Cinta sehidup semati, saling mengasihi hingga ke akhir hayat. ‘Suami, isteri meninggal selang sejam.’ Sang isteri terlalu sedih hingga pengsan sebelum menghembuskan terakhir di samping suami.
Beginilah yang dikatakan cinta hingga ke akhir nyawa. Allah ambil kedua nyawa ini hanya dalam masa selang sejam.
Kisah sepasang suami isteri warga emas di Jakarta, Indonesia menjadi tular apabila mereka menemui ajal dalam tempoh masa selang sejam, lapor laman berita Merdeka.
Berdasarkan klip video yang tular di laman TikTok, orang ramai dilihat menghadiri majlis pengebumian jenazah pasangan dikenali sebagai Mbah Slamet dan Mbah Atun.
Ads
Saling Mengasihi Hingga Ke Akhir Hayat
Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Mbah Atun memberitahu bahawa dia tidak sanggup menahan kesedihan melihat suaminya meninggal dunia sehingga dia jatuh pengsan.
Selepas sejam kemudian, Mbah Atun pula disahkan meninggal dunia, menyusuli kematian Mbah Slamet.
“Pada pagi ini, jiran saya, Mbah Slamet meninggal dunia. Isterinya, Mbah Atun tidak dapat menahan tangisan dan kesedihannya sehinggakan dia tiba-tiba pengsan.
Suami, Isteri Meninggal Selang Sejam
“Selang sejam kemudian, dia menghembuskan nafas terakhir, menyusuli suami tercinta.
Ads
“Inilah dia cinta sehidup semati. Mereka berdua pasangan suami isteri yang saling mengasihi dan setia hingga ke akhir hayat,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.
“Definisi cinta sehidup semati. Semoga mati dalam keadaan husnul khotimah kedua-duanya,” kata seorang pengguna. – Agensi
Bukan saja kita yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 ini tetapi membabitkan di seluruh dunia.
Malah paling membanggakan adalah peuang barisa hadapn yang tidak jemu bekerja demi memastikan keselamatan mangsa virus ini.
Pelawak dan penyanyi Achey baru-baru ini ada berkongsi pengalaman berdepan dengan beberapa ahli keluarga yang berada di frontliner dalam mencegah penularan pandemik wabak ini.
Menurut Achey, dia mempunyai biras yang bekerja sebagai anggota polis sementara tiga iparnya pua bertugas dalam bidang Kesihatan.
Dalam kapsyen yang dimuat naik di laman Instagramnya, Achey memberitahu dia berkongsi foto itu sebagai tanda ingatan doa atas khidmat yang dicurahkan.
Dan dalam masa sama dia turut meminta individu yang ada gejala COVID-19 agar tidak merahsiakan selain mematuhi arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.
Tambahnya lagi mereka yang berkerja ini bekerja dengan sehabis daya. Dan apabila balik rumah dalam keletihan masuk ikut pintu belakang.
Bukan itu sahaja, ada yang selepas mandi, tidur dalam khemah di luar rumah dan kemudian bangun esok untuk keluar bekerja lagi.
Ini dilakukan bagi menjaga keselamatan keluarga supaya tidak dijangkiti dan juga demi menjaga kita semua.
Dan bagi membantu mereka ini, Achey mengingatkan agar semua orang mengikut arahan #dudukdirumah seperti diminta kerajaan.
Assalamualaikum wahai rakyat malaysia… saja nak kongsi cerita benar…
Biras anggota polis di IPD raub.. kerja polis korang pun sedia maklum… bertindak cakap lembut korang acah2 mcm paham kerja diorang… selamba cabar diorang.. wal hal anak bini famly diorang tu tunggul ke tgk diorang di cabar camtu… sabar sentiasa je diorang.. sbb tu diorang jadi polis boleh sabar dgn kita ni
Saya ada 2 orang kakak ipar nurse rashidah hospital kulai dan mastura jumadi hospital kluang…serta seorang adik ipar bahagian farmasi laila … tgk gambar kakak saya rashidah dan kak mastura ni automatic air mata jatuh… .. Bayangkan 18jam dgn baju tugasan begini… nak rasa cuba korang pakai baju hujan full selama 18 jam… itu pakai je.. diorang siap bertugas dan tugasan mereka sekarang bukan mcm biasa dah berlipat ganda…
Gambar ni di berikan pada keluarga agar keluarga sentiasa mendoakan perjuangan mereka…
Ada yang kata .. alaa mereka dah di bayar untuk kerja diorang… yeaaaa mmg .. abih sampai 18jam kerja tu bertambah ?? Ada diorang kesah pasal bayaran??… diorang kesahkan korang selamat je! … antara diorang pun ada yang dah di jangkiti.. .. Diorang nak ke di jangkiti… benda ni bahaya weihh… tapi tugasan mereka adalah tugasan tadah leher dalam bahasa kasarnya… diorang wajib lakukan! Demi kita!…
Lagi 1 kalau korang ada suspek di jangkiti jgn rahsiakan… bgtau supaya korang boleh di bantu!… .. Diorang habis kerja dengan letih .. masuk rumah ikut pintu belakang… ada jugak yang mandi n tido kat luar buat khemah… esok bangun mandi kat luar lagi then pegi keja balik… demi menjaga keluarga supaya tidak di jangkiti … demi untuk kita semua juga sentiasa selamat!
Kita!… macam mana kita nak bantu mereka?… kita ikut la pesan diorang sbb pesan diorang tu sama dgn pesan kerajaan… dan diorang pesan bukan main2!… .. #stayathome .. #dudukrumah adalah jalan terbaik untuk mereka… mereka tak mintak korang duit, mereka tak mintak korang apa2.. tu je duduk rumah jeeee…
Please diorang dah penat sangat!… #kitajagakita ..
SAYA KAGUM DENGAN PERJUANGAN KALIAN… ..
Cuba korang bagi kata2 terbaik untuk mereka!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Semua tahu bahawa membasuh anggota wuduk adalah wajib sebelum bersolat. Kita sedia maklum, anggota wuduk dibasuh sebanyak tiga kali. Namun, ada juga sama ada terlupa, disengajakan atau was-was semasa ambil wuduk sehingga terlajak lebih daripada tiga kali membasuh anggota badan.
Kita ikuti penjelasan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini. Dalam mendirikan solat, ada sebab mengapa Allah telah aturkan tertibnya atau dalam bahasa popular sekarang SOP nya.
Soalan: Assalamualaikum w.b.t Saya selalu melihat ada orang berwuduk dan membasuh anggota wuduk berkali-kali. Mencuci wajah dan tangan berkali-kali, berkemungkinan empat atau lima kali. Apakah hukumnya serta adakah ia dibenarkan? Harap Datuk Mufti dapat beri pencerahan.
Jawapan : Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ Maksudnya :“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Maidah : 6)
Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff menyebutkan rukun wuduk ada enam. Empat daripadanya adalah berdasarkan ayat al-Quran iaitu membasuh muka, membasuh kedua tangan, menyapu sebahagian kepala dan membasuh kedua kaki. Manakala dua yang berbaki adalah berdasarkan sunnah iaitu niat dan tertib. Anggota-anggota wuduk yang wajib untuk dibasuh
Oleh itu, secara ringkasnya kita dapat ketahui bahawa anggota wuduk yang wajib dibasuh ialah :
Selain daripada anggota-anggota wajib tersebut maka hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Ini seperti membaca Basmalah ketika mula mengambil wuduk, membasuh tangan sebelum memasukkannya ke dalam bekas air, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung, membasuh seluruh kepala, membasuh kedua-dua telinga, memulakan setiap anggota dengan anggota sebelah kanan, melaksanakannya secara berturut-turut, menggosok, membasuh setiap anggota dengan tiga kali basuhan dan lain-lain.
