Hari ini di negara seberang diselubungi berita duka apabila pasangan suami isteri, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Ardiansyah selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Taman Malaka Daerah Pesanggrahan, Jakarta Selatan sebelum tengahari tadi.

Sejak semalam kisah pasangan selebriti ini mendapat liputan meluas selepas keduanya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Plaza Tol Jombong selepas kenderaan dipandu pemandu mereka, Tubagus Joddy terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Keduanya pasangan selebriti ini disahkan meninggal dunia dalam kemalangan dahsyat ini namun anak tunggal mereka, Gala Sky Ardiansyah, kurang dua tahun dilaporkan terselamat namun mengalami kecederaan.

Mahu Mati Bersama, Allah Tulis Takdir Pasangan Ini Meninggal Serentak. Dikebumi Dalam Satu Liang Lahat

Dan apa yang menyedihkan bagi kisah pasangan selebriti terkenal Indonesia ini, Febri atau disapa Bibi yang juga seorang pengusaha tekstil bagaikan tahu ajalnya sudah mendekat kerana dalam beberapa temuramah dihadiri mereka, keduanya dilihat sering berbicara soal mati. Begitu juga Vanessa yang sempat menitipkan pesanan buat putera tunggalnya yang membuatkan ramai menangis.

IKLAN

Dalam satu temubual bersama media di sebuah rancangan tv, saat ditanya pengacara andai ditakdirkan mereka hidup bersendirian, bagaimana perasaannya, Vanessa pantas menjawap, dia tidak mampu memikirkan jawapan itu (masih bingung) namun, jawapan dari suaminya membuatkan dirinya seakan terpempan dan tidak percaya jawapan itu keluar dari mulut suaminya.

Ini kerana Bibi mengatakan, jika Vanessa tiada, dirinya juga akan ikut mati kerana rasa kasihnya yang sangat mendalam pada isterinya itu. Dan ternyata, ajal keduanya sudah tertulis untuk mati bersama dan dikebumikan di satu liang lahat bersama-sama.

IKLAN

Bahkan dalam satu temubual lagi, kelihatan air mata Vanessa berjujuran saat menitipkan pesanan buat putera tunggal mereka.

“Katanya dirinya belum mampu menjadi ibu yang baik buat anaknya itu namun dirinya akan terus berusaha walau mengharungi pelbagai cabaran termasuk pernah di penjarakan sebelum ini kerana kes dadah.

IKLAN

Bagaimana pun dilihat Bibi tenang memberikan nasihat buat anaknya agar menghargai ibunya walau apa saja berita pernah dibacanya sebelum ini (kes penjara ibunya) dan perlu menyayanginya sepenuh jiwa.

Ternyata pemergian pasangan ini ditangisi walau pun sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa kontroversi. Namun di akhir hayat mereka, ramai yang bersedih dan menyedekahkan Al-Fatihah buat pasangan ini. Bahkan tanah perkuburan penuh dikunjungi ramai. Semoga syurga buat mereka.

https://www.tiktok.com/@mak_bucin_ahha/video/7026644315887750426?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI