Tidak semua orang mampu hidup dalam keadaan sempurna. Maka kita yang hidup dalam keadaan yang serba-serbinya lengkap seharusnya bersyukur dengan nikmat yang telah dinikmati. Apabila ada yang tidak kena, cubalah untuk menyelami situasi kerana nasib kita tidak sama dengan nasib orang lain.
Satu hari tu aku janji ngan anak-anak murid aku ni, untuk hantar mereka pulang ke rumah. So that day, aku ajak pengawal keselamatan sekolah temankan aku. Maka pergilah aku berjalan bersama-sama mereka.
Perjalanan aku menghantar anak-anak aku ni ke rumah mereka yang tinggal di sekitar “Kampung Tungau” telah memakan masa 45 minit pergi dan 45 minit balik. Boleh tengok sendiri turutan perjalanan anak-anak ni pergi dan balik sekolah setiap hari dalam keadaan macam ni. Haa, kalo nak rasa, boleh datang sini, kami boleh bawakkan.
Okeh, berbalik kepada cerita sebenar.
Setiap hari, dalam pukul 5.30 pagi diorang bangun bersiap ke sekolah. Kat rumah xde iron pun, mak diorang lipat2 baju sekolah anak dia letak dalam beg, kumpul ngan kawan2, bawak lampu suluh, pukul 6.00 pg nak gerak dah. Ade la sorang dua parent teman hantar kadang2 jalan kaki menyusuri semak, bukit2, dan titian buluh tu untuk kesekolah.
Ads
45 minit jalan kaki dalam hutan, sampai kat pagar belakang sekolah tu, dorang cari tempat lapang sikit, then baru diorang sarungkan baju sekolah. Taw kenapa? Sebab parent dia pesan “jangan pakai lagi baju sekolah sayang”. “Dalam perjalanan waktu dini hari nanti embun2 pagi kat daun2 tu akan buat baju basah, dan tanah2 yang lembab tu akan buat baju sekolah kotor.
Karang sampai ke sekolah cikgu marah kalau baju kotor” (translate dari bahasa semai). So tahan la sikit comot kat pakaian sekolah tu. Then, kira-kira pukul 6.50 macam tu, bila dah siap-siap sarung pakaian sekolah tu baru dorang masuk pagar sekolah tuk makan RMT.
TADAH MAKANAN TENGAHARI
Ads
Pukul 7.25 pagi tu dah siap-siap nak berhimpun dah. Sama jugaklah dengan waktu balik dari sekolah. Dorang akan tanggalkan pakaian sekolah tu dulu. Letak dalam beg. Then pegi tadah makanan tengahari dalam tupperware, lepas tu makan sambil jalan otw balik. Ada tu makan sambil melompat2 pun ada. Biarlah. Budak2.
Ada asrama sekolah. Tapi asrama tidak boleh menampung semua murid. Jadi asrama di hadkan pada +-200 murid yang tinggal di kawasan yang terlalu jauh sahaja. Jadi sebenarnya Kampung Tungau ni masih lagi tidak terlalu jauh…..(tapi sebenarnya jauh?).
Dalam keadaan yang macam ni tak hairanlah dorang boleh jadi malas untuk ke sekolah, lewat datang dan lewat makan RMT, ataupun baju diorang tu akan kotor sangat. Dan aku ni, dalam beberapa tahun mengajar kat sini duk asyik tanya dan marah dorang dengan soalan-soalan ni.
“Kenapa baju kotor sangat ni??” “Awak ni kenapa lambat sangat datang, dah la baju kotor!” “Dah kenapa awak selalu lewat makan pagi, lewat beratur” Bla3… Kenapa tu.. Kenapa ni.. Bla3
Macam2, dengan nada bengis, kadang nada elok nasihat, kadang marah. Yang di mana aku menganggap mereka ni tidak faham tentang kebersihan, mahupun menepati masa utk datang awal ke sekolah, ataupun kepentingan utk datang belajar kesekolah. Tapi dalam situasi mereka ni..Siapa sebenarnya yang tidak faham..??
