Pada hari Jumaat terdapat satu masa yang dimustajabkan doa bagi sesiapa yang berdoa kepada Allah SWT.
Betapa istimewanya hari Jumaat sehingga ia digelar penghulu segala hari. Jumaat adalah hari yang Allah hadiahkan kepada umat Islam. Hari Jumaat merupakan hari yang mulia dan juga hari raya buat umat Islam.
Ini kerana pada hari Jumaat diwajibkan kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat di masjid secara berjemaah yang mana tidak terdapat pada hari yang lain.
Melalui hadis Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah).
IKLAN
Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”. [Riwayat Muslim, no. Hadits 1411]
IKLAN
Selain itu juga, hari Jumaat mempunyai satu masa yang istimewa di mana pada waktu tersebut Allah SWT akan memakbul dan memustajabkan doa hambanya yang berdoa kepada-Nya. Ini disebut di dalam hadis yang sahih.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika baginda SAW menceritakan akan hari Jumaat:
IKLAN
Maksudnya:
“Pada hari Jumaat itu ada satu masa (waktu), tidaklah seorang hamba yang muslim itu menunaikan solat lalu dia berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang dimohonkan itu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadis 883]
Berdasarkan sebahagian hadis yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa hari Jumaat mempunyai kelebihannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain.
Sumber: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Sepatutnya isteri usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri melahirkan anak kelimanya pada hari Ahad ini, tetapi lain pulak jadinya bila isteri beliau, Datin Seri Shahida membuat pemeriksaan di hospital.
Semalam, pasangan ini telah selamat menimang cahayamata kelima, iaitu seorang bayi perempuan di sebuah hospital swasta.
Dalam perkongsian di laman instagram DS Shahidah, beliau memperkenalkan baby barunya yang dipanggil ‘baby hajah’ kepada umum.
Menurut beliau, ‘baby hajah’ yang belum ada nama inilah yang menjadi kawannya dalam perut sepanjang menunaikan ibadah haji pertengahan tahun ini.
Beliau yang pada mulanya sekadar mahu membuat pemeriksaan biasa, tetapi apabila doktor memberitahu sudah ada bukaan, terus dirinya dimasukkan dalam wad hinggalah selamat proses melahirkan pada usia kandungan 37 minggu.
Dalam urusan kehidupan manusia hari ini, ramai tidak terlepas dari urusan riba terutama melibatkan pembiayaan rumah, kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan sebagainya.
Agak susah untuk “lari” dari hal ini namun seboleh mungkin, jika dapat menghindarinya maka jauhilah kerana ada banyak kesan buruk jika terlibat dengan riba ini.
Dikongsi dari kenyataan Mufti Brunei Darussalam, dinyatakan 8 kesan riba dalam kehidupan manusia.
Riba adalah salah satu daripada tujuh dosa-dosa besar dalam Islam. Malahan memakan hasil riba adalah sekeji-keji dosa selepas syirik kepada Allah Subahanahu Wata’ala.
Allah Subahanahu Wata’ala berfirman dalam surah Al-Imran ayat 130 tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya”
Sesungguhnya orang yang melakukan riba akan ditimpa berbagai-bagai akibat dan balasan, antaranya:-
Pertama: Harta atau wangnya tidak berkat, bahkan akan hilang atau habis. Manakala di akhirat akan diseksa sebagaimana firman Allah Subahanahu Wata’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 276 tafsirnya:-
“Allah susutkan kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil riba dan dia pula yang mengembangkan berkat harta yang dikeluarkan, sedekah-sedekah dean zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa”.
Kedua: Riba mengandungi tujuh puluh macam dosa dan dosanya yang paling ringan sekali ialah seperti seseorang berzina dengan ibunya sendiri, sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadith:
“Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu katanya, Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Riba itu mengandungi tujuh puluh macam dosa, yang paling ringan sekali umpama seorang lelaki yang menekahi (mengauli) ibunya sendiri” (Riwayat Al-Imam Ibni Majah)
Ketiga: Setiap mereka yang berurusan dengan riba atau mengamalkannya akan berada jauh dari rahmat Allah Subahanahu Wata’ala sebagaimana hadith Rasulullah Sallahu Alahi Wasalam maksudnya:
“Dari Jabir Radiallahu Anhu katanya: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam melaknat orang yang makan riba dan orang yang memberi wakil pada riba dan penulisnya dan dua saksi. Sabda baginda: Mereka itu semuanya sama pada hukum mengambil riba” (Riwayat Al-Imam Muslim)
Keempat: Riba menjadi punca turunnya bala dan bencana di dunia serta azab dan seksanya di akhirat.
Kelima: Ditakuti mati dalam kesudahan yang buruk.
Keenam: Disebutkan dalam kitab Al-Kabai’r bahawa orang yang menggamalkan riba akan terus diseksa dari mula masa kematiannya hingga dihari kiamat dengan berbagai-bagai seksaan.
Ketujuh: Pada hari kiamat, orang yang menggamalkan riba akan dibangkitkan dalam keadaan terhuyung hayang kerana Allah Subahanahu Wata’ala telah memberatkan dan membesarkan perut mereka akibat memakan benda yang haram di dunia. Oleh itu, mereka tidak dapat berdiri tetap melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan. Perkara ini telah dijelaskan dalam firman Allah Subahanahu Wata’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 275 tafsirnya:
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung hayang kerana sentuhan syaitan itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba…”
Kelapan: Tidak akan masuk syurga dan tidak akan merasa nikmatnya.
Justeru, seseorang yang terlibat dengan mengamalkan riba hendaklah segera bertaubat serta tidak mengulanginya lagi. Namun bagaimanakah dengan kedudukan faedah atau bunga yang telah diperolehinya hasil daripada mengamalkan riba itu? Dan apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan dengan wang tersebut?
Perlu diketahui bahawa wang riba merupakan wang atau harta yang tidak diketahui siapa yang empunya atau wang yang tidak bertuan. Harta yang tidak diketahui siapa empunya atau tidak bertuan itu adalah menjadi harta baitulmal.
Oleh yang demikian, wang riba itu hendaklah diserahkan kepada baitulmal untuk dibelanjakan kepada kebajikan atau muslihat umat Islam. Wang tersebut tidak boleh dijadikan sebagai hebah, sedekah dan derma. Ini kerana jika seseorang mahu melakukan ke semua amalan tersebut, hendaklah harta yang disedekahkan, dihebahkan atau didermakan itu dimiliki oleh orang yang bersedekah atau menghebahkan atau mendermakan itu.
Sudah jelas bahawa hukum muamalah riba adalah haram dan telah sabit disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadith Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam. Jika seseorang mengetahui bahawa sesuatu itu dijalankan secara riba atau mengandungi riba, maka wajib dia menjauhkan diri daripada bermuamalah dengan individu atau institusi berkenaan. Bermuamalahlah dengan berpaksikan iman dan bukan semata-mata berpaksikan keuntungan harta.
Manakala bagi mereka yang telah sedar dan mengetahui akan keharaman riba, ruang atau peluang untuk bertaubat tetap terbuka luas. Oleh yang demikian, hendaklah dia berhenti dan tidak mengulangi lagi amalan riba itu.
Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita semya terpelihara dan terhindar dari melakukan amalan riba. Dengan yang demikan semoga negara kita akan selamat dan terhindar dari segala bala bencana. Amin Ya Rabbal Alamin.
Surah Al-Baqarah ayat 275 tafsirnya:
“Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepada-Nya peringatan larangan dari Tuhannya lalu dia berhenti dari mengambil riba maka apa yang telah diambil dahulu sebelum pengharaman itu adalah menjadi haknya dan perkaranya terserlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi perbuatan mengambil riba itu maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”
Kami juga merinduimu wahai Rasulullah junjungan besar kami. Betapa kami ingin sekali bertemu dengan mu.
Semoga sahaja impian ini menjadi kenyataan nanti. Kami dambakan syafaat mu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu akan rasa rindu itu. Sedikit perkongsian dari sahabat kita Zafrullah Zafrullah di facebooknya ternyata sangat menyentuh hati. Kita ikuti coretannya agar kita juga tahu betapa rindunya Baginda dengan kita
Gambar sekadar hiasan
Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi SAW dengan Saidina Abu Bakar Siddiq serta para sahabat lain. “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku(ikhwanku ),” berkata Nabi SAW
“Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?” jawab Abu Bakar. “Bukan,” jawab Nabi SAW. “Kamu adalah sahabat-sahabatku”. Seulas senyuman yang sedia terukir di bibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara :
“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: “Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah. “Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, ” Para nabi.” “Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat. “Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya.”
Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Perbanyakkan Selawat & Salam ke atas Junjungan Kekasih Agung Rasulullah S.A.W. اَللَّهُمَّصَلِّىعَلَىمُحَمَّدٍٍ،وَعَلَىآلِهِمُحَمَّدٍٍ،كَمَاصَلَّيْتَعَلَىإِبْرَاهِيْمَوَعَلَىآلِإِبْرَاهِيْمَ،وَبَارِكْعَلَىمُحَمَّدٍٍوَعَلَىآلِهِمُحَمَّدٍٍكَمَابَارِكَتْعَلَىإِبْرَاهِيْمَوَعَلَىآلِإِبْرَاهِيْمَ،فِىالْعَالَمِيْنَإِنَّكَحَمِيْدٌمَجِيْد
Perkongsian dari facebook: Zafrullah Zafrullah
Kashoorga: Sungguh admin menangis membaca coretan saudaraku ini.