Ramai mengetahui penyanyi Wany Hasrita selamat menunaikan ibadah haji bersama teman baiknya Amira Othman atas jemputan kerajaan Arab Saudi.

Dan bagi Amira Othman, peluang ini sangat berharga padanya kerana rezeki yang memang tidak disangka-sangka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

Keduanya telahpun selamat kembali ke tanah air dan tentunya mereka menyimpan cerita serta pengalaman menarik. Bagi Amira Othman turut berkongsi pengalamannya sepanjang menunaikan ibadah haji apabila diuji dengan kesakitan di bahagian kaki.

Namun penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Indah ini menyifatkan ia hanya ujian kecil untuknya agar lebih menghayati kebesaran Allah sepanjang 9 hari di Tanah Suci Makkah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

IKLAN

Menurutnya dalam artikel di Mstar Online, Amira berkata pengalaman itu memang menyeronokkan. Sembilan hari berada di sana terasa tidak mencukupi dan pengalamannya tidak dapat ditempat lain.

“Sebenarnya apabila berada di sana, terlalu banyak berjalan menyebabkan kaki sakit. Tapi setiap kali melakukan ibadah, hilang terus rasa sakit itu.

“Setiap kali sebelum saya nak buat ibadah, saya berdoa supaya dipermudahkan dan Alhamdulilah…doa dimakbulkan,” katanya yang meluahkan rasa syukur dapat peluang mengerjakan haji tahun ini bersama sahabatnya, Wany Hasrita.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

Walaupun pada awalnya dia mengakui mempersoal kemampuan diri, namun bersyukur dapat melaksanakan ibadah haji dengan baik.

Malah Amira turut menasihati golongan muda yang berkemampuan untuk menunaikan ibadah haji atau umrah agar mengikis rasa takut atau bimbang.

IKLAN

“Sebelum pergi saya memang fikir macam-macam, cukup ke ilmu nak ke sana. Tetapi bila sudah berada di sana segalanya dipermudahkan.

“Jadi pesanan saya buat gadis-gadis muda yang simpan hasrat ke Makkah, jangan risau atau takut atau rasa tak bersedia. Niat sahaja dalam hati sebab kita nak buat ibadah dan insya-Allah, Allah akan beri jalan serta permudahkan urusan,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM AMIRAA OTHMAN

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI