‘Kelahiran si kecil adalah hadiah termahal dari Allah.’ 11 tahun Oktavia Manrose menanti anak perempuan, sudah tentu ini menjadi berita yang cukup gembira.
Tiada kata selain daripada kata syukur tak terhingga apabila doa dan impian kita dimakbulkan Allah.
Selepas hampir 11 tahun menunggu dikurniakan anak perempuan, impian Oktovia Manrose akhirnya dimakbulkan selepas dia menerima kehadiran seorang puteri pada 6 Disember lalu.
Menurut pelakon Janji Aurora itu, kelahiran si kecil adalah anugerah terindah yang juga hadiah termahal untuknya dan suami genap setahun mereka mendirikan rumah tangga.
“Syukur tidak terhingga atas anugerah Allah SWT yang terindah, juga hadiah termahal buat saya dan suami.
“Rahsia Allah dan perancangan-Nya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun, Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya.
Ads
Adalah Hadiah Termahal Dari Allah.’
“Alhamdulillah kami sudah ada sepasang cahaya mata,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram kelmarin.
Oktovia juga tidak ketinggalan menitipkan penghargaan buat suami, Mohamad Khairul Efsan Mdisa, selain berjanji mendidik permata hati mereka agar taat kepada Allah SWT.
“Tidak ada keuntungan dunia apa lagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia.
11 Tahun Oktavia Manrose
“Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah.
“Didik ikut syariat Allah, ikut jalan Rasullullah dan bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan neraka.
Ads
“Untuk suamiku, terima kasih kerana menjadi pasangan dan ayah buat anak kita. Awak adalah insan teristimewa buat saya setiap hari. Awak kekuatan saya,” katanya.
Menanti Anak Perempuan
Oktovia yang juga anak kepada penyanyi Iwan Syahman dan Allahyarham Rosnah Mohd. Noor bergelar isteri kepada Khairul yang juga bekas pemain bola sepak Melaka United pada 21 Disember 2021.
Sebelum ini dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai lima tahun kemudian.
Menerusi perkahwinan pertama, Oktovia dikurniakan seorang putera yang kini sudah mencecah usia 10 tahun, Muhammad Rayyan Zulkarnain.
Agungnya kasih seorang ayah. ‘Saya berkebun sebelah kubur kerana mahu dekat dengan arwah anak.’ Begitulah betapa kasihnya seorang ayah kepada anak bongsu yang telah pergi sebelumnya.
Biarpun sedih dengan pemergian dengan anak tercinta, namun apa yang dilakukan lelaki ini memberi impak dan manfaat kepada orang sekeliling.
“Saya berkebun setiap hari dari pagi hingga ke petang sejak enam tahun lalu kerana mahu sentiasa ‘dekat’ dengan anak yang kuburnya hanya di sebelah kebun ini saja.
Setakat ini, saya menanam 450 pokok buah-buahan yang hasilnya diberi kepada orang ramai khasnya sukarelawan yang membantu saya,” kata warga emas, Yen Maseri Idris, 67.
Memetik laporan Harian Metro, kebun bandar yang letaknya berdekatan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur ini diusahakannya selepas setahun pemergian anak bongsu Yen Maseri, yang meninggal dunia di United Kingdom (UK) dan dikebumikan di tanah perkuburan itu.
Sebenarnya, mungkin disebabkan kepesatan kawasan itu, tiada siapa yang perasan kewujudan kebun bandar di atas tanah rizab terbiar milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 600 meter itu, melainkan ia kelihatan seperti kawasan hutan kecil seperti kawasan lain di sekitar ibu kota.
Jelas Yen Maseri, kematian anaknya pada 2016 yang ketika itu pelajar di London, memberi kesan sangat mendalam sehingga beliau berhenti kerja selepas 32 tahun berkhidmat di Unit Sumber Manusia sebuah syarikat dengan menghabiskan masa melawat kubur anaknya.
“Semua rasa kegembiraan hilang selepas anak meninggal dunia. Setiap hari saya berkunjung ke kuburnya dan sanggup berkhidmat sebagai penggali kubur selama setahun di situ semata-mata mahu sentiasa dekat dengannya.
