Dalam menghadapi situasi penularan wabak koronavirus COVID-19 ini pelbagai situasi boleh kita lihat.

Bagaimana melihat sikap sesetengah rakyat Malaysia yang panik hingga menyebabkan memborong barangan keperluan harian dengan banyak di kebanyakan pasaraya.

Semalam Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara sehingga akhir Mac ini. Walau bagaimanapun ada sesetengah Jabatan/Syarikat perlu beroperasi seperti biasa misalnya sektor perbankan.

Berkurung Di Hospital Demi Tugas Hadapi COVID-19, Wanita Ini Tetap Disayangi Suami Walau Diri Tak Terurus
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam hal ini kita sepatutnya berterima kasih kepada petugas keshatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana bertungkus lumus bekerja dari hari pertama masalah ini dikenal pasti hinggalah sekarang.

Melalui satu posting di laman sosial Facebook, seorang wanita Faiqah Nastasha yang merupakan petugas di KKM membuat satu status yang agak melucukan.

Menurutnya walaupun sedang memakai pakaian dikhaskan untuk petugas, namun dia masih mencari senyuman disebaliknya.

Mereka perlu memakai pakaian ini bila berhadapan dengan pesakit COVID, masuk isolasi room juga kena pakai. Sebaik keluar kena tanggalkan pakaian berkenaan dan buang terus.

Selepas itu perlu mandi dan dirinya sudah melebihi 5 kali mandi. Apatah lagi dia seorang ibu yang masih menyusukan anaknya baru berusia 5 bulan dan perlu memberi susu setiap empat jam.

Kedaanya yang kerap mandi menyebabkan ibu ini tidak sempat untuk berdandan sebaliknya hanya menyisir rambat seadanya kerana tidak sempat mengeringkan rambut walaupun ada pengering rambut.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Kenduri Kahwin COVID-19, Ini Perlu Tuan Rumah Buat

Menurut katanya lagi rupa dia sudah seperti maskot sebuah restoran makanan segera. Walaupun begitu, dia tetap rasa yakin untuk berhadapan dengan semua ini.

Malah sebaik sampai rumah, apabila melihat rambutnya yang begitu, suaminya tetap memberikan pelukan dan berkata ‘walau botak macam mana pun, tetap sayangkan dirinya’.

Ternyata pengorbannnya wanita ini yang merupakan salah seorang petugas di KKM wajar dipuji.

Biarpun berdepan dengan situasi itu setiap hari tetapi tetap mampu tersenyum walaupun berselindung dibalik pakaian berkenaan.

IKLAN
Berkurung Di Hospital Demi Tugas Hadapi COVID-19, Wanita Ini Tetap Disayangi Suami Walau Diri Tak Terurus
Gambar dari FB Faiqah Nastasha.

This is me. Trying to find somethg to smile in this frustratingly dire pandemic.

We hv to wear this PPE when in contact with patient COVID. Masok isolation room kena pakai. Kuar iso room cabut n buang. Then terus mandi. Now hari ni je dah lebih 5kali mandi, sebab i still EBM. I have a 5 months old, still breastfeeding baby kat rumah. So im super paranoid and thus mandi everytime sebelum my 4 hourly EBM. Can imagine?

So out of frustration, i grab a pair of scissor and chop my hair off. Why? Sebab tak sempat nak kering despite ada hair dryer. Its horrible and i look like Ronald McDonald. But i hv awesome self confidence to pull it off.

Balik rumah, khairi saw my hair. He pulled me close, give me a hug and said, “You botak macam mana pun, i tetap sayang u.” In front of Haris and Nayla.

Minutes later, time tengah pakai kan baju Haris, he said, “Rambut mummy silly! Tapi mummy cantik. Tapi Haris sayang mummy.”

IKLAN

#socialdistancing
#COVIDisolation #oneforthememories #childrenseechildrendo #harisiqbal

Berkurung Di Hospital Demi Tugas Hadapi COVID-19, Wanita Ini Tetap Disayangi Suami Walau Diri Tak Terurus
Bekerja tanpa henti demi keselamatan orang ramai.

Ternyata warganet terhibur dengan sikap wanita ini yang dianggap masih boleh bertenang dan menghiburkan walaupun dalam situasi getir.

Mereka turut mendoakan semoga Allah membakas dengan ganjaran pahala di atas segala pengorbanan.

Ct Zanariah Stay strong you are super mom and super women  Allah bless you

Ina Hamzah Moga Allah membalas dgn ganjaran pahala di atas pengorbanan kalian… Aamiinn

Amri Hussain Semoge petugas² kesihatan di lindungi olehnya… Terime kasih pade nurse² dan doktor² semue!!!

Sarah Yasmin Ya Allah…Lindungilah dan peliharailah kesemua yg terlibat ini..semoga mrk dan keluarga,sihat sejahtera..aamiin..
 
Nauratul Nadiah Johan Arifin Semoga syurga balasan utkmuu
Ed Mohd Faizal Terima kasih kerana sudi taruh kan semua demi melawan dan merawat pesakit.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI