Seperti yang kita tahu bacaan Surah Al-Fatihah adalah wajib dibaca dan merupakan salah satu daripada rukun solat bagi umat Islam.
Jadi kita perlu memperbetulkan bacaan Al-Fatihah ini agar ibadah kita diterima Allah dalam mengerjakan suruhan yang wajib ini.
Sehubungan itu, rapper Altimet mengambil inisiatif mewujudkan aplikasi Recite bagi membantu mereka yang ingin memperbaiki dan menguatkan penghayatan bacaan surah ini.
Jelas Altimet, mereka berminat boleh memuat naik aplikasi Recite dan menghantar bacaan Al-Fatihah, ia kemudian akan dinilai dan dibetulkan oleh astaziah (ustaz dan ustazah) secara audio dalam masa kurang 24 jam.
Ads
“Ni ada masa lebih ni, boleh la check, betulkan balik apa yang kurang. Siapa yg rasa AlFatihah dia kurang memuaskan boleh try app kami, check AlFatihah sebanyak yg mampu.
“Guna feature #fasihalfatihahkami. @reciteapp boleh download kat AppStore & Google Play. Moga membawa manfaat.”
Ads
Ternyata ia satu perkongsian yang bagus dengan usaha yang dibuat oleh Altimet ini. Malah dalam kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini boleh meluangkan masa untuk melihat bacaan kita itu dan memperbaiki sebanyak mana yang kita mahukan.
Aplikasi ini boleh didownload di AppStore ataupun Googe Play dan Altimet berkata semoga ia membawa manfaat buat kita bersama.
Perkongsian ini turut mendapat respon baik dari warganet. Rata-rata memuji usaha dilakukan oleh Altimet ini.
danialrafiqq Tahniah atas usaha untuk membetulkan bacaan Alfatihah kami rakyat Malaysia. Alfatihah pun salah satu rukun solat. Kalau salah baca tak sah solat. Terbaikk
Sebagai manusia kita dingatkan supaya jangan menilai seseorang itu hanya dari luaran sahaja. Apa yang kita lihat kadang-kadang tidak seperti yang disangkakan.
Malah mungkin ada sisi baik yang kita tidak nampak sehinggalah betul-betul berpengalaman bersama dengannya.
Seperti perkongsian Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail yang juga merupakan seorang penceramah bebas di laman sosial Instagramnya.
HAPPY BIRTHDAY @hafidz.roshdi
Kadang kadang aku keliru aku ke dia yg PU
apa apa pun
Kita doa supaya Allah mengistiqomahkan apa yg ada pada dirimu dan inn sha Allah
Hang akan terus maju lagi kedepan
Korang tnggu lagu kita nnti
Oh lupa nak oyak scene last tu hafidz nak bunuh dirii sebab tertekan so kita la wak yg memujuknnya
Setiap kali melontarkan kata-kata ketika mengacara sangat yakin, malah beliau antara pengacara yang dianggap evergreen dan menjadi lagenda dalam dunia penyiaran.
Ramai dalam kalangan penyampai radio atau televisyen masa kini menjadikan dirinya sebagai idola.
Namun setelah berkahwin, beliau tidak lagi aktif dalam dunia pengacaraan dan memberikan sepenuh tumpuan pada keluarga. Tetapi aura personaliti ini memang sangat kuat.
Siapa sangka setelah lama tidak beraksi di kaca televisyen, kini beliau bakal muncul sebagai juri tetap untuk pencarian ikon wanita moden, Ratu Hijabista.
Rancangan ini yang julung kali mencari wanita berhijab yang berinspirasi serta boleh dijadikan contoh pada masyarakat.
Muncul sebagai tetamu dalam sidang media Ratu Hijabista semalam sempat bertanya perkembangan terkini beliau dan bagaimana rahsianya mengekalkan kesihan serta kecantikan walaupun sudah berusia 56 tahun.
Ternyata wanita kelahiran Segamat, Johor ini tidak lokek memberitahu aktiviti terkini dilakukan selain fokus sebagai juri tetap dalam program Ratu Hijabista ini.
Menurut Normala kemunculan semula dalam dunia penyiaran setelah sekian lama menyepi adalah dengan keizinan suaminya, Tan Sri Azmi Khalid.
“Sebaik terima tawaran ini (juri tetap), saya berbincang dengan suami untuk mendapatkan pandangannya. Namun, beliau memberi saya ‘lampu hijau’ untuk membabitkan diri .
“Ini kerana kata suami pembabitan saya dalam program itu atas tanggungjawab sebagai juri yang umpama seorang ibu juga.
“Apatah lagi, saya berpeluang berkongsi pengalaman bersama peserta,” katanya banyak mengisi masa senggang bersama keluarga di Perlis.
Melihat kelembutannya, tapi beliau juga sebenarnya amat menggemari aktiviti hiking dan cycling dan akan melakukannya bersama rakan rapat di sana.
Ketika ditanya rahsianya mengekalkan kesihatan dan kecantikan diri walau sudah separuh abad, Normala memberitahu tiada rahsia atau ayat tertentu yang diamalkan.
“Apa yang kita baca setiap kali solat itulah yang saya amalkan. Cumanya saya juga kalau boleh setiap hari akan habiskan satu muka surat bacaan Al-Quran.
“Kalau tak dapat setiap hari, saya akan lakukannya setiap kali lepas solat Subuh, Maghrib atau Isyak.
“Dan antara ayat-ayat yang saya amalkan setiap masa dari pagi hingga ke malam, saya akan amalkan Al-Fatihah, ayat Kursi dan juga 3 Qul.
“Inilah amalan yang saya tak boleh tinggal. Saya juga turut berdoa agar segala urusan dipermudahkan Allah,” ujarnya yang turut mengamalkan solat jemaah terutama Maghrib dan Subuh bersama seluruh ahli keluarga di rumah.
Program Ratu Hijabista adalah hasil kerjasama di antara saluran Astro Prima dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., pencarian ini menerima hampir 550 penyertaan secara online semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Seramai 12 finalis telah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat untuk diserap masuk bagi penyertaan penganjuran musim pertama ini.
Menurut pengurus saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, pihak mereka menyambut baik penganjuran program ini bagi mengiktiraf potensi bakat luar biasa wanita di luar sana.
“Platform pencarian seumpama ini berupaya mewujudkan persekitaran positif sekaligus meningkatkan keyakinan setiap wanita,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media Ratu Hijabista yang bertempat di restoran My Elephant Thai, Kuala Lumpur.
Selain Normala sebagai juri tetap Ratu Hijabista, selebriti Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim akan bersama mengacarakan musim pertama program berkenaan.
Juara Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara dan selempang.
Ratu Hijabista akan bersiaran selama lapan episod di saluran Astro Prima (saluran 105) pada setiap Rabu bermula 12 Ogos ini pada jam 9 malam.
Asal bergaduh dan marah-marah, kita akan menyebut nama binatang ini.
Babi! S**l antara kata-kata kesat yang sering kita dengar manusia ungkapkan.
Walau tak lakukan kesalahan apa pun, tak ganggu kita pun tapi kita tidak terlepas menyebut nama binatang ini yang difahami bersifat menghina.
Menurut Ustaz Syamsul Debat, islam melarang umatnya melabelkan dengan sesuatu yang buruk dan memaki hamun sesama Muslim. Ini kerana kerja-kerja mencarut, memaki, dan mencaci adalah kegiatan dan perbuatan syaitan.
Dalam Islam, kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber perkataan kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina
Rasulullah SAW pernah memberikan peringatan bahawa : seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah. Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya,”katanya lagi.
Setiap ciptaan Allah bersebab dan bukan sia-sia
Tahukah, semua ciptaan Allah bersebab. Dan Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia seperti dinyatakan dalam surah Ali Imran ayat 190 dan 191. “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
Jadi apa saja Allah ciptakan bukan sia-sia seperti babi yang dipersalahkan walau organnya sangat dekat dengan tubuh manusia, lalat yang dianggap kotor dan bawa penyakit serta lain-lain lagi.
Seperti dari video yang viral di atas, dapat dilihat babi ini mengalihkan gumpalan span (tidak jelas gumpalan apa) dengan bersungguh-sungguh supaya pemanduan berjalan lancar di jalan raya itu. Kalau tidak dialihkan barangkali boleh mengakibatkan kecederaan pada orang lain.
Kalau selama ini kita sering menyalahkannya tapi percayalah Allah ciptakan sesuatu itu tidak sia-sia. Semuanya bersebab.
Begitu jugalah Allah turunkan ujian dalam kehidupan manusia, semuanya bersebab…
Jika semua yang Allah ciptakan tidak sia-sia dan bersebab, jadi kenapa manusia sebagai makhluk paling mulia diciptakan kita sering menyalahkan orang lain bila ditimpa ujian? Allah telah menyatakan bahawa manusia adalah mahluk paling mulia di muka bumi dengan kesempurnaan yang melebihi makhluk lain atas kurnia-Nya.
Allah Ta’ala berfirman, “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan mahluk yang telah Kami ciptakan.” (Al-Israa’ : 70).
Tahukah, Allah jadikan sesuatu itu bersebab. Bahkan Allah mengurniakan sesuatu juga bersebab. Allah turunkan ujian itu bersebab dan Allah ciptakan sesuatu bersebab. Apa Allah beri dan ambil semuanya semuanya bersebab. Semuanya ada hikmah di sebalik ujian yang berlaku.
Cuma kadang kala kita menidakkan ujian itu kerana berasakan kenapa kita diuji. Kadang kala kita kurang peka dengan diri sendiri. Muhasabah itu perlu untuk sentiasa buat kita sedar diri. Jangan angkuh dengan setiap pemberian dan jangan bimbang dengan setiap ujian. Janji Allah itu pasti, ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.
Jika disentuh sedikit tentang alam rumahtangga, kita akan menyalahkan pasangan kerana kita tidak bahagia hidup bersamanya dan kemudian kita memilih perceraian.
Berhentilah terus menyalahkan orang lain dan belajarlah kenapa ujian ditimpakan dalam kehidupan kita terutama mereka yang diuji dalam alam rumahtangga yang tidak bahagia.
Jangan terus menyalahkan pasangan kerana ada kalanya salah itu datang dari diri kita sendiri. Tapi disebabkan kita ego, kita tetap melihat orang lain bersalah dan kita yang betul.
Pandanglah “sedikit” kebaikan yang ada padanya walau pun selama ini kita sering melihatnya salah. Jangan benci sebencinya.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.