“Selepas setahun, saya melihat ada kawasan tanah rizab terbiar di belakang tanah perkuburan itu yang penuh semak samun dan menjadi kawasan pembiakan nyamuk.
“Jadi timbul idea untuk membersihkan kawasan itu dan menanam pokok yang dapat memberi manfaat kepada setiap orang kerana saya faham ini tanah rizab, cuma saya ingin mentransformasi serta menjadikan kawasan itu tidak terbazir begitu saja.
“Pada masa sama, kegiatan saya ini masih membolehkan saya ‘dekat’ dengan arwah anak kerana setiap hari tetap datang melawat kuburnya,” katanya yang berulang alik sejauh 10 kilometer dari rumahnya di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Betul Ke Haram Bunuh Semut:
Di samping itu, jelas Yen Maseri, dia tidak pernah terfikir menjadi seorang pekebun dan sejak mengusahakan kebun bandar itu selama enam tahun, hampir 450 batang pokok daripada 30 jenis pokok buah-buahan ditanamnya termasuk ciku hibrid, avacado, nangka, mangga harum manis, durian musang king dan rambutan.
“Banyak hasil sudah diperoleh dan ia tidak pernah dijual, sebaliknya berkongsi dengan kira-kira 150 ahli sukarela yang terbabit dalam projek kebun ini bagi memastikan usaha menghijaukan kawasan terbiar dengan sesuatu yang bermanfaat dapat diteruskan.
“Malah saya juga menjaga dan memberi makan ikan talapia bunga yang ada dalam longkang di sini yang dibersihkan sehingga jernih hingga boleh dilihat ikan berenang.
“Ikan talapia bunga ini sangat banyak dan seekor ikan dewasa dianggarkan seberat satu kilogram. Saya mengutip lebihan makanan di medan selera berdekatan dan memberikan daun pandan yang ditanam di sini kepada peniaga terbabit,” katanya yang setiap hari berada di kebun itu bermula 7.30 pagi hingga 7 petang.
Tambah Yen Maseri, tidak dinafikan sejak mengusahakan tanah ini daripada semak samun kepada satu ‘permata’ bernilai yang boleh dinikmati orang ramai secara terbuka, banyak cabaran dihadapinya termasuk sering diadu mengenai aktiviti perkebunannya kepada pihak berkuasa, selain dicerobohi orang luar.
“Saya faham ini tanah rizab dan mengalu-alukan sukarelawan berganding bahu menjadikan kawasan terbiar ini satu lokasi bermanfaat dan berkongsi ilmu kerana saya tiada pengalaman bertani sebelum ini.
“Malah saya juga berhubung dan memaklumkan aktiviti perkebunan di tanah milik JPS ini melakukan tindakan susulan lain untuk memastikan ia sentiasa dikemaskini kepada pihak berwajib.
“Bagi saya, setiap tumbuhan ditanam ini, jika hasilnya dikongsi bersama, buahnya juga akan sentiasa lebat dan sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya yang turut membaja pokok ini tiga bulan sekali dengan modal sendiri sekurang-kurangnya RM400.
Malah menurut bapa kepada empat cahaya mata ini, anaknya turut memberi sokongan terhadap usahanya, malah anak perempuannya turut membantu menyiapkan kandungan media sosial perkembangan terkini kebun bandar untuk tatapan orang ramai.
“Kebun bandar menerima sumbangan, contohnya jika memerlukan sesuatu seperti memasang pagar dan sebagainya. Jadi saya perlu sentiasa mengemaskini perkembangannya supaya penyumbang tahu walaupun mereka tidak turun padang.
“Saya berharap usaha ini memberikan satu nilai positif, malah saya sedang mengusahakan satu laluan khas sepanjang 250 meter untuk dijadikan denai bagi memudahkan orang ramai datang ke sini untuk menikmati suasana kebun dalam bandar,” katanya.
