Tidak dinafikan, banyak hikmah yang kita peroleh sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak pertengahan Mac lalu.
Ada yang berjaya khatam Al-Quran, mengenakan hijab, pandai memasak dan juga tidak terkecuali mempunyai banyak masa untuk menghias kediaman masing-masing.
Seperti perkongsian di laman twitter, pengguna akaun Ajai yang mengambil peluang sepanjang PKP lalu untuk menghias rumah.
Menerusi laman twitter berkenaan, lelaki ini berkongsi aktiviti dilakukan bersama tunangnya dengan membuat persiapan menghias kediaman mereka untuk diduduki selepas berkahwin nanti.
Bukan itu sahaja, mereka turut berkongsi dengan pengguna beberapa info berguna yang digunakan sepanjang proses mengubah suai rumah yang hasilnya sangat menakjubkan.
Untuk memastikan segalanya tersedia sempurna, pasangan ini membuat pembahagian tugas bagi memudahkan kerja pengubahsuaian.
Pasangan ini hanya mendapatkan perabot dan barang keperluan rumah daripada beberapa kedai keperluan yang mampu milik untuk dibeli contohnya boleh mendapatkan barangan berkenaan di Shopee, Kaison dan banyak lagi.
Ads
Dan paling mengujakan mereka hanya mengeluarkan kos sekitar RM2,000 untuk mendapat hasil ubai suai yang sangat cantik dan menenangkan.
Jadi kepada mana-mana pasangan yang baru berkahwin dan sedang menjalani fasa baru kehidupan berumahtangga, boleh jadikan panduan apa yang dilakukan pasangan ini.
Siapakan deko untuk duduk lepas kahwin nanti
Ads
Inilah hasilnya, rasa bangga dapat usahakan sendiri
Total kos hanya dalam RM2 ribu sahaja, untuk ruang tamu
Untuk bahagian cat rumah. kebanyakan barangan beli di kedai mampu milik, Shopee
Walaupun hanya rumah sewa tetapi sangat bebaloi menyiapkan projek kecilan ini. Sangat memberi ketenangan setiap kali balik kerja nanti.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Menyediakan tempat tinggal buat isteri antara tanggungjawab dan kewajipan seorang suami selain menyediakan pakaian, makanan, nafkah mengikut kemampuan, mendidik isteri menambah ilmu agama bagi menunaikan kewajipan fardhu ain serta bergaul dengan isteri dengan cara yang baik.
Memang besar tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya. Apabila seorang lelaki itu sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga ini bermakna dia juga sudah bersedia untuk memikul amanah yang telah diberikan iaitu isterinya.
Isteri saya bertanya, jika ada lelaki meminang Haura, tetapi lelaki itu mahu tinggal dengan ibu bapanya, tidak mahu duduk berasingan, adakah saya akan terima.
Saya bertanya: Mak bapak lelaki itu sakit ke dan memang memerlukan anaknya di sisi? Jawapan isteri saya: Tidak.
Maka saya menjawab: Insya-Allah, ‘reject’ awal-awal sebab lelaki itu tidak faham tanggungjawab sebagai suami dan belum sedia menjadi suami.
Bahkan, sepatutnya 2-3 bulan sebelum bernikah sudah mula cari rumah untuk didiami nanti selepas pernikahan. Habis menikah, boleh terus masuk rumah.
Wahai kaum lelaki ‘beragama’, fahami agamamu sebenar-benarnya. Semaklah fatwa para ulama berkaitan menyedian kediaman berasingan untuk isteri daripada keluarga mertua, dan hak isteri untuk menolak tinggal dengan mertua.
Sesungguhnya kefahaman anak lelaki perlu utamakan ibu bapa sebelum isteri sering disalah fahami dengan erti kata yang tidak benar. Belajar agama betul-betul, baca huraian para ulama betul-betul.
BELUM SEDIA JADI SUAMI
Bagi saya, jika anda tidak bersedia hidup berasingan daripada ibu bapa anda, bermaksud anda belum bersedia menjadi seorang suami.
Apabila melihat reaksi dan komen kepada ‘post’ saya yang menyatakan saya akan ‘reject’ mana-mana lelaki yang masih mahu tinggal dengan ibu bapanya yang meminang anak perempuan saya membuatkan saya terfikir, sejauh manakah pengetahuan kita semua berkaitan kewajipan suami dan isteri, hak suami dan isteri.
Kita sering menggunakan kaedah ‘isteri kena taat suami dalam perkara yang tidak melanggar syara’, lalu kaedah ini digunakan secara meluas dalam semua perkara termasuk jika suami mahu tinggal dengan ibu bapanya, isteri wajib taat, suami suruh isteri jaga ibu bapa suami, isteri wajib taat. Sejauh itukah ketaatan kepada suami sehingga isteri berdosa jika enggan mentaati suami?
