Setiap wanita yang sudah akil baligh memang diwajibkan untuk menutup aurat. Namun tidak dinafikan ada di antara kita memandang enteng bab aurat dalam pemakaian tudung lebih sempurna.
Seperti perkongsian seorang Instafamous, Beby Tora Tora yang ada berkongsi kisahnya yan begitu sambil lewa dalam soal memakai hijab ini.
Berkongsi di laman Instagramnya, pemilik nama Nor Atierah Zulfatie Zulkifli berkata kini mahu kekal istiqamah dengan memakai hijab lebih sempurna dan mengikut seperti disyaratkan wanita Muslim.
“dulu aku tak tutup aurat spenuhnya pun aku brtudung ja mcm biasa …stocking and handsock tak prnah pakai …wlaupun aku tau stocking and handsock tu sbenarnya wajib untuk ttup aurat spenuhnya,aku ttap takmau pakai .. …aku ttap rasa aku dh pakai tdung tu kira okey la kan huhuu …bila pakai rasa stress and rimas ,dngn panasnya lagi …tapi bila tngok kwan2 pakai okey slesa la pulak …
“then lepas kahwin ,aku pun mula brjinak2 pakai tudung labuh smua ..pakai stoking and handsock sbb aku nak jdi isteri solehah ..aku nak bljar mcmna cara nak jdi isteri yang baik,yang Allah redha …
“perempuan ni snang masuk syurga ,tapi snang juga masuk neraka jdi pelan2 kita buat INSYA ALLAH kita boleh ..nanti lama2 nak tnggai benda tu mesti kita rasa tak slesa dh kan ? tirah doakn smua yang baca status ni diberikan hidayah untuk menutup aurat dngn smpurna dn doakan juga tira smoga istiqamah
“nak istiqamah tu susah tapi brgantung pada diri sndiri juga tira pun tak baik mana,bnyak khilaf ,tapi kita cuba ya prbaiki diri kita dari hari ke hari tira syang smua
btw ramai sunguh tanya baju ni beli mana ..ni baju kaftan tau ..tira beli dkat @zaffy_plussize ..sngat slesa,labuh and bsar ,pastu sngat mudah dibawa solat ..gemuk2 pun bole brgaya tau awakk
Selepas 45 tahun berkhidmat dengan gereja di Australia, seorang paderi yang terkenal di negeri Kanggaru itu Gould David dikhabarkan memeluk Islam baru-baru ini.
Beliau yang sebelum ini selalu menjadi rujukan generasi baharu mendalami Kristian , menurut laporan portal Muslim Telegraph, kini menggunakan nama Islamnya Dave Abdur Rahman Gould. David memilih nama Abdur Rahman yang membawa maksud Hamba Allah Pemurah.
“Berita ini telah menarik perhatian dan mencetuskan perbualan meluas dalam kalangan agama kerana orang ramai tidak sabar-sabar untuk mengetahui motivasi di sebalik keputusannya (kembali kepada fitrah Islam),” memetik muslimtelegraph.com baru-baru ini.
Dalam pada itu berita pengislaman beliau juga membuatkan ramai tidak sabar untuk mendengar motivasi dan inspirasi yang membuatkan dirinya tertarik untuk memeluk Islam.
Difahamkan, sehingga ke hari ini, masih belum dikenal pasti tarikh sebenar Abdur Rahman memeluk agama suci Islam.
Pun begitu dalam catatan ringkasnya di laman sosial Facebook miliknya, Abdur Rahman mencoretkan: “Seumur hidup mencari kedamaian Tuhan dan al-Quran telah menunjukkan kepada saya bahawa keamanan dan kebenaran terletak dalam Islam.”
Pantas melihat peluang “terhidang”di depan mata kerana mengetahui rakyat Malaysia sangat mudah tersentuh hati dan emosi pada mereka yang diuji sakit, wujud scammer yang meminta sumbang wang untuk keluarga adik Ainul Mardhiah yang dilaporkan kritikal dan tenat semalam.
Menyedari sudah wujud posting di merata media sosial, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin dalam hantaran di fbnya sejam lalu meminta orang ramai berhati-hati dengan scammer ini.
Tulisnya :-
“Assalamualaikum wbt semua. Hati hati dengan scammer yang guna nama anak saya Ainul Mardhiah untuk kutipan derma. Kami cuma minta doa, kami tak perlukan duit. Semoga Allah swt cukupkan rezeki kita semua.
Hantaran sama ditulis oleh isterinya, Nurul Erwani Zaidi yang berkongsi di instagramnya mengenai kutipan menggunakan nama dan gambar anaknya.
Tulisnya, Tolong jangan percaya! Tolong jangan percaya! Wahai scammer tolong lah jangan gunakan kesempatan ini untuk kaut duit orang. Saya sebagai mak dia tak ada tulis dalam posting saya untuk minta sumbangan. Saya cuma minta doa orang ramai sahaja.
Kalau jumpa di mana-mana posting berkaitan untuk minta sumbangan Ainul. Tolong jangan percaya ya semua! Minta semua alert dengan perkara ni. Kalau ada dan saya jumpa, saya akan ambil tindakan lanjut. Terima kasih.
Ternyata manusia hari ini tidak pernah takut dengan hukuman di akhirat. Pantas mengambil peluang di sebalik kesulitan orang lain.
Tahukah, Allah SWT memerintahkan kita untuk makan dan minum daripada hasil yang halal. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.”.
