Selain Indonesia atau Vietnam, Korea juga menjadi destinasi pilihan untuk kaki travel. Bukan saja kerana promosi tiket murah, tetapi kerana keindahan tempat berkenaan terutama buat kaki selfie.
Biarpun bukan negara Muslim, tetapi pengunjung ke Korea mudah untuk mendapatkan makanan halal. Walau pun begitu, ada juga beberapa tempat yang perlu kita pastikan makanan dijual adalah ‘halalan tayyiban’.
Salah satu tempat yang dikatakan agak meragukan status halal makanan dijual adalah di Myeongdong Street. Walaupun banyak menjual makanan ‘halal’ di kawasan yang popular ini.
Myeongdang Street.
Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang netizen mempersoalkan mengenai status kehalalan makanan di sana.
Dalam posting dimuat naik di laman twitter, dia ternampak ‘taktik’ licik salah seorang penjual sebuan stall yang telah menyalah guna label halal ini.
Menerusia satu perkongsian video, pemilik akaun menggunakan nama @Najib_Ayub telah merakam gelagat seorang penjual yang katanya telah menaikkan signboard halal apabila ternampak ramai wanita bertudung di kawasan kedainya.
Namun begitu, peniaga ini kemudiannya bertindak turunkan semula signboard berkenaan apabila melihat pelancong dari Filipina yang datang ke kedai berkenaan.
Dekat Myeondong Street, penjual dekat stall ni bila dia nampak ramai orang pakai tudung jalan dekat situ dia tukar signboard yang ada halal tapi bila dah ramai tourist dari tempat lain *(time ni ramai orang Filipina dtg stall) dia turunkan signboard tu letak dekat tepi. pic.twitter.com/cNIL8n7Z6o
Dalam postingnya juga dia sempat menasihatkan kepada mereka yang mahu berkunjung ke Korea supaya berhati-hatri dalam mencuba street food di sana kerana bimbang terkena dengan sikap peniaga yang mengambil kesempatan.
Malah ada antara salah satu kedai yang turut menyediakan daging khinzir namun meletakkan tanda halal di sana.
Ternyata posting ini menarik perhatian ramai warganet dan turut bersetuju bahawa makanan di Myeongdong Street tidak semuanya halal dan kebanyakannya scam pelancon Muslim.
Jadi bagi sesiapa ‘kaki travel’ yang mahu ke sana, agar lebih-lebih berhati-hati dengan soal makanan. Kita perlu peka dengan bahan-bahan dalam makanan berkenaan adakah benar-benar halal dan boleh dimakan.
Ambil berat soal makanan diambil sebab jadi darah daging kita
Ads
Ini boleh dipraktikkan bagi sesiapa yang melawat ke Korea
Banyak makanan halal tapi mencabar untuk dicari. Key di sana cari orang middle east yang jual
Dalam pada itu, Najib ketika dihubungi oleh Harian Metro memberitahu bukan niat untuk memburukkan peniaga di situ (Korea Selatan), tetapi video dikongsi sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia yang mahu mencari makanan halal di sana.
Menurutnya juga, video berkenaan dirakam secara spontan oleh isterinya, Nurul Nadiah Abd Aris, 28, ketika berjalan sekitar kawasan berkenaan pada waktu malam.
“Ketika berjalan di Myeongdong, saya terkejut apabila melihat papan tanda dengan logo halal diletakkan di bawah meja niaga ketika kunjungan pelancong Filipina sedangkan ia digantung di hadapan gerai sebelum itu.
Ads
“Situasi itu seolah-olah menunjukkan peniaga terbabit hanya menggantung papan tanda berlogo halal ketika kunjungan kumpulan pelancong Muslim saja sebagai taktik untuk menarik kehadiran mereka.
“Namun, tidak semua peniaga di situ bersikap begitu kerana ada juga yang jujur,” katanya lagi yang turut memberitahu ada juga segelintir warganet salah tafsir dengan perkongsian video berkenaan.
Namun dia tidak peduli kata-kata negatif berkenaan kerana hanya menjalankan tanggungjawab berkongsi pengalaman ketika melancong. Malah terserlah pada mereka yang menonton untuk buat penilaian sendiri.
“Saya selalu melancong dan pernah menetap selama tiga tahun di Dublin, Ireland sebelum pulang ke tanah air.
“Apa yang saya perhatikan, terdapat satu persamaan dalam kalangan segelintir pelancong Muslim iaitu mudah tertarik untuk membeli makanan di gerai atau restoran yang mempamerkan logo halal.
“Selain itu, ramai juga yang menaruh keyakinan tanpa was-was terhadap makanan laut dijual sedangkan sos dan minyak digunakan untuk menggorengnya belum dijamin status halalnya.
“Ada juga yang memberi alasan tidak salah memakannya kerana darurat sedangkan pilihan di tangan kita.
“Apa salahnya jika kita memeriksa terlebih dulu bahan yang digunakan, memasak sendiri dan atau membeli peralatan seperti sudu, garpu serta periuk jika ragu-ragu.
“Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan peniaga saja sebaliknya perlu berusaha mencari maklumat sebelum melancong kerana segelintir peniaga menganggap hidangan bebas alkohol dan daging khinzir termasuk dalam kategori makanan halal,” katanya.
Najib bersama isteri dan anaknya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Enggan rujuk semula kerana ‘tiada hati’. ‘Lapan tahun pasangan ini bercerai,tapi masih tinggal bersama’. Ya Allah, apalah yang berada di fikiran pasangan ini sehingga sanggup mengenepikan agama dan hidup bergelumang dosa.
Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini enggan rujuk semula bagi menyelamatkan perkahwinan kerana sudah ‘tiada hati’ antara satu sama lain, tapi sanggup tinggal sebumbung seperti suami isteri.
Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIM) Melaka, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, alasan itu diberikan pasangan terbabit dalam kenyataan ketika disoal penguat kuasa JAIM.
Kerana ‘Tiada Hati’
“Bila ditanya mengapa tinggal bersama jika sudah tidak suka antara satu sama lain, mereka hanya diam saja.
“Hasil semakan mereka sudah mendaftar perceraian di pejabat agama, namun mengaku tidak pernah rujuk semula dalam tempoh edah dan sehingga kini.
“Hakikatnya, lelaki itu dan bekas isterinya yang juga peniaga makanan bukan bercerai talak tiga dan mereka boleh rujuk semula sebagaimana disyariatkan dalam ajaran Islam,” katanya dihubungi di sini.
Lapan Tahun Pasangan Ini Bercerai
Menurutnya, pasangan itu juga memberi alasan masih tinggal sebumbung kerana kasihan dan demi kepentingan dua anak mereka, iaitu lelaki dan perempuan berusia 14 dan 17 tahun.
Jelas Che Sukri, perceraian pasangan ini diketahui oleh ahli keluarga serta rakan terdekat dan mereka sudah menasihati supaya pasangan itu bernikah semula, namun tidak diendahkan kerana dikatakan selesa dengan keadaan itu.
“Hukum bersekediaman dengan bekas isteri adalah haram dan JAIM menasihatkan supaya pasangan itu segera mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama.
“Jika mahu rujuk semula, wajib bagi kedua-duanya mengadakan pernikahan baru,” katanya.
Tapi Masih Tinggal Bersama
Portal MyMetro sebelum ini melaporkan tindakan pasangan yang bercerai sejak 2015 tetapi masih tinggal sebumbung mengundang padah apabila ditahan penguat kuasa JAIM di Limbongan jam 1 pagi, Jumaat lalu.
Mereka ditahan hasil pemeriksaan dilakukan selepas menerima aduan awam daripada Ahli Rakan Setiaku JAIM (RASEIM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman.
Jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
“Dah kurus, kembali sarung seluar ketat, berkebaya.’ Siapa sangka dia pernah menangis, minta allah kurniakan haji mabrur apabila dijemput Allah ke Tanah Suci.
Benarlah manusia berubah, namun berusahalah menjadi muslimah yang menjaga auratnya. Bermula dari sedikit agar aurat terjaga.
Ternyata memang ramai wanita di luar sana kadang-kadang kembali melucutkan pakaian bila badan mula ringan, mula kurus. Jadi beringatlah!
