Hidup berumahtangga ada pelbagai ujiannya. Ia dipenuhi rasa bahagia, cemburu, usik mengusik, suka mahupun duka. Tak terkecuali rasa lara apabila pasangan main kayu tiga di belakang perkahwinan.

Tindakan seorang isteri mendedahkan kecurangan suami di media sosial menjadi parah apabila menemui ajal selepas dibelasah suami sehari sebelum hari raya Ahad lalu.

Memetik laporan Berita Harian, pihak polis sudah menahan suspek yang juga suami mangsa selepas menghantar isterinya ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum ajal.

Difahamkan, suspek telah membelasah dan memukul isterinya dengan senjata tumpul selepas tindakan mangsa yang menghebahkan situasi rumah tangga mereka di media sosial.

“Motif pembunuhan ialah suspek marah dengan mangsa disebabkan mangsa memuat naik di media sosial suspek mempunyai hubungan sulit.

IKLAN

“Siasatan juga menemukan bukti dan keterangan jelas mengaitkan suspek terbabit dalam kes itu,” kata pihak polis.

Dalam pada itu, bagi mereka yang mendirikan rumahtangga, perlu memahami tidak semua hubungan dalam rumahtangga perlu dihebohkan dalam media sosial kerana hukumnya haram.

Hebahkan Hubungan Curang Pasangan Di Media Sosial Adalah Haram – Ustaz Ahmad DusukiMenurut pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki yang berkongsi di instagramnya memaklumkan, “memberitahu dan menyebarkan keaiban berkeluarga di khalayak sosial adalah haram dalam beragama.

IKLAN

“Dalam berkeluarga ada ketuanya. Suami mestilah memimpin keluarganya ke syurga. Manakala isteri mestilah taat kepada suami selagi tidak kepada perkara maksiat.

“Tindakan suami tidaklah sehingga membunuh isterinya, memadailah menasihat dan menegur secara berakhlak. Mukmin mestilah taat kepada Allah,” katanya dalam memberi nasihat buat suami isteri yang dilanda ujian kecurangan dan bagaimana ia harus diselesaikan dengan baik, bukan melalui media sosial.

IKLAN

Dalam pada itu, kesedihan melanda ahli keluarga arwah Siti Nadirah Mohd Nazul dengan ujian hebat ini apatah lagi anak-anaknya masih kecil.

Dikongsi dari fb Lily Nawi, dirinya menulis:-

Di saat semua insan meraikan Aidilfitti. Kami hanya mampu meratapi jasadmu. Pergilah dengan tenang wahai anak. Habislah sudah segala deritamu. Anak-anak kakak yang masih kecil akan kami jaga sebaiknya menjadi anak yang soleh & solehah. Maklang sayang kamu Siti Nadirah. Al Fatihah (dibaca).

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI