Tidak dinafikan setiap daripada kita tidak terlepas dari perasan ingin disayangi dan dicintai oleh seseorang. Bertemu dan berkenal-kenalan dengan seseorang hinggalah akhirnya membawa kepada hubungan lebih halal.
Situasi ini tidak ada salahnya tetapi biarlah dengan cara yang betul. Jika mahu bertemu pun eloknya ditemani rakan supaya tidak mendatangkan fitnah pada kedua-duanya.
Jika bebas keluar berdua-duaan akan mendatangkan perasaan yang sukar untuk kita kawal, iaitu hawa nafsu.
Ads
Dalam perkongsian Penceramah Bebas, Da’i Wan ada memberi sepotong ayat yang boleh kita gunakan untuk mengawal gelojak hawa nafsu apabila seorang lelaki bertemu perempuan atau sebaliknya.
Ads
Menurut Da’i Wan, kata ulama ada satu keadaan syaitan akan dapat mengawal seseorang lelaki mahupun perempuan iaitu apabila syahwat seseorang itu berada naik dan tinggi.
Ayat yang dikongsi oleh Da’i Wan ini boleh diamalkann sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan. Katanya lagi baca ayat ini berulang kali jika rasa tak mampu untuk melawan hawa nafsu.
Kata orang selagi tubuh masih sihat dan mempunyai minat mendalam tidak salah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Dan bagi pelakon popular yang kini lebih banyak melakukan aktivit dakwah, Oki Setiana Dewi, 31 tidak menjadikan dirinya yang sedang hamil untuk meraih PHD.
Sepanjang empati tahun pengajiannya itu, pendakwah ini bertungkus-lumus menyiapkan kajian dan penulisan thesis bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respons Atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh”.
Ini sekaligus menjadikan beliau doktor ke-1225 Sekolah Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.
Ustazah Dr. Oki Setiana Dewi juga telah mendirikan rumah tangga selama 7 tahun dan telah dikurniakan 3 cahaya mata.
Ternyata kisah ini sangat memberi motivasi dan inspirasi buat ibu-ibu di luar sana untuk terus mencapai kejayaan walau dalam apa situasi.
Seperti yang kita maklum, sebaik seorang wanita itu suci dari darah haid perlu segera menunaikan ibadah terutamanya urusan solat.
Walaupun begitu, ada kalanya darah haid berhenti ketika kita ada urusan di luar contohnya di pejabat. Keadaan itu menyukarkan untuk mereka mandi wajib.
Jika situasi ini berlaku sudah tentu kita tidak boleh solat kerana belum membersihkan diri dengan mandi wajib.
Dalam bab ini, bagaimana hukumnya melambatkan mandi wajib sedangkan darah sudah habis ketika masuk waktu Zuhur.
Menurut pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki, dalam perihal haid, hukum asal solat bagi wanita yang datang bulan adalah dilarang sama sekali.
Ia berdasarkan hadis Saidatina Fatimah binti Abi Hubaisy dalam Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang mana Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila kamu didatangi haid, maka tinggalkan solat, apabila tempohnya sudah berlalu hendaklah kamu mandi dan bersihkan darah lalu dirikan solat.”
Agamawan itu turut mengemukakan pandangan Imam al-Nawawi dalam kitabnya, Syarah Sahih Muslim bahawa ulama telah sepakat wanita perlu meninggalkan solat ketika datang haid.
“Adapun jika berlaku seperti keadaan seperti di atas, dalam keadaan telah suci, tetapi kesukaran untuk mandi di pejabat, maka, wajib baginya untuk menggantikan (qada) solat yang ditinggalkan.
“Ini sepertimana disebutkan oleh Sheikh Hasan al-Kaf dalam kitabnya, al-Taqrirat al-Sadidah pada bahagian ibadah. Di samping itu, mohon istighfar kepada ALLAH SWT atas kekurangan yang berlaku,” katanya.
Usah pandang remeh tentang bab-bab ibadah ini. Kepada para wanita, pekalah tentang perihal period masing-masing.
Hari demi hari menyaksikan golongan ternama menjadi sasaran netizen kerana isu double standard. Ia semakin panas kerana sudah ramai anak perantau tidak dapat balik menemui ibu bapa jauh di kampung tetapi masa yang sama, ada golongan yang begitu mudah dapat balik serta mengadakan pelbagai majlis tanpa mempedulikan SOP dan kemudian memuat naik di media sosial masing-masing
Hal ini mendapat perhatian dari Prof Dr Ustaz Ridhuan Tee yang menulis di fbnya berkaitan isu pahala berganda melibatkan seorang selebriti untuk kefahaman kita bersama.
Betul ker dapat kumpul pahala berganda-ganda 10 malam terakhir kerana masalah yang dicipta sendiri?
Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri, apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut.
Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda ini? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut.
Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda-ganda, menggunakan nama ustaz.
Budaya seperti ini perlu dihentikan. Memetik nama agamawan untuk cover diri ini tidak berapa molek.
Dugaan yang dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar. Hanya Tuhan yang tahu. Orang beranak juga, tetapi tidak seriuh ini.
Saya bersependapat dengan Mufti Perlis, yang dalam kiasnya, soal keutamaan, antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis.
Dalam Islam, kena fahami fiqh awlawiyyat atau fiqh memahami keutamaan, sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.
Contohnya, antara perkara sunat dengan perkara wajib. Mana perlu diutamakan. Begitu juga antara majlis sunat dengan majlis sunat. Sunat mana yang perlu diutamakan.
Contoh lain, antara majlis aqiqah artis dengan jemputan ibu bapa sendiri. Kedua-dua perlu diberikan perhatian, mana perlu diutamakan, sudah tentu majlis ibu bapa sendiri lebih diutamakan, berbanding jemputan lain.
Sama juga isu nak menghadiri majlis undangan ketika PKP, antara memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan maka, boleh sahaja tidak hadir.
Bayangkan dengan kehadiran sedemikian boleh memberikan mudarat kepada orang lain. Siapa yang akan dipersalahkan nanti? Sudah takdirkan?
Ingatan saya, hentikan budaya mencari publisiti ini. Tidak semua perkara perlu diberitahu kepada khalayak. Bila timbul masalah, jawapan simplistik, dugaan, pahala berganda-ganda dapat. Siapa yang kata? Siapa yang dirujuk?
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?