Menyediakan tempat tinggal buat isteri antara tanggungjawab dan kewajipan seorang suami selain menyediakan pakaian, makanan, nafkah mengikut kemampuan, mendidik isteri menambah ilmu agama bagi menunaikan kewajipan fardhu ain serta bergaul dengan isteri dengan cara yang baik.
Memang besar tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya. Apabila seorang lelaki itu sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga ini bermakna dia juga sudah bersedia untuk memikul amanah yang telah diberikan iaitu isterinya.
Isteri saya bertanya, jika ada lelaki meminang Haura, tetapi lelaki itu mahu tinggal dengan ibu bapanya, tidak mahu duduk berasingan, adakah saya akan terima.
Saya bertanya: Mak bapak lelaki itu sakit ke dan memang memerlukan anaknya di sisi? Jawapan isteri saya: Tidak.
Maka saya menjawab: Insya-Allah, ‘reject’ awal-awal sebab lelaki itu tidak faham tanggungjawab sebagai suami dan belum sedia menjadi suami.
Bahkan, sepatutnya 2-3 bulan sebelum bernikah sudah mula cari rumah untuk didiami nanti selepas pernikahan. Habis menikah, boleh terus masuk rumah.
Wahai kaum lelaki ‘beragama’, fahami agamamu sebenar-benarnya. Semaklah fatwa para ulama berkaitan menyedian kediaman berasingan untuk isteri daripada keluarga mertua, dan hak isteri untuk menolak tinggal dengan mertua.
Sesungguhnya kefahaman anak lelaki perlu utamakan ibu bapa sebelum isteri sering disalah fahami dengan erti kata yang tidak benar. Belajar agama betul-betul, baca huraian para ulama betul-betul.
BELUM SEDIA JADI SUAMI
Ads
Bagi saya, jika anda tidak bersedia hidup berasingan daripada ibu bapa anda, bermaksud anda belum bersedia menjadi seorang suami.
Apabila melihat reaksi dan komen kepada ‘post’ saya yang menyatakan saya akan ‘reject’ mana-mana lelaki yang masih mahu tinggal dengan ibu bapanya yang meminang anak perempuan saya membuatkan saya terfikir, sejauh manakah pengetahuan kita semua berkaitan kewajipan suami dan isteri, hak suami dan isteri.
Kita sering menggunakan kaedah ‘isteri kena taat suami dalam perkara yang tidak melanggar syara’, lalu kaedah ini digunakan secara meluas dalam semua perkara termasuk jika suami mahu tinggal dengan ibu bapanya, isteri wajib taat, suami suruh isteri jaga ibu bapa suami, isteri wajib taat. Sejauh itukah ketaatan kepada suami sehingga isteri berdosa jika enggan mentaati suami?
Apatah lagi kaedah mengarut yang berbunyi: “Apabila seorang wanita sudah berkahwin, ibu bapa suami adalah lebih diutamakan daripada ibu bapa sendiri”.
Saya tidak tahu kenapa perkara yang sangat banyak dibahaskan dalam karya-karya feqh para ulama ini seolah-olah asing daripada pengetahuan masyarakat Melayu.
Ads
HAK ISTERI MENDIAMI KEDIAMAN SENDIRI
Saya menulis status sebelum ini kerana saya tahu, itu merupakan hak kepada seorang isteri untuk mendiami kediaman yang berasingan daripada ahli keluaraga suami dan ahli keluarganya.
Sepatutnya, kewajipan asas sebegini diketahui seorang lelaki dan wanita sebelum memasuki alam perkahwinan supaya tidak ada sesiapa yang menzalimi atau dizalimi. Saya ingin memetik beberapa kalam ulama yang berkaitan, kemudian yang lain, tuan-tuan boleh terus membaca pada pautan yang saya berikan.
