Hidup tidak pernah sunyi dari ujian. Ada kalanya agak berat dan tidak mampu dilalui tapi masa yang sama, kita disuruh bersabar dengan semua ujian di lalui. Kenapa kita disuruh bersabar dan terus bersabar? Ini sebabnya, hikmah di sebalik musibah.
“Mengapa Rasulullah ﷺ, sentiasa berpesan kepada para sahabat yang miskin, yang susah dan sering kelaparan. Supaya sentiasa sabar dan berfikir perihal apa yang positif di sebalik musibah yang menimpa?.
Jawapannya adalah Nabi mengingatkan mereka bahawa di dalam setiap ujian di atas dunia ini pasti ada ganjaran yang cukup besar menanti mereka di akhirat sana.”
“Hanya sahaja, kamu perlu bersabar dan berbaik sangka kepada Allah سبحانه وتعالى. Rasulullah ﷺ pernah memberitahu para sahabat yang diuji dengan dugaan itu.
Ads
Rasulullah ﷺ mengatakan; “Jika kamu tahu apa yang Allah سبحانه وتعالى sediakan di akhirat nanti, di sebalik kesusahan yang kamu tanggung di atas dunia ini.”
“Pasti kamu tidak akan meminta untuk dipulihkan daripada keadaan ini. Pasti kamu tidak akan meminta untuk hidup senang dan selesa. Kehidupan di atas dunia ini adalah ujian. Begitulah analogi kehidupan di atas dunia ini. Sekiranya kamu melihat ujian yang menimpa diri kamu di dunia, tidaklah terlalu besar dan berat.”
“Jika, nak dibandingkan dengan balasan dan ganjaran pahala yang disediakan oleh Allah سبحانه وتعالى di akhirat sana. Maka, syaratnya itu kita hanya perlu bersabar dan selalu berbaik sangka kepada Allah سبحانه وتعالى.
Ads
Kelak, ketika segalanya telah terzahir pahala dan juga dosa di akhirat nanti. Pasti kita akan berkata; “Andai, jikalau aku diuji dengan ujian yang lebih banyak di atas dunia dahulu. Makanya, bersyukurlah kamu sekiranya diri kamu masih diuji Allah سبحانه وتعالى.
Anggap saja ujian itu sebagai umpan bagi memancing rahmat yang besar di akhirat sana. Rahmat yang tak terkira dan terhitung besar nikmatnya. Percayalah, Allah سبحانه وتعالى tidak memberati seseorang itu melainkan apa yang terdaya untuk dirinya memikulnya.”
Ads
“Anggap saja, ujian itu kecil dan senyumlah memghadapinya. Yakinlah, Allah سبحانه وتعالى memerhatikan kamu di setiap ujian. Sekiranya manusia dapat melihat apa yang Allah سبحانه وتعالى sediakan kelak, pasti mereka akan meminta kepada Allah supaya ujiannya itu ditimpakan terus-menerus keattas mereka.
“Andai saja, ujian ini berjaya dihadapi. Maka ia dapat mengangkat martabat seseorang untuk berada lebih tinggi di sisi Allah سبحانه وتعالى. Jadi, bersyukurlah keatas ujian yang ditimpakan keatas kamu.”
“Ini bermakna, Allah سبحانه وتعالى sedang menguji kamu dengan melihat kesabaran kamu. Makanya, kuatkan hati kamu. Buktikan kepada Allah سبحانه وتعالى, bahawa kamu adalah seorang hamba yang kuat. Dan Allah, mencintai hamba-Nya yang kuat.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Saya nak tahu apa hukum dan fadilat puasa sunat 27 Rejab sempena Isra’ Mi’raj?
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya.
Sebarang bentuk, puasa sunat tidak dianggap sunat melainkan terdapatnya nas sama ada daripada al-Quran atau hadis yang menggalakkan puasa sunat tersebut. Kami kemukakan di sini dari kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/114-117) berkenaan dengan puasa sunat yang terdapat dalam Islam.
Antara jenis puasa sunat ialah:
Puasa pada Hari Arafah
Sunat berpuasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji.
Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Qatadah RA katanya: “Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Baginda bersabda:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
Riwayat Muslim (1162)
Hari Arafah adalah hari yang afdhal antara hari yang lainnya. Ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiada hari lain yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-hamba-Nya daripada api neraka selain hari Arafah.”
Riwayat Muslim (1338)
Adapun orang yang sedang mengerjakan ibadat haji, tidak sunat berpuasa pada hari tersebut, bahkan dia sunat berbuka mengikut perbuatan Nabi SAW, di samping menguatkan tenaga untuk berdoa pada hari tersebut.
Puasa pada Hari Asyura’ dan Tasu’aa’
Asyura’ adalah hari yang kesepuluh bulan Muharam, manakala Tasu’aa’ pula adalah hari yang kesembilan pada bulan tersebut. Ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Abbas RA, katanya:
Maksudnya: “Jika aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram.”
Riwayat Muslim (1134)
Namun, Rasulullah SAW telah wafat sebelum tiba masa tersebut.
Hikmah berpuasa hari Tasu’aa’ dan hari Asyura’ adalah untuk berhati-hati daripada kemungkinan berlaku kesilapan awal bulan. Begitu juga halnya supaya tidak menyamai perbuatan orang Yahudi. Mereka juga berpuasa pada hari kesepuluh bulan Muharam. Justeru, sesiapa yang tidak berpuasa pada hari Tasu’aa’ dan hari Asyura’, dia sunat berpuasa pada hari yang kesebelas bulan tersebut.
Gambar sekadar hiasan.
Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
Dalil sunat berpuasa pada kedua-dua hari tersebut ialah hadith, daripada Aisyah R.Anha, katanya:
Maksudnya: “Semua amalan dipersembahkan pada hari Isnin dan Khamis. Justeru, aku ingin amalanku dipersembahkan ketika aku sedang berpuasa.”
Riwayat al-Tirmizi (747)
Puasa Selama Tiga Hari pada Setiap Bulan
Hari yang afdhal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam yang dikenali juga sebagai hari-hari putih (الأيام البيض). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur.”
Riwayat al-Bukhari (1124) dan Muslim (721)
Hadith seterusnya, daripada Abu Qatadah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”
Riwayat Abu Daud (2449)
Walau bagaimanapun, puasa pada 13 Zulhijjah dikecualikan kerana haram berpuasa pada hari tersebut.
Puasa Selama Enam Hari pada Bulan Syawal
Cara yang afdhal adalah puasa berturut-turut sebaik sahaja selepas Hari Raya Aidilfitri. Namun, cara demikian tidaklah menjadi syarat. Malah, sunatnya tetap didapati, sekalipun dilakukan secara berselang-selang hari. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.”
Riwayat Muslim (1164)
Berdasarkan kitab ini, dan juga dalil-dalil yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita bahawa puasa 27 Rejab tidak dianggap termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali ia berlaku pada hari Isnin atau hari Khamis. begitu juga sebagaimana yang kami bahaskan bahawa penentuan Isra’ Mi’raj pada 27 Rejab juga menjadi khilaf di kalangan ulama’ tarikh.
Marilah sama-sama kita beramal dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan inilah yang diajar oleh Islam kepada kita. Semoga kita sentiasa mendapat taufiq dan hidayah daripada-Nya.
‘Allah beri bila tiba masa yang tepat.’ Rezeki miliki zuriat selepas 14 tahun menanti, tiada kata yang dapat diungkap, melainkan rasa syukur tidak terhingga apabila doa selama ini dimakbulkan.
Setelah mendirikan rumah tangga, pasti setiap pasangan mendambakan untuk memperoleh cahaya mata. Namun manusia hanya merancang dan Allah juga sebaik-baik perancang.
“Sepanjang 14 tahun perkahwinan, saya tidak pernah hamil dan tak tahu nak gomol (peluk dan cium) anak siapa tetapi akhirnya rezeki memihak kepada kami untuk memiliki anak sendiri. Dapatlah gomol puas-puas,” kata Nurashhyikin Abd Latip.
Nurashhyikin, 36, mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi videonya bersama suami, Ridhuan Ramli, 44, dan anak tunggal mereka, Muhammad Tariq El Aiman yang kini berusia lima bulan dengan keterangan penantian 14 tahun untuk menimbang cahaya mata sendiri.
Jelas Nurashhyikin, kehadiran Muhammad Tariq El Aiman dianggap seperti rezeki terindah yang tidak disangka kerana impiannya untuk memiliki anak sendiri akhirnya tercapai.
Tiba Masa Yang Tepat
Menurutnya, sepanjang 14 tahun dia banyak memendam rasa berhadapan pertanyaan orang sekeliling mengenai zuriat, namun mengakui tidak mengambil hati dengan perkara itu sebaliknya dia dan suami sentiasa berlapang dada.
“Saya ambil pendekatan kalau ada, adalah kalau tidak itu bukan rezeki kami tetapi kami tetap berusaha dan sepanjang tempoh berdua kami kerap ditanya mengenai anak tetapi keluarga sentiasa beri sokongan.
