Pakej umrah naik harga, travel agency diminta cari kaedah terbaik tidak bebankan jemaah. Tidak semua berkemampuan untuk menambah kos di saat-saat akhir jika pihak agensi umrah mengenakan cas baharu yang mahal.
Oleh itu, kerjasama daripada pihak travel agency amat diharapkan bagi mengurangkan beban jemaah.
Agensi umrah diminta supaya dapat mempertimbang ruang dan kaedah terbaik agar kenaikan kos keseluruhan yang dikenakan tidak melampau sehingga membebankan bakal jemaah umrah.
Itu gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar susulan rungutan jemaah umrah mengenai kenaikan kadar hotel di Mekah dan Madinah, ketika ini.
Travel Agency Diminta
Menurutnya, beliau amat memahami perkara tersebut dan ia sedikit sebanyak telah membangkitkan keresahan kepada jemaah umrah.
Ads
“Sepertimana sedia maklum, perkara ini adalah di luar kawalan pihak kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Katanya, beliau ketika ini berada di Arab Saudi mewakili negara untuk menghadiri Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023.
Jelasnya lagi, selain berbincang isu-isu berkaitan pengurusan haji dan umrah, beliau juga akan mengemukakan isu kenaikan kos ini kepada Menteri Haji Kerajaan Arab Saudi.
Cari Kaedah Terbaik
Mohd. Na’im berkata, beliau melihat situasi berkenaan adalah impak daripada kenaikan kos di negara Arab Saudi.
“Ia tentunya memberi kesan bukan setakat kepada jemaah umrah Malaysia bahkan kepada jemaah dari negara-negara lain juga,” ujar beliau.
Ads
Tidak Bebankan Jemaah
Media sebelum ini mendedahkan bakal jemaah umrah tempatan diminta supaya bersiap sedia dengan kenaikan harga pakej umrah susulan kenaikan mendadak kadar harga hotel di Kota Makkah dan Madinah pada masa ini.
Menurut, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), kenaikan kos itu mungkin menyebabkan agensi umrah akan menyemak semula harga pakej umrah pada saat-saat akhir.
Suami selamat nikah kali ketiga saat isteri kedua sarat hamil, ‘isteri-isteri’ sporting siap bergambar atas pelamin. Isteri kedua yang sedang sarat hamil anak pertama turut sama hadir dalam majlis persandingan bagi meraikan madu mereka.
Tak semua wanita mampu berada di tempat mereka berdua. Hanya insan terpilih saja dapat melaluinya. Semoga keluarga ini bertambah bahagia dengan kehadiran “madu” baru mereka.
Di Indonesia, sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki menikahi isteri ketiga sambil ditemani dua orang lagi isterinya dalam satu majlis perkahwinan tular di media sosial.
Difahamkan, isteri ketiganya itu baru saja berusia 20 tahun dan mengatakan bahawa suaminya merupakan kenalan kepada bapanya selepas bertemu secara tidak sengaja malah tempoh perkenalan mereka juga singkat sebelum disatukan.
Pada awalnya, dia hanya bergurau untuk menjadikan saya sebagai isteri yang ketiga, namun kami juga tidak menyangkakan bahawa kami sememangnya berjodoh.
Wanita yang dikenali sebagai Alqia Zahra itu turut menjelaskan bahawa hubungannya bersama dengan kedua-dua madunya berada dalam keadaan baik malah mereka turut memberikan restu untuk berkahwin dengan suami.
Ujarnya lagi, dia begitu kagum dengan sikap penyabar kedua-dua madunya itu terutamanya isteri yang pertama kerana sanggup memberi keizinan untuk suaminya berkahwin sekali lagi.
Entah apa yang membuatkan dirinya mempunyai sifat sabar yang tinggi. Mereka semua orang yang hebat.
Sementara itu, isteri kedua iaitu Lutvi Seftia Rahmat mengatakan bahawa dia tidak akan melarang perkara yang baik dalam hubungan berumah tangga.
Disebabkan itu juga, dia memberi keizinan untuk suami berkahwin lagi walaupun sedang hamil anak pertama dan mengakui bahawa dia sayang dengan kesemua ahli keluarganya (isteri pertama, isteri ketiga dan anak-anak tiri).
Pesanan buat suami, cukup-cukuplah jadikan agama sebagai alasan menutup silap sendiri. Jangan nampak silapnya isteri saja, padahal masing-masing punya kelemahan dan kekurangan masing-masing.
Begitu juga isteri jangan dicanang buruknya suami kerana kita juga ada khilafnya tanpa sedar. Sebaiknya duduk berbincang.
Jangan diluah pada tempat yang salah, sebaliknya perbaiki hubungan dan jangan sesekali menjadikan agama sebagai menutup kesilapan masing-masing.
Ikuti perkongsian, Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali berkaitan isu ini dan hadam baik-bail apa yang disampaikan.
Masih ada isteri yang mengadu mengenai suami yang luah kata tak redha dengan isteri dan isteri tak akan bau syurga asbab tidak mendapat redha suami.
“Diceritakan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya:
“Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” – Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi.
Dalam satu riwayat yang lain, daripada Anas r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” – Hadis Riwayat Ahmad.
Kedua-dua hadis ini menjadi pegangan teguh meletakkan syurga seorang isteri di tangan seorang suami.
