Surah At Taubah terdiri daripada 129 ayat termasuk golongan surah-surah Madaniyyah. Surah ini dinamakan At Taubah yang bermaksud pengampunan berhubung kata At Taubah berulang kali disebut dalam surah ini.
Melalui perkongsian Fedtri Yahya di akaun Instagramnya, dia berkongsi tentang kelebihan orang yang membaca At Taubah ayat 128-129.
Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah – jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. – jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. – jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. – jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. – jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar. – jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. – jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
Siapa tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah yang ‘datang’ dengan ‘pakej dakwah’ yang lembut dan berhemah ketika menyampaikan sesi dakwahnya. Menjadikan sosial media seperti Instagram dan Facebook miliknya sebagai medium untuk menyampaikan dakwah, Ustaz Ebit Lew turun padang untuk menjalankan ‘street dakwah.’
Antara yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew ialah usahanya mendekati golongan gelandangan. Tidak menggunakan cara langsung atau ‘straight forward,’ Ustaz Ebit Lew lebih memilih untuk menerapkan pendekatan cara ‘halus’ bagi menarik golongan ini dalam usaha mendekati golongan ini secara ‘berhemah’ dalam usaha menyampaikan dakwahnya.
Berikut perkongsian Ebit Lew cuba memujuk seorang gelandangan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Kegigihan Ebit Lew amat dikagumi.
Sebak sangat semalam 12 tengah malam bila terjumpa abang Zul ini. Dah 3 minggu dia tak boleh bangun langsung sakit terlantar di tepi simen ini. Ada seorang kawannya di jalanan yang tolong bawa makanan untuknya.
PUJUK KE HOSPITAL
Kami cuba pujuknya tapi katanya nak mati di situ sahaja. Tak mau pergi hospital. Suaranya perlahan keluar. Saya kata padanya abang duduk mana. Abang banyak sebut nama Allah. Dia Maha Kaya sebut dan puji diam. Saya ajar kalimah dan doa-doa. Dia menangis. Yer ustaz,terima kaseh yer nasihat saya. Dia ikut doa saya ajar padanya.
Abang jomlah ke hospital. Dia bisik tak mahu. Harry Zulkifli call hospital minta ambulan. Tapi sebaik ambulan sampai mereka tanya abang tadi. Dia menolak untuk pergi hospital. Ambulan kata takleh ambil jika dia tak nak kecuali keluarga berkeras. Tapi tiada keluarga. Nanti salah katanya..
Saya cuba pegang dan pujuk tapi tak berjaya. Sebab dah 1 pagi. InsyaAllah pagi ini cuba bantu. Semoga Allah mudahkan semuanya.
Begitulah perjalanan dakwah ini ia buat hati saya meronta sedih dan berat. Tak tahu nak buat apa. Satu hari nanti kita dah tua. Ujian beza-beza menimpa..-ebitlew
Setiap kali awal tahun, masing-masing menanam azam sempena tahun baru. Antara azam yang popular ialah untuk menurunkan berat badan, menabung, cari pasangan hidup dan sebagainya. Namun ramai yang ‘terlupa’ untuk menanam azam agar lebih ‘rapat’ dengan Allah.
Melalui perkongsian Zuan Azmi melalui Facebooknnya, dia berkongsi azam yang juga peringatan sempena kedatangan 2019.
Peringatan 2019 buat diriku dan kawan-kawan:
1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi SAW ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.
2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jangan ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana inilah zikir khas buat menantu Nabi SAW sebagai zikir istiqamah penguat semangat.
3) Berusahalah sedaya upaya untuk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dengan anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.
4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana di antara waktu-waktu mustajabnya doa.
5) Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dalam setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik-bisik mengadu hal dengan Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dengan yang demikian hati kita sentiasa berada dalam solat, mudah-mudahan dengan asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun di antara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yang sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.
6) Jangan dilepaskan al-Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga Surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari iaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi: Bacalah Al Quran. Sesungguhnya al-Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.
7) Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba’diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redanya Allah pada kita.
8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Golongan wanita, bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita SAW yang utama.
9) Lazimi menjaga wuduk setiap masa kerana orang yang punyai wuduk akan didampingi para malaikat-malaikat Allah.
10) Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yang sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yang bersugi lebih 70 kali disukai Allah berbanding bacaan orang-orang yang tak bersugi.
Dua rakaat solat orang yang bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yangg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yang istiqamah bersugi.
Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dalam sehari Rasulullah SAW bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yang Rasulullah SAW lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda SAW sempat bersugi. Saya pernah terbaca dalam artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yang sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.
12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah-kalimah taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.
13) Lazimi berpagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bagi menjana hormon-hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yang positif setiap hari.
KESIMPULAN:
Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah serta perkara-perkara ma’ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang reda Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya reda Allah pada kita maka janji Allah.
“Wahai jiwa-jiwa yang sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau reda dan aku reda. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yang berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga.”
Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawaduk dalam berusaha untuk mengejarnya.
Sumber kredit: Via FB Zuan Azmi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?