Syukur kasih sayang berbalas. ‘lelaki ini sanggup berhenti kerja jaga mak, ayah angkat.’ Begitulah kasih sayang seorang anak angkat kepada kedua ibu bapa angkat menjaganya sejak kecil.
Biarpun bukan darah daging, namun keikhlasan anak ini harus dipuji kerana mengorbankan masa mudanya untuk menjaga orang tua yang sedang diuji kesihatannya.
Sepasang suami isteri bersyukur apabila kasih sayang yang dicurahkan selama ini ‘berbalas’ apabila anak angkatnya sanggup menjaga mereka yang menghidapi pelbagai penyakit sejak 2020.
Menurut Kamri Doryat, 64, kesihatannya terjejas selepas disahkan mengalami masalah paru-paru tersumbat kronik (COPD) dan tulang belakang sejak tiga tahun lalu.
Katanya, isterinya, Faridah Jamal, 65, pula menghidap penyakit kencing manis dan kaki kanannya terpaksa dipotong sehingga paras lutut.
“Sebelum ini, kami mempunyai seorang cahaya mata, namun telah meninggal dunia pada usia empat tahun.
Ads
“Tidak lama selepas pemergiannya, kami telah menjadikan Nur Ikmal sebagai anak angkat,” katanya.
Lelaki Ini Sanggup Berhenti Kerja
Katanya, kini hidup mereka bergantung kepada Nur Ikmal, 24, dan pemuda itulah yang akan menyediakan segala kelengkapan mereka suami isteri sebelum keluar bekerja.
“Alhamdulillah, dia sentiasa ada di sisi memberi perhatian terhadap kami dan banyak membantu ketika proses penyembuhan secara berperingkat sehinggalah kami mampu mengurus diri sendiri termasuk membersihkan diri.
“Sebelum keluar bekerja dia akan pastikan segala-galanya sudah siap tersedia seperti ubat, lampin pakai buang dan keperluan lain. Ketika dia sedang bekerja, anak saudara kami yang tinggal berhampiran akan menghantar makanan,” ujarnya.
Ads
Jaga Mak, Ayah Angkat.’
Sementara itu, jelas Nur Ikmal, keadaan kesihatan bapa dan ibu angkatnya yang merosot menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja sejak Ogos tahun lalu.
Katanya, dia baru kembali bekerja minggu lalu sebagai penjaga parkir dengan gaji RM1,500 sebulan.
“Pasangan suami isteri membesarkan saya sejak kecil dan kasih sayang yang dicurahkan tak berbelah bahagi, saya tak akan lupakan jasa mereka berdua.
“Bapa pernah mengalami lumpuh, manakala ibu pula terlantar sakit, saya tak mampu membiarkan mereka dalam keadaan seperti itu lalu mengambil keputusan untuk berhenti kerja selama setahun untuk menjaga mereka di rumah,” ujarnya.
Ads
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghubungi di talian 011-2755 7646 atau menghulurkan bantuan ke akaun Kamri Doryat, 0110029853370199 (Bank Simpanan Nasional).
Sah atau tidak solat di atas batu yang airnya mengalir? Isu ini mula timbul apabila tersebar gambar Sahabat Amal Care yang menjalankan kerja-kerja pemasangan paip di puncak Gunung Jerai kerana orang kampung terputus bekalan berikutan tragedi kepala air di kawasan terbabit minggu lalu.
Ternyata dari sekeping gambar ia menjadi sebuah cerita. Ustazah Asma’ Harun yang juga Pengasas & Penaung NGO Sahabat Amal Care berkongsi mengenai isu ini. Baca penjelasan dari pendakwah terkenal ini berkaitan sah atau tidak solat di atas batu yang menjadi pertikaian dan pertanyaan orang ramai selepas isu ini diperbesarkan. tidak hanya Ustazah Asma’ Harun menjelaskan solat ini sah, pendakwah Ustaz Azhar Idrus juga mengulasnya dan memaklumkan seluruh bumi ini Allah jadikan suci untuk umat akhir zaman (iaitu kita semua) bersolat kecuali dua iaitu tandas dan tanah perkuburan.
Baca penjelasan dari Ustazah Asma’ Harun dikongsi di fbnya.
Satu keping gambar tafsiran pelbagai. Cara mata melihat dan hati berbisik, lalu kata-kata atau tulisan terbit dengan pelbagai nada. Pertama kali saya lihat gambar tersebut, saya rasa sebak dan apa yang terlintas dihati ;
Mereka usaha solat berjemaah (mungkin awal waktu) dalam suasana kiri kanan hutan tebal memang tiada kawasan lapang, tiada tanah kosong melainkan pokok besar dan lalang hutan yang tinggi, mereka sedang menaiki bukit, bukan kawasan peranginan main air sungai dan air terjun.
Apa yang mereka lakukan agak berbahaya, merisikokan nyawa, sudah tentu kewajipan solat akan disegerakan agar lebih tenang dan bersedia. Saya percaya mereka bukan niat nak menunjuk, riyak atau mencari publisiti. Mereka hanya ingin menunaikan kewajipan solat dalam apa jua keadaan.
*Kalau saya la, lagi takut solat dalam lalang tu, terbayang binatang berbisa dan lain-lain. Saya juga ada pengalaman solat atas batu, waktu camping dan program dalam hutan. InsyaAllah mereka dah memilih batu yang tak licin dan stabil. Mereka juga mungkin tiada masa nak tebas hutan bagi lapang untuk solat dll. Alhamdulillah mereka semua selamat sahaja.
Tuan Puan, solatnya jelas sah, cukup syarat wajib solat, syarat sah solat dan rukun solat. Allahu Akbar, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Aku (Rasulullah SAW) diberikan lima kemuliaan yang tidak diberikan kepada sesiapapun sebelum aku.. (antaranya) dijadikan kepada aku bumi sebagai tempat sujud dan tanahnya untuk bersuci. Oleh itu, dimana sahaja seseorang itu mendapati waktu solat, maka hendaklah dia mendirikan solat. HR al-Bukhari: (438)
Maksudnya: Setiap jengkal di bumi ini merupakan masjid (tempat sujud untuk solat) kecuali di atas kuburan dan tandas. HR al-Tirmidzi (236), Ibn Majah (737) dan Abu Daud (415)
Saya rasa terkilan apabila ada pihak atau individu yang sinis dengan situasi solat atas batu ni hingga dituduh menunggang agama dan pelbagai sindiran tajam. Kenapa terus menerus menunggang politik, hingga dalam kerja kebajikan pun masih tidak boleh jadi asbab penyatuan ummah.
Saya sendiri dan kami NGO Sahabat Amal Care memang terlibat secara langsung dengan misi ini. SAC menyalurkan infaq orang ramai kepada projek waqaf paip ini. Kami menyaksikan perjalanan sukar mereka memakan masa yang berjam-jam berjalan kaki untuk sampai ke kawasan tepat di atas bukit.
MENGAPA MEREKA PERLU MEMBAHAYAKAN DIRI UNTUK MELAKUKAN KERJA-KERJA PEMASANGAN PAIP TERSEBUT?
Berikutan tragedi kepala air yang berlaku dalam musibah banjir, beberapa perkampungan di sekitar kaki Gunung Jerai, telah terputus bekalan air berikutan paip utama pecah, jangka waktu baik pulih memang memakan masa, sedangkan mereka perlu mendapatkan bekalan air bukan hanya untuk keperluan harian, tapi untuk membersihkan lumpur tebal, jika tidak segera maka akan mengeras dan proses membersih berkali ganda sukar.
Keseluruhan sistem perpaipan bermula daripada takungan sehinggalah ke saluran paip telah rosak dan hanyut dibawa arus banjir. Dengan pantas dan cekap, para petugas disusun untuk membawa naik dan menarik paip PVC yang bersaiz 2 hingga 3 inci dan panjangnya 100 meter setiap satu gulungan ke sumber air bersih di puncak bukit.
Peringkat awal masih boleh melalui darat, satu masa mereka perlu melalui dan berada di dalam sungai. Bukan hanya pasang satu saluran paip atau untuk satu kampung, tapi untuk banyak kawasan.
Lebih mencabar lagi apabila cuaca di sini hujan lebat, jalan untuk menaiki bukit menjadi licin dan lecak. Ditambah dengan pokok-pokok dan batu-batu yang besar, perjalanan menjadi lebih sukar.