من حق الزوجة أن يكون لها مسكن خاص مع زوجها وأولادها ، لا يشاركها فيه أحد ، لا أب ولا أم ولا قريب . وإلى هذا ذهب جمهور الفقهاء من الحنفية والشافعية والحنابلة ، وأن لها الامتناع من السكن مع أبيه وأمه وإخوته . قال الكاساني في بدائع الصنائع (4/24): ” ولو أراد الزوج أن يسكنها مع ضرتها أو مع أحمائها كأم الزوج وأخته وبنته من غيرها وأقاربه فأبت ذلك ; عليه أن يسكنها في منزل مفرد ; لأنهن ربما يؤذينها ويضررن بها في المساكنة ، وإباؤها دليل الأذى والضرر ولأنه يحتاج إلى أن يجامعها ويعاشرها في أي وقت يتفق ولا يمكنه ذلك إذا كان معهما ثالث ” انتهى.
Antara hak seorang isteri ialah dia mempunyai tempat tinggal yang khusus bersama suaminya dan anak-anaknya yang tidak dikongsi bersama orang lain sama ada ayahnya, ibunya atau kaum kerabat yang lain. Ini adalah pendapat majoriti ulama daripada mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali. Si isteri berhak untuk enggan tinggal bersama mertuanya dan kaum kerabat suaminya.
Ads
Imam al-Kasani menyebutkan dalam Badai’ al-Sona’i:Seandainya si suami mahu menempatkan isterinya bersama dengan madunya, atau keluarga suami, seperti ibu suami, adik beradik perempuan suami, atau anak-anak perempuan suami daripada isteri yang lain, atau kaum kerabat suami, lalu si isteri enggan, maka wajib untuk suami menyediakan tempat tinggal yang berasingan kepada si isteri. Ini kerana mereka yang tinggal serumah itu mungkin boleh menyakiti hati isteri atau memukulnya jika mereka tinggal serumah. Keengganan si isteri merupakan petunjuk bahawa beliau terganggu atau disakiti. Ini jua kerana si suami perlu jua mampu untuk melakukan hubungan seksual dengan isteri atau bermesra dengannya pada bila-bila masa, dan ini tidak mungkin berlaku apabila adanya orang ketiga di dalam rumah.
والذي ننصحك به في ختام هذا الجواب أن تسعى للتوفيق بين زوجتك ووالدتك وعائلتك ، وأن تعطي كل ذي حق حقه ، فتعطي الزوجة حقها في السكن المستقل ، ولا يضرك أن يغضب أحد منهم لانفرادك بالسكن ، لأنك لم تخطئ في ذلك ، ولكن عليك الاستمرار في صلة أقاربك وأمك وإخوانك .
Nasihat kami kepada kamu sebagai penutup jawapan ini: Hendaklah kamu berusaha untuk mendamaikan antara isteri kamu, ibu kamu dan ahli keluarga kamu, dan hendaklah kamu memberikan kepada setiap orang haknya. Oleh itu hendaklah kamu memberikan kepada isteri haknya iaitu kediaman yang berasingan. Tidaklah memudharatkan kamu akan kemarahan salah seorang daripada mereka disebabkan keputusan kamu untuk tinggal berasingan kerana kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam hal ini. Akan tetapi hendaklah kamu berterusan menjalinkan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat kamu, ibu kamu, dan adik beradik kamu.
BUKAN KERANA DERHAKA
Begitu juga penutup kepada aduan seorang isteri, di mana disebutkan:
فنصيحتنا لزوجك أن يبادر إلى إيجاد سكن مستقل لكما ، ويسعى في إرضاء أمه بالقول الحسن ، والإكثار من زيارتها ، وتفقد أحوالها ، وبالهدية ونحوها ، وليعلم أن خروجه من بيت أمه لا يعد عقوقا .
Nasihat kami kepada suami kamu ialah agar segera menyediakan kediaman yang berasingan untuk kamu berdua, dan berusaha mendapatkan keredhaan ibuya dengan perkataan yang baik, dan kerap menziarahinya, mengambil berat keadaannya, memberinya hadiah dan sebagainya. Suami itu hendaklah tahu bahawa keluarnya dia dari rumah ibunya tidak termasuk dalam penderhakaan kepada ibunya.
Perkahwinan itu sememangnya sunnah Rasulullah SAW. Bagi yang sudah menjalankannya, kamu sudah melengkapi separuh iman yang ada di dalam dirimu. Tentu saja sunnah yang dijalankan akan mendapatkan pahala dari Allah SWT.
Hakikatnya kehidupan berumah tangga ada hak dan kewajipan yang harus dipenuhi baik suami mahu pun isteri. Suami harus memenuhi keperluan keluarga, bermula dari mencari pekerjaan dan menafkahi keluarga dengan wang yang halal. Sementara sang isteri juga harus dapat membantu suami dalam mengelola kewangan, mendidik anak-anak dan mengurus perkara-perkara lain berkaitan dengan rumah tangga.
Namun sebagai seorang isteri, kamu juga boleh membantu untuk menambah rezeki suamimu dengan cara mencari keberkatan rezeki. Berikut lima perkara yang boleh para isteri lakukan agar rezeki suamimu makin hari makin bertambah.
1.SEDEKAH KEPADA IBU BAPA DAN MERTUA
Antara perkara yang boleh kamu lakukan agar rezeki suamimu bertambah adalah dengan memberikan sedikit rezeki kepada kedua ibu bapamu dan juga mertua. Berikan atau sedekahkan sedikit rezeki kamu walau hanya sekadar memberikan makanan atau barang-barang keperluan harian.
Dengan cara ‘berkongsi’ rezeki kepada orang tua, dapat menambah keberkahan atas rezeki yang sudah diperoleh. Ini adalah kerana keberkahan rezeki itu diperolehi melalui sedekah yang paling utama dan pertama itu didahulukan kepada orang tua.
2.SELALU INGATKAN SUAMI AKAN REZEKI YANG HALAL
Berdoalah kepada Allah agar suamimu mencari rezeki yang halal untuk menafkahi isteri dan anak-anaknya. Jadilah isteri yang baik dan taat kepada suami, jangan sampai kamu menjerumuskan suami ke lembah dosa dengan banyak permintaan itu, ini yang kamu tahu tidak termampu disediakan oleh suamimu. Pada akhirnya mengakibatkan suamimu melakukan cara-cara yang tidak halal untuk merealisasikan keinginan istenya. Jadilah isteri yang selalu bersyukur atas apa yang telah diberikan oleh suami.
3.UBAHLAH GAYA HIDUP
Kebanyakan isteri banyak menghabiskan wang suami untuk membeli barang atau hal yang tidak penting. Sebagai isteri yang baik, kamu harus bijak untuk berjimat cermat dan menghindari gaya hidup yang boros. Ini kerana perbuatan yang demikian itu tidak baik untuk kehidupan rumah tangga. Ada baiknya untuk berjimat-cermat dan ubah gaya hidup yang lebih sederhana. Ia dapat menambah keberkahan ke atas rezeki keluargamu.
4.LAKUKAN IBADAH BERSAMA-SAMA
Jika seorang isteri taat dan rajin dalam beribadah maka hal ini dapat menambah keberkahan dalam berumah tangga dan juga rezeki. Terlebih lagi jika ibadah tersebut dapat kamu laksanakan bersama, maka pahalanya akan tambah berganda-ganda.
Mulai saat ini, cubalah untuk merencanakan amalan ibadah bersama-sama seperti solat berjemaah, puasa sunat, membaca al-Quran, bersedekah dan lain-lain amalan yang mampu menambah pahala.
5.WUJDUKAN SUASANA YANG HARMONI DAN HINDARI PERTENGKARAN
Perkara terakhir yang dapat para isteri lakukan ialah dengan cara menghindari pertengkaran dalam rumah tangga. Isteri yang baik menjadi penenang suami saat stres. Jagalah keharmonian dalam berumah tangga. Ini kerana ia mampu mendorong suami lebih bersemangat dalam mencari rezeki yang halal dan membahagiakan keluarga.
Kesimpulannya jadilah isteri yang menjadi penyejuk hati suami serta ‘penambah’ rezeki suami.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Diam tak diam rupanya penyanyi Ezlynn Ariffin kini sudahpun tiga bulan berhijab. Menurut penyanyi Hi Hi Bye Bye ini dia mula bertudung sejak Ramadan lalu.