Sunat membasuh setiap anggota wuduk dengan tiga kali basuhan Syeikh Daud al-Fatani menyatakan bahawa dikira tiga kali bagi air yang mengalir dengan melalui tiga kali olak (pengaliran) air ke atas anggota berkenaan, dan bagi air yang tenang dengan digerak-gerakkan anggota sebanyak tiga kali. Membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali basuhan
Walau bagaimanapun, di dalam riwayat Abdullah bin Amr ada menceritakan bahawa : جاءَ أعرابيٌّ إلى النَّبيِّ -ﷺ- يسألُهُ عنِ الوُضوءِ؟ فأراهُ الوُضوءَ ثلاثًا، ثمَّ قالَ : هكَذا الوُضوءُ فمَن زادَ على هذا فقَد أساءَ وتعدّى، وظلمَ Maksudnya : “Seorang Arab Badwi telah datang bertemu Nabi SAW, bertanyakan mengenai (cara) wuduk? Baginda telah mengajarkannya supaya berwuduk dengan tiga kali basuhan (bagi setiap anggota). Kemudian, baginda bersabda : Beginilah cara berwuduk (yang benar), sesiapa yang menambah daripada ini (melebihi 3 kali basuhan), maka dia telah melakukan keburukan, melampaui batas dan berlaku zalim.” Riwayat al-Nasaie (140)
Para ulama telah menyatakan bahawa membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali adalah makruh hukumnya. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi ada menyebutkan : وَقَدْ أَجْمَعَ الْعُلَمَاءُ عَلَى كَرَاهَةِ الزِّيَادَةِ عَلَى الثَّلَاثِ وَالْمُرَادُ بِالثَّلَاثِ الْمُسْتَوْعِبَةِ لِلْعُضْوِ وَأَمَّا إِذَا لَمْ تَسْتَوْعِبِ الْعُضْوَ إِلَّا بِغَرْفَتَيْنِ فَهِيَ غَسْلَةٌ وَاحِدَةٌ
Maksudnya :“Para ulama telah bersepakat (Ijma’) bahawa hukumnya adalah makruh (membasuh anggota wuduk) melebihi tiga kali. Dan yang dimaksudkan dengan tiga kali basuhan tersebut ialah aliran air yang mengenai seluruh anggota. Adapun, jika tidak dapat mengalirkan air (membasuh) ke seluruh anggota melainkan dengan dua kali siraman. Maka, dua kali siraman itu, baru dikira satu kali basuhan.”
Imam Syafie juga ada menyebutkan mengenai perkara ini di dalam kitabnya : وَلَا أُحِبُّ لِلْمُتَوَضِّئِ أَنْ يَزِيدَ عَلَى ثَلَاثٍ وَإِنْ زَادَ لَمْ أَكْرَهْهُ Maksudnya : “Dan aku tidak suka bagi seseorang yang berwuduk untuk menambah (dalam basuhannya) melebihi tiga kali. Akan tetapi, sekiranya dia menambah (melebihi), aku tidak memakruhkannya.”
Imam al-Nawawi menerangkan bahawa maksud perkataan Imam Syafie ‘tidak memakruhkannya’ di atas ialah ‘tidak mengharamkannya’. Begitu juga, dengan kenyataan Imam Syafie yang lain menyebutkan bahawa beliau tidak suka jika seseorang melebihi 3 kali basuhan (ketika berwuduk), akan tetapi sekiranya dia buat, perkara tersebut tidak memudaratkannya iaitu tidak berdosa. Ini menunjukkan bahawa perbuatan melebihi tiga kali basuhan bagi setiap anggota ketika berwuduk adalah makruh.
Sekalipun membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali makruh hukumnya, perbuatan tersebut tidak membatalkan wuduknya selagi mana air diratakan ke seluruh anggota wuduk dengan sempurna. Wuduknya tetap sah.
