Puas berdoa, tetapi seakan tidak diterima. Pastinya ramai dalam kalangan kita pernah mengalami situasi tersebut.
Malah sehingga kadang kala membuatkan kita putus asa dan mengalah untuk terus berdoa kerana merasakannya sebagai perbuatan sia-sia.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Rasulullah SAW) tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku.” (al-Baqarah: 186).
Ads
https://www.youtube.com/watch?v=eWyBSnyhSFc
Menerusi ayat ini (di atas), Allah menggunakan kalimah Ujibu bukannya Astajibu. Ini kerana Astajibu bermaksud Allah akan memperkenankan doa pada masa yang ditentukan, sebaliknya Ujibu ialah Allah akan memperkenan serta merta ketika doa itu dipanjatkan.
Ayat ini jelas memberitahu kita bahawa Allah sedang menunggu kita selaku hamba untuk meminta dan berdoa kepada-Nya. Allah juga mengatakan, tidak kira pada bila masa sekalipun, sesungguhnya Allah akan menjawab dan mendengar permohonan kita untuk dimakbulkan.
Ads
Salah satu kesalahan yang dapat menghalangi terkabulnya doa ialah sikap tergesa-gesa seorang hamba.
Ia menganggap doanya lambat dikabulkan, lantas ia pun merasa putus asa dan letih, sehingga akhirnya meninggalkan doa.
Ads
Ini ibarat orang yang menabur benih atau menanam tanaman, kemudian ia menjaga dan menyiraminya.
Namun kerana merasa terlalu lama menunggu hasilnya, orang itu pun membiarkan dan mengabaikan tanaman tersebut. (Ad-Daa’ wad Dawaa’ – Ibnu Qayyim al-Jauziyyah)
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hidup ini ada turun naiknya. Ada masa indah, ada ketikanya gundah dan terasa hina. Bahagia dan musibah silih berganti. Ini lah yang kita lalui dalam meniti perjalanan hidup di dunia ini. Walau apa pun keadaannya, hanya Allah tempat bergantung, bukan mengharapkan sesiapa untuk simpati dan empati.
Keadaan susah semakin perit apabila tindakan kita disalah erti. Yang mengata itu dan ini sedangkan mereka tidak tahu dan sedikit sahaja yang sudi mengerti selebihnya hanya tahu mengeji.
Kita tak mampu mengubah pemikiran dan tanggapan orang, maka biarkanlah mereka kerana mereka tidak berada di tempat kita ketika ini. Biarkan, janji Allah suka dengan car akita tersendiri.
Hidup ini kalau mengharapkan pujian, perhatian dan kepuasan orang lain, jawabnya kita akan tertekan. Bagi memujuk hati agar lebih bersemangat, baca dengan lapang dada coretan puisi nukilan Mohd Ibrahim bertajuk “Biarkan, Janji Allah Suka”
Seburuk apapun penilaian orang terhadapmu jangan pernah hiraukan Kerana sesungguhnya hidup bukan untuk mendapatkan pujiannya Namun mengharapkan redhaNya
Jika ada yang menilaimu buruk maka tersenyumlah dan lupakan perkataannya
Jika ada yang memandangmu hina Maka biarkanlah kerana sesungguhnya kamu indah hanya di mata Sang Pencipta
Hidup kita bukan tentang mereka Atau bagaimana mendapatkan berjuta pujian darinya Tapi hidup kita tentang bagaimana Allah redha atas apa yang kita lakukan
Biarkan… Biarkan saja orang berkata buruk Kerana mereka hanya melihat tanpa mengetahui tentangmu
Biarkan… Biarkan saja orang memandang rendah Kerana pandangan mereka tidak bermakna engkau rendah di sisi Allah
Biarlah orang nak kata apa… Biarkan orang lain dengan prasangka masing-masing
Kewajipan kita adalah untuk terus memperbaiki diri. Terjebak dengan permikiran negatif orang lain, akan merugikan diri kita sendiri.
Tidak semua orang akan senang apabila kita menuju jalan kebenaran. Namun, kita tak akan mempertaruhkan iman dan keyakinan kita hanya untuk menyenangkan orang. Istiqomah.
Beranikan diri memilih untuk berhijrah, kerana kita tak akan hilang apa pun, selain keburukan yang hilang dari hidup kita.
Biar kita tidak popular di mata manusia, asalkan tidak terlepas dari pandangan Rahmat Allah.
Ingatlah bahwa semakin besar pohon itu maka akan semakin kuat angin yang akan mencuba menerpanya
Belajarlah dari sebuah pohon sekuat apapun angin menerpa dia tak pernah membencinya
Seperti itulah kita, seburuk apapun penilaian orang terhadap kita maka semakin sayanglah kita padanya.
