Sebagai hambaNya kita hanya mampu merancang dan Tuhan juga yang menentukan. Siapa sangka niat remaja lelaki ini untuk menjadi Imam bagi menyempurnakan solat hajat untuk calon yang mengambil peperiksaan SPM dan PT3 lalu tidak kesampaian.
Dia dijemput oleh Tuhan dalam satu kemalangan langgar lari semasa dalam perjalanan balik daripada menggunting rambut.
Arwah Muhammad Syah Luqman Sharir telah meninggal dunia sehari sebelum majlis graduasi yang sepatutnya diraikan bersama teman-temannya yang lain.
Arwah Muhammad Syah Luqman yang dilanggar lari.
Dan bagi menghargai persahabatan yang terjalin erat, sekumpulan pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Medini Nusajaya telah muat naik sebuah video di Youtube memaparkan tribute khas buat rakan kesayangan mereka ini.
Majls yang sepatutnya diraikan penuh kegembiraan tetapi akhirnya bertukar menjadi satu momen yang begitu menyentuh hati.
Ads
Klip video ditayangkan di skrin memaparkan foto kenangan bersama arwah sepanjang persahabatan mereka terjalin hingga mengundang sebak rakan-rakan lain.
Malah bagi menghormati pemergian arwah segala persembahan yang dirancang telah dibatalkan dan digantikan dengan nyanyian lagu ‘Hanya Rindu’ dari Andmesh Kamaleng.
Bukan sahaja rakan arwah yang dilihat mengeluarkan air mata, tetapi juga para guru serta ibu bapa yang hadir ke majlis graduasi ini berasa sedih dengan kehilangan arwah.
Ads
Malah rata-rata dalam ruangan komen, arwah disifatkan sebagai seorang rakan dunia akhirat yang baik. Malah ada menyifatkan persahabatan dibina berdasarkan kasih sayang bukan sebab lain.
Lagu khas untuk arwah Muhammad Syah Luqman
Ads
Meninggal kemalangan langgar lari lepas balik gunting rambut
Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Seorang yang sangat humble
Seorang sahabat yang baik hinggakan pemergiannya ditangisi & dirindui
Sebaik lafaz ijab dan kabul, tanggungjawab sebagai seorang isteri terpikul di bahu. Ketika itu masa yang ada difokuskan pada keluarga semata-mata untuk mencari tiket ke syurga.
Walaupun lelah tetapi tangungjawab yang satu ini perlu dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan isteri solehah.
Tetapi isteri juga manusia biasa dan bukannya robot untuk melakukan pelbagai tugas tanpa ada rehat. Jika pasangan anda seorang suami yang memahami, berilah me time kepada isteri.
Perkongsian lelaki ini Muhammad Yusof di laman sosial Facebook cukup menarik kerana me time yang diberikan kepada isterinya lain daripada yang lain. Bukan memberi keizinan bercuti, sebaliknya ‘me time’ dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.
Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.
Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.
Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..‘
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.
So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’
‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’
Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Aku selalu terfikir bahawa ‘me time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’ padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.
Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.
Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’
Amin.
Sekadar berkongsi pengalaman: Muhammad Yusof
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pelbagai gelagat manusia dapat dilihat hari ini. Semua perkara hendak dikongsikan di media sosial tanpa menyedari hal itu banyak berkaitan dengan halal haram.
Terkini, unboxing isteri mula menjadi trend di kalangan pasangan pengantin baru untuk membuka pin tudung isteri satu persatu dan ia mula menjadi ikutan di media sosial.
Terpanggil dengan isu ini, Timbalan Pengarah (Akademik dan Pentadbiran), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga seorang pendakwah
memberi penjelasan bahawa upacara sebegini bercanggah dengan prinsip Islam secara asasnya. Baca penerangannya dan apa yang paling ditakuti ialah jika kita menjadi pencetus perkara mungkar dan ia menjadi ikutan. Sabda Nabi Muhammad, setiap dosa pengikut-pengikut ini akan ditanggung oleh pencetusnya hingga ke hari akhirat. Nauzubillah.
Suami Jangan “Unboxing” Isteri
1. Telah menjadi trend terkini pula di TikTok, pasangan pengantin baru menjalankan upacara “unboxing isteri”. Akhbar Kosmo melaporkan: “Video yang dimuat naik itu memaparkan pengantin lelaki akan membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.”
