Namun jangan sesekali memperlakukan isteri sesuka hati. Mereka hanyalah insan biasa yang juga ada hati dan perasaan.
Peluklah isteri dengan erat.
Jika mereka penat, suruhlah dia berehat dan kalau tengah marah, redakan dengan memeluknya erat.
Perkongsian ini sangat menyentuh hati dan boleh dijadikan panduan dalam melayari hidup berumah tangga.
Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menjerit, tengah naik angin…..
Ads
Tak payah buat benda lain. Jangan tanya. Jangan tegur. Jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.
Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.
Dia mungkin menjerit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di takah emosi yang paling lemah.
Ads
Kalau ada orang peluk dia waktu ni…. Dia boleh menangis teresak-esak. Dia boleh mengadu tersedu-sedu.
Tobat lahum. Dia taknak jadi begitu.
Dia nak jadi anak yang baik. Dia nak jadi isteri yang solehah. Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.
Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah. Kalau dia memang jenis baran, dari dulu pun suami takkan berkenan.
Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak.
Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.
Pada hari Jumaat terdapat satu masa yang dimustajabkan doa bagi sesiapa yang berdoa kepada Allah SWT.
Betapa istimewanya hari Jumaat sehingga ia digelar penghulu segala hari. Jumaat adalah hari yang Allah hadiahkan kepada umat Islam. Hari Jumaat merupakan hari yang mulia dan juga hari raya buat umat Islam.
Ini kerana pada hari Jumaat diwajibkan kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat di masjid secara berjemaah yang mana tidak terdapat pada hari yang lain.
Melalui hadis Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah).
Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”. [Riwayat Muslim, no. Hadits 1411]
Selain itu juga, hari Jumaat mempunyai satu masa yang istimewa di mana pada waktu tersebut Allah SWT akan memakbul dan memustajabkan doa hambanya yang berdoa kepada-Nya. Ini disebut di dalam hadis yang sahih.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika baginda SAW menceritakan akan hari Jumaat:
Maksudnya:
“Pada hari Jumaat itu ada satu masa (waktu), tidaklah seorang hamba yang muslim itu menunaikan solat lalu dia berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang dimohonkan itu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadis 883]
Berdasarkan sebahagian hadis yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa hari Jumaat mempunyai kelebihannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain.
Sumber: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kala ini di media sosial rancak kempen mengibarkan bendera putih. Ia satu insitiafif membantu rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di negara ini lebih sebulan lalu.
Bagaimana pun ada berbagai pandangan mengenai istilah mengibar bendera putih ini hingga seorang individu bertanyakan kepada Mufti Wilayah Dr Luqman Abdullah mengenai persoalan ini.
Saya nak minta penjelasan tuan mufti berkenaan isu kibar bendera putih baru-baru ini. Isu ni asalnya pasang bendera putih sebagai isyarat untuk minta bantuan jika ada yang dalam kesusahan era pkp, namun ada yang mengatakan tidak boleh kibar atau pasang bendera putih kerana seperti membuka aib dan ia menunjukkan kekalahan dan tanda putus asa. Mohon penjelasan tuan mufti untuk isu ini.
Ringkasan Jawapan
Waalaikumussalam wbt. Hukum menggunakan bendera putih sebagai cara untuk meminta bantuan ketika kesusahan bergantung kepada perspektif kita melihat perkara tersebut. Jika perbuatan itu atas dasar membantu mereka yang memerlukan dengan cara memudahkan pihak yang ingin memberi bantuan dan mengenal pasti pihak yang dalam kesusahan, maka boleh dilaksanakan. Sebaliknya jika kita lihat itu sebagai mengaibkan diri sendiri maka wajar dielakkan. Dalam keadaan sekarang, ramai pihak sudi menghulurkan bantuan dan juga disediakan nombor-nombor untuk dihubungi bagi mereka yang dalam kesusahan. Mereka juga boleh menghubungi terus pihak yang membantu untuk segera mendapatkan bantuan. Ia terserah kepada pertimbangan masing-masing dalam melaksanakan melalui cara dan inisiatif dalam bentuk bagaimana yang dirasakan selesa.
Huraian Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, serta orang-orang yang mengikuti jejak langkahnya sehingga hari akhirat.
