Pesanan buat suami, cukup-cukuplah jadikan agama sebagai alasan menutup silap sendiri. Jangan nampak silapnya isteri saja, padahal masing-masing punya kelemahan dan kekurangan masing-masing.
Begitu juga isteri jangan dicanang buruknya suami kerana kita juga ada khilafnya tanpa sedar. Sebaiknya duduk berbincang.
Pesanan Buat Suami
Jangan diluah pada tempat yang salah, sebaliknya perbaiki hubungan dan jangan sesekali menjadikan agama sebagai menutup kesilapan masing-masing.
Ikuti perkongsian, Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali berkaitan isu ini dan hadam baik-bail apa yang disampaikan.
SYURGA ISTERI vs SYURGA SUAMI + NUSYUZ ISTERI vs NUSYUZ SUAMI
Masih ada isteri yang mengadu mengenai suami yang luah kata tak redha dengan isteri dan isteri tak akan bau syurga asbab tidak mendapat redha suami.
“Diceritakan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya:
“Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” – Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi.
Dalam satu riwayat yang lain, daripada Anas r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” – Hadis Riwayat Ahmad.
Ads
Kedua-dua hadis ini menjadi pegangan teguh meletakkan syurga seorang isteri di tangan seorang suami.
Cukup-Cukuplah
Satu peringatan: Tidak ada hadis yang menyebut syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Ayat itu hanya kata-kata orang lama agar seorang isteri kekal patuh dan taat kepada si suami.
Biarpun ia bukan hadis, kata-kata tersebut boleh diterima pakai sebab ia masih relevan dan berkait dengan kedua-dua hadis di atas.
Persoalannya ialah jika si suami jenis yang tak solat, tak laksana tanggungjawab nafkah zahir dan ada antaranya yang menganiayai emosi dan fizikal isteri, apakah mereka ini layak menentukan syurga si isteri sedangkan syurga mereka sendiri belum pasti?
Paling penting untuk difahami oleh wanita dan lelaki, nusyuz itu bukan hanya pada isteri tetapi juga boleh ada pada suami.
Jadikan Agama
Ada dua nas Quran yang secara langsung menyebutkan nusyuz isteri dan suami.
Dalam surah an-Nisa’ ayat 34, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Ads
“Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.”
Dalam surah yang sama ayat 128 pula Allah SWT berfirman, maksudnya:
“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan sulh yang sebenar-benarnya dan sulh itu lebih baik (bagi mereka)”
Ayat ini jelas membuktikan nusyuz bukan hanya kepada isteri tetapi juga kepada suami. Bezanya cuma alasan untuk mensabitkan nusyuz tersebut.
Sebagai Alasan
Seorang isteri boleh disabitkan sebagai nusyuz dengan dua alasan. Bagi Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili, nusyuz isteri ialah kederhakaan wanita terhadap suami dalam perkara yang diwajibkan ke atasnya, sikap saling membenci antara keduanya termasuklah keluar rumah tanpa izin suami. (al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu) .
Isteri juga dianggap nusyuz jika meninggalkan rumah dengan tiada sebab syarie atau enggan mengikut suami berpindah ke rumah lain.
Di dalam kitab Nizam al-Usrah fil Islam menjelaskan perempuan nusyuz ialah perempuan yang meninggi diri daripada suaminya, meninggalkan perintahnya, menjauhkan diri daripadanya, mengelak diri dari suaminya atau menyebabkan suaminya marah.
Ads
Menutup Silap Sendiri
Bagi seorang suami pula, nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri (tidak menggaulinya atau berkomunikasi dengannya).
Termasuklah tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya termasuklah kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (Said Hawa, Asas fi at-Tafsir)
Sebab itulah penting untuk setiap suami dan isteri melaksanakan peranan masing-masing. Kahwin adalah ibadah dan asbab untuk mengumpul pahala termasuk dalam hubungan kelamin.
Tapi kalau ada rasa marah atau tak suka kesan daripada tanggungjawab tersendiri yang tak dilaksana, wujudkah bahagia? Paling utama, adakah redha Allah bersama tatkala perintah Allah untuk laksanakan amanah kepada pasangan tidak ditunaikan???
Kashoorga : Sebaiknya ajaklah pasangan duduk berbincang empat mata, jangan luahkan di media sosial kerana mereka tidak berada dalam kasut kita serta memahami situasi sebenar yang dilalui.
Jarang kita tidak mengeluh hal-hal dunia. Ramai mengeluh penat, ramai mengadu tiada wang, ramai mengeluh tidak kahwin lagi, ramai memikirkan bagaimana nak kaya raya, dijuji sakit serta macam-macam lagi.
