Hidup manusia sentiasa dipenuhi ujian. Firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah al-Baqarah ayat 155-156:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ﴿155﴾ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya: ”Dan Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang bersabar (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata:”Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali”(156).

Di saat sabar dengan semua ujian, masa yang terus berlalu, Allah terus memberikan izinNya buat Jahidah Nordin, 44 terus bertahan hingga ke hari ini sekalipun sudah hampir setahun terlantar koma selepas dibelasah suami.

Bahkan, anak dalam kandungannya, Nufail yang baru dilahirkan pada 1 Disember tahun lalu, terus membesar sihat di samping jagaan ibu saudara, Fauziah Nordin yang menjaga kakaknya itu semenjak dari peristiwa pahit itu.

Dari satu perkongsian di akaun Tik Toknya, @ziah_zara11 terus berkongsi saat-saat indah Nufail membesar sebagai tatapan orang ramai yang masih setia mengikuti kisah kakaknya serta terus mengirim doa agar kakaknya yang mengalami kerosakan otak dan koma separuh sedar untuk kembali pulih seperti sedia kala.

Dari perkongsian, dirinya memaklumkan Nufail sedikit meragam kerana merindukan ibunya dan anak kecil itu terus terlena di sisi ibunya saat dibaringkan di sebelah ibunya.

Barangkali “bau” ibunya sudah cukup melenakannya bahkan anak kecil ini seakan faham tanpa banyak ragam bagaikan memahami situasi ibunya yang koma dan belum pernah dapat memeluknya lagi dari saat dia melihat dunia.

Melihat hal ini ramai yang sebak dan menitiskan air mata malah mereka mengharapkan adanya keajaiban agar Janidah kembali pulih untuk membesarkan anaknya.
Lebih sebak, seperti dikongsi Fauziah, kakaknya itu bagaikan dapat merasai “aura” anaknya itu apabila matanya redup saat Nufail diletakkan di sisinya.

Tulisnya, “kak sekarang separuh koma, masih terlantar. Hanya mampu keluar air mata sesekali, bila letak Nufail kat tepi, mata dia redup sangat. Terima kasih doakan, kongsinya.

Semoga Allah mengangkat semua kesakitannya dan menggantikan dengan kesembuhan untuk melihat anaknya terus membesar sihat seterus menjaga ibunya di masa akan datang.

https://www.tiktok.com/@ziah_zara11/video/7053444770428964122?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI