‘Mak kandung, baik buruk anak tetap disayang.’ Tapi mak angkat, sekali anak tersilap langkah terus dibuang. Tidaklah semua mak angkat begitulah, tapi ini adalah kisah benar yang terjadi dalam masyarakat kita.
Bila anak anak angkat buruk perangai dan tersalah langkah, dipulangkan semula anak angkat kepada kepada keluarga kandung. Padahal anak ini ibarat kain putih, dia membesar mengikut corak kita.
Ikuti perkongsian Baitus Solehah ini yang kecewa dengan sikap segelintir keluarga angkat yang mengabaikan dan memulangkan semula anak angkat setelah anak ini membesar tidak mengikut apa yang mereka inginkan.
Masa mohon anak dari bayi beria-ia, kemudian bila sudah besar, perangai tidak memenuhi impian, pulangkan semula.
Gadis ini diserahkan kepada keluarga angkat yang tidak punya anak. Merupakan anak ke 11 dari 12 orang adik-beradik. Yang memohon merayu minta anak itu kata,
“Kamu ada ramai anak, tak terbela sempurna. Berilah anak seorang ini kepada saya. Saya sunyi. Berilah peluang saya jadi emak. Kamu ada ramai anak lain, insyallah yang lain-lain itu boleh kamu bela.”
Ads
Baik Buruk Anak Tetap Disayang
Kebetulan ibu ini selepas melahirkan anak, mengalami meroyan. Jadi anak itu diserahkan kepada keluarga yang merayu-rayu tadi. Diambil kesempatan merayu waktu orang dalam kesusahan. Pernahlah jumpa sekali-sekala.
23 tahun kemudian, gadis ini didapati mengandung tanpa suami. Ibu angkat halau suruh balik ke rumah keluarga kandung.
Mak kandung yang tidak berapa rapat, tetap terima. Darah dagingnya sendiri. Buruk bagaimana pun perangai anak, tetap diterima.
TAPI Mak Angkat
Mak ini pelihara 11 orang, walaupun susah mereka terjaga akhlak dan agama. Anak yang diserahkan, mak angkat cuma pelihara seorang sahaja pun.
Bila sudah mengandung, mak kandung yang susah payah cari tempat perlindungan. Mak kandung hantar, serahkan anak untuk mohon dididik dan diberi tunjuk ajar mana yang tersilap langkah.
Itulah emak kandung, buruk baik anak tetap disayang tidak dibuang. Sekali pun anak itu tersilap langkah, bukan bermakna selamanya anak itu silap. Masih ada usaha untuk dibetulkan jalan hidupnya.
Ads
Sekali Anak Tersilap Langkah
Tapi mak angkat, mudah sahaja pulangkan semula. Bukan seorang dua yang masuk Baitus Solehah terdiri dari anak angkat dibuang keluarga angkat, ramai.
Memang tidak semua mak angkat begitu, segelintir sahaja. Ketika masih bayi, ambil bukan main suka. Sudah tidak menjadi hasil jagaan, terus buang.
Jadi saya mengingatkan kepada keluarga angkat, buruk baik anak yang dijaga tu, jagalah sampai hujung nyawa. Tak usah diungkit, ‘Kau ikut perangai mak bapa kau lah ini.’
Sedangkan anak itu ibarat kain putih, siapa yang menjaga itu yang mewarnakan. Jangan dikaitkan keturunan mana asal anak itu. Sudah ambil, jaga elok-elok. Buruk, baik atas jagaan masing-masing.
Terus Dibuang
Betulkan niat memohon anak angkat. Jadikan ia sebagai ladang untuk beramal, bersedekah. Asuh dan jaga anak itu baik baik. Jika terjadi sesuatu musibah, muhasabah diri. Anak tu amanah, kamu yang merayu meminta.
.
Setakat ini sudah lebih 10 orang berstatus anak angkat saya nikah setelah tidak ada waris hendak ambil mereka setelah keluar daripada Baitus Solehah.
Ads
Keluarga angkat tidak mahu ambil, kata mereka anak itu membawa aib dan sial kepada keluarga angkat. Jadi setelah bernikah, suami yang menjadi waris.
Menikahkan anak angkat lebih mudah urusan, tambah jika status tidak sah taraf, terus mohon wali hakim di Mahkamah Syariah.
Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun semangat untuk menyambut Ramadan tetap membara.
Bukan sahaja untuk merebut pahala dengan melakukan pelbagai amal ibadah lain selai berpuasa, tetapi juga mahu menikmati suasana berbuka yang lain sekali situasinya berbanding bulan lain.
Dan pastinya juadah istimewa untuk berbuka nanti adalah menyediakan air minuman. Paling popular setiap kali ramadan jika berkesempatan membeli di bazar seperti tahun sebelumnya adalah air katira.
Oleh kerana tahun ini tiada bazar Ramadan, apa kata kita membuat sendiri air katira asli yang dikongsi resipi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Menurutnya air katira ini asli dari Johor dan sangat popular di sana sepanjang bulan puasa.
Air katira popular sepanjang Ramadan di Johor.
PKP ni terasa seperti bulan Ramadan pula. Di Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadan adalah Air Katira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat. Hari ni kita buat resepi asli Johor.
*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml
Cara-cara penyediaan boleh lihat di kapsyen setiap gambar. Jom lihat resepi #DapurKAN kali ni!
Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.
Katira ni boleh di beli di pasaraya(kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Saya beli online (Shopee/Lazada) je.