Namun sebelum terus mengeluh kisah Rasulullah menasihati anaknya, Fatimah R.A mungkin boleh memberikan kita panduan agar tidak mengeluh dengan hal keduniaan.
Ramai yang tahu tentang keperibadian hebat Ali bin Abi Thalib serta isterinya, Fatimah binti Muhammad SAW.
“Telah bercerita kepada kami (Badal bin Al Muhabbar) telah mengabarkan kepada kami (Syu’bah) berkata telah mengabarkan kepadaku (Al Hakam) berkata aku mendengar (Ibnu Abi Laila) telah bercerita kepada kami Ali bahwa Fatimah AS pernah mengeluh tentang apa yang dialaminya kerana penat menguli tepung.
Saat dia mendapat tahu bahawa ayahnya ada menahan tawanan perang, Fatimah mendatangi ayahandanya dan meminta agar diberi seorang pembantu. Namun Rasulullah menolak permintaan anaknya.
Fatimah kemudian mendatangi Aisyah R.A dan menceritakan kisah dialaminya. Ketika Rasulullah SAW mahu berehat di sisi Aisyah pada sebelah malamnya, kelihatan sikap Rasulullah agak berbeza. Agak dingin selepas mendengar akan berita Aisyah sampaikan. Ketika mahu memujuk Rasulullah, Rasulullah telah kisahkan perkara ini.
“Mahukah aku tunjukkan kalian berdua sesuatu yang lebih baik dari apa yang kalian minta. Apabila sudah berada di tempat tidur, bacalah takbir (Allahuakbar) 34 kali, diikuti Alhamdulillah 33 kali dan tasbih (SubhanAllah) 33 kali kerana sesunggguhnya bacaan-bacaan ini lebih baik dari apa yang kali berdua memintanya (HR Bukhari).
Menurut Ibnu Hajar, nasihat Nabi ini memiliki maksud bahawa apa saja perkara yang disertai mengingati Allah SWT akan diberikan kekuatan yang lebih besar daripada kekuatan yang dikerjakan atau dibantu seorang hamba. Segala hal atau urusan akan dimudahkan bagi seseorang jika sering mengingati Allah daripada dibantu hamba.
Jika meletakkan Allah di hati, ia akan menjadi bekalan kita di akhirat. Sedangkan sesuatu yang disertai pembantu itu khusus untuk dunia. Padahal akhirat lebih baik dan lebih kekal.
Ibnu Hubayrah berkata, “Dan di dalam zikir itu ada yang lebih baik dari seorang hamba kerana Dia menggabungkan keagungan Allah 33 kali, pujian KepadaNya 33 kali dan takbirnya 34, melengkapkan dengan seratus, jadi Allah menulis dengannya seribu kebaikan.”
Di antara manfaat dari nasihat Nabi ini adalah bahawa siapa pun yang rajin membaca zikir ini tidak akan menderita keluh kesah kerana di saat Fatimah RA mengeluh kelelahan, Nabi SAW memberinya zikir ini. Salah satu manfaatnya adalah menguatkan badan sebagaimana menguatkan hati, menurut Ibnu Taimiyah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Siapa tidak kenal Pencetus Ummah, PU Amin. Bukan saja bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah kepada orang ramai, tetapi juga lantang berbicara di media sosial berkenaan sesuatu isu yang menyentuh mengenai Islam.
Melihat personalitinya yang sempurna pasti ramai mengagak ia hasil didikan dari keluarga yang sempurna juga. Namun rupanya, bapa kepada Pu Amin adalah seorang insan yang cacat penglihatan.
Dalam satu posting di laman Instagramnya PU Amin begitu menyanjung tinggi ayahnya yang juga seorang guru agama mengajar Al-Quran dan kelas fardhu ain di seluruh negeri dan juga untuk Persatuan Orang Buta Malaysia.
Bukan ayahnya saja yang cacat penglihatan, tetapi anak-anak murid ayahnya juga ada antaranya yang cacat penglihatan.
Diakhir kapsyen, PU Amin turut memberi pesanan kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah supaya terus menghormati dan menghargai insan istimewa ini.
“Bawa abah makan roti bakar. Abah mesti order telur separuh masak. Alhamdulilalh moga abah terus sihat. Abah saya tak sabar nak mulakan kelas alquran dia bersama dengan anak anak murid nya.
“Lama cuti sejak PKP. Dia mengajar alquran dan fardhu ain di seluruh negeri dan di Persatuan Orang Buta Malaysia. Anak murid dia dikalangan cacat penglihatan dan ada juga yang sempurna macam kita.
“Tiap kali tengok semangat abah untuk mengajar Al Quran, saya juga dapat motivasi baru. Dah tak ramai hari ni yang boleh membaca dan menulis braile. Lebih lebih lagi nak ajar orang buta membaca dan menulis.
“Moga abah dapat lihat kami di syurga nanti. Mungkin tak dapat nikmat lihat di dunia, moga Allah kabulkan hajat untuk abah melihat keindahan syurga yang maha hebat. Pada yang ada ibu dan ayah hormati dan hargai mereka .
“Siapa pun mereka , tetap sempurna di hati kita. Pada kawan kawan yang ada penglihatan yang sempurna, jaga mata dari lihat benda tak elok.
“Jaga mata dari maksiat, takut Allah butakan mata kita hari akhirat, tak dapat tengok syurga allah sebab banyak dosa mata. Nauzubillah. Pesanan buat diri saya sendiri dan semua.
Tidak dinafikan urusan jodoh itu tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Namun kita berhak untuk memilih yang terbaik agar rumah tangga dibina berkekalan hingga ke jannah.
Justeru perlu ada sedikit usaha dalam mencari siapa Imam yang boleh membimbing kita dunia akhirat.
Usaha tidak semestinya terus bertanya si dia mahu berkahwin dengan kita atau tidak, sebaliknya berdoa dan melakukan solat istikharah diberikan petunjuk dalam mencari jodoh.
Gambar sekadar hiasan.
Ikuti perkongsian menarik ini.
Assalamualaikum
Alah kalau jodoh tak kemana, tak payah susah nak cari. Nanti adalah tu, kata seorang sahabat.
Sememangnya jodoh kita telah Allah tetapkan dan persiapi untuk kita. Tetapi tidaklah bermakna kita duduk terperuk di dalam rumah berharap dia datang kepada terus ajak nikah.
Perlu ada usaha.
Usaha yang bagaimana ?
Usaha untuk jadi yang terbaik untuk pasangan kita. Menjaga hubungan dengan Allah , ibu bapa dan sesama manusia. Baiki diri, pelajari ilmu agama dan ilmu rumahtangga.
Menjadi yang terbaik bukan untuk jadi yang sempurna. Lelaki kena belajar jadi ketua keluarga, bantu isteri masak nanti, jaga anak sama-sama, kemas rumah. Perempuan kena jadi co-pilot yang baik, menjaga rukun keluarga, rajin memasak dan sebagainya.
Imam Hasan Al-Bashri berkata:
“Seorang Mukmin adalah pemimpin bagi dirinya. Dia senatiasa bermuhasabah diri kerana Allah. Sesungguhnya pada hari kiamat nanti hisab akan menjadi ringan terhadap orang-orang yang telah bermuhasabah diri di dunia… Dan sesungguhnya pada hari kiamat hisab akan menjadi amat berat terhadap orang-orang yang mengerjakan semua urusannya tanpa didahului dengan bermuhasabah diri.”
Dalam muhasabah diri kita juga harusnya kita baiki bab ibadah kita. Jaga solat, perbanyakkan pekara sunat, puasa dan sebagainya untuk persiapan di hari kemudian.
Jarak yang Allah beri untuk kita temui jodoh adalah untuk proses muhasabah diri. Mungkin juga si dia sedang baiki diri dan sedang mencari kekuatan berkali-kali kecewa. Untuk kita dan dia persiapi dari segi material dan fizikal.
Kita mencari jodoh kita adalah untuk perhubungan yang serius iaitu perkahwinan dan ianya merupakan tanggungjawab yang besar.
Jodoh tak akan datang bergolek jika kita tak usaha. Tak doa dan cuba baiki diri kita.
Jangan nanti jodoh kita adalah terima kad undangan perkahwinan si dia.
Jika ada calon jagalah perhubungan dan pergaulan. Jika rasa sudah stabil jangan di lengahkan lagi.
Bagi yang menanti jodohnya, baiki diri, inshaAllah bila masa yang tepat Allah akan gerakkan hati kita dan dia untuk bertemu pada masa yang tepat dan keadaan yang tepat.
Ianya perlukan tindakan juga, kita berkenan merisiklah dia.Buktikan tindakan untuk hubungan yang halal.
Selalu bersangka baik dengan Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Cium kaki ibu atau orang alim, walaupun ada yang melihat ia sebagai berlebihan namun tak dapat dinafikan golongan ni berhaka untuk dihormati dan dimuliakan....