Satu peringatan: Tidak ada hadis yang menyebut syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Ayat itu hanya kata-kata orang lama agar seorang isteri kekal patuh dan taat kepada si suami.
Biarpun ia bukan hadis, kata-kata tersebut boleh diterima pakai sebab ia masih relevan dan berkait dengan kedua-dua hadis di atas.
Persoalannya ialah jika si suami jenis yang tak solat, tak laksana tanggungjawab nafkah zahir dan ada antaranya yang menganiayai emosi dan fizikal isteri, apakah mereka ini layak menentukan syurga si isteri sedangkan syurga mereka sendiri belum pasti?
Paling penting untuk difahami oleh wanita dan lelaki, nusyuz itu bukan hanya pada isteri tetapi juga boleh ada pada suami.
Ada dua nas Quran yang secara langsung menyebutkan nusyuz isteri dan suami.
Dalam surah an-Nisa’ ayat 34, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.”
Dalam surah yang sama ayat 128 pula Allah SWT berfirman, maksudnya:
“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan sulh yang sebenar-benarnya dan sulh itu lebih baik (bagi mereka)”
Ayat ini jelas membuktikan nusyuz bukan hanya kepada isteri tetapi juga kepada suami. Bezanya cuma alasan untuk mensabitkan nusyuz tersebut.
Seorang isteri boleh disabitkan sebagai nusyuz dengan dua alasan. Bagi Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili, nusyuz isteri ialah kederhakaan wanita terhadap suami dalam perkara yang diwajibkan ke atasnya, sikap saling membenci antara keduanya termasuklah keluar rumah tanpa izin suami. (al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu) .
Isteri juga dianggap nusyuz jika meninggalkan rumah dengan tiada sebab syarie atau enggan mengikut suami berpindah ke rumah lain.
Di dalam kitab Nizam al-Usrah fil Islam menjelaskan perempuan nusyuz ialah perempuan yang meninggi diri daripada suaminya, meninggalkan perintahnya, menjauhkan diri daripadanya, mengelak diri dari suaminya atau menyebabkan suaminya marah.
Bagi seorang suami pula, nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri (tidak menggaulinya atau berkomunikasi dengannya).
Termasuklah tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya termasuklah kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (Said Hawa, Asas fi at-Tafsir)
Sebab itulah penting untuk setiap suami dan isteri melaksanakan peranan masing-masing. Kahwin adalah ibadah dan asbab untuk mengumpul pahala termasuk dalam hubungan kelamin.
Tapi kalau ada rasa marah atau tak suka kesan daripada tanggungjawab tersendiri yang tak dilaksana, wujudkah bahagia? Paling utama, adakah redha Allah bersama tatkala perintah Allah untuk laksanakan amanah kepada pasangan tidak ditunaikan???
Kashoorga : Sebaiknya ajaklah pasangan duduk berbincang empat mata, jangan luahkan di media sosial kerana mereka tidak berada dalam kasut kita serta memahami situasi sebenar yang dilalui.
‘Semoga jadi asbab mommy, daddy ke syurga.’ Baru 4 tahun, anak betty rahmat pandai baca Al-Quran, siap bertaranum.
Benarlah anak kecil adalah kain putih, dia membesar mengikut apa yang emak dan ayahnya corakkan. Sudah menjadi tanggungjawab ibu, bapa dalam mendidik anak-anak agar menjadi anak yang baik dan soleh dunia, akhirat.
Berbangga dengan anak kecil ini, walaupun baru berusia empat tahun, namun kebolehan dia membaca Al-Quran meraih perhatian warganet.
Kita sendiri tersenyum bangga, apatah lagi mommynya. Sejuk perut ibunya melihat perkembangan positif sang anak.
Di saat rakan sebayanya asyik dengan telefon bimbit, anak kecil ini membuktikan dia berbeza.
Sebelum itu, pelakon Betty Rahmad berkongsi video anaknya yang sedang khusyuk membaca Al-Quran di akaun Instagram miliknya. Kemampuan anaknya yang masih kecil cukup membanggakan.
Keletah Ardy Wira telah mencuri perhatian ramai warganet apabila sudah pandai membaca al-Quran walaupun baru berusia empat tahun.
Baru-baru ini, Betty berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan anak sulungnya sedang khusyuk membaca al-Quran.
Kongsinya, MasyaAllah Tabarakallah
Semoga kamu jadi asbab Mummy & Daddy ke syurga Wira’s everyday routine before sleep boleh cuba. But ini version dia berangan baca konon-konon tengok Al-Quran dan taranum.
MasyaAllah semoga terang hati, jadi pencinta Al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah SWT.
Juraidahothman
Siap bertaranum lagi tuu, masyallah. Semoga membesar menjadi ahlul Quran ya sayang.
Hawa_rahim02
Kakak Teha you’re the best teacher. Sy kagum dengan kebolehan wira pada umur sekarang.. congrats! Betty, youre the best mom too
I_am_sitie
Amboii dia punya tarranum, idgham bukan main lagi… Hai la anak soleh. Nanti boleh jadi imam mummy..
Anjee_ganu
Subhanallah..wira ada suara yang lunak. Boleh jadi imam nanti, insyallah. Tahniah buat ibubapa Wira. Moga menjadi anak soleh dunia akhirat.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...