2. Upacara ini adalah bercanggah dengan prinsip Islam secara asasnya. Rasulullah memerintahkan para suami agar memelihara kehormatan dan penampilan para isteri sekalipun di hadapan seorang lelaki yang buta.
3. Perhatikan bagaimana Rasulullah memerintahkan isteri Baginda agar memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda. Kata Rasulullah:-
“Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi)
4. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video upacara sebegini menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan yang berpotensi menjadi budaya.
5. Atau perbuatan tersebut diikuti pula oleh pasangan suami isteri lain yang turut mendedahkan aksi mesra mereka. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran. Sabda Rasulullah:
وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ
“Dan barang siapa yang melakukan perlakuan jahat di dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).
7. Malah, istilah "unboxing" ini juga tidak layak untuk digunakan pada isteri yang bukan material atau barangan semata-mata. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim.
Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Hikmah Allah hadiahkan.’ Walaupun tak sempurna macam orang lain, Rita Rudaini syukur dikurniakan anak yang taat dan menyejukkan hati.
Video berdurasi 22 saat yang dikongsikan pelakon ini di akaun TikToknya mengundang sebak di kalangan pengikutnya. Bayangkan di saat dirinya memperjuangkan segala-galanya demi anak tercinta, kini Allah balas satu demi satu nikmat buatnya.
Langit tak selamanya kelam, kadang-kadang selepas ribut Allah hadiahkan pelangi yang cukup indah seperti mana yang dilalui Rita Rudaini dan anak-anaknya.
Membesarkan anak tanpa suami di sisi ternyata bukan satu yang mudah tapi selebriti ini membuktikan sebaliknya.
Anaknya, Ryan atau nama sebenarnya Airit Rayyan Rizqin kita sedang menuntut di MRSM Ulul Albab. Jadi bila berkesempatan pulang bercuti di rumah, dia akan memperdengarkan bacaan surah yang dihafal di sekolahnya.
Ternyata anak yang bijak dan terang hati, dari video tersebut kedengaran lancar bacaannya.
INFO
Program SPMRSM Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran.
Matlamat utama program SPMRSM Ulul Albab ini untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al- Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.
Program ini adalah hasil cetusan idea mantan Pengerusi MARA iaitu Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh dalam usaha untuk mentrasformasi sistem pendidikan khususnya MARA.
Sehubungan dengan itu, pada tahun 2009 MRSM Kota Putra telah dipilih sebagai SPMRSM Ulul Albab yang pertama, diikuti MRSM Gemencheh pada tahun 2010 dan MRSM Kepala Batas pada tahun 2011.
Setiap kali cuti ,time maghrib dia akan minta mommy dan adik check balik hafazan dia dari juzuk pertama. Dia takut dia lupa, sebak hati sebenarnya tengok anak-anak sudah besar…
Dalam hati mommy cakap ‘mungkin ini hikmah Allah hendak hadiahkan pada aku… Walaupun kami tak perfect macam orang lain, tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku.
Alhamdulillah, Mommy dan adik tak sabar hendak tunggu Ryan balik…
Perkongsian video ini juga membuatkan ramai mendoakan Rita terus kuat membesarkan dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Malah ramai yang kagum den gan keberhasilan anak-anak selebriti ini.
NIK NAJWA
Dapat didik anak kenal Allah dan Al-Quran adalah kejayaan sebenar.. dan kebahagiaan yang paling besar.
Aja Harris
Sama dengan anak saya. Alhamdulillah baru saja khatam 30 juzuk bulan lepas. Kelas online 2 tahun, tahun ini baru boleh buat hafazan betul di sekolah. All the best!
Lehafirdaus751
Subhanallah, sebak tengok. Anak yang hebat hasil dari didikan seseorang ibu yang hebat. Tahniah buat Rita.
Rose
Allhamdulillah, moga anak Rita akan menjadi anak yang soleh dapat membimbing tangan ibu ke syurga Allah. Sejuk perut ibu yang mengandung.
Kashoorga : Tahniah Rita Rudaini, ibu dan anak-anak yang hebat.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...