Rasa kejam dan rasa bersalah. Benar-benar memberi kesedaran pada aku. Yang memberikan tamparan lebih hebat pada aku, bila dalam keadaan mereka yang macam tu, tapi mereka tetap datang ke sekolah. Ade beberapa orang tu memang kalau tak sakit, dia akan selalu datang. Dia awal, belajar elok, suka tolong cikgu buat itu ini, dan aku tak nampak penat pun kat muka dia ni. Dan kawan-kawan dia yg lain pun ikot sama.
Ads
Ya, mereka hidup dengan apa adanya, gembira dengan apa yang ada, tidak merungut, sedar diri, dan ingin berusaha memperbaiki kehidupan. Semua ni buat aku lebih sedar tentang kenapa aku ditempatkan di pedalaman ni. Even jalan aku susah untuk masuk ke sekolah ni dgn meredah sungai, jalan lereng bukit berselut dan sebagainya tu. Apalah sangat nak dibandingkan kesusahan yang sedikit tu dengan keperitan hidup anak-anak murid yang lebih memerlukan cikgu-cikgu dia utk berada disana.
Mmmmmm, banyak dah bebel.. Dah sampai rupanya kat kawasan sekitar kampung Tungau ni. Maafkan cikgu, cikgu dah marah awak semua tanpa memahami situasi awak sebenarnya. Terima kasih jadi anak-anak murid yang sabar dan sayangkan cikgu. Terima kasih kerana menghilangkan rasa penat cikgu dengan senyuman riang walaupun sebenarnya awk sangat penat. Comot-comot pun, cikgu tetap sayang.
Dah sampai rumah ni, semua salam cikgu dulu.
Melambai, sambil menahan sebak.
Selamat pulang ke rumah sayang.
Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina. Kehadiran zuriat tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam melayan telatah dan ragam mereka.
Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam melayari bahtera rumah tangga untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Walaupun berat untuk menerima ketentuan ini, setiap yang berlaku sudah ditetapkan Allah SWT. Sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik denganNya.
ANAK ITU REZEKI
Anak itu rezeki. Dalam rezeki yang Allah berikan ini, kita juga diberikan ujian sebagai pemegang amanah. Jadi mereka yang dapat rezeki anak juga perlu bersedia dengan ujianNya.
Untuk kita yang belum ada anak mungkin itu yang terbaik untuk kita pada masa ini. Mungkin kita belum mampu diuji dengan cabaran ada anak ini.
Setiap orang lain ujiannya. Masing-masing diuji berdasarkan tahap iman dan amalnya. Allah tahu sejauh mana hati kita dapat menahan sabar dan tabahnya kita menghadap sesuatu ujian.
Oleh itu bagi mereka yang sudah mempunyai zuriat, usahlah menyakiti pasangan yang belum lagi dikurniakan zuriat. Janganlah ‘cederakan’ perasaan pasangan yang Allah belum lagi kurniakan cahaya mata kepada mereka sebaliknya berdoalah agar mereka segera dikurniakan anak yang diidam-idamkan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Ramai yang tidak menyedari membesarkan anak lebih banyak ujiannya. Teruskan positif, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah : 216
Tenangkan hati. Fikir secara positif. Ingat nilai akhirat lebih dari nilai dunia.
Akhir sekali, ada anak dan tiada anak adalah ketentuan Allah. Mengapa kita mahu mempertikaikan ketentuan jika kita beriman pada Qada dan Qadar.
Sumber kredit: FB: Dr.Zabidi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stres dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia daripada penciptaNya.
Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada. Jangan pernah iri terhadap kejayaan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu letihnya ia dalam memperjuangkan kejayaannya dan berapa kali ia jatuh namun bangkit kembali. Iri hati membuat kau sedih melihat orang lain bahagia. Dan bahagia saat melihat orang lain sedih.
Melihat pencapaian orang lain? Terinspirasi jangan iri, jangan dengki. Kalau lapang hati, lapang pula rezeki. Jangan iri dan dengki dengan kejayaan dan pencapaian orang lain, kerana setiap orang yang menerima lebih akan diminta lebih juga dalam hidup ini, sehingga kita tak perlu iri, tapi bersyukur apa yang diberi ALLAH saat ini. Kunci nikmat itu merasa memiliki dan menikmati apa yang ada, bukan dipaksa untuk harus ada. Satu tips untuk berjaya, jangan ada sifat iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain. Sebab? Itu rezeki dia, rezeki kau ALLAH bagi nanti, sabar!