Apatah lagi kaedah mengarut yang berbunyi: “Apabila seorang wanita sudah berkahwin, ibu bapa suami adalah lebih diutamakan daripada ibu bapa sendiri”.
Saya tidak tahu kenapa perkara yang sangat banyak dibahaskan dalam karya-karya feqh para ulama ini seolah-olah asing daripada pengetahuan masyarakat Melayu.
HAK ISTERI MENDIAMI KEDIAMAN SENDIRI
Saya menulis status sebelum ini kerana saya tahu, itu merupakan hak kepada seorang isteri untuk mendiami kediaman yang berasingan daripada ahli keluaraga suami dan ahli keluarganya.
Sepatutnya, kewajipan asas sebegini diketahui seorang lelaki dan wanita sebelum memasuki alam perkahwinan supaya tidak ada sesiapa yang menzalimi atau dizalimi. Saya ingin memetik beberapa kalam ulama yang berkaitan, kemudian yang lain, tuan-tuan boleh terus membaca pada pautan yang saya berikan.
من حق الزوجة أن يكون لها مسكن خاص مع زوجها وأولادها ، لا يشاركها فيه أحد ، لا أب ولا أم ولا قريب . وإلى هذا ذهب جمهور الفقهاء من الحنفية والشافعية والحنابلة ، وأن لها الامتناع من السكن مع أبيه وأمه وإخوته . قال الكاساني في بدائع الصنائع (4/24): ” ولو أراد الزوج أن يسكنها مع ضرتها أو مع أحمائها كأم الزوج وأخته وبنته من غيرها وأقاربه فأبت ذلك ; عليه أن يسكنها في منزل مفرد ; لأنهن ربما يؤذينها ويضررن بها في المساكنة ، وإباؤها دليل الأذى والضرر ولأنه يحتاج إلى أن يجامعها ويعاشرها في أي وقت يتفق ولا يمكنه ذلك إذا كان معهما ثالث ” انتهى.
Antara hak seorang isteri ialah dia mempunyai tempat tinggal yang khusus bersama suaminya dan anak-anaknya yang tidak dikongsi bersama orang lain sama ada ayahnya, ibunya atau kaum kerabat yang lain. Ini adalah pendapat majoriti ulama daripada mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali. Si isteri berhak untuk enggan tinggal bersama mertuanya dan kaum kerabat suaminya.
Imam al-Kasani menyebutkan dalam Badai’ al-Sona’i:Seandainya si suami mahu menempatkan isterinya bersama dengan madunya, atau keluarga suami, seperti ibu suami, adik beradik perempuan suami, atau anak-anak perempuan suami daripada isteri yang lain, atau kaum kerabat suami, lalu si isteri enggan, maka wajib untuk suami menyediakan tempat tinggal yang berasingan kepada si isteri. Ini kerana mereka yang tinggal serumah itu mungkin boleh menyakiti hati isteri atau memukulnya jika mereka tinggal serumah. Keengganan si isteri merupakan petunjuk bahawa beliau terganggu atau disakiti. Ini jua kerana si suami perlu jua mampu untuk melakukan hubungan seksual dengan isteri atau bermesra dengannya pada bila-bila masa, dan ini tidak mungkin berlaku apabila adanya orang ketiga di dalam rumah.
والذي ننصحك به في ختام هذا الجواب أن تسعى للتوفيق بين زوجتك ووالدتك وعائلتك ، وأن تعطي كل ذي حق حقه ، فتعطي الزوجة حقها في السكن المستقل ، ولا يضرك أن يغضب أحد منهم لانفرادك بالسكن ، لأنك لم تخطئ في ذلك ، ولكن عليك الاستمرار في صلة أقاربك وأمك وإخوانك .
Nasihat kami kepada kamu sebagai penutup jawapan ini: Hendaklah kamu berusaha untuk mendamaikan antara isteri kamu, ibu kamu dan ahli keluarga kamu, dan hendaklah kamu memberikan kepada setiap orang haknya. Oleh itu hendaklah kamu memberikan kepada isteri haknya iaitu kediaman yang berasingan. Tidaklah memudharatkan kamu akan kemarahan salah seorang daripada mereka disebabkan keputusan kamu untuk tinggal berasingan kerana kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam hal ini. Akan tetapi hendaklah kamu berterusan menjalinkan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat kamu, ibu kamu, dan adik beradik kamu.
BUKAN KERANA DERHAKA
Begitu juga penutup kepada aduan seorang isteri, di mana disebutkan:
فنصيحتنا لزوجك أن يبادر إلى إيجاد سكن مستقل لكما ، ويسعى في إرضاء أمه بالقول الحسن ، والإكثار من زيارتها ، وتفقد أحوالها ، وبالهدية ونحوها ، وليعلم أن خروجه من بيت أمه لا يعد عقوقا .
Nasihat kami kepada suami kamu ialah agar segera menyediakan kediaman yang berasingan untuk kamu berdua, dan berusaha mendapatkan keredhaan ibuya dengan perkataan yang baik, dan kerap menziarahinya, mengambil berat keadaannya, memberinya hadiah dan sebagainya. Suami itu hendaklah tahu bahawa keluarnya dia dari rumah ibunya tidak termasuk dalam penderhakaan kepada ibunya.
Walaupun baru empat tahun peluk islam, wanita ini muncul johan hafazan peringkat kebangsaan. Biarpun baru empat tahun, ianya tidak menjadi penghalang pada mualaf ini membuktikan kemampuan dirinya.
Tahniah anda memang hebat dan telah berjaya mengalahkan peserta-peserta lain.
Seorang mualaf membuktikan tempoh singkat bergelar saudara baharu sejak empat tahun lalu tidak menjadi penghalang baginya muncul johan hafazan al-Quran kategori wanita sempena Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M di sini, semalam.
Qaseh Qhatijah Tan, 28, membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 tajaan Lembaga Tabung Haji bagi kejohanan itu yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) Kampus Besut di sini.
Menceritakan perjalanan hidupnya sebagai mualaf, Qaseh Qhatijah dari Melaka berkata, dia terdetik untuk memeluk Islam sejak 2017 kerana sering bergaul dengan rakan beragama Islam ketika masih belajar.
“Saya berasal dari Sabah dan agama asal Buddha. Ketika masih belajar, saya ramai kawan Islam dan sering melihat mereka mengaji serta melakukan aktiviti keagamaan yang lain.
“Kadang kala saya ikut sekali aktiviti mereka. Hati saya rasa tenang dengar orang berselawat dan mengaji,” katanya ketika ditemui pada majlis penutupan kejohanan itu.
Menurut Qaseh Qhatijah, meskipun proses penghijrahan sebagai saudara baharu banyak rintangan, dia bersyukur keluarga menerima keputusannya memeluk Islam.
“Pesan saya kepada saudara baharu yang lain, jaga hati dengan baik, kental dan sentiasa pesan pada hati nak ubah kehidupan ke arah lebih baik.
“Sepanjang proses berhijrah kena beri ruang pada diri untuk belajar terlebih dahulu apabila bersedia baru boleh berkumpul semula dengan rakan lama,” katanya.
Terdahulu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan majlis penutupan kejohanan itu.
Baginda mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Mahrajan Amal Islami Mualaf adalah program dwitahunan disertai semua negeri untuk mencungkil bakat saudara Muslim daripada pelbagai etnik.
Kashoorga : Walaupun baru empat tahun memeluk agama Islam, Qaseh Qhatijah Tan berjaya menghafaz dengan baik berkat kegigihan dan kesabarannya. Salute!
“Dari sini kita mengetahui bahawa umat Islam melakukan ziarah kubur setelah hari raya, jika untuk menjadi pelajaran dan mengingat orang yang telah mati, yang dahulu mereka bersamanya saat hari raya dan merasa senang dengan kehidupannya, serta memintakan rahmat dan doa untuk mereka, maka hukumnya boleh, selamanya…” (Fatawa al-Azhar, 8/391)
Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat daripada Allah untuk mereka dengan berdoa, ini semua harus dilakukan oleh orang lelaki.
Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid terdahulu (pendapat yang dipilih oleh Syeikh adalah makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut pasti berlaku maka hukumnya adalah haram –ringkasan daripada fatwa tersebut).
Tetapi Jika ziarah kubur semata untuk bersedih atau memperbaharui kesedihan maka ianya tidak boleh.
[Fatawa Syeikh ‘Atiyyah Saqr, Jilid: 6]
Ziarah kubur pada hari jumaat sahaja atau hari bersejarah sahaja atau hari raya sahaja atau pada petang hari raya sahaja tidak menjadi kesalahan asalkan tidak menganggap hari-hari tersebut sebagai hari yang ditetapkan untuk ziarah.
Tidak ada seorang jua ulama yang melarang dan jika ada maka orang itu adalah orang awam. Ulama hanya melarang menetapkan hari-hari tertentu untuk ziarah, bukan melarang ziarah.
Kaum wanita diharuskan ziarah kubur pada hari raya tetapi wajib menjaga aurat dan adab-adab ziarah bagi wanita.