Pertama, dicabutnya rasa malu kamu di hadapan khalayak.
Kedua, ditiupkan perasaan mahu pamerkan kecantikan diri mu, buat peragaan di tengah khalayak.
Ketiga, ditutup telinga agar kamu tidak perlu mendengar bisikan iman.
Akhirnya … dilucutnya pakaian iman agar kamu dibiarkan bertelanjang tanpa rasa segan.
Lihatlah sekeliling kita. Berapa ramai rakan-rakan berusia berpatah balik ke belakang.
Walhal rumahnya sudah kata pergi. Kuburnya melambai setiap hari.
Kurniakan Haji Mabrur
Allah ya Allah … lindungi kami serta zuriat keturunan kami dari mendengar bisikan syaitan yang di laknat Tuhan pencipta alam.
Mudah-mudahan kami semua serta mereka yang terlalai sempat bertaubat sebelum mati.
Terjemahan Surah Al-A’raaf. Ayat 027 bermaksud:
“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).
Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.
Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”
Boleh ke qada solat fardu pada waktu haram solat sunat? Kadang-kadang disebabkan sebab-sebab tertentu atau kelalaian sendiri, ada di antara kira meninggalkan solat tanpa sengaja.
Solat adalah wajib, jika tertinggal harus ganti atau qada, Tetapi adakah terdapat waktu-waktu tertentu untuk kita qada solat?Ikuti persoalan berkaitan isu ini dan hadam penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri ini.
Boleh Ke Qada Solat
Soalan:
Bolehkah saya melakukan qada solat fardu pada waktu haram solat sunat iaitu selepas Subuh dan selepas Asar?
Maksudnya:
“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh.”
(Surah Maryam: 59-60)
Ibn Abbas RA berkata:
“Pengertian ‘meninggalkan solat’ tersebut bukanlah bererti meninggalkan solat itu sama sekali, malah yang dimaksudkan ialah mengakhirkannya dari waktunya.”
Lima Waktu
Secara asasnya, solat qada tidak ditegah untuk dilaksanakan pada waktu-waktu yang diharamkan solat.
Walau bagaimanapun, jika seseorang itu sengaja bermaksud untuk melewatkan sesuatu solat yang bukan pada waktunya dalam waktu yang diharamkan solat, maka hukumnya adalah haram dan solat itu tidak sah walaupun ianya merupakan solat qada yang wajib disegerakan (jika ditinggalkan tanpa keuzuran) kerana (alasan) dia telah dikira menentang hukum syarak.
Namun, jika tujuan melewatkan sesuatu solat yang bukan pada waktunya dalam waktu yang diharamkan solat itu kerana kebetulan atau kerana sebab yang tertentu (bukan dengan niat sengaja melakukannya pada waktu tahrim tersebut) seperti mengerjakan solat jenazah selepas sembahyang Asar dengan harapan agar ramai jemaah bersolat, maka hal itu adalah diharuskan.”
Maksudnya: “Janganlah kamu bermaksud (sengaja) melaksanakan solat kamu pada waktu matahari terbit dan juga waktu terbenamnya.”
Riwayat al-Bukhari (3273), Muslim (828), al-Nasa’ie (571) dan Ahmad (4695)
Pada Waktu Haram Solat Sunat?
Justeru, kami tegaskan bahawa boleh qadha solat pada bila-bila masa terutamanya waktu yang baru terlepas.
Di sisi mazhab Syafie para ulama’ memperincikan masalah ini seperti berikut:
Sekiranya seseorang meninggalkan solat kerana uzur syarie seperti tertidur atau lupa yang tidak melampaui had, maka sunat baginya untuk segera menqaha’ solatnya, namun sekiranya seseorang meninggalkan solat tanpa uzur syarie maka wajib baginya untuk segera menqada solatnya.
Kashoorga: Setiap solat yang tertinggal perlu diqada.
Duit raya sudah jadi sebahagian tradisi raya kita, malah kebanyakan kita akan awal-awal lagi membuat persiapan kewangan untuknya.Amalan ini juga sebenarnya selari dengan ajaran...