tahajud2

‘Nak senang bangun tengah malam dan tak rasa mengantuk.’ Boleh ikut cara ini, barulah konsisten solat tahajud setiap hari.

Kadang-kadang segelintir daripada kita hanya melakukan solat tahajud di hujung minggu kerana takut mengantuk di siang hari.

Iyalah ramai di antara yang bekerja, jadi melakukan solat tahajud dan bangun di sepertiga malam dibimbangi kan menggangu prestasi di waktu siang.

Artikel Berkaitan:

Bila Solat Tahajud Bersama, Keindahan Luar Biasa Pasti Dirasai Suami Isteri

Nak Senang

Sebenarnya ramai tak tahu bahawa untuk bangun di sepertiga malam mempunyai tip sendiri agar kita tak mengantuk di siang hari. Ikuti perkongsian ini:

Solat tahajud adalah salah satu solat sunat muakkadah yang sangat di tuntut dalam Islam. Kebaikan solat ini di jelaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam al-Quran .

Bangun Tengah Malam

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat tahajud” padanya, sebagai solat tambahan bagi mu; semoga Tuhan mu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Surah al-Israa’ ayat 79)

Firman-Nya lagi yang bermaksud,

IKLAN

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18).

Tak Rasa Mengantuk

Begini petuanya untuk kita mengatur waktu tidur dan solat tahajud agar tidak mengantuk di siang hari seterusnya kekal segar:

Langkah pertama, selepas Isyak, elakkan perbualan dan aktiviti yang tidak berfaedah, cuba tidur secepat mungkin, melainkan ada kerja atau minat yang tidak boleh ditinggalkan.

Keduanya, jangan lupa set alarm untuk bangun di sepertiga malam, solat lebih kurang 30 minit. Lebih afdhal lakukan selepas tidur walaupun sekejap, tetapi untuk memenuhi keperluan badan, lebih baik rehat secukupnya.

IKLAN

‘Nak Senang Bangun Tengah Malam & Tak Rasa Mengantuk.’ Boleh Ikut Cara Ini, Barulah Konsisten Solat Tahajud
Boleh Ikut Cara Ini

Sebagai latihan, anda boleh mulakan bangun malam anda setengah jam sebelum subuh dan solat yang ringan, jika sudah terbiasa maka dipercepat lagi menjadi 1 jam sebelum subuh dengan jumlah rakaatnya ditambah, begitu seterusnya.

Sebaiknya sebelum tidur ambil wuduk atau membaca Al Quran serta amalkan adab-adab dan ikuti cara tidur yang diajarkan Rasulullah SAW.

Selain itu, dinasihatkan jangan makan terlalu banyak sebelum tidur, kerana akan membuat kita menjadi malas untuk bangun tahajud.

Barulah Konsisten Solat Tahajud

Jangan tidur dalam keadaan berhadas besar kerana juga akan membuat kita malas untuk bangun tahajud.

Lakukan zikir pagi, supaya Allah beri rasa semangat.

Rahsia untuk kita kekal segar walaupun bangun adalah curi masa untuk tidur sekejap pada waktu siang. Tetapi jangan terlalu lama, sekitar 15-30 minit.

IKLAN

Waktu yang disyorkan sebelum tengah hari adalah sekitar jam 11 pagi, tetapi jika tidak boleh kerana faktor kerja, boleh berehat pada waktu tengah hari. (Waktu yang dilarang tidur ialah selepas Subuh dan selepas Asar)⠀

Baca Di Sini:

Banyak Kelebihannya Jika Amalkan Solat Tahajud, Dapat Lakukan Seminggu Sekali Je Pun Sudah Memadai

Kashoorga: Semoga anda akan terus bersemangat menjalankan aktiviti harian dan istiqomah dalam solat Tahajud.

Sumber: Instagram haipembelajar, IslamItuIndah.my

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI