Kala ini media sosial viral dengan isu gambar pendakwah PU Amin bersama dua orang wanita dianggap menjolok mata sekaligus mencemari bulan Ramadhan. Tidak mahu terus memanjangkan isu berkenaan, di fbnya, PU Amin meminta maaf di atas semua yang terjadi dan mahu semuanya move on agar caci maki netizen tidak berlanjutan di media sosial.
Di fbnya, pendakwah ini berkongsi menjalankan dakwah street, mengambil inspirasi dari Ustaz Ebit Lew bagi membantu golongan yang memerlukan panduan beragama. Katanya, dakwah mesti dilaksanakan sebaik mungkin. Dari dewan masjid surau hinggalah ke lorong lorong, kelab malam, dan pusat pusat kumpul mereka. #streetsdakwah.
Lantang, tegas dan garang di Media sosial tak mencukupi, kita wajib turun berdepan dan menyampaikan dakwah pada mereka walau satu ayat. Saya dah buat cara tegas, maka kali ini kita guna cara santun dan berdepan. Kita bukan sekadar keybord warrior.
Inspirasi ini saya ambil dari Al Fadhil Kekanda Ustaz Ebit Lew. Tidak pelik, sebab sejak 2019 beliau dah turun berjumpa berdepan mereka. Waktu tu pun Ustaz Ebit Lew teruk kena kecam. Tapi hasil nya ramai pondan maknyah gay lesbian pelacur bertaubat.
Ads
Saya buat perkara yang sama untuk mengajak mereka ke Syurga walau saya belum tentu ahli syurga. Kita lakukan dakwah ini untuk anak keturunan kita. Kalau kita tak mulakan dakwah ini maka hancurlah generasi kita.
Ads
Maafkan saya atas isu yang berlaku. Ramadhan tak patut dihiasi dengan caci maki yang buruk. Saya bersyukur, ujian jni buat saya lebih bersemangat untuk turun berdakwah bertemu masyarakat.
Ads
Maafkan saya, terima kasih & Move On Sumber : Fb PU Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pesanan buat suami, cukup-cukuplah jadikan agama sebagai alasan menutup silap sendiri. Jangan nampak silapnya isteri saja, padahal masing-masing punya kelemahan dan kekurangan masing-masing.
Begitu juga isteri jangan dicanang buruknya suami kerana kita juga ada khilafnya tanpa sedar. Sebaiknya duduk berbincang.
Jangan diluah pada tempat yang salah, sebaliknya perbaiki hubungan dan jangan sesekali menjadikan agama sebagai menutup kesilapan masing-masing.
Ikuti perkongsian, Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali berkaitan isu ini dan hadam baik-bail apa yang disampaikan.
Masih ada isteri yang mengadu mengenai suami yang luah kata tak redha dengan isteri dan isteri tak akan bau syurga asbab tidak mendapat redha suami.
“Diceritakan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya:
“Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” – Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi.
Dalam satu riwayat yang lain, daripada Anas r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” – Hadis Riwayat Ahmad.
Kedua-dua hadis ini menjadi pegangan teguh meletakkan syurga seorang isteri di tangan seorang suami.
Satu peringatan: Tidak ada hadis yang menyebut syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Ayat itu hanya kata-kata orang lama agar seorang isteri kekal patuh dan taat kepada si suami.
Biarpun ia bukan hadis, kata-kata tersebut boleh diterima pakai sebab ia masih relevan dan berkait dengan kedua-dua hadis di atas.
Persoalannya ialah jika si suami jenis yang tak solat, tak laksana tanggungjawab nafkah zahir dan ada antaranya yang menganiayai emosi dan fizikal isteri, apakah mereka ini layak menentukan syurga si isteri sedangkan syurga mereka sendiri belum pasti?
Paling penting untuk difahami oleh wanita dan lelaki, nusyuz itu bukan hanya pada isteri tetapi juga boleh ada pada suami.
Ada dua nas Quran yang secara langsung menyebutkan nusyuz isteri dan suami.
Dalam surah an-Nisa’ ayat 34, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.”
Dalam surah yang sama ayat 128 pula Allah SWT berfirman, maksudnya:
“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan sulh yang sebenar-benarnya dan sulh itu lebih baik (bagi mereka)”
Ayat ini jelas membuktikan nusyuz bukan hanya kepada isteri tetapi juga kepada suami. Bezanya cuma alasan untuk mensabitkan nusyuz tersebut.
Seorang isteri boleh disabitkan sebagai nusyuz dengan dua alasan. Bagi Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili, nusyuz isteri ialah kederhakaan wanita terhadap suami dalam perkara yang diwajibkan ke atasnya, sikap saling membenci antara keduanya termasuklah keluar rumah tanpa izin suami. (al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu) .
Isteri juga dianggap nusyuz jika meninggalkan rumah dengan tiada sebab syarie atau enggan mengikut suami berpindah ke rumah lain.
Di dalam kitab Nizam al-Usrah fil Islam menjelaskan perempuan nusyuz ialah perempuan yang meninggi diri daripada suaminya, meninggalkan perintahnya, menjauhkan diri daripadanya, mengelak diri dari suaminya atau menyebabkan suaminya marah.
Bagi seorang suami pula, nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri (tidak menggaulinya atau berkomunikasi dengannya).
Termasuklah tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya termasuklah kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (Said Hawa, Asas fi at-Tafsir)
Sebab itulah penting untuk setiap suami dan isteri melaksanakan peranan masing-masing. Kahwin adalah ibadah dan asbab untuk mengumpul pahala termasuk dalam hubungan kelamin.
Tapi kalau ada rasa marah atau tak suka kesan daripada tanggungjawab tersendiri yang tak dilaksana, wujudkah bahagia? Paling utama, adakah redha Allah bersama tatkala perintah Allah untuk laksanakan amanah kepada pasangan tidak ditunaikan???
Kashoorga : Sebaiknya ajaklah pasangan duduk berbincang empat mata, jangan luahkan di media sosial kerana mereka tidak berada dalam kasut kita serta memahami situasi sebenar yang dilalui.
Ada orang sanggup memperjudikan diri dalam dunia pekerjaan. Ada yang tak segan silu mengambil rasuah dan membuka pintu sempadan negara kerana terpedaya dengan nafsu untuk hidup senang. Isu seperti kartel daging adalah contoh yang cukup jelas. Begitu juga kemasukan beramai-ramai orang asing dan terus tidak keluar dari negara juga membuktikan jika tidak amanah, negara pun sanggup kita gadaikan.
Namun bukan semua terpedaya dengan nilai duit, kesenangan atau kemasyhuran sebaliknya berpegang teguh pada pendirian demi agama. Baru ini tular di luar negara, seorang juruterbang dari syarikat penerbangan Emirates yang dipecat kerana tidak mahu melakukan penerbangan ke kota Tel Aviv yang dunia tahu sering menindas Palestin.
Dalam kejadian dilaporkan oleh Public Maroko, juruterbang Mun’em Shahib Tabik telah berkongsi luahan hati di blog yang kemudian di kongsikan ke fbnya mengenai dirinya yang tidak lagi menjadi juruterbang selepas menolak menerbangkan pesawat ke Tel Aviv pada 12 Januari lalu.
Juruterbang berasal dari Tunisia itu kemudian terus menutup akaun facebooknya selepas menulis status “Allah saja yang memeliharaku.. saya tidak menyesal.”
Umum tahu, UAE baru saja menandatangan kepekatan perdamaian dengan Israel. Diikuti dunia Arab lain seperti Bahrain, Sudan dan Morocco. Sebelum ini bekas Presiden Amerika, Donald Trump menekan kesepakatan antara Israel- UAE pada 13 Ogos lalu. Ia merupakan kesepakatan normalisasi / perdamaian pertama antara negara Teluk dengan Israel dan ketiga dengan negara Arab selepas kesepakatan perdamaian Israel dengan Mesir pada tahun 1979 dan Jordon pada 1994.
Sumber : Palinfo / Gambar Pesawat Emirate mendarat di Tel Aviv oleh Memo.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bapa bukan islam dapat hak penjagaan, anak meraung terpaksa berpisah dengan ibu. Sungguh menyayat hati apabila seorang anak perempuan yang tentunya rapat dengan ibu terpaksa tinggal berjauhan dengan ibu yang sangat dia sayangi.
Tular satu rakaman memaparkan seorang ibu dan anak yang berusia sembilan tahun terpaksa berpisah setelah Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan hak penjagaan kanak-kanak itu diserahkan kepada bapanya.
Perkongsian rakaman berdurasi 49 saat oleh pengguna di Facebook, pada Sabtu sangat menyayat hati apabila kanak-kanak tersebut merangkul erat tubuh ibunya sambil menangis teresak-esak kerana hari terakhir dia bersama ibu sebelum berada dalam jagaan ayahnya.
Difahamkan, anak perempuan berkenaan merupakan anak kepada pasangan Orang Asli yang tidak lagi hidup bersama.
Setelah membawa haluan masing-masing, wanita yang juga ibu kepada kanak-kanak berkenaan telah memeluk agama Islam.
Bagaimanapun, hak penjagaan anak mulai menjadi tuntutan apabila bekas suami ada memfailkan permohonan untuk menjaga kanak-kanak itu.
Perkongsian itu turut mendakwa terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu lelaki berkenaan untuk mendapatkan hak penjagaan dengan cara menyediakan peguam dari firma guaman.
Bagaimanapun, sebaliknya berlaku kepada ibu kanak-kanak tersebut apabila tiada pihak menghulurkan bantuan untuk memperjuangkan hak penjagaan anak dan hanya berharap dengan Biro Bantuan Guaman.
Dalam pada itu, bapa kepada kanak-kanak ini dikatakan tidak memeluk Islam telah didakwa menzalimi kanak-kanak itu.
Termasuklah dengan memaksa anak ini minum arak, mengabaikan anak ini sehingga dia didera dan dibuli selain dia bersedudukan dengan wanita lain tanpa menghiraukan anaknya.
Susulan itu, Aisyah bertindak membawa lari anaknya ke Kuala Terengganu, namun bekas suaminya pula memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan selain meminta bantuan daripada beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyediakan peguam dari firma terkemuka.
Sementara Aisyah pula memohon bantuan pada Biro Bantuan Guaman untuk membantunya di mahkamah.
Mahkamah enggan mendengar pemohonan peguam Aisyah
Namun menurut laporan sama, nasib tidak menyebelahi Aisyah apabila mahkamah pada Khamis lalu (25 Mei) enggan mendengar permohonan dari peguamnya dan memerintahkan kanak-kanak terbabit untuk diserahkan kepada bapanya semula.
Terkini, Aisyah akan diwakili peguam dari Tetuan Messrs Amin Chambers dari YYCC Legal Team untuk membuat rayuan ke mahkamah bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi, Kuantan.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...