BELAJAR RASA CUKUP
Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kau dari dari rasa haus. Tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kau. Selalulah belajar merasa cukup dengan apa yang kau miliki. Saat hati sempit, rasa benci, rasa sakit hati dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya. ALLAH janji penyembuh dari segala penyakit hati. Perbanyakkan zikir. Perbanyak mengingat ALLAH. Hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenang.
Ketika kau merasa lebih gagal dibandingkan dengan orang lain. Ketika kau merasa miskin sedangkan orang lain kau lihat mereka senang dan mewah. Kau tidak perlu kecewa dan bersedih. Kekecewaan dan kesedihan tidak akan mengubah hidup kau. Yang paling penting kendalikan hati agar tidak iri dan dengki. Semakin kau iri dan dengki, semakin banyak ALLAH tarik kau punya rezeki. Sedangkan jika kau bersyukur, pasti ALLAH melipat gandakan rezeki kau lagi. Perasaan yang paling bahaya adalah iri dan dengki, kerana ia melahirkan kebencian. Dan kebencian akan membunuh kau perlahan.
HATI-HATI DENGAN HASAD DENGKI
Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang mampu memporak-perandakan hidup. Selama kita punyai rasa iri hati dan dengki, jangan harap kita akan bahagia. Jangan pernah iri dengan apa yang orang lain ada, setiap orang punya masalahnya sendiri..jadi bersyukurlah. Iri hati dan dengki menghapus kebaikan dan kebahagian, hidup penuh tekanan dan kekecewaan. Kalau hati kita senang melihat orang lain susah, maka hati kita tengah sakit. Dan segerakanlah ubati sebelum hati mati. Dengan apa?.. Banyakkan syukur, banyakkan istighfar.
Biasa sahaja kita lihat ada pasangan yang kononnya tidak sesuai pada pandangan mata kasar. Sampai ada yang mempersoalkan kenapa si lelaki yang tampan berpasangan dengan wanita yang berisi, berkulit gelap dan sebagainya. Sedangkan hakikatnya dalam sesebuah perhubungan, keserasian itulah yang paling penting.
Bagi Instafamous, Beby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie, yang selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Haffis al Haffus Johari, bentuk fizikalnya yang agak ‘berisi’ menyebabkan ada yang ‘kurang senang’ dan meninggalkan komen berbaur sendirian terhadap gadis berusia 21 tahun itu di ruangan komen.
Rentetan daripada itu, tunangan Beby Tora tampil mempertahankannya.
brsyukur ada kamu ..gemuk atau kurus aku tak kisah ..asalkan kamu dpat trima kkurangan aku ..kerana bagiku kamu sudah trlalu cantik dn smpurna ..kerana aku mmandangmu dngn mata hatiku …kamu istimewa bagiku..bakal zaujahku insyallah
Dalam masa yang sama juga jejaka ini turut meninggalkan coretan mengapa dia sayang kepada tunangannya itu.
hampa jangan tanya kenapa apit sayang dia .waktu awai apit kenai dia ,dia pompuan paling malu apit penah jumpa .tutur kata dia yang sopan .jalan terkedek2 sbb dia pendek hahaha .apit slesa bercakap dn berkwan dngan dia .mungkin hampa smua tak nampak tapi dia cantik sngat .mak apit kata pilih bini bukan snang .klau pilih hat kuruih lawa skalipun ,dia boleh jaga apit ka .apit taktau nak hbaq .yg apit mampu kata ,apit syang dia sngat ❤️taktau la mcamna klau dia takda .shari tak gaduh dngn dia tak lengkap hdup apit ni .dulu apit sorang,apit sunyi.la ni apit ada dia ,hidup apit dh trisi ☺️ @beby_toratora apapun oqang ckap psai hang,tabah na.aku ada dngn hg slalu
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki mencela kumpulan yang lain, boleh jadi yang dicela itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Hujuraat :11)
Qada solat atau solat sunat, mana satu yang lebih utama dilakukan? Ini mungkin persoalan buat mereka yang banyak meninggalkan solat satu ketika dahulu namun...