Dalam urusan rumahtangga, bukan semua memahami minat pasangan. Ada yang menyokong dan ada yang kurang memberikan galakan. Malah sering kali kita terdengar perumpamaan, lelaki kalau sudah berkahwin, disuruh tinggalkan minat dan tabiat zaman bujang. Hiduplah dengan cara orang sudah berkahwin. Mesti ada selalu depan mata isteri, kalau keluar kena bawa isteri dan anak-anak dan lain-lain lagi.
Sebagai idola masyarakat atas budi bahasanya, sopan santunnya malah sikap pemurahnya, Ustaz Ebit Lew cukup disenangi ramai. Ternyata kesantunannya “melayan” masyarakat, diaplikasikan dalam kehidupan rumahtangganya apabila saban hari, tanpa jemu akan sentiasa membisikan kata-kata bahawa dirinya sangat menyintai isteri yang juga bidadarinya yang sentiasa menyokong usaha dakwah dan pengorbanan masa dibuatnya selama ini.
Dalam satu perkongsian di pagenya, Ustaz Ebit Lew memaklumkan dirinya akan sentiasa membisikkan kata-kata “I Love You Sayang” kepada bidadarinya setiap pagi. Tanpa sokongan dari isterinya, pasti usahanya tidak selancar hari ini.
Berikut catatannya :-
Saya bisik pada bidadari saya setiap pagi. Hargai sedikit masa yang ada. I love you sayang. Terima kasih selalu jaga anak-anak. Didik anak-anak. I miss u bidadariku sayang. Rindu dan sayang sangat.. Dunia mungkin berubah tapi ada bidadari sayang dan anak-anak dimana pun rasa bahagia. Jika hati bahagia dimana pun kita akan bahagia.
Setiap pagi selalunya dapat bercakap sekejap dengan bidadari tercinta. Lepas tu keluar rumah balik dah lewat malam. Jika ada masalah besar tiba-tiba tak balik beberapa hari. Tapi nak tahu tak, bidadari inilah yang selalu beri semangat dan doa.
Orang boleh cakap apa sahaja. Kita lalui dan pilih jalan perjuangan ini. Cukuplah Allah tempat bergantung berserah. Kita tak hidup untuk orang. Kita hidup untuk Allah sayang. Kepada Allah kita adukan kesedihan dan kesusahan. Sayang semua orang dan maafkan semua orang.
Ya Allah jika ada pahala untuk sedikit usaha kecil ini saya hadiahkan pahala buat ibubapa saya. Saya hadiahkan pahala buat bidadari ini yang sebenarnya pejuang. Tak banyak cakap, tak pandai komplen. Tak pernah mengeluh. Sentiasa hadiahkan senyuman. Banyak berkorban dan berdoa menangis untuk suami dan setiap insan atas dunia ini.
Terima kasih bidadariku. Dari hati abang. I love you bidadari sayangku. Terima kasih bidadari sayang. (Tq Airis anakku selalu ambil gambar)
Mari kita amalkan perkara sama bagi yang sudah berumahtangga dengan mengungkapkan kata-kata itu kepada pasangan kita. Perlu tahu, kita hanya akan bertemu pasangan di dunia sahaja kerana bila tiba hari Akhirat, di Padang Masyhar, kita keseorangan. Tidak kenal mak ayah, tak kenal anak-anak, tak kenal suami/isteri, adik beradik dan saudara mara sebaliknya kita bergelut dengan diri sendiri di hadapan Allah taala.Jika kita memperoleh buku catatan amal di tangan kanan seperti dinyatakan dalam surah Hari Kiamat iaitu surah Al-Waqiah, beruntunglah kita kerana kerana golongan kanan akan dimasukkan ke syurga manakala bagi menerima buku amal di tangan kiri, nerakalah tempat kita.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Walaupun keduanya sudah berpisah dan memilih pasangan masing-masing, tetapi hubungan keduanya tetap baik. Ukhwah yang terjalin erat sementelah keduanya masih menjadi ibu bapa kepada tiga anak hasil perkongsian hidup sebelumnya.
Inilah uniknya hubungan silaturrahim anara Norman Hakim dan bekas isterinya Abbby Abadi.
