjukkan kesan negatif vaping ke atas paru-paru, sekali gus meningkatkan risiko pengguna.
Selain itu, kajian tersebut turut menyebut aerosol yang terhasil oleh produk vape boleh menyebabkan penyebaran virus apabila individu itu berada dalam jarak dekat dengan pesakit COVID-19.
“Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah pun mengenal pasti tindakan dari tangan ke mulut melalui penggunaan vape boleh meningkatkan risiko jangkitan.
"Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit British Columbia juga menyarankan agar pengguna vape menjarakkan diri sejauh 2 meter daripada orang lain, selain tidak menggunakan vape di kawasan awam,” menurut laporan itu lagi.
Sementara itu, portal itu turut melaporkan sekumpulan saintis yang memghasilkan model bagaimana virus itu boleh tersebar dalam kepulan asap nipis vape, bagaimana ia masuk ke dalam paru-paru, seterusnya ke mulut, dan dihembuskan semula.
Mereka turut membuat model yang sama menggunakan kepulan asap tebal vape yang meningkatkan risiko sekitar 5 hingga 17 peratus.
Dr Roberto Sussman dari Universidad Nacional Autonoma de Mexicor dalam artikel yang sama berkata bahan kimia dalam asap vape didapati tidak mampu membunuh virus berkenaan.
Berikut adalah penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum hisap vape
Apakah hukum menghisap rokok elektronik dan vapor?
JAWAPAN
Alhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni isu yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang sekarang ini begitu berleluasa digunakan masyarakat termasuk daripada kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan. Antara alasan paling popular adalah alat ini sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj. Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik dengan berleluasa. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini merasa terpanggil untuk membincangkan isu dan hukum berkaitan dengan rokok elektronik ini. Alhamdulillah, pada tanggal 21 Disember 2015, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape ini adalah haram.
Definisi Rokok Elektrik Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masa kini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor. Perkataan 'vape' berasal daripada perkataan Inggeris daripada perkataan ‘vaporization’ yang membawa maksud proses pengewapan, dan juga merujuk kepada 'vaporizer' iaitu alat yang digunakan untuk menghisap ganja, tembakau dan campuran rokok lain. Kamus Oxford telah menambah perkataan vape sebagai kata nama baru dalam kamus itu pada Ogos 2014.[1] Kamus tersebut mendefinisikan vape sebagai “an act of inhaling and exhaling the vapour produced by an electronic cigarette or similar device” (perbuatan menyedut dan menghembuskan wap yang dihasilkan oleh rokok elektronik atau peranti yang seumpamanya). Perkataan vape juga boleh merujuk kepada alat peranti elektronik yang digunakan.[2]
Pendapat Pakar Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik, antaranya :-
Dalil Pengharaman Perkara yang Memudaratkan Pertama: Firman Allah Ta`ala: وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ وَأَحۡسِنُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. (Surah al-Baqarah, 2:195) Walaupun ayat ini diturunkan berkenaan dengan perbelanjaan infāq fī sabīlillāh tetapi keumuman ayat ini merangkumi segala bentuk perbuatan yang membawa kepada kebinasaan, sebagaimana dijelaskan oleh al-Shawkani: وَالحَقُّ أَنَّ الاِعْتِبَارَ بِعُمُوْمِ اللَّفْظِ لاَ بِخُصُوْصِ السَّبَبِ فَكُلُّ مَا صَدَقَ عَلَيْهِ أَنَّهُ تَهْلُكَةٌ فِيْ الدِّيْنِ أَوْ الدُنْيَا فَهُوَ دَاخِلٌ فِي هَذَا وَبِهِ قَالَ ابْنُ جَرِيْرِ الطَّبَرِيُّ Maksudnya: “Dan yang sebenarnya ialah pengajaran itu diambil melalui keumuman lafaz, bukan melalui sebab penurunan (ayat) secara khusus. Maka setiap perkara yang menepati maksud kebinasaan sama ada terhadap agama atau dunia, maka ia termasuk dala umum ayat ini. Dan ini jugalah yang dipegang oleh Ibn Jarir al-Tabari. Rujuk Fathul Qadir (1/222) Kedua: Firman Allah Ta`ala: وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِيمٗا Maksudnya: Jangan kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu. (Surah al-Nisa’, 4:29) Menurut al-Jassas, ayat tersebut mengandungi larangan daripada melakukan pembunuhan sama ada terhadap orang lain atau terhadap diri sendiri. Rujuk Ahkam al-Quran (3/127). Ketiga: Sabda Rasulullah SAW: لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ Maksudnya: “Tiada kemudaran (dalam Syariat Islam) dan tidak harus mengenakan kemudaratan (tanpa hak)” Riwayat Ahmad (22778) dan Ibn Majah (2340) Hadis ini juga menunjukkan pengharaman melakukan kemudaratan secara umum sehingga nas hadis ini dijadikan salah satu kaedah fiqh. Keempat: Sabda Nabi SAW: وَمَن تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِيْ نَارِ جَهَنَّمَ خَالِداً فِيْهَا أَبَداً Maksudnya: “Sesiapa yang meneguk racun lalu membunuh dirinya, maka racunnya akan sentiasa di tangannya sambal meneguknya dalam neraka Jahannam, berkekalan selama-lamanya.” Riwayat al-Bukhari (5778) dan Muslim (109) Hadis ini menjadi ancaman balasan neraka dan siksaan yang dahsyat bagi orang yang melakukan tindakan yang membinasakan diri sendiri. Secara umumnya, dalil tersebut mengharamkan segala bentuk tindakan yang membunuh dirinya. Hukum Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah HARAM. Ini kerana seperti yang kami‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:
Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini. Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas. Untuk ulasan pengharaman, sila rujuk Bayan Linnas Siri-18.[14]
Fatwa Ulama’& Pendapat Ilmuan Islam Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah HARAM.[15]
Penggunaan Vape daripada Sudut Maslahah Ammah Pihak berkuasa juga hendaklah mengambil keputusan pengharaman vape jika terdapat maslahah ammah. Ini berdasarkan epada tanggungjawab pemerintah yang terungkap dalam kaedah fiqh: تَصَرُّفُ الإِمَامِ عَلَى الرَعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالمَصْلَحَةِ Maksudnya: “Tindakan pemerintah terhadap rakyatnya hendaklah bergantung kepada maslahah.” Rujuk Bahr al-Muhit fi Usul a-Fiqh (1/309) Jika sekiranya wujud maslahah ammah yang sebenar dalam pengharaman vape, maka adalah menjadi kewajipan semua rakyat untuk mematuhinya, sebagaimana sesetengah pemerintah pada zaman dahulu pernah membuat larangan rokok berdasarkan kepada maslahah ammah dan ulama mewajibkan rakyat mematuhinya. Al-Syarwani seorang ulama dalam mazhab Syafie ketika membicarakan berkenaan kewajipan mentaati pemerintah dalam perkara yang melibatkan maslahah ammah telah memberi contoh larangan merokok berdasarkan maslahah ammah, “Jika pemerintah membuat arahan supaya tidak menghisap rokok yang dikenali pada zaman ini, maka wajib ke atas mereka (rakyat) untuk mentaatinya. Pada waktu yang lalu, Timbalan Pemerintah pernah mengeluarkan arahan di Mesir supaya tidak merokok di jalan-jalan dan kafe-kafe, lalu ramai yang menginkarinya, maka mereka adalah pelaku maksiat”. Rujuk Hashiah al-Syarwani (3/69) Sejarah tersebut menunjukkan bahawa pengharaman rokok berdasarkan kepada maslahah ammah adalah suatu yang pernah berlaku pada masa lalu, dan ulama mengiktiraf ia sebagai larangan yang wajib dipatuhi. Justeru, pengharaman rokok elektronik atau vape boleh dikuatkan dengan kewujuduan elemen maslahah ammah. Penentuan seseuatu itu sebagai maslahah ammah dalam perkara yang melibatkan hukum-hakam adalah peranan para ulama dan mujtahid, sebagaimana Abdussalam al-`Abbad menjelaskan ketika membicarakan berkenaan maslahah ammah, “kepastian wujudnya syarat-syarat ini pada setiap maslahah secara kes demi kes adalah tugas para mujtahidin yang mempunyai kelayakan berijtihad dan memenuhi syarat-syaratnya” . Rujuk Nas` al-Milkiyyah al-Khassah li al-Manfa`ah al-`Ammah(2/995)
Penutup Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok agar berhenti daripada merokok. Justeru itu, mereka menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan mudarat kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.
Akhukum fillah, S.S. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan
Dikemaskini pada 22 Disember 2015 bersamaan 10 Rabiulawal 1437H
Nota hujung: [1]http://blog.oxforddictionaries.com/2014/11/oxford-dictionaries-word-year-vape/ [2]http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/vape [3]http://www.who.int/mediacentre/news/releases/2008/pr34/en/index.html [4]Carcinogens merupakan bahan pemangkin berlakunya kanser dalam tubuh manusia [5] http://www.lung.org/stop-smoking/tobacco-control-advocacy/federal/e-cigarettes.html [6] http://ukhealthcare.uky.edu/Claims-of-e-cigarette-safety-unproven-at-best-experts-say/ [7] http://www.astroawani.com/gaya-hidup/rokok-elektronik-vapor-dikhuatiri-penyebab-kanser-69773 [8] http://www.bharian.com.my/node/75419 [9] http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kandungan-cecair-vape-bahaya-1.124146 [10] http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1181415 [11] Qiyas digunakan kerana terdapat persamaan sebab (ittihad ‘illah) di dalam pengharaman merokok [12] http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/siasat-seluruh-negara-1.124151 [13] http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penggunaan-dadah-sintetik-meningkat-1.125191 [14] http://muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=266 [15] http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=129680 [16] http://islamqa.info/en/201512 & http://islamqa.info/ar/170999 [17] http://www.almanhaj.com/vb/showthread.php?t=23522
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan sehingga hujung Mac ini pasti ramai yang mengisi masa senggang dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan selain fokus beribadah.
Salah satunya adalah menyediakan hidangan buat ahli keluarga dan paling viral ketika ini adalah menu kopi viral “Dalgona Coffee’ dek kerana COVID-19.
Dikatakan kopi dari aplikasi Tik Tok ini adalah berasal dari Korea Selatand dan menjadi trend terkini di media sosial kerana video cara membuatnya yang cukup popular.
Apa yang membuatkan kopi ini viral adalah kerana hanya menggunakan tiga bahan dapur yang memang ada di rumah, iaitu Nescafe, Gula dan Susu.
Dikatakan rasanya juga setanding kopi di restoran jenama antarabangsa terkenal dan sangat digemari terutama bagi penggemar kopi.
Malah cara membuatnya juga amat mudah dan anda boleh merasainya keenakannya kala berehat di rumah bersama keluarga.
Ia diberi nama ‘dalgona’ bersempena makanan jalanan Korea yang diperbuat daripada gula dan soda penaik (baking soda). Senang cerita Dalgona Coffe ini merupakan rasa kopi latte yang dicampur dengan rasa manis snek dalgona.
Ayuh ikuti caranya melalui perkongsian seorang pengguna akaun di twitter @ASH(Foodhunter) cara membuat Dolgona Coffee ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.