Meminta bantuan ketika kesusahan tidak dilarang di dalam Islam. Bahkan digalakkan untuk mereka yang mampu dari segi harta mencari orang-orang yang susah dan fakir miskin. Kebanyakan daripada kita semua beranggapan ramai yang mampu bertahan ketika dalam kesusahan, tetapi sebaliknya mereka yang dalam kesusahan ini memilih untuk memendam keresahan dan berdiam diri. Hal ini sangat bertepatan dengan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Pemberian sedekah itu ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya”Surah al-Baqarah (273)
Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili mengatakan ayat ini menegaskan kepada orang-orang mukmin bahawa sedekah itu hendaklah diberi kepada orang-orang yang memerlukan, sama ada orang Islam ataupun yang bukan Islam tidak kira mereka daripada golongan musyrik atau daripada Ahli kitab. Beliau juga mengatakan tidak salah untuk meminta bantuan ketika di dalam kesusahan, dan ia bukan lah suatu perkara yang memalukan atau aib. Ayat ini juga menjadi dalil akan luasnya sifat rahmah dan kasih sayang di dalam Islam untuk sekalian manusia mengatasi batasan agama. [Rujuk Tafsir al-Munir: 2/82[1]}
Antara Meminta-Minta dan Meminta Kerana Susah
Umum mengetahui bahawa perbuatan meminta-minta adalah perbuatan yang buruk. Tetapi perlu difahami bahawa perbuatan meminta-minta yang dilarang tersebut adalah bagi orang yang mempunyai kemampuan serta cukup keperluannya yang kemudian masih lagi meminta-minta daripada orang lain.
Imam Ibn Kathir ketika menerangkan bahawa perkataan (لا يسألون الناس إلحافا) dalam ayat 273 Surah al-Baqarah merujuk kepada perbuatan meminta-minta kepada orang lain dalam keadaan dia tidak mempunyai hajat atau keperluan kepadanya. Menurut beliau lagi, perbuatan meminta-minta yang dilarang juga merujuk kepada orang yang sengaja meminta sesuatu daripada orang lain untuk menambah atau memperbanyakkan hartanya. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir 705/1[2])
Tambahan lagi, terdapat beberapa hadis yang diriwayatkan berkenaan perkara ini, antaranya Rasulullah SAW bersabda:
” من سأل وعنده ما يغنيه فإنما يستكثر من جمر جهنم ” قالوا يا رسول الله: وما يغنيه؟ قال: ” ما يغديه أو يعشيه “
Maksudnya:Sesiapa yang suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai kecukupan keperluan bagi dirinya maka dia sedang memperbanyakkan batu api neraka. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah dikira sebagai cukup keperluannya?” Baginda menjawab, “Sesuatu yang mencukupi bagi dirinya (untuk makan) pada waktu siang dan malam.Riwayat Abu Daud (1629)
Selain itu, terdapat juga riwayat lain yang menyebut tentang orang yang meminta-minta dengan tujuan untuk mengumpul harta, sedangkan dalam masa yang sama keperluannya mencukupi. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:Sesiapa yang meminta harta daripada orang lain dengan niat untuk memperbanyakkan hartanya maka dia sebenarnya meminta bara api neraka. Oleh itu, terpulanglah pada dia untuk meminta sikit atau banyak. Riwayat Ibn Hibban (534)
Perbuatan meminta-minta adalah dilarang sekiranya orang meminta tersebut mempunyai kemampuan untuk bekerja mencari rezeki dan keperluannya mencukupi. Namun begitu, dalam keadaan memaksa dan tersepit, meminta bantuan adalah perkara yang wajar dan tidak termasuk dalam larangan meminta-minta yang dinyatakan. (Rujuk Tafsir al-Munir 76/3[3]; Syarh al-Masobih 442/2[4])
Tolong Menolong Asas Kekuatan Orang Beriman
Islam menggalakkan umatnya untuk mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling terutamanya jiran tetangga. Ini kerana asas keimanan seorang mukmin adalah sifat tolong-menolong sesama jiran yang dalam kesusahan. Sabda Nabi Muhammad SAW:
Maksudnya: “Tidaklah seorang itu dianggap orang beriman yang mana dia dalam kekenyangan dan dalam masa yang sama jiran sebelahnya kelaparan” Riwayat al-Baihaqi (19668)
Hadis di atas menunjukkan betapa pentingnya untuk seorang mukmin mengambil cakna akan jiran tetangganya serta tidak mementingkan diri sendiri. Seorang mukmin juga sepatutnya mengamalkan sikap cakna dan saling menguatkan antara satu sama lain . Oleh kerana itu, dalam keadaan saudara seislamnya dilanda kesempitan dan kesusahan, orang yang beriman perlu menghulurkan bantuan bagi mengurangkan beban saudara seagama mereka. (Rujuk Fiqh al-Nawazil li al-Aqaliyyat al-Muslimah 930/2[5])
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, meminta bantuan sama ada dalam bentuk kewangan, makanan dan sebagainya adalah dibenarkan bagi orang yang betul-betul dalam kesempitan. Manakala hukum menggunakan bendera putih sebagai cara untuk meminta bantuan ketika kesusahan bergantung kepada perspektif kita melihat perkara tersebut. Jika perbuatan itu atas dasar membantu mereka yang memerlukan dengan cara memudahkan pihak yang ingin memberi bantuan dan mengenal pasti pihak yang dalam kesusahan, maka boleh dilaksanakan. Sebaliknya jika kita lihat itu sebagai mengaibkan diri sendiri pula maka wajar dielakkan.
