Wanita memakai hijab kerana memenuhi tuntutan agama Islam bagi menutup aurat. Namun apabila melihatkan gaya fesyen tudung masa kini menyebabkan matlamat untuk menutup aurat tidak sampai ke sasarannya malah lebih buruk lagi hampir mengherat kaum wanita ke neraka.
Tidak dapat dinafikan bahawa tidak salah untuk berfesyen namun mestilah tidak melanggar syariat agama yang telah ditetapkan.
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31), “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)
*Tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk leher. *Menutup bahagian leher dan juga dada. *Memakai tudung tetapi tidak memakai anak tudung sehingga menyebabkan rambut masij kelihatan. *Tidak berlebih-lebihan. Tudung yang sederhana itu lebih baik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Puas berdoa, tetapi seakan tidak diterima. Pastinya ramai dalam kalangan kita pernah mengalami situasi tersebut.
Malah sehingga kadang kala membuatkan kita putus asa dan mengalah untuk terus berdoa kerana merasakannya sebagai perbuatan sia-sia.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Rasulullah SAW) tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku.” (al-Baqarah: 186).
https://www.youtube.com/watch?v=eWyBSnyhSFc
Menerusi ayat ini (di atas), Allah menggunakan kalimah Ujibu bukannya Astajibu. Ini kerana Astajibu bermaksud Allah akan memperkenankan doa pada masa yang ditentukan, sebaliknya Ujibu ialah Allah akan memperkenan serta merta ketika doa itu dipanjatkan.
Ayat ini jelas memberitahu kita bahawa Allah sedang menunggu kita selaku hamba untuk meminta dan berdoa kepada-Nya. Allah juga mengatakan, tidak kira pada bila masa sekalipun, sesungguhnya Allah akan menjawab dan mendengar permohonan kita untuk dimakbulkan.
Salah satu kesalahan yang dapat menghalangi terkabulnya doa ialah sikap tergesa-gesa seorang hamba.
Ia menganggap doanya lambat dikabulkan, lantas ia pun merasa putus asa dan letih, sehingga akhirnya meninggalkan doa.
Ini ibarat orang yang menabur benih atau menanam tanaman, kemudian ia menjaga dan menyiraminya.
Namun kerana merasa terlalu lama menunggu hasilnya, orang itu pun membiarkan dan mengabaikan tanaman tersebut. (Ad-Daa’ wad Dawaa’ – Ibnu Qayyim al-Jauziyyah)
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sebenarnya ramai tak tahu bahawa untuk bangun di sepertiga malam mempunyai tip sendiri agar kita tak mengantuk di siang hari. Ikuti perkongsian ini:
Solat tahajud adalah salah satu solat sunat muakkadah yang sangat di tuntut dalam Islam. Kebaikan solat ini di jelaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam al-Quran .
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat tahajud” padanya, sebagai solat tambahan bagi mu; semoga Tuhan mu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Surah al-Israa’ ayat 79)
Firman-Nya lagi yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18).
Begini petuanya untuk kita mengatur waktu tidur dan solat tahajud agar tidak mengantuk di siang hari seterusnya kekal segar:
Langkah pertama, selepas Isyak, elakkan perbualan dan aktiviti yang tidak berfaedah, cuba tidur secepat mungkin, melainkan ada kerja atau minat yang tidak boleh ditinggalkan.
Keduanya, jangan lupa set alarm untuk bangun di sepertiga malam, solat lebih kurang 30 minit. Lebih afdhal lakukan selepas tidur walaupun sekejap, tetapi untuk memenuhi keperluan badan, lebih baik rehat secukupnya.
Sebagai latihan, anda boleh mulakan bangun malam anda setengah jam sebelum subuh dan solat yang ringan, jika sudah terbiasa maka dipercepat lagi menjadi 1 jam sebelum subuh dengan jumlah rakaatnya ditambah, begitu seterusnya.
Sebaiknya sebelum tidur ambil wuduk atau membaca Al Quran serta amalkan adab-adab dan ikuti cara tidur yang diajarkan Rasulullah SAW.
Selain itu, dinasihatkan jangan makan terlalu banyak sebelum tidur, kerana akan membuat kita menjadi malas untuk bangun tahajud.
Jangan tidur dalam keadaan berhadas besar kerana juga akan membuat kita malas untuk bangun tahajud.
Lakukan zikir pagi, supaya Allah beri rasa semangat.
Rahsia untuk kita kekal segar walaupun bangun adalah curi masa untuk tidur sekejap pada waktu siang. Tetapi jangan terlalu lama, sekitar 15-30 minit.
Waktu yang disyorkan sebelum tengah hari adalah sekitar jam 11 pagi, tetapi jika tidak boleh kerana faktor kerja, boleh berehat pada waktu tengah hari. (Waktu yang dilarang tidur ialah selepas Subuh dan selepas Asar)⠀
Sana-sini orang ramai memperkatakan tentang penularan wabak Koronavirus COVID-19 yang semakin membimbangkan. Ramai yang tidak senang duduk dengan situasi ini.
Malah ada yang mula berbelanja secara panik membeli barangan keperluan harian kerana dibimbangi negara akan berhadapan dengan ‘lockdown’.
Dan kita sebagai hamba-Nya tetap percaya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Adakah Tuhan sedang memarahi kita yang terlalu leka mengejar duniawi sehingga tidak mengendahkan segala larangan yang sepatutnya tidak dilakukan.
Dalam postingPU Amin di laman Instagramnya yang dikreditkan Sharimi berdoa dari isi hati yang menggambarkan betapa kerdilnya kita hambaNya yang lemah melihat Kekuasaan Allah Yang Maha Besar.
Ya Rabb, Tiada lain, tangan ini yang bersalah, Pagi kami lupa, siang makin lalai, Malam bertambah leka, hidup beraja dunia. Al-Quran kami jarang buka dan baca, Sunnah Nabi kami persenda, Hidup tak berarah, harta dikaut berjuta, Kuasa direbut tak sudah-sudah..
Ya Rahman, Ya Rahim, Hari ini semua buntu, semua bercelaru, Tercari-cari apa punca, di mana ubat tak jumpa, Alam mula murka, laut tak pandang, Bumi tak sayang… Ke mana hamba perlu membawa diri?..
Ya Allah, Dikau Maha Penerima Taubat, SayangMu melebihi murkaMu, Kami umatnya Muhammad SAW, Kekasih AgungMu, Tidakkah ada sekelumit kasihan pada kami, Rahmatilah kami ya Rabb, Pandang kami, Cintailah kami..
Semoga semuanya kembali sediakala.. . Credit : FB Sharimi, 14 Mac 2020 9.21pm
Warganet turut sama-sama mengaminkan doa ini dan berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?