Tidak dinafikan ramai yang mengkagumi keperibadian pelakon serta pengacara popular, Mira Filzah yang trending dengan drama Sweet Dreams. Ramai mahu menjadikan dirinya sebagai idola dek kerana personalitinya yang jarang dilanda gosip panas.
Malah Mira juga sangat aktif berkongsi apa jua maklumat atau info berguna di media sosial sama ada twitter atau Instagram.
Baru-baru ini ada warga net yang tweet padanya bagaimana untuk mengatasi masalah depresi. Mira yang mempunyai follower di twitter hampir 200K memberitahu cara terbaik dan cadangan untuk mengatasi masalah depresi atau kemurungan ini.
Walaupun bukan kepakarannya untuk bercakap mengenai soal itu (depresi), tetapi pelakon cantik ini memberi cadangan apa yang boleh dilakukan. Mira mencadangkan seseorag itu mengatasinya dengan mengambil wuduk dan kemudian bersolat.
Ads
Bercakap pada Allah apa masalah yang menganggu. Apa yang membuatkan diri seseorang itu sedih minta padaNya untuk memaaafkan diri dan minta diberikan kekuatan.
Ads
Mira turut menyuruh mengerjakan solat sunat banyak-banyak dan juga melakukan solat tabut serta hajat.
Menurutnya lagi seseorang yang melakukan amalan ini insa-Allah akan merasa lega berdepan masalah berkenaan. Cadangan dari Mira ini turut mendapat reaksi positif dari netizen.
Pasangan yang sudah berkahwin pastinya menginginkan cahayamata sebagai pengikat kasih. Namun tidak semua pasangan yang mendirikan rumah tangga berpeluang memilikan cahaya mata sendiri.
Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyambung zuriat namun tidak kurang juga yang masih terus menunggu zuriat diimpikan, malangnya masih belum kunjung tiba.
Dalam situasi ini kaum wanitalah yang paling tertekan dan sering dipersalahkan. Ikuti catatan Suffiyah Ramadhani II tentang wanita-wanita yang berkahwin namun masih belum mempunyai zuriat.
Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri-isteri di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika.
Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sgt² kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu.
Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada lagi tanda² akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak bersalah pulak ye?
Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps pantang terus hamil lagi.
Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi.
Penuh newsfeed dgn cerita mereka.
Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak² buat kita.
ANAK RAMAI TAPI SUAMI TAK SAYANG
Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang.
Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.
Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita.
Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan?
Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb mereka adalah cahaya mata.
Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sbnrnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita
JANGAN STRES BILA TAK ADA ANAK
Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul.
Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita sbnrnya?
Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini.
Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sblm diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini.
Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak.
NIKMATI REZEKI DAN PELUANG YANG ALLAH BAGI
Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali.
Terlalu memikirkan nak ada anak, smp kita lupa ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka “tak mahu” ada tambahan zuriat.
Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki.
Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka.
Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala “eksiden” pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat la..
Merungut sahaja!
JANGAN PERSOALKAN APA YANG ALLAH NAK BAGI
Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan buat kita.
Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak, rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita.
Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri.
Suami kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri!
Hidup ini perlu banyak belajar utk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya.
Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat sana.
Kata kuncinya, sabar. Janji Allah s.w.t itu pasti…
Sumber kredit: FB: Suffiyah Ramadhani II
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Soal rezeki, jodoh dan ajal maut itu tiada siapa yang tahu dan ia menjadi urusan Allah. Hanya Dia yang tahu bila nyawa akan diambil atau jodoh kita dengan siapa.
Semalam tular di laman sosial menceritakan bagaimana seorang pendakwah yang meninggal dunia ketika dalam keadaan beribadat di sebuah masjid.
Kematian pendakwah yang baru berusia 44 tahun ini dan berasal dari Kota Tinggi
Johor disedari oleh salah seorang sahabatnya yang cuba mengejutkan dia dari tidur.
Perkongsian dari seorang pengguna laman sosial Facebook menggunakan akaun nama Afwan Azwan ini jadi tular hingga mendapat lebih 2 ribu butang share dari warga net.
Innalillahi wainna ilaihi rajiunn.