Teruslah berjalan kepada Allah dengan penuh harapan, walau dengan segala kekurangan dan kelemahan. Sentiasa perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Carilah persahabatan yang boleh mengubah diri dari keburukan kepada kebaikan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Masa tingkatan 4 start doa dapat jodoh yang soleh. Ambil serius kuasa doa, sampai masa Allah kabulkan juga doa wanita ini walaupun dia sendiri belum tahu siapa orangnya.
Begitulah keajaiban berdoa, setiap kali berdoa yakin dengan kuasa Allah. Jika Allah tak makbulkan dalam masa terdekat, insyalllah lambat laun bila tiba masanya, Allah akan berikan apa yang kita mahu dan perlu.
Ikuti perkongsian Ustazah Nur Aqidah Mawardi ini dan hadam baik-baik kebaikan dalam berdoa.
Ada yang tanya, bila start saya doa tentang jodoh? Saya jawab “start usia 15 tahun.” Time ini sudah habis PMR dan tahun depan masuk tingkatan 4 ada subjek tasawwur Islam yang banyak mendedahkan asas hukum feqah antaranya munakahat.
Masa tingkatan 4, ustazah saya ada pesan. “Nak jodoh yang baik, doa dari sekarang.”
Maka dengan lurusnya aku setiap kali hendak makan ke, lepas solat ke atau hendak baca Al-Quran ke, mesti doa hendak minta jodoh yang soleh (bukan sempurna).
Orang dengar akan kata, ‘ish gatal!’ Tapi saya ignore. Masuk ke alam IPT (Institut Pengajian Tinggi) pun saya minta lecturer saya doakan saya dapat jodoh yang soleh. Sedangkan saya tak tahu pun siapa lelaki itu. Tidak apalah, doa saja dulu.
Laluan kehidupan untuk saya sampai ke alam perkahwinan memang agak “terjah” dan complicated tapi itulah. Saya ini jenis, hmm redah sajalah berbekalkan doa “Ya Allah, bantu aku.”
Masa anak dara hidup saya penuh dengan pengisian masa bersama NGO dan merempit naik motor time itu motosikal CT100. Rasa best bawa motor, bab kene kacau dengan mat-mat rempit dekat highway time bawak motor itu memang biasa sudah.
Tapi tulah, seketul aqidah ini agak gangster jugalah macam itu, “Ko potong aku! Aku potong ko, aduh.
Hebatnya perancangan Allah, Allah bagi jodoh umur 22 tahun. Mentah betul. Selepas kahwin, semua benda tak pandai. Tapi saya just berkongsi.
Lepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) memang saya tidak tinggal di kampung. Banyak bawak diri, al-maklum orang kata anak nombor dua ini keras kepala kan. Tapi itulah, saya yakin juga perjalanan saya yang alone itu, diiringi doa mak dan abah.
Setiap dari kita rezeki berbeza-beza, setiap daripada kita corak kehidupan berbeza-beza, tak perlu membandingkan apa-apa pun antara kita.
Kejayaan yang tercipta pun berbeza-beza, kejayaan bukan semata kaya dan berpendidikan tapi kejayaan sebenar, adakah kita menjadi hamba Allah yang ikut suruhan-Nya? Walau kerja kilang, solat ON, akhlak baik dan sudah tentu ini juga satu kejayaan buat kita.
Saya nak seru, jom kita kerapkan berdoa dengan keyakinan. Allah janji Allah akan kabulkan. Tidak dekat dunia, nanti di akhirat kelak.
Special thanks to my imam, zauji jannati kerana menerima pinangan ku seikhlas hati walau diri ini penuh dengan kekurangan. Walaupun agak payah mendapatkan mu, tidak apalah… Allah kan ada. Keras-keras pun lembut juga.
Saya doakan semuanya rasa manis bila berdoa kepada Allah.
Dalam konteks kehidupan wanita hari ini, kegilaan mengejar kecantikan penampilan luaran, kesenangan material dan ketinggian status disogokkan setiap masa dan ketika. Nilaian tentang wanita yang berjaya dalam hidup hari ini, diketengahkan dalam `pakej’ merangkumi keupayaannya menjawat jawatan tinggi di luar rumah, berpenampilan seksi bergaya, paras rupa yang menawan, disaluti perhiasan dan aksesori berjenama mahal, didampingi oleh jejaka kacak dan bergelar jutawan. Keupayaan intelektual dan kecerdasan minda menjadi suatu yang ektra, `bonus’ atau ciri tambahan.
