Ketokohan beliau dalam menyampaikan ilmu serta dakwahnya amat disegani. Apa saja perbuatan baik yang dilakukan menjadi ikutan serta amalan harian.
Ternyata keperibadian Menteri Agama yang dulunya sebagai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memang sangat disegani ramai.
Beliau gemar melayan warganet yang ingin bertaya apa juga soalan berkaitan hukum akidah atau fiqah atau perkara lain di laman twitternya.
Ads
Dalam satu posting laman sosial twitter, seorang pengguna ada memberitahu doa yang sering beliau baca setiap kali mengakhiri ucapannya.
Rupanya adalah doa mengelak wabak. Dan sangat bagus untuk kita amalkan dalam saat penularan wabak merbahaya, COVID-19 ini.
Ads
Maksud doa ini adalah:
Ads
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk”.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Korbankan kepentingan diri sendiri untuk ayah. ‘Inilah peluang saya kejar pahala.’ Begitulah kasih seorang wanita yang sanggup lakukan apa saja demi berkhidmat dan menjaga orang tuanya.
Peluang menjaga orang tua yang sakit seharusnya menjadi rebutan anak-anak mengejar pahala. Dalam sebuh hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a:
Bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah, Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai rasulullah? Baginda menjawab: Seseoang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).
Demi perasaan kasih yang tidak berbelah-bahagi kepada bapanya, wanita ini sanggup memandu 175 kilometer (km) setiap minggu dari Segamat, Johor Bahru ke Nilai, Negeri Sembilan untuk menjaga insan kesayangannya.
Farah Nurul Fatimah Rezemi, 28, yang bekerja sebagai juruterapi spa di daerah ini sudah melakukan rutin itu sejak tiga tahun lalu selepas bapanya, Rezemi Budin, 64, diserang angin ahmar.
Menurutnya, dia bergilir menjaga Rezemi yang tidak boleh menguruskan diri, tidak mampu berjalan dan pernah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala sejak 2017.
“Adik bongsu, (Kamil, 27) yang juga autism menemani ayah dan emak (Talhah Palil, 64) di rumah tetapi kami adik-beradik lain akan bergilir-gilir temankan ayah menjalani pemeriksaan dan setiap hujung minggu kakak akan jaga ayah, manakala saya akan pulang pada hari biasa untuk temankan mereka pula.
“Selain itu, Kamil juga berstatus orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran turut perlu menjalani pemeriksaan susulan jadi kami juga akan bergilir-gilir bawa dia ke hospital,” katanya ketika dihubungi.
Biarpun terpaksa berulang alik setiap minggu dan menanggung kos perjalanan ketika kos sara hidup meningkat ketika ini, Farah Nurul Fatimah tidak menganggapnya satu beban, asalkan dapat bersama insan tersayang.
“Wang boleh dicari dan sementara masih muda serta ada peluang, biarlah ‘healing’ bersama ayah dan keluarga. Keadaan di rumah sangat perlukan bantuan saya, jadi penat itu kita tolak tepi.
“Kalau boleh memang mahu duduk bersama ayah tetapi buat masa ini ada kekangan dan rezeki masih berada di negeri orang, namun apa yang penting saya cuba melakukan yang terbaik bagi mendapat reda ibu bapa dan Allah SWT,” katanya.
Menurut Farah Nurul Fatimah, dia pernah mengambil cuti tanpa gaji sepanjang Ramadan dan Aidilfitri lalu sekali gus berpeluang merakam video kenangan bersama bapanya, namun mengakui menjaga warga emas sakit tidak mudah.
“Saya ada kenangan paling ‘best’ apabila ayah muntah dalam kereta tetapi itu bukan masalah kerana kenderaan boleh dicuci asalkan ayah selesa.
“Ayah pernah suruh hantarnya ke rumah orang tua sebab rasa membebankan, tetapi kami tak sanggup dan akan jaganya sampai bila-bila.
“Ini adalah tanggungjawab kami lima beradik sebagai anaknya dan tidak terbalas jasa ayah.
“Jaga orang sakit memang perlu sabar dan sejak sakit ayah sensitif tetapi dia selalu cakap terima kasih sebab jaga dan bawanya berjalan. Kami anggap ini peluang untuk mengejar pahala sebagai bekalan di sana nanti,” katanya.
Dia yang masih bujang tidak memikirkan soal jodoh buat masa ini kerana mahu memberi perhatian kepada bapa dan adiknya, namun suka berkongsi mengenai bapanya di media sosial sebagai kenangan serta terapi dirinya.
“Saya suka ambil gambar dan video untuk diabadikan sebagai kenangan, malah ada pengikut yang berkongsi pengalaman sama cakap video saya buat mereka rindu pada orang tua mereka selain menulis juga terapi untuk saya,” katanya.
Bagi sesiapa yang menunaikan haji di Tanah Suci Mekah, selain untuk menyempurnakan ibadah pastinya mengimpikan untuk meninggal dunia di tanah Madinah kerana mahu berdekatan dengan Nabi Muhammad SAW.
Namun kita hanya merancang dan hanya Tuhan yang menentukan. Jika bukan disebabkan takdir dariNya, tidak mungkin impian untuk berada dekat dengan Nabi Muhammad SAW akan terlaksana.
Seperti perkongsian di laman Instagram PU Amin yang memberitahu impian seorang wanita yang mahu duduk berdekatan dengan Nabi Muhammad dan ternyata Allah kabulkan niatnya itu.
Almarhum Sabariah Simek yang mengikuti rombongan jemaah Simply Umrah meninggal dunia di Madinah dan jenazahnya telah disempurnakan solat jenazah oleh jemaah di Masjid Nabawi.
Menurut PU Amin, dia bersyukur kepada Allah dapat menghantar jenazah Makcik ini ke Baqi’ dan memohon agar Makcik ini agar dapat mengingati mereka dan membawa untuk berjumpa Nabi dan dapatkan syafaat Nabi di Padang Mahsyar nanti.
Dan sebagai balasan menurut PU Amin adalah supaya Makcik ini nanti dapat memanggil dan selamatkan mereka di Padang Mashyar.
Impian dan cita cita nya duduk dekat Nabi Muhammad Saw . Alhamdulillah Allah kabulkan . Selesai urusan dokumentasi dan proses mandi kafan dia meninggal semalam..
Hari ini semua jemaah di Masjid Nabawi telah malaksanakan Solat Jenazah makcik iaitu Al Marhumah Sabariah bt Simek ( jenazah no 15 )..
Dia adalah jemaah Simply Umrah bersama kami semua . Alhamdulillah dapat hantar dia ke baqi’..
Moga makcik ingat nama orang orang yang bantu makcik didunia ini untuk ke Baqi’ tau, moga makcik dapat bawa kami jumpa Nabi dan dapatkan Syafaat Nabi masa di Padang Mahsyar . Kami tak harapkan balasan lain , kami nak makcik panggil kami dan selamatkan kami dalam ramai ramai orang dekat Mahsyar nanti . Bantu kami Ya Makcik..
Selamat berehat Makcik . Seronok sangat dapat tinggal di baqi’ . Untung makcik . Jangan lupa kami makcik . Saya pulang ke Malaysia dulu makcik . Moga makcik gembira dan aman di sana.
“Siapa yang mati dimadinah dan dikebumikan di baqi’ , mereka ini akan utama dan layak mendapat syafaat ku” -mafhum hadis-..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapa tidak mengenali pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang begitu bermurah hati dalam membantu golongan memerlukan.
Terbaru, Ustaz Ebit Lew dilihat menghulurkan bantuan menyediakan air kepada penduduk yang terjejas akibat masalah keputusan bekalan air di beberapa kawasan.
Jadi beliau terpanggil untuk membantu membeli air dengan dua lori besar untuk diagihkan kepada penduduk terbabit.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang sangat menyentuh hati lebih-lebih lagi apabila melihat warga tua turut beratur untuk mendapatkan bekalan air.
“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.
“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.
“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.
“Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan-ebitlew
Perkongsiannya ini mendapat respon dari warganet yang memuji tindakan pantas Uztaz Ebit Lew dalam menghulurkan bantuan di saat masyarakat amat memerlukan bantuan.
drhalina Sampai ketahap beli lori tangki air… hati ustaz mmg sgt baik… semoga ustaz terus kuat utk bantu ramai org kat luar sana.. dan semoga perjuangan ustaz tak disalahertikan… terima kasih ustaz..
syahmin_5030 Ustaz.. Allahuakbar.. Ustaz sentiasa pikit hal2 umat.. Hal2 negara terutama nya.. Sentiasa ke hadapan dlu.. Semoga ustaz sentiasa dilindungi sihat sejahtera..
mohd_hafizan8 mashaAllah. tk kira agama dan bangsa. saling tolong antara kita.. semoga ustaz selalu dimurahkan rezeki. dipanjangkan umur dan sentiasa dilindungi
bobbappe_7781 Masyaallah..semoga ini asbab syurga..untuk ustaz
syahmizailan Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita. Aminn…