Mereka buat semua ini percuma, lillahita’ala, tanpa bayaran tanpa upah apa-apa. Siapa kenal mereka dengan nama apapun akan tahu siapakah tentera kebajikan ini. Unit Amal, Jabatan Amal atau Khidmat Malaysia.
Saya sendiri membesar dengan melihat bagaimana mereka memberi khidmat dengan hati dan iman. Sayap wanita mereka antaranya Ameerah, Briged Muslimat, Aalimat dan lain-lain.
Kerja kebajikan dalam misi ini bukan hanya dilakukan oleh umat Islam, kami juga jumpa NGO dan sukarelawan non-muslim yang turun padang, kita boleh tolak tepi perbezaan agama dan bangsa, kenapa sesama umat Islam perlu begini.
Bila berlaku misi, kami sendiri suka bekerjasama dan mengutamakan pemimpin tempatan, kerana mereka terlebih dahulu yang sampai ke lokasi kejadian dan memulakan bantuan. Begitu juga dengan NGO lain, saling bekerjasama dan melengkapi. Ini bukan medan siapa lebih bagus, lebih cepat atau lebih banyak memberi. Nauzubillah, bimbang pahala yang dicari bertukar dosa dan saling membenci, ia sangatlah rugi.
Iya, saya terasa dengan isu ini. Mungkin kerana selama 4 hari kami disini kami melihat bagaimana mereka bekerja dan beramal. Solat jemaah jika dapat awal waktu memang menjadi keutamaan mereka.
Kami turun ke Kedah hari ke 3 selepas musibah banjir, dan sungguh kami kagum dengan para pemimpin tempatan, YB yang kami jumpa iaitu YB Ustaz Azam, YB Ustaz Sabri dan YB Ustaz Hanif, turun padang macam rakyat biasa tiada beza, tiada layanan istimewa. Mereka adalah YB kawasan banjir.
Sesampainya kami ke tempat kejadian, banyak bahagian dalam rumah yang sudah pulih, kami hanya perlu membantu mana-mana bahagian yang mereka tak mampu. Atas faktor keletihan dan kekurangan tenaga, terlalu banyak rumah, dan operasi banjir selut sangat jauh beza dengan banjir air sahaja.
Kami kagum dengan gerak kerja jentera mereka, daripada kalangan muslimin dan muslimat, daripada yang memasak, menyediakan dan menghantar makanan serta minuman untuk mangsa banjir setiap hari. Bahkan petugas yang membersih dan menyampaikan bantuan terdiri daripada kalangan anak muda hingga warga emas, malahan yang sudah mencecah usia 80 tahun ke atas pun ada.
Ada hikmah atas semua yang berlaku, mungkin dengan ini masyarakat lebih kenal siapa mereka.
TUAN PUAN,
SIAPA JABATAN AMAL MALAYSIA ?
Jabatan Amal Malaysia sebelum ini pernah dikenali sebagai ‘Unit Amal’ dan telah ditubuhkan sejak 1991.
Di awal penubuhan jabatan ini, ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, antaranya kekangan kewangan, tiada bantuan dan sokongan, tenaga kerja yang kurang dan bersilih ganti.
Namun, jabatan ini tetap terus melangkah dan semakin kukuh tahun demi tahun. Anggotanya tetap berintegriti dalam memberi dan membantu walau apa jua situasi. Bahkan mereka sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan apabila rakyat Malaysia dan negara jiran memerlukan.
Saya kongsikan beberapa fungsi bahagian di bawah Jabatan Amal Malaysia:
1) BAHAGIAN OPERASI
Terdiri daripada Kor Medik dan Penyelamat yang berfungsi sebagai penyelamat dan perubatan.
2) BAHAGIAN LATIHAN
Merancang latihan, pelaksanaan latihan, kejurulatihan dan penyelarasan pangkat.
3) BAHAGIAN KEBAJIKAN
Merancang dan melaksanakan kerja-kerja dakwah, tarbiah dan kebajikan dengan bertujuan menyampaikan risalah dakwah menerusi kerja kebajikan. Di bawahnya terdapat Kor Tarbiah dan Dakwah serta Kor Kebajikan.
4) BAHAGIAN PELAPIS
Bertanggungjawab bagi membentuk generasi muda yang beriman, beramal Islami dan bertakwa, dengan menguruskan Kadet Amal dan Briged Amal.
5) BAHAGIAN STAF
Sebagai sekretariat urus tadbir oleh Ketua Pegawai Tadbir dan Ketua Pegawai Kewangan.
MEREKA BUKAN SAHAJA TERLIBAT DALAM MISI BANJIR INI, BAHKAN PELBAGAI MISI KEBAJIKAN LAIN YANG TURUT DIJAYAKAN, ANTARANYA:
Dan pelbagai lagi yang tidak tertulis.
SubhanAllah, AllahuAkbar, jiwa mereka hidup dengan mewaqafkan diri dan tenaga untuk kebaikan ummah. Melakukan tugas tidak mengira waktu walau tanpa bayaran dan kadang kala tiada liputan media. Namun masing-masing tetap istiqomah memberikan yang terbaik. Benar, mereka juga antara hero yang jarang didendang.
Dalam menghulurkan bantuan dan misi kemanusiaan, tugas kita ialah untuk saling bekerjasama, bahu-membahu dan saling berganding kekuatan antara satu sama lain.
Alhamdulillah, dengan adanya waqaf paip ini, bekalan air bersih dapat dinikmati oleh penduduk setempat khususnya di kawasan kampung sekitar kaki Gunung Jerai.
Tanpa sumbangan Tuan Puan sekalian, waqaf ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga setiap air yang mengalir itu memberi manfaat dan pahala yang tidak putus juga buat semua penyumbang.
SEMOGA ALLAH MENYATUKAN KITA SEMUA DALAM JALAN KEBAIKAN.
TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG DERMAWAN KERANA SENTIASA MENYOKONG KERJA KEBAJIKAN DAN DAKWAH YANG SEDANG DIUSAHAKAN.
SEMOGA SEGALA KEBAIKAN KALIAN DIGANJARKAN SYURGA ALLAH SWT.
KAMI HANYA JENTERA KECIL YANG TURUT SAMA MEMBANTU MEWAKILI RAKYAT MALAYSIA.
Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah SWT akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun.
Telah ditanya; Wahai Rasulullah SAW, Bagaimanakah selawat itu?
Baginda menjawab “Allah humma salli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummi” (Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”) [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith)
Selawat pada hari Jumaat 80 kali boleh menghapuskan dosa. Rasulullah SAW juga ada bersabda yang menyatakan:
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas sembahyang Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah.
Allahumma Solli ‘Alaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa-’Alaa Aalehi wa-sallim Tasleeyma.[Al-Jami Al-Saghir; Allamah Sakhaawi RA dalam Al-Qawl al-Badee’; Imaam Daraqutni RA and Al Muassah al-Rayyan]
Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku.
Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekelian Nabi. (Riwayat Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”. (Riwayat Al Baihaqi)
Beruntungnya mereka yang memperbanyak selawat ke atas nabi SAW kerana selawatnya itu bukan hanya dibalas oleh Allah SWT malah selawatnya juga sampai kepada Rasulullah SAW dan dibalas pula oleh Rasulullah SAW.
Inilah satu amalan yang mana akan dibalas oleh Allah dan Rasul SAW. Jadi perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi terutama pada hari Jumaat yang mulia ini.
Sumber Kredit: pelikdunia via nasihat ustaz
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Nasib sempat elak.’ Imam diserang lelaki kurang siuman ketika solat subuh di sebuah masjid di Kuantan Pahang semalam. Mujurlah imam sempat elak daripada serangan lelaki tersebut.
Namun solat jemaah terhenti seketika atas tindakan lelaki tersebut, terkini lelaki tersebut teah ditahan untuk siasatan.
Lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas menyerang seorang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, Kuantan.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 pagi itu, suspek berusia lingkungan 40-an yang berpakaian baju Melayu warna ungu dan berkain pelikat serta berseluar hitam datang menyerang mangsa dari belakang.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang menjadi imam jemputan untuk solat subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.
“Ketika solat Subuh masuk rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah seramai 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shuter’ masjid.
“Seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menolak jemaah dari arah belakang menuju ke imam serta cuba memukul imam dengan selipar di tangannya.
“Imam terus mengelakkan diri dari serangan itu menyebabkan solat dihentikan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, pihak keselamatan masjid dan jemaah bertindak menghalang tindakan lelaki itu serta menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.