Tambahnya juga, hikmah PKP juga menyebabkan hatinya terdetik untuk terus berhijab. Jika tidak sebelum ini dia hanya mengenakan tudung pada Ramadan saja sejak tiga tahun lalu.
“Doakan saya terus istiqamah. Insya-Allah. Saya berhijrah kerana Allah dan tuntutan agama,” katanya kepada BH Online.
Dia yang kini semakin cantik berhijab memberitahu seronok dengan apa yang dilakukannya kini apabila menyertai Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan aktif membuat kerja amal.
Marilah sama-sama kita doakan semoga Allah tetapkan hati Ezlynn untuk terus kekal istiqamah berhijab dan terus giat lakukan kerja membantu orang lain yang memerlukan bantuan.
Kalau dulu segala urusan transaksi akaun Tabung Haji menggunakan buku tapi kini tidak lagi.
Bermula 23 Jun 2019, Tabung Haji telah memansuhkan penggunaan buku akaun bagi transaksi di kaunter.
Jadi, ketahui beberapa perkara yang kita perlu alert bila nak berurusan di kaunter TH nanti.
1. PENGGUNAAN BUKU DIGANTIKAN DENGAN KAD PENGENALAN
TH melaksanakan inisiatif ini bagi memudahkan pendeposit untuk membuat transaksi TH dengan hanya mengemukakan kad pengenalan sahaja.
Dengan cara ini, pendeposit tak perlu risau akan penjagaan/kehilangan/kerosakan/ terlupa membawa buku akaun bagi urusan di kaunter.
2. HABIS TU MACAM MANA NAK URUSAN SIMPAN DUIT ATAU BUAT PENGELUARAN KALAU TAK GUNA BUKU AKAUN SIMPANAN?
Prosedur semasa bagi transaksi simpanan dan pengeluaran tidak perlu mengemukakan Buku Akaun Simpanan.
Oleh itu, dengan pemansuhan Buku Akaun Simpanan ini, pendeposit hanya perlu mengemukakan kad pengenalan sahaja semasa melakukan
transaksi.
3. BAGAIMANA DENGAN URUSAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN BAGI ANAK-ANAK PULA?
Prosedur semasa hanya membenarkan penjaga kepada akaun TH anak untuk melaksanakan transaksi tanpa perlu mengemukakan Buku Akaun Simpanan.
Oleh itu, dengan pemansuhan Buku Akaun Simpanan ini, penjaga hanya perlu mengemukakan kad pengenalan penjaga sahaja semasa melaksanakan transaksi.
4. CARA SEMAKAN BAKI
Kalau nak tahu baki semasa dan transaksi terdahulu di kaunter TH, kita boleh check melalui 2 pilihan ini:
▪– Pilihan 1: Penyata Mini yang memaparkan 5 transaksi terakhir.
▪– Pilihan 2: Penyata Akaun yang memaparkan maklumat transaksi
secara terperinci.
Pendeposit boleh memohon:
▪i) Penyata Mini di:
Mana-mana cawangan TH.
Cawangan Bank Islam.
Cawangan Bank Rakyat (pelaksanaan pada bulan Ogos 2019).
▪ii) Penyata Akaun di mana-mana cawangan TH.
Bagi pendeposit yang dah link kad ATM (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB), baki akaun TH boleh disemak melalui:
a) ATM/CDM Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank atau CIMB.
b) Perbankan Internet Bank Islam, Bank Rakyat atau Maybank
5. APA YANG PERLU DILAKUKAN DENGAN BUKU AKAUN SIMPANAN SEDIA ADA ?
Pendeposit boleh menyimpan Buku Akaun Simpanan tersebut tetapi
buku berkenaan tidak perlu dibawa untuk melaksanakan sebarang
transaksi.
INGAT, HANYA GUNA IC LEPAS NI!
TH dah jadi lebih kurang macam ASB lah juga kan, cuma perlu guna IC bila nak berurusan di kaunter nanti.
Bulan Ramadan semakin hampir ke penghujungnya, oleh itu usah kita sia-siakan. Selain melaksanakan ibadah tapi juga memohon keampunan agar kita mengakhiri Ramadan ini dengan...