Allah maha kuasa Makhluk tiada Kuasa.
Seorang sahabat yang pastiku rindui pemergiannya.. Beliau ialah abang mad zaidi bin loso 44tahun, seorang ahbab, amla’, karkun dakwah..berasal dari kota tinggi johor, pernah menetap buat usaha agama dimentakab pahang dan berpindah ke klang, selangor untuk berkhidmat dimadrasah, beliau banyak memberi serta mengorbankan diri harta dan masa untuk kerja agama..senang cerita Dakwah dijadikan kerja rutin hariannya. Sunnah Nabi saw sentiasa kelihatan dibadannya.Sesiapa yang melihat beliau, akan ingat akhirat,,, berbual-bual dan sembang dengan beliau in sha Allah iman naik. Kita jadi ingat mati selalu,, mantapkan
Pada hari sabtu 14 sept, satu jemaah dari halqah rantau panjang klang telah dibentuk untuk khuruj 3hari dibukit kapar. Dan arwah abang zaidi diputus menjadi amir sab/ketua jemaah untuk membawa jemaah keluar 3hari belajar mengislah diri. Antara amalan kegemaran arwah ialah khidmat untuk jemaah(khidmat taam/masak).Pada hari pertama beliau mengambil bahagian khidmat dan juga pada hari ketiga. Arwah orang yang paling senang bergaul dengan semua orang, muamalat sesama manusia pun cantik, tak suka cakap benda merapu.
Ringkas cerita, pada hari ketiga 16 sept malam selepas waktu isyak. jemaah di berikan bayan tangguh/wapsi dan selepas itu ahli jemaah ada yang tangguh untuk pulang ke rumah masing-masing. Akan tetapi beliau dengan beberapa orang lagi rakan tidak pulang ke rumah kerana pada kebiasaannya, beliau akan mencukupkan 72jam untuk 3hari. Ada yang bergurau, esok tak kerja ke? Jawab beliau inilah kerja saya(dakwah) Maka beliau pun sambung beriktikaf dimasjid..
Selalunya beliau akan balik keesokan hari lepas solat sunnat dhuha.. Tetapi Pada keesokan harinya pada 17 sept sebelum subuh apabila salah seorang dari rakan beliau yang beriktikaf bersama iaitu cikgu hanif mengejutkan arwah dari tidur, cikgu hanif dah mula hairan beliau masih tidak bangun.sedangkan beliau biasanya antara orang terawal bangun untuk menghidupkan 2/3malam dengan bertahjud, mmbaca quran, dan berzikir.
selepas solat subuh,cikgu hanif dan jemaah surau menelifon ambulan dan apabila pegawai perubatan sampai dan cek mereka telah mengesahkan bahawa beliau telah meninggal dunia. Allahu..
Innalillahi wainna ilaihi rajiunn.. Antara sebab kami kagum dan cemburu kerana,meninggal dunia baru balik dari khuruj, dalam masjid, sedang beriktikaf, tidur dengan cara sunnah, disisinya ada kayu sugi yang diletakkan didalam lota(sejenis teko untuk ambil wuduk) sebekas dadih buah kurma. Kain yang dipakai untuk tidur diikat tengahnya.. Alhamdulillah polis pun Allah lembutkan hatinya( asbab abang muaz) untuk keluarkan permit kubur.
Kalau tak posmoterm.. Kita yakin, ini ada amalan beliau yang Allah suka, Ketika menguruskan jenazahnya pula Allah bagi mudah,lepas itu hujan turun dengan lebatnya. Sementara menunggu anak kedua beliau tiba,seorang hafidz quran yang melanjutkan pelajaran ‘alim di yala, thailand. Iaitu uqashah.
Ramai Dari kalangan sahabat, kenalan, rakan, anak tahfidz dari muqwa yang turut hadir untuk menyembahyangkannya sehingga 5kali saya kira, Mula-mula lepas selesai dikafankan, kemudian lepas solat fardhu zohor dua kali, selepas asar dua kali.. Ma sha Allah ramai solatkan arwah.. Bila anak arwah tiba, barulah dikebumikan..
Suasana dikubur begitu sebak, ustaz yang memberikan peringatan talqin tanpa teks menyentuh hati setiap pendengar dengan menceritakan amalan kebaikan arwah antaranya menjaga solat fardhu secara berjemaah,rajin berpuasa dan melibatkan diri dengan kerja-kerja dakwah dan banyak lagi tak mampu ku tulis, jika diingat, memang abang zaidi seorang yang sangat cool..
Orang tenang mengharungi ujian sebagai seorang pencinta Sunnah Nabi saw dan pendakwah tegar.tiap bulan 3hari,40hari/4bulan setiap tahun sama ada dalam negeri, atau luar negeri.. Ma sha Allah,rumahnya memang sentiasa terbuka untuk jemaah masturat walaupun pada 1syawal.
Arwah abang zaidi meninggalkan dunia yang fana’ ini seorang ahlia/isteri, 3orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. 19tahun hafidzah quran. 17tahun Alhafidz kearah ‘alim. 12tahun taksilap sedang belajar dimadrasah. 2tahun sikecil zainab.
Moga Allah sayangkan kita sentiasa, dan pilih kita, seluruh zuriat keluarga kita dan ummat Nabi saw dalam kerja-kerja agama islam yang mulia ini.
Kutitipkan doa kepadamu wahai abang mad zaidi bin loso. Ya Allah, ampuni untuknya, rahmatinya, maafkannya.. Tempatkan beliau ditaman-taman syurga.
محمد أزوان أمبوق ڤيروق
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Semalam negara dikejutkan dengan kematian Pegawai Komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya, 36 tahun yang dikatakan terkena tembakan dalam insiden Kem Lok Kawi Kota Kinabalu, Sabah pagi semalam.
Dan pagi tadi arwah yang juga anak kepada pelakon serta pelawak terkenal AR Badul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tambun dalam satu adat istiadat ketenteraan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nour Shafinar Harun, 31 tahun serta empat orang anak termasuk seorang bayi berusia 6 bulan. Sudah pastinya isteri tersayang yang begitu terasa dengan kehilangan arwah.
ini dapat dilihat apabila dia yang turut mengiringi jenazah turut menangis tidak dapat menahan sebak dengan pemergian arwah.
Dalam laporan oleh Utusan Online, memberitahu dia berhubung dengan arwah suamiya seminggu sebelum itu melalui talian WhatsApp.
“Arwah hantar gambar dia yang sedang bersiap sedia untuk pergi latihan. Waktu tu saya tidak dapat bercakap lama dengannya.
“Saya terima berita ini daripada kawan-kawan, mereka sahkan arwah telah meninggal dunia. Kali terakhir saya berjumpa dengannya lebih kurang seminggu yang lalu sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang untuk ke Sabah,” luahnya.
Menurut Nour Shafinar, dalam keadaan anaknya yang baru berusia enam bulan, dia merasakan ini dugaan berat buat mereka.
“Anak kami baru saja berusia enam bulan, saya sangat-sangat tak sangka bapanya pergi terlalu awal,” luahnya.
Dalam pada itu, Nour Shafinar menyifatnya arwah suaminya itu seorang suami dan bapa yang penyayang.
“Saya redha dengan pemergian dia dalam pakaian dan uniform kerja dia. Seorang bapa yang sangat penyayang memang perfect untuk anak-anak dan isteri, sepanjang perkahwinan saya memang tidak satu pun salah daripada dia,” kata Nour Shafinar kepada Astro Awani menggambarkan keperibadian Allahyarham suaminya.
Sementara itu, kematian Mejar Mohd Zahir Armaya ini tergolong dalam mati syahid akhirat. Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, mati syahid dikategorikan dalam dua keadaan iaitu syahid dunia dan juga akhirat.
“Kematian Mohd Zahir dikategorikan sebagai syahid akhirat berikutan ia meninggal dunia ketika bertugas, sama seperti meninggal dunia dalam kebakaran dan juga lemas.
“Namun, insya-Allah kematiannya itu dapat keistimewaan, ada darjatnya dan mendapat rahmat daripada Allah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
FOTO: BERNAMA
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...