Dalam keadaan sekarang, ramai pihak sudi menghulurkan bantuan dan juga disediakan nombor-nombor untuk dihubungi bagi mereka yang dalam kesusahan. Mereka juga boleh menghubungi terus pihak yang membantu untuk segera mendapatkan bantuan. Ia terserah kepada pertimbangan masing-masing dalam melaksanakan melalui cara dan inisiatif dalam bentuk yang bagaimana yang dirasakan selesa.
Suasana pandemik sekarang ini adalah berbeza dan di luar dari kebiasaan yang pernah kita hadapi. Terdapat ramai pihak yang hidup ditimpa kesusahan dengan pelbagai bentuk masalah melibatkan pelbagai latar belakang. Oleh itu tidak sepatutnya sebarang isu yang berkaitan dengan bantuan dan meminta bantuan dipolemikkan. Bagi yang ingin membantu, tanamkan keikhlasan dalam hati untuk membantu, manakala bagi yang memerlukan bantuan pula boleh memohon bantuan mengikut kaedah yang dirasakan selesa dengan cara masing-masing. Apa yang penting tunjukkan akhlak dan perilaku yang mulia di semua keadaan. Wallahua’lam.
[1] وإدلالا على توافر صفة الرحمة والمحبة في قلب المسلم لكل إنسان, وإبعادا للعصبية الدّينية [2] أي: لا يلحون في المسألة ويكلفون الناس ما لا يحتاجون إليه، فإن من سأل وله ما يغنيه عن السؤال، فقد ألحف في المسألة؛ [3] القوة والسوي الخلق: السليم الأعضاء، والمراد به القادر على الكسب. [4] “تكثرا”: مفعول له؛ أي: ليكثر ماله، لا للاحتياج. [5] فما آمن حق الإيمان من بات شبعان وجاره جائع (3)، والمسلم للمسلم كالبنيان يشد بعضه بعض
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Saya ada mendengar satu ceramah yang menyebut bahawa perempuan yang sembahyang memakai telekung yang dibuat dari sutera adalah tidak sah kerana ia adalah najis. Mohon keterangan dari ustaz adakah benar tidak sah solat pakai sutera.
JAWAPAN :
Hukum kaum perempuan memakai sutera adalah harus samada di luar sembahyang atau di dalam sembahyang.
Ini adalah kerana telah ijmak ulamak bahawa orang perempuan halal memakai sutera dan hadith-hadith yang menyebut tentang ini tidak mengaitkan halal memakai sutera bagi perempuan dengan mana-mana tempat atau masa maka di mana sahaja dan bila sahaja perempuan memakai sutera adalah halal.
Berkata Syeikh Al-Bajuri :
و يحل للنساء لبس الحرير و افتراشه
Ertinya : “Dan halal bagi perempuan memakai sutera dan menjadikan sebagai tempat duduk.” (Hasyiah Al-Bajuri)
Ada pun perkataan tidak sah dipakai sutera dalam sembahyang sebab ia adalah najis adalah lemah kerana Nabi saw telah menghalalkannya dalam sabdanya :
Ertinya : “Telah diharamkan memakai sutera dan emas atas lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi perempuan dari umatku.” (Hadith Imam Tirmizi)
Dalam hadith ini jelas Nabi saw telah menghalalkannya yakni jika sutera itu najis maka tidak akan dihalalkannya samada dalam sembahyang atau diluar sembahyang. Maka menghalalkannya itu menunjukkan atas sucinya.
KESIMPULAN
Harus orang perempuan memakai telekung untuk sembahyang yang diperbuat dari sutera dan sembahyangnya itu adalah sah.