Hubungan mereka cukup akrab dan sering dilihat bersama-sama menjalin ukhwah bersama dengan keluarga masing-masing.
Terbaru, Norman Hakim dalam perkongsiannya di laman Instagram baru-baru ini ketika meraikan ulang tahun kelahiran Abby Abadi ke 42 tahun, dia mendedahkan detik cemas yang dilalui wanita yang juga ibu kepada anak-anaknya ini, dan juga bayi pramatangnya, Danie Firman Faizal bertarung nyawa di hospotal.
Menurut Norman dia bersyukur sebab Abby masih lagi survive untuk meneruskan kehidupan biarpun berdepan saat kritikal kerana mengalami tumpah darah untuk menyelamatkan bayinya.
Dan ternyata sehingga hari ini dengan izin Allah keduanya masih hidup derta boleh terus bernafas di muka bumi Allah SWT.
Norman berkata dia teringat saat dalam perjalanan ke hospital dirinya sempat berdoa sambil menangis dan mendongak ke langit yang ketika itu tengah hujan agar Abby dan anaknya selamat.
Tambah Norman lagi dia tahu salah satu waktu doa paling mustajab adalah ketika hujan turun
Ntah la bok..tp birthday awak kali ni saya rasa hiba sangat.Hiba tanda syukur sbb awak masih lagi ‘survived’ dalam hidup duniawi ni.Allah s.w.t & kita2 je ( @jaiezzany & @memeysuhaiza ) yg tahu betapa kritikalnya keadaan awak masa awak tumpah darah nak selamatkan Baby Daniel Firman Faizal hari tu
Masa tu hujan lebat bok,saya bawak motor full throttle sampai terangkat2 tayar depan pergi hospital.Saya nangis dongak ke langit mohon pada Allah s.w.t tolong selamatkan kedua2 awak & Baby Daniel sbb kan salah satu doa yg in shaa Allah mustajab adalah masa tgh hujan.Org takkan perasan sy menangis masa tu sbb dah tak boleh nak bezakan antara air hujan & air mata
Dan hari ni Allah s.w.t bagi izin utk awak bernafas utk ulangtahun kelahiran yg ke sekian kali bersama Baby Daniel & yang tersayang.Kitaorang sayang awak sangat2 Bok.Awak insan hebat yg mempunyai hati & aura yg luar biasa.Dan saya personally berterima kasih banyak2 kat awak & jugak @memeysuhaiza yg sentiasa berusaha menjadi Mama & Mummy terbaik buat anak6 saya dengan izin dariNya
Perkongsian Norman turut mendapat respon postif dari warganet. Masing-masing sangat gembira dengan ukhwah yang terjalin antara keduanya dan mengharapkan berkekalan hingga ke akhir hayat.
rafidah_mohd_arifin Terbuktilah jodoh, rezeki dan ajal tu milik Allah. Dia yg aturkan ketiga2 ni utk keluarga besar ini dgn penuh dugaan. Sesungguhnya, setiap kesulitan ada kebahagiaan.
gee_girlz Allahu..menitik airmata sy baca ni..betapa mulianya nikmat kasih syg sesama keluarga ni…Selamat Hari jadi kak @abby_abadi112 Moga sentiasa dalam Lindungan Allah SWT..Amin
saziyanisaearani. Happy birthday @abby_abadi112.. Semoga ukhwah diantara kalian sentiasa utuh dan berbahagia selalu hingga jannah.. Aamiin
mama_izz_ Allahhuu sedih nyaa baca … Semoga kalian semua sentiasa dalam berkasih syg hingga ke Syurga Nya… Aminnnnn
azmahrazak allah sy pun sebak baca coretan Norman buat Abby Abadi alangkah bagusnye family ini dijadikan contoh buat semua baik artis @ bukan artis yg mana ibu bapa berpisah,buang ego demi anak²..semoga keluarga ini sentiasa dlm lindunganNYA selalu..doakan sy jg semoga terus kuat utk membesarkan anak² tanpa insan bergelar suami..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?