Pendek kata sekalipun seorang wanita itu pintar, cerdas dan tinggi keupayaan kognitifnya namun tidak mempunyai `pekej’ sebagaimana yang dinyatakan, individu ini masih belum dikatakan mencapai kemuncak potensinya.
Malang sekali minda wanita dijajah dengan persepsi bahawa harga diri dan maruah mereka bergantung kepada penilaian yang ditentukan oleh manusia lain khususnya kaum lelaki. Dengan mudah wanita diperdaya untuk terus dijadikan objek seks yang melariskan jualan sesuatu produk dagangan.
Maruah dan harga diri
Persoalan utama yang mesti diajukan di sini adalah: Tidak bolehkah wanita menjadi siapa mereka yang sebenarnya? Tentu sekali boleh! Setiap wanita mempunyai maruah dan harga diri yang tidak seharusnya digadai atau dijual semata-mata mahu mengejar kedudukan, kemewahan dan kenikmatan ibarat fatamorgana di tengah gurun yang gersang.
Konsep kecantikan yang sentiasa berubah menyebabkan hampir mustahil wanita mahu memilikinya, ibarat gawang gol yang sentiasa beralih hingga menyebabkan sukar untuk menyumbat gol dalam sebuah permainan bola sepak. Apabila wanita gagal mengejar semua ini, kekecewaan akan mendominasi emosi yang berkesudahan dengan kemurungan atau depresi. Kemurungan sememangnya menjadi beban penyakit yang paling utama di kalangan wanita di dunia hari ini.
Alangkah malangnya sekiranya wanita tidak segera tersedar daripada tidur yang lena dan bangkit mempertahankan maruah dan harga dirinya sendiri. Sekalipun penghambaan sesama manusia (slavery) sudah lama dihapuskan namun tanpa disedari, sebenarnya manusia hari ini masih terbelenggu dalam penghambaan bentuk baharu yang begitu halus dan tidak nampak oleh mata kasar manusia. Hakikatnya wanita masih terbelenggu dengan cara pemikiran `hamba’ yang meletakkan nilaian maruah dan harga dirinya pada neraca timbang penilaian manusia yang lain.
Mulia dan hina seseorang manusia disandarkan kepada tahap kepatuhan dan ketakwaan seorang hamba kepada Tuhan yang menciptakannya dan bukan diukur dari kaca mata manusia biasa yang sama hina dan rendah kedudukannya. Bagi manusia yang sengaja memilih untuk ingkar kepada Allah SWT dan sebaliknya akur tunduk menuruti telunjuk manusia yang dianggapnya jauh lebih berkuasa , sebenarnya menjerumuskan dirinya ke lembah kehinaan. Mafhum firman Allah SWT dalam Surah At-Tiin, ayat 4 -6 :
“Sungguh Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat serendah-rendahnya, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putus.”
Bebaskan diri
Melalui ajaran dan syariat Nur Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. manusia dibebaskan dari belenggu kehinaan yang rendah kepada penerokaan kehebatan dirinya yang mulia. Paradoks yang menyelubungi hubung kait ini seolah-olah sebuah misteri yang hanya mampu dirungkai oleh mereka yang telah dikurniakan hidayah petunjuk dari Allah. Hanya dengan memperhambakan diri sepenuhnya kepada Allah, baharulah manusia itu mampu membebaskan keseluruhan jiwa dan raganya dari rantai belenggu penindasan sesama manusia. Tiada cara lain yang mampu memerdekakan manusia selain dari cara yang dinyatakan ini. Dengan hanya takut dan harap kepada Allah, lenyaplah segala bentuk ketakutan dan kebimbangan terhadap makhluk yang lain. Allah SWT menukilkan dalam Surah Al-Maidah, ayat ke-44 yang mafhumnya:
“…..Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi takutlah kepada-Ku!…. “
Ayuh wanita cerdik dan solehah, bebaskanlah segera dirimu daripada belenggu dan cengkaman materialisme yang menjerusmuskan kita ke lembah hina dina yang tiada tepinya. Patuhilah segala suruhan Allah SWT dan jauhilah segala laranganNya. Pelajarilah Al-Quranul karim untuk mendidik diri menjadi insan bertaqwa yang sentiasa takut kemurkaan Allah SWT namun dalam masa yang sama, tidak jemu mengharap keredhaan-Nya. Ini bukan sekadar angan kosong yang tiada penghujung. Sesungguhnya kita hanyalah milik Allah SWT sepenuhnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ketahui bahagian lembu makruh dimakan menurut Islam termasuk pundi hempedu, testis, kelenjar dan pundi kencing. Fahami hukum, dalil serta kepentingannya ketika menguruskan daging korban Aidiladha.