“Tak sangka Allah SWT hadirkan rezeki dalam sekelip mata dan 14 Februari lalu anak yang dinanti selama 14 tahun selamat dilahirkan dengan sihat.
“Saya dan suami sangat gembira dengan rezeki ini terutama suami apabila dia akhirnya mempunyai zuriat sendiri ketika berusia 44 tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Rezeki Miliki Zuriat
Katanya, dia tidak pernah berasa rezekinya lambat biarpun tempoh perkahwinan melebihi satu jangka masa yang lama kerana baginya rezeki Allah SWT akan tiba tepat pada masanya mengikut perancang terbaik untuk hidup mereka.
“Anak ini juga saya anggap seperti pengganti arwah ayah kerana berita kehadirannya kami terima selepas dua minggu ayah meninggal dunia.
Selepas 14 Tahun Menanti
“Ketika ayah sakit saya yang menjaga dan menguruskannya di hospital tetapi tak sangka rupanya anak sudah berada bersama saya ketika itu.
“Saya tahu saya hamil ketika kandungan berusia empat bulan dan dalam kesedihan kehilangan ayah tersayang Allah hadirkan zuriat yang sekian lama ditunggu-tunggu,” katanya.
Rezeki setiap dari kita berbeza-beza. Ada selesa dengan dunia perniagaannya, ada selesa bekerja makan gaji tak kurang ada selesa menjadi budak penghantar makanan dari bekerja mengikut aturan pejabat.
Trend kerjaya hari ini yang dilihat semakin mencabar khususnya kepada mereka yang memiliki ijazah, nilai sekeping kertas di sebalik kegembiraan memakai jubah di hari graduasi dilihat semakin “menyepi” hari ini. Jika dahulu kita pasti berbangga dengan ilmu dan nilai ijazah tersebut tapi hari ini, kita hanya mampu merebut peluang pekerjaan yang ada di depan mata. Siapa cepat dia dapat.
Satu perkongsian dari Shahbani Che Mat dan nasihatnya wajar kita pandang dari sudut yang postif. Ini kerana ada sesetengah dari kita suka memandang rendah pada kerjaya orang lain khususnya pada pekerjaan berkelas rendah seperti pengawal keselamatan (guard), pekerja pembersihan dan lain lain.
Namun seperti kata, Shahbani content yang ingin dikongsi di sebalik kerjayanya sebagai guard ialah dirinya mempunyai Master In Art Education.
“Katanya jangan pandang rendah kerjaya orang lain kerana kita tidak tahu di sebalik kisah dirinya. Mungkin bila ingat guard, semua ingat orang tak ada pendidikan tinggi, seolah tak ada pelajaran.
“Saya nak orang ubah mind set mereka, jangan pandang rendah kerjaya orang lain. Tapi saya sendiri ada master pun pilih kerjaya ini untuk sara hidup saya. Nak kata kos pengajian saya salah tak juga. Tapi jawapannya masih belum ada rezeki lebih baik untuk peningkatan kerjaya saya,” katanya menjawap pertanyaan orang ramai di contentnya.
Tambah Shahbani, ketika di tahun akhir pengajian ijazah mudanya dalam bidang Seni Lukis Seni Reka (seramik), dia mencuba memohon sambung ke peringkat sarjana. Alhamdulillah, rezekinya dapat. Cuti seminggu lepas habis exam terus sambung buat master pula.
Sebelum menjadi guard, jelas Shahbani dia pernah menjadi budak penghantar makanan. Semua sudah dicubanya tapi rezeki mendapat kerja lebih baik saja belum datang.
Katanya, kita usaha kita dapat. Itu saja, jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya kenapa dia tidak minta kerjaya sebagai guru, kata Shahbani bukan senang nak dapat. Tapi apa yang ingin dikongsikannya ialah walau kita berpendidikan tinggi, jangan terlalu memilih pekerjaan.
“Paling utama, saya nak buktikan orang yang kerja biasa-biasanya bukan semuanya tak berpendidikan atau berpelajaran. Jadi ubahlah mind set kita.
Apa pun, Allah menentukan kadar rezeki pada umatnya menurut dengan kehendakNYA.
Firman Allah: (maksudnya)
“dan tiadalah suatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya” (Surah Hud, ayat 6).
Dalam agama juga mengajar kita untuk berusaha. Agama tidak menyuruh kita duduk saja tanpa berusaha mencari rezeki. Tiada dalam Islam bertawakkal tanpa berusaha. Nabi SAW menyebut:-
“Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal nescaya Allah merezekikan kamu seperti DIA merezekikan burung. Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll, sahih).
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...