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT itu baik, dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnyaAllah SWT telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul, maka Allah SWT bersabda: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kami beramal soleh). Dan Allah SWT berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda SAW menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang rambutnya kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan kelangit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Menyimpan rambut panjang dan lelaki bertocang bukanlah sesuatu yang pelik. Cuba lihat sekeliling kita. Di tempat kerja, restoran, di pasaraya, pusat beli belah, taman atau di mana sahaja, pasti akan nampak lelaki yang menyimpan rambut panjang.
Tiada kesalahan atas perbuatan itu. Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam, kita terikat dengan hukum syariah dan ia harus dipatuhi.
Rasulullah SAW juga memiliki rambut panjang tetapi bukanlah panjang mengurai sehingga melepasi bahu seperti ahli-ahli kumpulan rock kapak yang popular suatu ketika dahulu. Rambut panjang di kalangan lelaki akan menjadi isu apabila tiba waktu hendak mendirikan solat.
Kepada kaum lelaki sila baca persoalan berkaitan lelaki berambut panjang yang mengikat atau menocang rambut. Mungkin jawapan ini dapat menjawab persoalan apa hukumnya lelaki bertocang dalam Islam.
Soalan : Saya berambut panjang paras bahu. Baru-baru ini saya mengerjakan umrah. Saya mengikat rambut supaya ia kelihatan lebih kemas. Ketika berjalan bersama rakan di Masjid Nabawi, saya dimarahi oleh pegawai yang bertugas kerana mengikat rambut dan mengarahkan saya melepaskan ikatan. Bolehkah ustaz jelaskan kenapa saya disuruh berbuat demikian.
Jawapan : Dalam Kitab Mukhtasar Shamail Tirmizi ada membincangkan tentang rambut Rasullullah SAW. Dalam kitab tersebut ada menyebutkan bahawa Rasullullah biasanya berambut panjang dan adalah haram bagi orang lelaki untuk memakai tocang (mengikat rambut) seperti orang perempuan.
Rasullullah SAW telah melaknat orang lelaki yang melakukannya iaitu cuba menyerupai wanita. Jadi, tidak dibenarkan bagi orang lelaki untuk memakai tocang (mengikat rambut) seperti orang perempuan.
Maka, di sini jelas bahawa pegawai di Masjid Nabawi itu melarang anda melakukan perbuatan haram tersebut. Moga di sini sidang pembaca dapat memahami dengan jelas tentang persoalan ini.
Soalan : Berapa panjang kesesuaian rambut lelaki yang dibolehkan ?
Jawapan: Daripada Anas yang menceritakan : “Rambut Rasullulah mencecah dua bahunya” (Sahih al Bukhari)
Tetapi, hendaklah dipastikan gaya rambut tidak menyerupai orang kafir atau orang-orang fasik.
Nabi SAW bersabda ; “Sesiapa menyerupai suatu kaum, ia dari kalangan mereka” (Riwayat Imam Abu Daud)
Soalan : Bolehkah lelaki mengikat rambut atau tocang atau menyanggul rambut ketika solat ?
Jawapan: Daripada Ibnu ‘Abbas bahawasanya sabda Rasullulah SAW :
“Aku telah diperintahkan(oleh Allah) untuk sujud tujuh anggota tubuh yang utama termasuk dahi. Dan beliau pada masa yang sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki dan jari jemari kaki. Serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkannya (menggulung atau melipat) pakaian.” (Riwayat Muslim)
Soalan : Kenapa tidak boleh tocang atau menyanggul atau mengikat rambut?
Jawapan: Rasullulah bersabda : “Itu (ikatan rambut) adalah tempat syaitan.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Imam Tirmidzi berkata : “Inilah yang berlaku di kalangan ahli ilmu, mereka membenci kalau lelaki bersolat dengan rambut terikat”.
Sesiapa yang solat dengan rambut terurai ke lantai ketika sujud, ia akan dapat pahala sujud dengan rambut terurai ke lantai. Ini disebabkan dia merendahkan kedudukan rambutnya dalam beribadah kepada Allah.
Soalan :Bolehkah kalau saya tolong bukakan ikatan lelaki yang bertocang semasa dia sedang solat ?
Jawapan: Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya dia melihat ‘Abdullah bin al-Harits sedang mengerjakan solat sementara rambutnya terikat kebelakang. Segera Ibnu Abbas bangkit dan menguraikan ikatan rambutnya.
Lepas solat Abdullah pergi ke Ibnu Abbas dan berkata; “Ada apa dengan rambutku ?” Ibnu Abbas berkata sesungguhnya aku mendengar Rasullulah bersabda, ” Sesungguhnya perumpamaanya adalah seperti orang yang solat dengan tangan terikat”. (Riwayat Muslim, Abu Daud, an Nasai’e) hukumnya makruh bagi lelaki mengikat rambut ketika solat.
Soalan : Sah atau tidak solat lelaki yang berambut panjang melepasi bahu ke pinggang ?
Jawapan: Solat tetap sah, tetapi haram penampilan menyerupai wanita.
Soalan : Apakah hukum mengikut rambut ketika solat dan di luar solat.
Jawapan: Disebutkan dalam kitab-kitab fekah, sunat untuk melepaskan rambut di dalam dan di luar solat.
Ketika sujud, rambut-rambut tersebut akan turut sama bersujud. Jika rambut terikat, rambut tersebut tidak sujud. Menyalahi melebihi utama jika ikat rambut.
Kepanjangan rambut lelaki setakat bahu sahaja dan jangan merupai perempuan.
Wallahua’lam
Kashoorga : Ini merupakan kompilasi beberapa soalan berkaitan lelaki bertocang. Semoga bermanfaat dan sebarkanlah ilmu ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...