Minuman ni berasal dari timur tengah(tak pasti negara mana) dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.
Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.
Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
Macam ni. Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu saya carik halus, sekadar untuk hiasan.
Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.
Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!
Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
OK kita close up sikit Air Katira Johor kita. Lihat warnanya. Hijau lembut sahaja, kan?
Ramai yang sebenarnya agak kurang rapat dengan ayah sendiri. Mungkin karektor orang lelaki yang sukar menunjukkan kasih sayang secara terbuka, khususnya bila anak-anak sudah meningkat dewasa membuatkan perhubungan anak ayah itu tidak semesra mana. Malah kita sering melihat anak-anak lelaki mahu pun perempuan lebih rapat dengan ibu yang mungkin dilihat agak mudah diajak berbincang berbanding mengadakan perbincangan terbuka dengan bapa.
Namun satu perkongsian di Tik Tok atas nama @aidaroslan_ini pasti membuatkan kita semua terharu dan rasa sebak. Ya terharu kerana “ayah selalu menjadi super hero” kita di saat hati kita terluka. Malah kata-kata dan pelukannya sudah cukup membuatkan kita rasa selamat dan sentiasa disayangi. Betul tak?
Sebagai perempuan, kita pasti mahukan kehadiran seorang lelaki selain ayah dalam hidup kita. Untuk kita berkongsi segala-galanya dan andai ada jodoh, kita mahu melangkah ke alam perkahwinan. Namun semasa perhubungan terjalin, segala kemungkinan boleh terjadi termasuk putus di tengah jalan.
Dari perkongsian @aidaroslan_ ini, ternyata kasih sayang seorang ayah cukup menebal buat anaknya. Mahu sentiasa menjadi pelindung di saat jiwa pedih dan tercalar kerana perhubungan terhenti di tengah jalan.
Kata Aida, hendak dijadikan cerita, semalam dia dan ayahnya keluar menaiki kenderaan dan mereka lalu di satu tempat. Pada awalnya tiada sebarang masalah dan secara tiba-tiba, dari dalam kereta dia ternampak bekas kekasihnya bersama kekasih baru dan pasangan itu terlihat sedang bahagia. Awalnya, dia ok saja dan tersenyum melihat bekas kekasihnya yang kini bahagia. Namun segalanya berubah, bila mana ayahnya juga menyaksikan gelagat bekas kekasihnya itu selain ayahnya ternampak reaksi mukanya semasa melihat pasangan ini dari jauh.
“Tanpa sedar, ayah terus peluk saya dan menangis sambil mengucapkan “ dia dah bahagia, anak abah pun boleh bahagia. Anak abah kuat”.
Dari kata-kata abahnya itulah, Aida akui dirinya tak mampu menahan sebak dan terus auto melalak secara spontan. Kongsinya lagi, betullah kata orang, ayah sentiasa jadi pelindung pada anak perempuan dan anak perempuan juga merupakan permaisuri di hati seorang ayah. Bukan itu saja, hati anak perempuan itu milik ayah juga.
Ya, begitulah sikap abah kita yang sentiasa menjadi pelindung dalam apa jua situasi. Ayah umpama super hero yang akan menjadi penyelamat dan penenang jiwa kita pada bila-bila masa kita perlukan
Tahniah buat pengantin baharu, Mira Filzah dan suami, Wan Emir yang telah selamat diijabkabulkan pada 3 September 2020. Semoga sahaja pernikahan ini kekal bahagia hingga ke Jannah.
Begitu juga buat pengantin baharu lainnya. Sesungguhnya perkahwinan adalah satu ikatan suci yang diredha Allah SWT. Pernikahan adalah ibadah yang begitu suci dan mulia, di dalam agama Islam sendiri pernikahan digambarkan dengan kata mitsaqan ghalizha, iaitu janji yang sangat agung.
Ikatan agung ini tidak hanya menyatukan adam dan hawa saja, tetapi juga dengan kedua keluarga. Maka jelaslah, restu dan redha daripada kedua orang tua adalah sesuatu yang harus diambil perhatian.
Oleh itu, doa yang paling penting adalah doa dari ibu dan ayah mempelai agar berkahnya pernikahan yang dijalani. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmatNya untuk kita semua.
Doa yang terbaik adalah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Jika kebiasaannya kita hanya ucapkan “Selamat Pengantin Baharu, semoga berbahagia ke anak cucu” Tahukah kita bahawa doa begini tidak ‘dipersetujui oleh Rasulullah SAW? Oleh itu, kita amalkan doa berikut yang jauh lebih baik mengikut Sunnah.
Doa untuk Pasangan Pengantin Mengikut Sunnah
Dari Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa, jika Nabi SAW ingin mengucapkan selamat kepada seorang yang telah menikah, Baginda mendoakan,
“Semoga Allah memberkahimu ketika bahagia dan ketika susah dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan” (HR Abu Daud: 2130)
Kashoorga : Oleh yang demikian, selepas ini, kita titipkan doa sebagaimana sunnah sama ada diucapkan atau ditulis pada kad. Semoga kita mendapat manfaatnya. Bagaimanapun selagi kalimat doa itu masih mempunyai maksud yang baik, maka ia tidak menjadi kesalahan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Fenomena penyusutan air di Laut Galilee atau lebih tepat disebut sebagai Tasik Tabariyyah bukan sekadar isu alam sekitar biasa.Bagi umat Islam yang memahami ilmu...