Hal ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi : إذَا زَادَ عَلَى الثَّلَاثِ فَقَدْ ارْتَكَبَ الْمَكْرُوهَ وَلَا يَبْطُلُ وُضُوءُهُ هَذَا مَذْهَبُنَا وَمَذْهَبُ الْعُلَمَاءِ كَافَّةً وَحَكَى الدَّارِمِيُّ فِي الِاسْتِذْكَارِ عَنْ قَوْمٍ أَنَّهُ يَبْطُلُ كَمَا لَوْ زَادَ فِي الصَّلَاةِ وَهَذَا خَطَأٌ ظَاهِرٌ
“Sekiranya seseorang menambah (basuhan) lebih daripada 3 kali, maka dia telah melakukan perbuatan yang makruh. Namun, (perbuatan itu) tidaklah membatalkan wuduknya. Ini adalah merupakan mazhab kami (Syafie) dan mazhab kebanyakan ulama. Al-Darimi telah menukilkan daripada segolongan ulama di dalam kitabnya al-Istizkar, bahawa wuduk terbatal, sebagaimana (hukum) sekiranya seseorang menambah-nambah (rukun) di dalam solatnya. Pendapat ini telah jelas kesilapannya.”
Kesimpulannya Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa membasuh anggota wuduk secara melebihi tiga kali basuhan adalah makruh. Akan tetapi, wuduknya tetap sah dan tidak membatalkan wuduknya selagimana air diratakan ke seluruh anggota wuduk dengan sempurna.
Walau bagaimanapun, basuhan tersebut hanya dikira setelah dia sempurna mengalirkan air (membasuh) ke seluruh anggota wuduk berkenaan. Adapun, jika tidak dapat mengalirkan air ke seluruh anggota melainkan dengan dua kali siraman contohnya. Maka, dua kali siraman itu, baru dikira satu kali basuhan. Imam al-Ramli ada menyebutkan bahawa syarat sebelum membasuh untuk kali kedua dan ketiga adalah perlu menyempurnakan basuhan wajib (yang pertama).
Marilah sama-sama kita renungi kata-kata Syeikh Mulla Ali al-Qari yang menyatakan berlebihan dalam berwuduk seperti menambah lebih dari tiga kali basuhan, tidak ada kebaikan dalam perkara yang berlebihan tersebut.
Semoga bermanfaat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sebentar tadi kita telah mendengar perutusan khas yang dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perkembangan terbaru COVID-19 yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Dalam ucapannya, PM mengucapkan terima kasih semua pihak yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu.
Begitu juga dengan semua petugas terutama barisan hadapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertungkus-lumus bekerja tanpa henti.
Dan bagi memastikan rakyat semua selamat dari ancaman wabak penyakit yang masih sukar dicari penawarnya, PM menambah PKP selama dua minggu lagi hingga 14 April 2020 ini.
Banyak pesanan yang disampaikan dan paling membuatkan rakyat Malaysia sebak apabila di akhir ucapan beliau menitipkan doa bagi memohon perlindungan negara daripada wabak koronavirus (Covid-19).
Semasa memimpin bacaan doa itu, Muhyiddin memulakannya dengan surah al-Fatihah disusuli doa memohon kepada ALLAH SWT agar mengampuni dosa umat manusia serta melindungi mereka daripada penyakit dan wabak berbahaya.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau ampunilah dosa-dosa kami. Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hambaMU yang kerdil ini dari segala musibah. Va. Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaanMU yang berat ini. Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami. Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami, Ya ALLAH, tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMU,” kata Muhyiddin dalam doanya.
Perdana Menteri turut berdoa memohon agar ALLAH SWT memberi kesembuhan kepada mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 sambil memuji kekuasaan ALLAH SWT terhadap hambaNYA.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Syaafi. Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak koronavirus walau di mana sahaja mereka berada. Sesungguhnya, tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya ALLAH.
“Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya ALLAH. Kami bermohon kepadaMU Ya ALLAH Lindungilah kami. Selamatkanlah kami. Sejahterakanlah hidup kami,” kata Muhyddin dalam doa beliau.
Perdana Menteri kemudian mengakhiri doa dan Perutusan Khas itu dengan sebaris doa pelindung yang bermaksud:
“Dengan nama ALLAH yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi atau di langit. Dan, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?